Akhirnya Berat TURUN!




Yayyyyy! Akhirnya turun jugak berat selepas stuck di berat 69kg selama berminggu². As expected...once kau reduce your sugar intake... tadaaaaa! Drop it like it hawt, bebeh! Hahaha. Saat paling indah bila berat kau drop. Walaupun hanya 1kg je drop. Hihi. Drop jugak nama dia kan kan..

Insaf dah Zie nak minum aek bergula. Kandungan gula dalam makanan pun dah mencukupi dah untuk dijadikan tenaga utk badan debab iols ni. Letih bawa badan besar camgini. Nak nak lagi bila baju² kebanyakkan dah tak muat. Cam sayang giler nak berbeli baju baru taw.




Gara² badan naik...jari tangan pun ikut kembang dengan jayanya. Dia tak nak gak weh ketinggalan. Ada orang, ada gak dia. Sibuk je. As a result... tak muat lagi dah wedding ring Zie di jari manis Zie tu. Terpaksa jadi stylo sikit dgn pakai cincin di jari bungsu. 

Kalau langsung tak pakai...tak best ler pulak tengok jari kosong je. Alahai....dah 6 bulan dah Mikayla.. belum gak badan ni nak mengecilkan diri. Huhu. Takpe... sabar. Tak consumed apa² ubat kurus, so uols jangan rekemen apa² je. Zie nak stick dengan controlling pemakanan Zie. Reduce sugar intake paling penting then buat Intermittent Fasting. 

12 hours Intermittent Fasting, succeed. Now nak buat for 16 hours plak. See how. Makan plak, Zie dah start makan 1 kali sehari je heavy meal. Harap cepat ler turun berat ni...Aminnn aminnn.


Souvenir Dari KL



Alhamdulillah, rezeki pagi. Sampai² je di office tadi, masa Zie tulis masa kedatangan...tetiba manager Zie panggil Zie. Ingatkan dia pepagi buta nak bagi Zie kerja...rupanya dia bagi benda alah ni. Lorinna (ex-colleague weols) yang bagi. Dia stop by di office just to pass benda alah ni, Roti Gardenia...yummmm!

Oooo Abg Jajat (kes viral di FB dia kutuk orang Sabah & Sarawak tue...sure tahu kan kes tu?).... ni haaa SEBAB kenapa weols Sabah & Sarawak asal pergi sana then balik ke tempat weols, weols beli banyak² roti gardenia nie. Sebab untuk weols sederkah²kan kat kawan² & family sebagai souvenir dari sana.

...paham? Memandai je dia keluarkan statement ibarat cam weols ni kebulur nah nak makan roti gardenia ni sampai sanggup pegi salam 100x bla bla bla tue. Pathetic ko ya Jajat! For your record, roti gardenia ada di jual di Sarawak ye....dan harga dia double or triple (depends dgn daerah) dari harga asal dia di Semenanjung and u know what, mampu je weols belikan. Tak hadap pun sebuku roti gardenia dari kenduri tu. 

Eh...emo plak tetiba dgn abg Jajat tu. Nyampah! Ras Kach, Ras Bes jak ko ya. Bujat mintak puji! Eh...geram ehhhhhhh...



Last month, dia kasih souvenir keychain owl ni plak. Souvenir dari Thailand. Sejak dia berhenti kerja and fokus buat her own business ni kan....asyik melancongggg je kerja dia. Bestnya jadi tauke kan kan. Hihi. Ni mesti business trip ni...kompom! Hihi

Always tak berkesempatan nak jumpa dia lagi. Huhu




Ni lah dia Lorinna. Mix-blooded girl macam Zie... mix-blooded. Dia mix Cina+Iban. Zie plak mix Melayu+Iban. Ginie lah di borneo....kebanyakkan weols mix-blooded ♥ Rindu nak lepak² dengan dia. InshaAllah one fine day... if dia tak busy, akan weols lepak sama² lagi... 

...masing² ada commitment... thats why susah nak jumpa walaupun sama² duduk Kuching... hehe. A good friend is really hard to find. Once you found it, keep them close ♥


Demam Lagi Mikayla





Kecundang jugak akhirnya Mikayla gara² jerubu ni. Mula² kena flu dia. Pastu terus kena demam dia. Syukur hanya demam biasa je dia. Bukan demam panas. Semalam on sick leave dia. Tak pergi sekolah dia. Mak dia ni haa...jaga dia sepanjang hari. Apa yang Zie noticed, sejak dua menjak ni... semakin manja bossy² dia...

...tak nak dengan bapak dia. Nak melekatttt je dengan Zie. Penyudahnya...Zie yang keletihan tak cukup rehat. Adat beranak kecik, kan. Masa rehat dan tidur yang cukup terpaksa engkau korbankan demi membesarkan anak² mu.... kasih sayang seorang ibu ♥

Before this, senang je nak tidurkan dia. Dia hisap² jari je...dah tidur. Tapi sekarang.... alahaiiiii. Mengamok nangis sepuas²nya dia dulu, pastu baru hendak dia tidur. Anak oh Anak! huhu





Hari ni ke sekolah dia. Memandangkan demam dia dah kebah dah. Hanya tinggal flu sikit je lagi dia. Since bapak dia pun keletihan Zie tengok, Zie hantar je lah dia ke nursery. By right kalau ikut plan, nak bagi dia rehat sehari je lagi kat rumah.

...tapi kesian plak kat bapak dia. Perlukan rehat gak since dia night shift. Lagi pun dia dah okay...so tak perlu risau. Cuma Zie bekalkan aje ubat paracetamol dia in case demam dia datang balit. Semoga temporary je dia being bossy. 

Harap² bukan start being bossy lah. Kalau tak....pengsan Zie. Dahlah sepjg bulan Oktober nanti, bapak dia outstation. Huhu. Bertabahlah duhai Hazizah...




Makan Tengah Hari Dengan Rakan Sekerja ♥



Kali ini this Ahmoi cantik join. Tanpa dirangcang...sama kaler you you. Green! Hihi. Tu pasal ler selfie :P Ni weols tengah tunggu colleague weols yang sorang lagi sampai. Keluar sekejap dia buat kerja...nasib tak lewat dia sampai. Kalau tak, menjawap lerrr lambat pergi lunch.




Huhuhu....dak Imperial Riverbank Hotel Cafe salah eja nama Zieeeee. Asyik² dorang tulis Hajijah tau. Redho. Jijah pun jijah lah. Janji heaven makan. Haha. Yang tukang buat reservation adalah manager Zie. Maybe the way dia sebut nama Zie sounded Hajijah kot.

...tak kisah lah. Janji meja dah ada utk weols semua ♥



Diet katanya...mintak half je nasi
- Main Dish : Chicken Rice -

Side Dishes plak buffet style. So ni pilihan Zie

Dessert iols...hahaha

Suka giler Zie dgn bun ni taw. Sedap giler!

4 of us ♥
- Zie, Mira, Pei Shi & Yii Han -


My Minot! Katanya...hahaha. My BFF di office ni taw. Kalau di luar still BFF tapi weols tak jumpa hang out lepak² ler. Sebab masing² ada commitment masing². More over plak, dia asal weekend...selalu balik Sri Aman. 

Tapi ada pun dia di Kuching time weekend, tak dapat gak weols nak hang out sebab weekend adalah masa Zie utk keluarga... anak²  yang paling utama. Hihi. So cukup ler weols BFF di opis je ke hulu ke hilir. Hihi. To be honest.... such a blessed having her as my colleague. Why? Biarlah rahsia...hihi. Appreciate her so muchhh in my life ♥



Resepi Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini

Zie kalau part jus kunyit ni. Memang ada memilih sikit. Ada sesetengah orang buat dia tak sedap. Hanya sorang je sedap but tapi sekarang dah stop dah di jual...huhu. Sudahnya Zie try ler buat sendiri. Senang je nak buat dia. Cuma Zie skip bahan buah manjakani jer. 

Susah benda alah tu nak dicari. So why bother... guna kunyit je. First try, terus menjadi. Hasilnya sedap lagi dari belian...hihi. Jimat kooooo...Meh, Zie share resepi ↴




Bahan²
• Ibu Kunyit 
•  Buah Manjakani - optional (takde, skip)
• Asam Jawa
• Madu
• Garam 
• Air

P/S :
Kuantiti bahan² diatas, uols main agak² lah ye
...Zie tak buat sukatan. Hihi


Cara² Membuat :
  1. Kunyit hidup dibersihkan kulitnya pastu hiris dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getahnya. 
  2. Tumbuk atau blend kunyit dengan air.
  3. Tapis pastu tuang ke dalam dalam periuk dan didihkan 
  4. Masukkan asam jawa + madu dan buah manjakani (Sekiranya ada)
  5. Biarkan api perlahan, kacau sampai mendidih. 
  6. Tapiskan sekali lagi ke dalam jag dan masukkan ke dalam botol bila dah sejuk. 
  7. Simpanlah dalam peti ais

See....teramat sangat lah senang buat dia kan? Why bother beli? Unless malas nak buatlah...tu lain cerita. Hihi. 





Maka terhasillah 400ml Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini. Terus pasang angan angan nak jadi tauke Jamu Jus Kunyit kau! Haha




Tapi.... bila tengok keadaan tangan Zie (ni baru sikit buat, dah camni kuning.. agak² kalau buat utk jual dalam kuantiti yang banyak....mahunya kuning sekuning²nya tangan tu. Eh, Lupa! Gloves kan hado...haiyaaaa.) Terus tak jadi nak jadi tauke Jus Kunyit. Hahaha.

...Takde lah. Bukan pasal tangan jadi kuning yang jadi penyebab tak nak jadi tauke Jus Kunyit. Hehe. Kekangan masa penyebab utama dia. Plus Zie tak dapat nak buat COD gak. Makanya...dengan itu, terkubur ler angan angan nak jadi Tauke Jus Kunyit Asam Madu! Haha

Takpe...insha'Allah. One fine day...

Starbucks Card Collection : Masa Untuk Dalam Album ♥


Like always...asalkan duit dalam card starbucks Zie tu dah habis, Baru Zie akan masukkan dalam Album kad starbucks Zie. Zie kan pengumpul Kad Perayaan Starbucks. Kalau bukan perayaan....tak kuasa Zie nak kumpul. Hihi. 

Kali ni Kad Gawai dah 0.00 amount dah. Sampai dah masa dia untuk diabadikan di dalam buku album ni. Hihi. 




Kad Raya 2019 Zie ni plak, still ada lagi balance. RM5.95. Lama tak ke Starbucks koooo. Last pergi dulu time puasa je. Lepas beranak...gara² wujudnya Teh Tarik Pyor (jual di stall tepi jalan je...sedap giler weh! fenomena di Sarawak, FYI)...terus lupakan starbucks. Haha!

Tahun 2019 ni, hanya kad CNY, Mother's Day & Deepavali je Zie terlepas. Huhu. Kad Shopee ada jual card semua tu untuk collector yang macam Zie ni. Tapi tak nak lah beli semata² utk penuhkan koleksi. Tak best....mengelat namanya. Langsung takde "thrill" kalau gitu tau.

Hanya collector je akan paham. Hehe. Takpe... Tahun 2020 Zie try akan completekan all festival cards dia nanti. InshaAllah. 


Semakin Tinggi IPU Di Kuching


Semakin tinggi bacaan IPU di Kuching. Huhu. It's been 3 days sudah sekolah Mikail ditutup. Alahai... Terasa bau debu asap bila sedut udara taw. Zie ni pun dah start selesema dan hidung gatal giler. Kan Zie ada allergik rhinitis. Zie alah pada bau asap, debu dan semburan racun serangga.

Tu ler yang terus kenak rhinitis tu walaupun Zie jarang keluar. Keluar pun bila nak pergi kerja dan balik kerja je. Selalu indoor di rumah jer & on air-cond, air purifier. Still terkena juga kite...huhu. Gara² tak nak pakai mask bila keluar kot. 

Bukanya apa...sesak nafas kite bila pakai taw. Tak selesa. Huhu. What to do. Zie tak salahkan Indonesia....sebab bukan negeri penyebab kebakaran tu. Tu perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawap. Indonesia dah sebaik mungkin cuba hentikan kebakaran dari terus merebak. 

...tapi jangan lerrr president dia keluarkan statement kata kita rakya Malaysia ni tak bersyukur gara² dah sedut udara segar selama 11 bulan. Nampak nah bengap di situ. Hmmm. Daripada keluarkan statement menyakitkan hati gitu....ada baiknya dia fikir lagi mendalam untuk hentikan kebakaran tu. Kesian kat rakyat dia terutama sekali baby.... baca news, ada baby umur 4 bulan meninggal gara² kes ni...kesian baby...



Yamaha Y15ZR Hafizh Syahrin Coverset Edition ♥




Akhirnya, setelah hampir 3 bulan penantian (sebab benda alah ni Pre-Order ya. Made upon order, gitu)... Sampai jugak akhirnya cover set untuk motor Yamaha Y15ZR husband Zie edition Hafizh Syahrin. Siapa yang minat bidang pemotoran sure akan kenal dengan nama Hafizh Syahrin ni. Zie tak minat, so tak kenal dan tak kuasa nak kenal. HAHA.

Motor motor...not my cup of tea. But.... husband minat giler. Since dia minat giler and dia bukan seorang mat rempit, cuma minat dia untuk modified motor/kereta.... Zie 100% being supportive. Sometimes Zie sponsored dia benda yang dia nak modified.

This time, dia beli sendiri. Haha. Excited giler ko dia. Keesokkan hari terus semangat dia pasangkan.... takdenya dia kesah jerubu teruk di Kuching ni...guys... hmmmm.






Tadaaaaaa!!!! Lawa giler arrr dah pasang. Sadly....rasanya cam takde peluang je nak tumpang motor ni lagi. Hahaha. Coz memang tak akan ada peluang untuk keluar berdua. Anak² still kecik.... huhuhu. Takpe takpe....tukang tengok je dah okay. Asalkan husband happy. That's all that matter.

Oh ye, coverset ni Airbursh ye uols. Bukan sticker² ye...tak main ler sticker², eh! Haha. Sebab tu ambil masa lama Pre-Order tu. Husband beli dari Seller Shopee ni --> esan_airbrush (klik untuk buka Link). 100% Puas Hati dengan hasil kerja seller tu. Keep it up bro!




Before & After ♥  Zie awal dah pesan kat husband, join group...takpe. Setakat di Whatsapp je. Konvoi²... BIG NO! Join Motor Autoshow pun.... a BIG NO. Dan no kirim² kat orang lain untuk join dengan bawa motor dia. Big NO NO. Since iols yang belikan...hehe. Bukan apa, Zie belikan motor ni, khas untuk dia. Bukan nak jadi Queen Control ke apa.. 

....tak suka orang lain "bangga" bawa motor dia ibarat cam motor milik diri sendiri. Haaa gitu. Kedekut Zie ni dengan harta taw. Part tak benarkan dia join konvoi² plak... anak² still kecil. Zie perlukan dia untuk tolong Zie jaga anak². Lebih baik masa tu digunakan untuk diluangkan dengan anak².

Akan tiba masanya nanti, anak² tak nakkan perhatian dari kita lagi. Haaa...time tu lah, nak join... join lah. Zie tak kisah. Cuma buat masa ni.... NO is NO. Suami ikut kata isteri, bukan tanda dia takut isteri dan tak juga jadikan isteri tu seorang Queen Control, ye uols. Suami yang ikut kata isteri adalah seorang suami yang tahu menghormati dan menghargai Isteri dia sebab dalam perkahwinan, persetujuan bersama amat penting...

If uols (guys ye) fikir cam nakkan kuasa veto, nak isteri je yang ikut cakap uols...  fikir 2x dulu sebelum nak berkahwin ye. It's not all about u sahaja okay. Marriage is a Team...so work as a team. Get what i mean?...






Robot Bumblebee Buat Mikail



Lamaaaaa dah Robot bumblebee yang bapak dia belikan untuk birthday Mikail yang ke-7. Baru teringat nak buatkan entry tentang dia untuk simpan sebagai kenangan. Hihi. Birthday dia yang ke-6 tahun lepas, bapak dia belikan dia Robot Optimus Prime. Lawa giler taw!

....ada masa Zie gambarkan ye.





Tadaaa!!!! Seee....cantik giler. Material dia besi.Terjamin tak cepat patah mahupun rosak. Unless Mikail main super kasar lah...then baru rosak. Harapnya tidak lerrrr. Bapak dia memang sengaja belikan dia Robot Transformer ni....untuk di jadikan koleksi.

....senang bila dia dah besar nanti, ada dah koleksi transformer dia. Next year dengarnya bapak dia akan belikan dia robot penjahat plak. Baru best, ada hero... ada villain gitu.





Manual guide untuk bertukar jadi kereta. Sumpah! Fail aku part follow manual ni. Mikail pandai....guys. Sebab tu ler permainan ni khas untuk guys. Kalau Zie...bebal nah nak pasangkan dia jadi kereta. Nyampah! Haha...




Bapak dia beli dari Shopee je. Direct dari China ada murah sikit berbanding di pasaran Kuching ni. Untuk brand dan kualiti yang sama camni, almost RM300 harga dia. Not worth it! Better beli je di Shopee and direct dari China. Ambil masa around 2-3 minggu untuk sampai.

...takpe. Janji murah lagi dari harga pasaran, Kan. Syukur sesangat adanya Shopee ni. Dah pindah ke rumah sendiri nanti, bapak dia plan nak belikan almari kaca hiasan untuk letak benda alah ni. 



Mikail Kena Eczema dan Demam Panas




Here we are....again. Ke Chen Medical And Skin Clinic lagi. Mikail eczema kembali teruk. Huhu. Sampai berkudis je gatal² dia disebabkan dia garu sampai terluka kulit dia. Haiyaaa. Budak² kan...memang tak reti nak kawal garukan dorang. Kalau tak sampai luka berdarah, jangan harap dorang akan berhenti garu... hmmmm





Kalau pergi sebelah malam, memang ramai orang sedang tunggu giliran. Kalau datang sini untuk beli ubat je...sekejap je. Tunggu jumpa doktor tu haaaa...yg lama nah.




Kesian Mikail ni, dahlah semakin kurus. Memilih sangat makan. Tak tahu Zie apa yg dia nak makan. Kalau makan nasi, dua tiga sudu je. Sakit plak hati kite taw. Sayur langsung tak nak makan. Kalau tak di paksa makan....kompom tak makan. Buah apatah lagi...


...Air pun sama. Berpaksa suruh dia minum. Tu yang kering kulit dia tu mengundang kuman² eczema dia bertandang. huhu.... So Zie mintak Dr Chen untuk bagi Mikail sick leave untuk esok sebab susah dia hendak berjalan. Terkangkang² je dia berjalan gara² celah paha dia luka akibat garuan yang terlampau...hmmmm.





Belum lagi sembuh luka gatal dia tu, tetiba naik plak panas dia. Demam kooooo dia uols. Nasib ada cool fever & ubat paracetamol dia. Terus cepat² bagi dia paracetamol syrup dan terus tampal cool fever. Satu tempek kat dahi, satu lagi tempek kat belakang tengkuk dia...

...dengan harapan cepat turunkan panas dia. So overtime lagi ler emak diat. Mikayla baruuuu je sembuh dari demam. Disambung abang dia ni plak. Menjawap ler emak dia ni non-stop jadi nurse sebelah malamnya.

Mata mulanya mengantuk yang teramat²... tapi bila tahu Mikail demam. Terus fresh okay. Kasih sayang emak kepada anaknya...




Memandangkan Zie rehatkan Mikail selama 2 hari dirumah dan takde sura sakit dari doktor....jadi buat ler surat rasmi untuk rujukan dan simpanan cikgu kelas dia. Syukur kali ni Mikail demam panas cepat je turun. Selalunya makan masa seminggu gitu baru okay demam panas dia.

...syukur. Maybe antibodi dia dah kuat kot. Alhamdulillah.... Nasib lepas tu Irfan tak kena jangkit demam. Lega.... hihi


Resepi Kerabu Midin



Photo Credited to featsofeasts.com
- Thanks -


Okay, sebelum Zie mulakan bagi uols resepi Kerabu Midin ni. Penting untuk uols kenal mana satu Midin, Mana satu sayur Paku ye uols. Takdenya Midin & Paku tu sama. Under satu keluarga...tapi tetap tak sama ye. Adik beradik rupanya kan berlainan...hihi. So refer 2nd gambar tu ye untuk perbezaan Paku VS Midin, okay ♥

Dah kenal? Boleh ler teruskan ikut resepi di bawah↴


Bahan² :- 
• 2 ikat/3 ikat midin 
• Air Perahan Limau Kasturi - 3-4 biji 
• Gula Halus - secukup rasa
• Garam Halus - secukup rasa
• Bawang merah - potong kerabu
• Cili Padi - potong halus

Bahan Optional :-
• Udang Kering 
• Bunga Kantan - potong halus


Cara-Cara :- 
• Bersihkan pucuk Midin. Patahkan bahagian yang tua. Cuci bersih.
• Rebus pucuk Midin. Jangan terlalu lama sebab takut lembik. Toskan dan ketepikan.
• Masukkan air perahan limau, garam, gula dan bawang dan cili. Masukan sekali bunga kantan (yg ni kalau nak skip pun boleh. Bahan optional). Kemudian..gaul bagi sekata 
• Goreng udang kering sampai garing. Ni kalau nak skip pun boleh. Tapi kalau ada udang kering ni, lagi sedap taw.
 • Udang kering yg dh goreng tu korg boleh tabur je atas midin yg dah siap gaul atau boleh gaul  ekali dalam midin..udang kering yg dh goreng ni, rasanya masin n crunchy
• Siap!


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ye uols. XOXO




Resepi Sambal Toktok byZieMadini




Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya
.
.
Cara-Cara Membuat:
• Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
• Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan ketepikan.
• Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh (tp saya pilih bakar berasingan).
• Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
• Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
• Perasakan sekali dengan garam dan gula.
• Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
• Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata (Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis)

Siap! Selamat Mencuba uols... Xoxo


Tara Turns 2 @ Citadines Uplands Kuching - Apart Hotel




Off We Go!

Ke birthday si kiut Tara Safya... my "childfruit". Hehe. Turns 2 years old ko dia dah. Weols semua in red black kecuali si bapak dorang ni ha. Dia je tetiba warna Kelabu...jenis degil tak nak ikut berbaju warna sedondon...haha. Takpe, lagipun dia tak nak bergambar.... 





This year on her birthday, mak bapak dia buat di Citadines Uplands Kuching - Apart Hotel (alahaiii...panjang bebenor nama hotel nyer...hehe). Senang untuk weols tetamu datang kata dorang. Bagi Zie better lagi lah kalau ada duit lebih, buat kat hotel etc macam ginie. 

...kita tak penah nak kemas² lepas habis majlis. Kalau buat di rumah....kena rajin giler lepas tu okay. Haha. This year bertemakan Summer Tropical ♥






Emak Tara ni memang lihai part buat candy counter ginie². Teruja tengok ♥ 




Lovely small family ♥ Untuk uols new readers... bapak Tara, abang Zie no.3. Muka Zie ala² muka Abg Minie ni haaa...kan kan :P Pssttt....muka Zie dengan kakak ipar pun ala ala gak. Pandai abang iols pilih...haha. Kuat jodoh you you





Irfan yang hyper....letih emaknya ni nak mengejar dia. Kang pecah benda alah kat hotel tu...tak pepasal kang nanti. 



Alolololo...si anak dara tersayang ni. Comel ♥


Kawan Baru ♥ Hihi



3 Dara Pinggitan...hehe. Girl's time bebenor dorang 3 tu taw

Being a birthday girl is tiring....so take a break kejap dengan Susu! Comel! Geram Maksu taw

Mikayla with her Mak Chu ♥


The berisi me...huhu. So susah nak slim down. Alahai. Gambar nampak Slim sebab posing angle cantik. Cuba snap dari posisi lain... tak nak tayang! Haha

with Birthday Girl! 

Mikayla pun nak gak menyusu. Letih kot dia membawang dengan kakak Tara & kawan baru dia tu kot. Haha. Buat Tara Safya kesayangan Maksu....Maksu doakan hidupmu dipenuhi dengan kasih sayang oleh semua orang, semoga berjaya didunia dan di akhirat. Dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus² dan menjadi anak yang solehah buat kedua² orang tua mu.

...Aminnnn. InshaAllah ♥