Bertahun dah bershopping di Shopee, inilah pertama kalinya Zie terkena dengan Seller penipu. Silap Zie tak check dulu Rating shop tue. Selalunya sebelum Zie buat pembayaran, Zie akan skodeng dulu rating shop tue camne. Slow ke, bagus ke jual barang so on and so on...bla bla bla.
Tapi kali ni, terus main beli je. Without thinking... huhu. Actually bukan beli barang untuk diri sendiri. Tolong manager Zie, Miss Lu belikan Kipling bag. Dia bagi link, then Zie terus place order je. Ingatkan dia dah check rating shop tu bagai.
Time tu rushing, tu yang Zie tak terfikir nak double check.
Ordered handbag, bila sampai.... haiyaaa! Cincin mainan yang harga 20sen tu. Ko ghase? Geram ler plak kite.
Terus Zie click Refund and membebel ler Zie kat bahagian Reason tu. Knowing me lah...tak sah kalau tak membebel! Haha. Nasib Zie memang away of benda alah Return/Refund ni. Kalau kena dengan customers yang totally tak familiar dgn system shopee or tak tahu tentang Return/Refund.... kenyang lerrr Seller tu makan duit haram. Not much amount tue but money is still a money bah. Satu sen pun Zie tak nak dia makan duit Zie... haha.
Kebaikkan shopping di Shopee ni, dia protect both parties. Seller tak dapat tipu customer, customer tak dapat tipu seller bila pembelian still under Shopee Guarantee period. Asalkan uols jangan Click Accept or jangan sampai Shopee Guarantee expired. Kalau tak, putih mata ler uols kerugian.
So perlu tahu tentang benda alah Return/Refund ni ye. Baru selamat duit engkau.
Beli lain yang dibeli, lain yang sampai. Baruuuuu ler sibuk nak skodeng shop si penipu besar ni. Ni dia shop si Scammer ni,
Ararwwo.my (click untuk view shop dia). Hati² uols dengan Seller ni di Shopee, jangn tertipu. Time ni, still penuh barang jualan dia di Shop dia. Tapi bila Zie dah report dia dan complained dia dekat Customer Service Shopee melalui Live Chat...
...tak sampai 1 jam. Deleted terus ke semua product dia. Pandai pun takut kau ye.
Ni uols tengok, kat Rating Shop dia tu, hampir ke semua feedback dari Customers dia dapat cincin mainan tue. Alahai... tektik terbaru si Scammer. Post benda lain yang murah, kekononnya dia tersalah send barang ler tue. Konon! If customer bertanya kat dia... kekonon ler tu dia minta maaf kata salah post... then minta kita click accept then nanti dia akan post yang baru. Konon!
If we do so... habis ler, hilang ler duit mu duhai customers. So, we have to act smart! Return/Refund action ada. So jangan jadi part of the game. Play smart. Malang ler dia dapat customer macam Zie. Tak cukup dengan buat report... Zie siap personally complained dia lagi dengan pihak shopee.
Siap suruh pihak Shopee buat siasatan ke atas Seller ni sebelum Seller ni burukkan nama Shopee. Ni Zie dalam process tunggu duit Zie kena refund. 4 working days katanya. Sebab still tunggu response dari Seller Penipu tu. Andai kata Seller penipu tu reject request Zie, then baru kes Zie akan di transfer ke Distribute Department. Tengok lah Jumaat ni nanti... camne.
Hopefully Seller dok diam² je lah. Jangan reject my request. Baru smooth je duit akan di transfer ke my Shopee Wallet. Malas nak tunggu lama². Duit orang maaa.... Susah hati pegang duit orang.