Piccolo Kena Contengggg! Uwaaaa...




OH TIDAKKKKK!!!!! MIKAILLLLLLLLLL!!! Uuuuwaaaaaaa :( Tu yg aku malas nah bila budak kecik tu tetiba je jadi senyap. Senyap dia bermaksud.... adalah tu AGENDA dia. Huhu. Entah bila entah dia pi ambil Piccolo dalam handbag zie... huhuhu.


....nangis tak berlagu koooo akuuuu. Huhu. Anak oh Anak. Terpaksa ler beli cat utk plastik utk cat balik Piccolo kesayangan Zie tu. Nasib Vegeta hari tu dia tak conteng... kalau tidak. Frust lingkup kooo aku noks. Hahaha





[[ Iklan Berbayar ]] SOFT MATTE LIP CREAM BY FAME COSMETICS



Matte Lip Cream by Fame Cosmetics ni teksturnya sangat "creamy" semasa disapukan ke bibir membuat sapuan menjadi licin dan sangat mudah untuk membentuk bibir anda berbanding dengan lipstick biasa. Selepas beberapa saat warna akan kelihatan MATTE di bibir. Ia mampu bertahan dari pagi hingga ke petang tanpa perlu dioles semula.


Terdapat 5 warna yang MESTI MILIK yang ditawarkan oleh Fame Cosmetics.


Jom dapatkan Soft Matte Lip Cream by Fame Cosmetics. Jangan risau harga mampu milik.

Sabah/Sarawak: RM29.00
Postage: RM6.00


*Beli 5 Percuma Postage*


TERM COD:
1-4 DELIVERY CHARGE RM5
5 KE ATAS FREE DELIVERY

*FREE DELIVERY UNTUK PURCHASE BERSAMA BARANGAN ELLFIE BEAUTY


UNTUK ORDER:

CONTACT: 013-8052220 (ERFINA)


-- kesemua gambar diatas di tayangkan
dgn izin Erfina



Pay Per Post Entry Review:-
-- RM5 per entry review. Entry in normal mode (BUKAN in sticky mode)
Pilihan masa utk entry di publishkan adalah on 9am ATAU on 1pm.

Terms & condition utk Pay Per Post Iklan:-
** Tidak melebih drpd 5 gambar
** Draft di buat anda sendiri (jgn terlampau pjg)
** Entry review in normal mode.










** This advertisement is brought to you by Zie Madini's Territory

Dragon Ball GT dvd & Piccolo Action Figure



This month Zie beli DVD Dragon Ball GT dan untuk Dragon Ball action figure, Zie beli Piccolo plak. Hehe. Goku dan Trunks maybe akan mintak husband sponsor belikan...eh. Hehehehe




Ada 3 DVD dalam ni. Sambungan dari Dragon Ball Z dimana dalam Dragon Ball GT ni, Goku berlawan dgn Ubuu. Kira kelahiran semula Magin Boo yg jahat. Hihi. So far Zie belum tengok lagi. Still lagi belum habis tengok Dragon Ball Z.

...ni beli awal utk husband tengok sebab dia dah tengok habis Dragon Ball Z.





2nd collection from this collection. Piccolo ^_^







Hehehe..ensem sey Piccolo...eh! Hahaha :D Hanya fanatik dragon ball je yg memahami... hahaha :P





So far dah ada Vegeta dan Piccolo. Tinggal Goku dan Trunks je lagi. Tunggu husband habis OPS baru merengek mintak dia habiskan koleksi ni. Hihi






Smart je piccolo berphotoshoot. Awat muka serious nak En Piccolo. Hihi.  Pssttt...emak budak yg giler benda alah ginie mengalahkan anaknya weh. Oppss... hahaha





Koleksi Guess Terbaru Saya




Tadaaa! Hasil rembat shopping weekend ni tadi ^_^ Lama tak shopping. Asyik shopping online je. Sekali sekala nak gak shopping secara live. hihi. Sangat suka dgn new collection guess Zie kali nie ヅ




Utk tote bag ni, Zie claim dengan husband nanti. Hehehe. Design ni sebijik macam design wallet Zie  (Click link ini if nak tgk --> )




Keychain bag ni yg buatkan hati jadi jatuh cinta dgn bag ni. Comel kan keychain dia. Kunci kunci gitu. Ala ala keys to my heart gitu. Haha. Well bag, u have my heart already, okay :P



One compartment je untuk main compartment. Ok lah kan memandangkan barang barang Zie pun zie selalu letak dalam small bags.. hehe




Kat bahagian depan dia, ada slot utk letak barang gak :)




Kedua dua belah tepi dia pun ada tempat utk ko letak benda alah. Dok terfikir gak... kat bahagian ni nak letak apa ek? Kalau letak botol air, mcm tak sesuai je. Hahaha. Memang akan tak terguna ler poket tepi tu rasanya :D





Bahagian belakang dia plak ada satu section berzip. Bahagian ni zie letak kunci je. Senang zie nak cari dan ambil. Hihi






I love this wristlet sooooooo much. Wristlet ni zie guna utk letak phone zie. So that my iPhone selamat dari calar balar. Hihi. Sayang koooo if phone calar balar. Boleh robek hati dibuatnya. Hihi. Yang wristlet ni zie beli sendiri... malas nak claim husband. Tote bag tu je zie claim husband. Hihi.

...yg ni consider self reward ^_^ I love bags soooo much. Rasa cam nak beli satu almari khas utk letak handbag collection. Hehe.





Shopping Bersama Mikail - Part II




Budak kecik yg dah dapat mainan dia, jadi good boy dia duduk sana sambil berzikir munajat. Sejuk perut dengar dia berzikir...hehe. Mama dia ni plak, sibuk tengok kasut sesambil mata tak lepas toleh dia....





Zie mencari wedges shoes mcm ni haaa. Senang bila husband not around dan Zie terpaksa jalan jalan dgn mikail...dapat sarung kasut je. Senang nak bergerak. Hihi. Memandangkan yg nie adalah new arrival... pepaham je lah kau new arrival price kan. Sure lah berapi.

...soo, kirim salam je lah kat kasut ni. Secantik mana pun engkau duhai kasut... tak akan aku spend almost  RM500 over a pair of shoes je. Kalau handbag, still lagi boleh consider lah. Eh! Hahaha. Takde lah... kidding.

Handbag pun Zie hanya sekali je beli yg new arrival lepas tu nyesal tak sudah coz 3 bulan lepas tu... turun harga...grrrr. So what for beli new arrival if 3 months later u might get it cheaper. Betul tak?





Haaa...yg ni ada sales. 50%  Semestinya lah zie nak merembat.




Lawa kan. Tapi sayang seribu kali sayang. New pair untuk size Zie dah takde lagi. Yang tinggal hanya yg on display tu je. Tak nak lah Zie. Sebab kasut sebelah kanan appear loose, lepas tu bahagian bawah tepi tu, dah calar balar.

....what for zie nak ambil kan. Bukannya harga akan berkurangan if kita ambil yg on display tu. So terpaksa lah zie gtaw kat sales girl Aldo, tak jadi ambil. Terus bagi muka masam dia. Well, semestinyalah zie nak yg bagus. Bukan harga berpuluh kasut tu, bai.

dari Aldo butik... weols dua beranak terus ke Plaza Merdeka...




Aiyarkkk! Menyesal plak masa tu nak pergi Plaza Merdeka. Jalan jammed terus koooo noks. Alang alang menyeluk pekasam... redha je lah redah traffic jammed ni. Huhu.




Bila sampai Plaza Merdeka, kaki terus membelok kat butik Guess. Sebab kat depan butik terpampang banner 50% sales. Rugi kooo  tak masuk. Sudahnya membeli lagi handbag dan wristlet ... haha.


Inilah wristlet yg zie terbeli tu. Lawa sangat. But yg ni hanya dapat 30% diskaun je. Still gak beli sebab its perfectly fit for my phone. Memang cun ko size dia. More over warna hitam dan material jenis hard PU rasanya kalau tak silap.

...jenis ni memang tahan lama berbanding dgn jenis wristle pink yg zie beli awal lagi tadi. Oh ye, tote bag yg zie beli... esok zie tayang ek. Hehe 






Layan budak kecik ni makan Burger King. Ingat nak terus ke Speedy Video lepas merembat benda alah di Guess, tapi tetiba dia tarik tangan zie gtaw dia nak makan KFC. Terus zie kata KFC kat bawah bukan kat sini.

...terus dia tunjuk ke arah Burger King and say .. "tue dia mama, KFC"... haha. Burger King koooo dia kata KFC. Terus Zie gtaw dia... tu bukan KFC tp Burger King. Hihi

Mikail je yg makan coz Zie still kenyang. More over a lil bit kurenggg kooo aku dgn Burger King nih. Huhu. So not my tekak. Hihi






Sempat gak merembat sandal Adidas ni utk husband. Kebetulan design dia jenis corak celoreng, suitable for him sebab kan uniform Polis PGA ada celoreng gak. Hihi. Glad he loved it soooo much ヅ

...consider a small gift dari husband.


Shopping Dengan Boyfriend Kecik




Hari sabtu tu tadi, terus terbantut plan nak buat Overtime untuk siapkan kerja yg ada dateline urgent. Alih alih last minute terpaksa cancel sebab si kecik sebelah Zie tu tuntut janji Zie buat kat dia. Huhu. Ingat lagi rupanya dia. Hahaha.

...Since anak ingat, terpaksalah di tunaikan. So seharian tu bawa anak jalan jalan sesambil tu Zie ambil kesempatan shopping. Lama giler tak shopping yg bebetul shopping. Selalunya online shopping je. huhu

Destinasi pertama di tujui adalah Guess butik di The Spring. Sales up to 60% kooo....rambang mata akuuu.... huhu.




Arghhhh!!! Design yg ni hanya tinggal wallet je lagi. Zie dari tahun lepas tunggu design ni on sales. Nak beli time dia new arrival... tak kuasa. Mahal sangat harga new arrival dia utk tote bag. Tu yg tak kuasa... membazir je. Hihi.

...tapi tu ler risiko perlu di ambil, if kau tunggu benda alah tu on sales, jgn berharap sgt benda alah yg kau "aimed" still hado. Huhuhu. Memandangkan wallet Zie still elok (dah hampir 5 tahun pakai..still no defect, tau)... memang tak lah nak beli, kan.




So in love dengan tote bag ni ❣ Material jenis Denim ♥♥♥ Banyak lah design yg lawa lawa... tapi tak dapat sangat nk tengok betul betul sebab Mikail ni haaaa...dah melalak nangis tak nak lama dalam butik ni. Boring kot dia...haha.

....dia nak ajak Zie cepat cepat pergi ToyRus. Huhu. Ngade nah anak tu... should ke sana dulu tadi so that dapat Zie shopping dgn aman. Hehe




Rembat wristlet ni je. Utk letak iPhone zie sebenarnya ヅ Tapi bila ke Plaza Merdeka, tengok butik Guess di Plaza Merdeka pun sales... Terbeli sekali lagi koooo Zie wristlet lagi.. huhu. So yg nie, Zie jual murah sikit dengan kawan Zie.

....nasib baik dia nak beli. Kalau tak... ada dua ler jawapnya wristlet ヅ





ToyRus, ibarat syurga dunia bagi budak kan uols. Exicted seakan budak kecik ni bila masuk ToyRus. Terus ke section mainan kereta. Sampai terus mulut dia dok ngomel... "wahhh... banyak kereta. Wahhh... kacak kereta." Hahaha.

....hampir sejam gak aku kat sini gara gara dia. Rambang kot mata dia nak memilih. Semua dia nak tapi Zie bagi syarat... hanya beli 1 je.







Kan Zie kata hanya beli 1 je kan. So dia ambil yg jenis set per pack ヅ Alahaiiii...mikail mikail. Bijak nah dia kan. Consider satu ler tu.... hahaha.  Mula mula dia rembat set Hot Wheels yg harga RM100 plus... of coz lah tak makna nya Zie nak belikan.

...nasib dia na di suruh pilih yg lain. So dia ambil brand Fast Lane je. Cepat cepat Zie pergi bawa dia bayar sebelum dia tukar fikiran dia. Hahaha. Kalau tak... menjawap lah kau tengok drama dia mengolek golekkan dia atas lantai. Nyampah nah... huhu




Ni dia set kereta dia. Kali ni bukan Hot Wheels. Takpe... tak perlu hot wheels sangat. Janji material besi so that tahan lama berbanding dgn yg plastik. Kalau bagi mikial yg jenis plastik... on the way balik dah hancur dah..huhu.

...tu yg more prefer yg material besi.




Lepas dari ToyRus, weols having our late lunch di Kluang Station. Niat nak bawa Mikail makan Sushi dia Sakae Sushi. Tapi malas nah nak jalan ke entrance luar... jauh. Coz ingat nak pergi Aldo butik lagi lepas ni.

...tu yg makan kat Kluang Station je. Lama gak tak makan Hainanese Chicken Chop.









Kalau tengok uols. Mama belum lagi pakai... dia dah pakai utk letakkan kereta dia. Ngade nah. Hahaha. Bila Zie mintak balik wristlet dia... buat muka nak nangis. So biarkan aje lah. Nasib baik masa makanan sampai, dia dah lupa dah dengan Wristlet tu.

...time tu ler peluang utk masukkan balik dalam kotak wristlet tu lagi. Huhuhu.






Mama makan Chicken Chop, Mikail maka Peanut toast je. Sesekali ada gak dia mensudu chicken chop zie. Selera nah dia makan peanut toast dia.




Habis makan, weols ke Aldo butik kejap. Next entry Zie  storykan ye. Dari Ald butik... weols ke Plaza Merdeka plak. Niat nak beli Dragon Ball DVD dan action figure Piccolo. So, sambung esok ye entry shopping nyopping nih... hehe

...once a year, give a reward to myself. No harm kali ni shoping seakan. Sepanjang tahun berhempas pulas kerja. So inilah masanya berbelanja... hehe.