Sampai Sudah Treadmill Saya ♥

 


Pertengahan bulan Ogos yang lepas, kan husband ada belikan untuk Zie Treadmill. Hadiah kedua sempena birthday Zie; Fitness Equipment Pertama Ku ← klik link untuk baca balik post entry. FYI, benda alah ni Pre-Order. Takde ready stok. kena tunggu dalam masa seminggu gitu, baru stok sampai.

Then kena tunggu lagi 2-3 hari untuk dorang uruskan penghantaran. So...menjawap lerrr almost 2 minggu gak tempoh penantian ^_^ 




Finally sampai ♥ Yayyyy! Kesian dorang, time benda alah ni sampai...time tueeee lah jugak lift rosak. Nasib just tingkat 1 je. Kalau tingkat 6.... habis lerrrrrrr. hehe. Husband tolong dorang angkat sekali. Baiknya dia ♥♥♥

Dorang buka di luar je. Senang lagi kata dorang. Mana² ler.




Tadaaaaa! My simple mini home gym ♥ Dalam proses pengubahsuaian. Zie nak husband catkan dulu dinding...then baru letak cermin sebesar alam kat dinding tu. Nak fefeeling ala² di outside gym gittuh. LOL :P 

Zie nak play with colours Red, Black and Grey ^_^ Tak sabarnyaaaaaaa ♥ Tapi tak dapat ler nak buat sekali terus. Kena tunggu ada extra duit, baru dapat proceed. Tak nak kacau saving... hehe. Since ni home gym rumah di kem jer. 

If di rumah sendiri nanti... haaaa baru tak lokek kacau saving. LOL ^_^





Ni dia free gift beli Treadmill tu. Dapat lerrr Xcore Magnetic Bike worth RM888 kalau tak silap. Untuk besarkan kaki, okay mengayuh ni. Ni khas untuk husband je. Malas nak besarkan kaki...tak seksi nanti. Haha. Zie just nak tone-up kaki je.

So far now memang sedia ada sudah ada shape kurniaan Allah swt ♥ Cuma Zie hanya perlu slimkan sikit bahagian paha. That's all.




Setiap petang, lepas bermasak balik dari kerja... biasanya Zie akan workout selama sejam. Setiap hari without fail. If during weekday... biasanya belah pagi dan petang/malam. But lately ni, sejak budak² dah start sekolah balik ni... penangan bangun seawal 4:30am. Aduhaiiii... keletihan Zie lain macam je rasa.

...kejap workout, kejap tak workout Zie gara² terlampau letih. Tak konsisten dah lately nie in where Zie sangat tak happy about it. Tak suka. Tapi apa boleh buat... memang energy drained sungguh... huhu. Zie workout main purpose dia bukan untuk dapatkan a hot body ye.

Tapi untuk kesihatan. Zie nak hidup sihat. Cuma itu lah, result dari workout.... u gain a hot body. Ceaaaa... haha. Betul maaaa. Apa² pun, Zie tak akan force diri untuk workout seandainya Zie memang keletihan. Workout supposed to be fun and you enjoy it to the fullest. So, never push yourself okay. Tapi seandainya forcing the only way untuk uols workout is dengan paksa diri tu... and you are happy with it. Then... go for it.

Lain orang, lain caranya. Macam Zie... nope. Will not forcing myself. Biar result lambat, janji Zie happy and enjoy it to the fullest ♥


DIY Balik Gym Weight Bench Yang Lama

 


No wonder lah husband Zie beriya² halang Zie dari beli Xcore Home Gym hari tu. Rupanya still dapat di pakai lagi gym equipment yang lama di rumah emak dia rupanya. Cuma perlu di "touch-up" untuk cantikkan dia kembali. Rupanya ada bench dia rupanya. Nasib Zie tak beli yang baru untuk dia. Ingat nak surprise kan dia. Hihi

...jangan membazir. Yang lama still dapat pakai. DIY je untuk jadi macam baru... gittuh. 



Sooo... tadaaaa! Husband dah siap spray. Zie requested dia untuk spray warna hitam. Hitam itu menawan maaa... gittuh! LOL ^_^ See....cantek sudah Weight Bench weols ♥  Tugas husband, jadi tukang spray. Tugas Zie plak, jadi tukang tampal bench cover tu kepada yang baru.





So nih, Zie dah ordered PU Leather cover dari Shopee. Order 1½ meter. Should be enough kot untuk Weight Bench and Press Machine nanti. If tak cukup, kemudian² baru order lagi. Untuk weight bench, husband part sudah settled. So my part lagi tinggi.

...tinggal nak cari heavy duty stapler je lagi. Then the DIY project is ON. nanti kita tengok hasil DIY weols laki bini ye. Tak sabarrr.... hihi





Aduhaiii! Dah macam besi buruk ler pulak. Yang ni, Press Machine. So far husband checked, still elok je lagi, Perlu di buka satu persatu untuk di bersihkan dan di spray gak. Banyak lerrr kerja husband nanti.  Hihi. Tak sabar nak tengok hasil dah siap spray nanti.

My new hobby ni selain dari main PS4. Zie main gym dah skrg. Cuma Zie tak ke Gym place lerr... husband tak benarkan. So I'm making my own gym room. Gym Room, lepas husband siap part ni semua, baru husband akan start cat bilik.

Zie nak warna Grey. I love grey when it come to house paint. Nampak exclusive je tau warna tu. Can't wait for my Gym Room 100% siap♥