Hehe... teruja zie bila baju dua beradik ni dah sampai. Lama kooo nunggu dari China tu. Haha. T-shirt for si abg. Romper... of course for si adik. Tak sabar jadinya utk beranak. Tak sabar nak pakaikan dua beradik baju brothers ni...hihi
Romper comel bercorak celoreng ni, memang a MUST HAVE punya. Untung si adik, time dia dah ada... mama dah reti beronline shopping. Dah tahu camne cara online shopping dan mana website² yg menawarkan harga yg super murah. If nak murah²... belilah direct dari China melalui Taobao ^_- Tak reti bahasa cina? No worries...
....skrg ni byk je website yg ada tawarkan barangan dari Taobao such a Shopee & Lazada. Cuma perlu kesabaran sikit je nak tunggu barang sampai. Takes 14-15 working days okeh. Hahaha. Takpe... asalkan sampai. Betul kan.
Janji murah. Bagi zie, baju budak² takyah lah beli mahal². Budak² cepat membesar. Janji comel. Tp buat yg mampu beli mahal² tu... sila²... hehe. Hak masing² ^_^