Restocking Eskinol Toners



Weehoooo! 60 botols of Eskinol Toner restocked sudah. Dalam bulan ni, dah 4x dah Zie restock. Mula² 48 botol je. Since jualan Eskinol semakin... alhamdulillah, fast selling kooo. Syukur. Tu yg Zie standard kan pengambilan stock 60 botol. So that dapat gak untung jualan Zie simpan.

Duit lebih dari keuntungan, Zie akan guna buat rolling modal lagi.




Sambil kira stock sampai, sambil jaga si kecik comel putih² pipi merah² ni. Adat koooo anak, kau beremakkan tauke Eskinol. Hihi. Dulu kan, bila tengok orang up gambar parcels untuk di pos punyalah menimbun parcels customers untuk dorg post. Terus terdetik dalam hati, ingin nyaaaaa business online nak gitu²...

....akhirnya Allah swt makbulkan keinginan zie. Tak cukup tangan nak packing kooo. Gigih Zie packing sorang². Haha. Dalam seminggu main 40-70 botol terjual. Alhamdulillah....




Psssttt...ye ye, Zie ni memang jenis OCD sikit. Semua barang kalau boleh zie nak kemas² dan siap label. Haha. Bukannya apa, senang Zie nak cari and guna nanti². Ramai yg tanya, why tak guna pocket bubble wrap. Takde lah susah² nak bungkus². Tinggal masukkan n seal je, kata dorang.

...Kan dah cakap, zie ni ada OCD sikit. Haha. Kalau guna pocket bubble tu, tak dapat berlapis². Lapis dia nipis je. Tak nak letakkan risiko eskinol tumpah once sampai ke tangan customers taw. Biar zie letih balut, asalkan eskinol selamat sampai.

Amanah customers pada kita tu. Walaupun zie tak charge dorang packaging fee. Biar untung sikit, janji barang di jual tak tumpah, pecah or rosak. So far belum pernah lagi kena kes tumpah or pecah. Syukur.....So siapa nya order Eskinol Toner, boleh direct PM Zie di FB Page Zie ni ye --> Zie Madini Store (click to PM)...

Selamat Hari Polis Ke-211, Husband!



Pada hari Ahad lepas, merupakan sambutan Hari Polis yang Ke-211. Husband Zie dah berkhidmat sebagai anggota polis di cawangan Pasukan Gerak Am (PGA) selama 11 tahun. Wahhh... lama jugak ye dia dah jadi polis. Hihi. Kerja dia sebagai anggota PGA ni selalu pergi OPS. Paling sekejap, sebulan away. Paling lama, 3 bulan away.

Nasib Zie ni seorang isteri yang tahu berdikari. Tahu driving, tahu apa semua...alhamdulillah. Pernah gak zie terfikir kat isteri² anggota yang jenis 100% bergantung pada suami. Camne ek....cam kesian je kena tinggal lama² bila suami menjalankan tugas...huhu





Taraaaa!!! Hadiah kan Adidas Tactical Boots ni buat husband Zie sempena Hari Polis yang Ke-211. Setiap kali Hari Polis zie memang akan bagi dia hadiah. Tanda Zie menghargai penat lelah dia bertugas sebagai seorang anggota Polis demi mencari rezeki buat Zie dan anak²

Zie tempah kasut Adidas ni di --> Tactical Pro Shop (click untuk view). 100% Original, 100% trusted seller. Kalau tak silap, husband kata... tauke Tactical Pro Shop tu pun seorang anggota polis gak. Kalau tak silap lah ye. Hihi. So memang dijamin tak akan kena tipu.

Stylo lerrrr husband nanti bertugas. Hihi! Selamat Hari Polis, Kekasih Ku dunia akhirat ♥ 





Tukar Tempered Glass & Casing Baru iPad Mikail




After hampir 3 tahun, inilah kali ke-2 Zie tukar tempered glass iPad Mikail. Berbaloi gak beli di Switch ni. Bertahun² tahan walaupun selalu terjatuh dek Mikail. Zie pilih tempered glass yang jenis ada eye's protection. Takde lah sakit nanti mata Mikail. Selalunya hadkan dia main iPad dia 30minit - 1 jam je. Sebab tak elok sangat anak² di beri gadget sebenarnya. 

Nasib Mikail jenis menurut.





iPad anti-shock cover ni plak, Zie beli dari Shopee. Penghantaran direct dari China. Bercinta gak lerrrr tunggu dia sampai...haha. Yang bestnya, seller tu siap bagi touch screen pen as free gift. Ni yang bestnya beli benda alah direct dari China. 

Seller dorang pemurah nah...suka bagi free gift. Hihi



Happy je Mikail dapat iPad cover baru. Ada necktie katanya. Hihi. Bila papa dia balik rumah dari kerja, terus dia show off kat papa dia gtaw yang mama dia belikan cover iPad baru untuk dia. Hehehehe. Kids....




Jom Bercuti di Thistle Port Dickson



Hi uols, sekarangkan tengah musim cuti sekolah. Sure uols ibu bapa tengah tercari² kat mana tempat peranginan yang sesuai untuk bawa anak² uols bercuti, kan ^_^ Ni Zie nak kongsikan sedikit review tentang Thistle Port Dickson. A private beach di Selat Melaka Thistle Port Dickson Resort adalah tempat yang amat sesuai untuk lari dari tekanan dan ketegangan kehidupan bandar. Persekitaran dan kemudahan hotel sangat baik, tetapi lokasinya jauh di luar bandar Port Dickson

Tempat yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur bercuti santai², samaada untuk urusan business, romantik break ataupun percutian keluarga. Dibawah ni fakta ringkas tentang tempat peranginan ini :-

• Terletak 90 minit pemanduan dari Kuala Lumpur
• Terletak 60 minit pemanduan dari KLIA
• 3km of private sandy beach 
• 251 bilik 
• 9 hole golf course
• 9 bilik mesyuarat yang belainan sais
• dletakkan dalam 36 hektar taman berlandskap yang cantik
• Fitness centre dan Spa



Taraaaa! inilah dia Thistle Port Dickson. Ianya terletak di KM16, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sampai² je uols kat sana, akan di saljikan dengan pemandangan sangat best. Suka sangat dengan landscaping kat situ. Sejuk je mata memandang, betul tak? Bila uols menginap di Thistle Port Dickson, uols akan menikmati perkhidmatan terbaik dan kemudahan premium hotel - contohnya percuma wi-fi di seluruh resort.

Kakitangan penerimaan tetamu di Thistle Port Dickson Resort akan menyambut uols dengan senyuman yang penuh mesra so that uols akan rasa seperti di tempat sendiri.




Yang nie lobby dia. Sangat besar, luas dan selesa. Takde ler lenguh sangat nak menunggu proses check-in dan checkout nanti kan. Kaunter resepsi terletak di sebelah kiri as well as the right side pintu masuk. Lounge lobi menawarkan banyak tempat duduk dan sofa yang selesa untuk tetamu resort. Suka dengan interior design dorang. Kita tengok je dari gambar pun dah tahu selasa, kan.






Ini plak sedikit gambar² dalam bilik di Thistle Port Dickson. Thistle Port Dickson Resort adalah hotel bertaraf empat bintang dan bilik dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang biasa uols dapatkan di mana² hotel. Bilik-bilik yang luas, cerah dan diubah suai sepenuhnya. Dilengkapi dengan satu katil bersaiz king dan satu katil bersaiz double kanak-kanak (bergantung dengan jenis bilik yang uols tempah ye). 

Amat selesa untuk seisi keluarga berehat. Highly recommended untuk uols menempah bilik yang menghadap laut dan pantai. Fuhh...damai je jiwa bila dah tengok sunset bagai dari balkoni bilik, betul tak? So mesti tempah bilik menghadap laut dan pantai. Baru ler istilah merehatkan minda. Hihi. Kata nak lari dari kesibukkan kota kan ^_^






Manakala bilik mandi yang serba moden dan dilengkapi dengan seramik yang berkualiti tinggi. Zie kan, if check-in kat mana² hotel. Tempat yang paling pertama Zie pergi adalah tempat bilik mandi. Kenapa? Sebab zie inginkan keselesaan seperti di rumah sendiri. 




Pemandangan yang menakjubkan dari balkoni! ♥




Yang ni plak, restaurant dorang ^_^





Last sekali  Zie nak sentuh pemandangan di swimming pool dorang. Cantik kan ♥ Salah satu kemudahan yang paling hebat di resort ini ialah swimming pool! Swimming pool ini merangkumi kawasan yang besar dan ia menjadi tarikan utama bagi banyak tetamu resort ini taw. Tengok je dari gambar dah tahu dah berapa besarnya swimming pools dorang kan. Di salah satu sudut di kawasan utama swimming pool, ada di sediakan Pool Bar di mana uols boleh memesan makanan ringan dan minuman sambil² berenang dan berendam :P

Selain daripada itu, di Resort Spa menawarkan pelbagai jenis terapi dan urutan. So siapa yang dah letih tu, boleh ler singgah untuk manjakan badan plak kan. Hihi. Apa yang lebih penting, you’ll enjoy the warm hospitality dari pekerja² di situ. Itulah yang membezakan Thistle Port Dickson! Penuh dengan senyuman. 

Jadi, apa yang uols tunggu lagi? Cepat --> book thistle port dickson on traveloka sekarang! Jangan kata akak tak payung if semua rooms fully booked nanti ye ^_^ 




Seluar Longgar Tanda Diet Berjaya!


Alhamdulillah.... bila pinggang seluar longgar, itu tandanya apa uols???? Itu tandanya diet yang kau amalkan berjaya! Yayyyyyy!!! I am soooooo happy! Ermmm...sejujurnyalah, Zie pun bukannya berdiet sangat pun. Zie. Zie still gak makan apa je yang Zie rasa Zie nak makan.

Cuma part supper (makan time lewat malam), Zie dah stop tebiat tak sihat tu. Haha ^_^ Dan Zie try reduce pengambilan air warna². Zie more ke minum air kosong dan teh tanpa gula.




Paling penting, Zie sehari pun tak pernah skip ambil Clenx Tea tu. 30 minutes lepas makan (heavy meal lah - lunch & dinner), Zie akan detox balik dengan minum teh herba ni. Seperti yang sedia maklum, kesan pengambilan ni... untuk body system Zie lah ye. Biasa je. 

Takde cirit birit ke apa. Uols boleh baca review Zie tentang Clenx Tea ni kat sini --> Natural Clenx Tea Review (click untuk view). Apa² pun, HEAVEN! Memang sangat cepat turun berat badan kena benda alah ni taw

Highly recommended! Xoxo...



Farewell Dinner Buat Engineer Kami



Malam hari Sabtu yang lepas, pejabat weols ada buat Farewell Dinner untuk Engineer weols, Miss Ong. Dia resigned sebab nak sambung PHD...whoaaa!!! so clever budak tu taw. Hehe. Well-mannered juga dia. Jenis yang ikut protokol kesopanan. 

Memandangkan waktu malam, malas nak drive sorang² balik (bahaya juga perempuan drive sorang² waktu malam), takut nanti drag sampai tengah malam. Tu yang mintak tumpang opismate, Mira. Kebetulan plak boyfriend dia offer untuk hantar dan ambil. Selamat sikit sebab ada lelaki. 



Zie - Miri - Miss Ong

Yang baju hitam tu lah Miss Ong. Kecik je orangnya kan. Macam baru je lepas SPM. Hehe. Kalau tak silap baru berusia 24 tahun. Coming 25 years old tahun ni lah. Sementara tunggu semua sampai dan makanan sampai, berswafoto ler jawapnya. Hehehehe



Zie dan Mira

Geng Keras! Zie - Yii Han - Beverly

Uncle Joo & Mdm Grace
- mereka ni ada related dengan boss. Uncle Joo, sepupu kepada bini big bos. Mdm Grace plak, adik kepada bini boss. 

Haaaa....tayang menu dinner weols. Sedap weh.
::
::
::
::
::

Black Pepper Muttons

Seafood Tomyam




Pandan Chicken. Yg lain tu tak tahu apa nama ^_^

Ikan ni pun tak tahu apa nama. But sedap gila!



Taraaa!!! My colleagues & bosses ♥ Boleh di anggap keluarga ke-2 zie selain dari keluarga sedarah sedaging. Sebab some of them, terutama sekali bosses zie, dah bersama² dengan zie hampir 16 tahun. Lama giler kan zie kerja kat situ.

Boss baik, rakan sekerja pun baik²... buat apa nak pindah kerja kan. Janji kenaikkan gaji dan bonus tiap tahun dapat. Setiap tahun zie dapat 3 bulan bonus. Why should i change resign, kan? Hihi. Kalau bersara tu, lain kesah lah





Asal ke Bangkok Seafood Restaurant kan, sure punya boss akan pilih menu dua ni sebab pencuci mulut. Sedapppppppppp.  Tapi selalu je lupa tanya apa nama. Hihi. Apa² pun all the best buat Miss Ong. Panjang umur jumpa lagi kita...xoxo




Subway Pertama di Kuching, Sarawak




Fuhh... sejak Subway ni open, tak pernah tak panjang barisan taw. Actually Zie sebenarnya takde lah teruja sangat nak mencuba burger Subway ni sampai sanggup berbaris panjang. Maybe sebab burger kot. Tu yang tak teruja sangat...bukan pencinta burger. Hihi

Ni terpaksa berbaris panjang sebab husband yg teringin nak makan. Demi mu suamiku, ku sanggup berbaris. Pahala di situ. Haha :P





Punya lah lama tunggu dan berbaris. Sampai mengantuk ketiduran si kecik botak zie sorang ni. Sudahnya terpaksa request take away je. Tak dapat nak makan kat situ. Kang mengamuk plak baby Irfan nanti if terbangun dari tidur.




Taraaa!!! My 1st Subway burger. Zie ordered Chicken Teriyaki.Sedap lah jugak. Biscuits tu, sebab take away, sampai rumah... terus tak crispy lagi dah dia. So automatik jadi tak sedap. Hahaha. Kalau makan terus, memang sedap rasanya lah.

Husband plak, dia mula² dia ordered Turkey Breast & Chicken Slice. Chicken slice dia dah habis katanya. So tukar ke Roasted Chicken je. Boleh lah jugak sedap subway husband tu. But mine one more sedap lah. Hihi.



Bilik Pejabat Saya.. Alhamdulillah






Alhamdulillah, akhirnya i have my own private space. Happy sangat². Siap special renovate lagi tu. Thank boss for this room. Love it so much




As for lightings dia, cantik arrrr. Lampu putih. 



Seminggu selepas Tahun Baru Cina, Zie moved in ke new office and ke new workstation. Subhanallah... heaven sangat² kooo. Ruang besar, luas dan kemas. Hmmm...part nak mengemas file² tu ler ada sedikit malas...hahaha.

Nasib colleagues ramai membantu. Zie main tunjuk² jer....eh! Hihi




Boss purposely tebuk lubang dinding so that zie dapat bual² dengan kerani kat depan counter. Tak bosan katanya. Syukur dah boss baik macam ni taw. 





Akhirnya kemas sudah. Hihi. New workstation, new office and new working spirit. Cewah! Hihi Pelan² zie nak deco² bilik ni nanti. Akan bertemakan Putih hitam... Soon. Psstt...sanggup zie keluarkan duit sendiri. Malas nak claim², sebab if claim...tak dapat beli benda mahal². Nanti kena bising

If guna duit sendiri, dapat beli yg mahal². Then if resign or retire nanti... angkut bawa balik ler kan. Tak rugi mana pun beli guna duit sendiri. Nak letak mini cactus garden in future. Tunggu.... hihi



Throw Back Entry : Hadiah Valentine Dari Suami




Throw back entry masa hari Valentine aritu. Sejujurnya, zie dan suami tak sambut pun hari Valentine. Memandangkan kebetulan beli time Valentine Day (sebab nak dapatkan valentine's discount), terus je lah letak hadiah Valentine. Hahaha.

...nak gak koooo kata gitu. Asalkan tak sambut, sudah ^_^





Taraaa!!! 3 Chomel charms by Tomei zie rembat. Charm gift box tu memang lamaaaaa dah kenan tau. Sebab dia berat, harga jadi mahal...so asyik delay je nak beli. Tp kali ni, husband belikan.Yayyy yayyyy!





Baru nampak penuh dah bangel Tomei iols. Nanti²... masa birthday Zie bulan 8 ni nanti, nak request charms lagi kot. Hehehe. Tak pun sendiri beli untuk hadiahkan diri sendiri ^_- Tapi husband, kalau dgr zie nak beli sendiri, sure terus jadi dia yg belikan.

...katanya, emas... sebolehnya, dia yg belikan. Zie okay je. Dia offer nak bayar kan. Hihi. Once bangle ni dah penuh nanti, baru ler zie stop gila emas! Haha. Sebab zie jenis yg beli emas untuk pakai. Bukan utk koleksi. Kuasa ku beli mahal² end up, tersimpan kemas je dalam jewellery box.