"Cantik" Kau Lukis Mama, Mikail?



Semalam tu masa on the way teman husband ambil kereta sewa weols dari penyewa, Mikail... penuhkan masa dia di dalam kereta dengan melukis. Excited dia dapat colour pen baru yg warna warni. Tu yg nak melukis time tue gak..

...bila dah siap dia lukis, like always ler... akan tunjuk kat Zie yg duduk dia kerusi belakang (dah ada anak ni, anak conquer duduk depan... huhu)

::
::
::
 ::


Keluar weols kata nya. Orang lidi belah kanan tu, adalah Zie, Husband dan Mikail. Orang lidi belah kanan plak, yg tu emak Zie dan Nenek Zie. Meanwhile yg depan pintu tu plak, orang datang visiting ke rumah katanya...hahaha.

...melalui lukisan tu, dia terangkan ler apa story di sebalik lukisan dia. Terhibur gak zie dengar. Mencuit hati nah. Hihi. But bila dia tunjuk lukis yg kedua ni. Luruh jantung aku. hahaha

::
::
 ::


Mikail : Mama... Mama. Tengok ni... mikail lukis.
Zie : Ek'eh... cantik eh Mikail lukis. Mikail melukis apa tok?
Mikail: Melukis ... Mama!
Zie : ... erkk (speechless terus zie...haha)

Aduh nakkk... "cantik" nah muka mama kau lukis nak oiii. Tetiba mama dia ni ada 4 tangan dan banyak giler kaki. Hahahaha. Dah mcm sponge bob or ketam plak dah aku tengok. Hahahaha. Keranah budak² ni memang mencuit hati je kan.

...bangga plak tu dia kata dia lukis tu Zie. Hahahaha. aku pun aku lah.... janji ada lakaran gmbar dari anak. Hahaha





Menambah Koleksi Tupperware Lagi


Yayyy! Sampai sudah Tupperware Ezy Oval Kepper yang Zie order melalui Shopee minggu lepas. Mentang²lah Tupperware yg di jual di Shopee semuanya murah² (berbanding if kau beli direct guna katalog order. Harga katalog maa...mahal)...

....tu yg mula dah berjinak² mengumpul Tupperware. Tak sangka gak weh Zie akan terjebak gak dgn Tupperware ni. Haha




Bought this two pieces only at RM25.50 jer. Murah kan. Love color dia sooooo much! Pink and black. Gaji karang baru rembat bekas air H2Go dia plak. Hihi. Husband zie dah nait jemu tengok zie tiap² malam pi skodeng Tupperware products di shopee... hahaha

...di tak dapat bebel sangat if zie beli. Coz guna duit sendiri maaa. Lalalalala. I love Tupperware ♥





Selamat Hari Raya Aidil Adha



Salam aidil adha buat uols yg beragama islam dan buat uols yg non-muslim, happy holiday! Like always, akan ke rumah emak mertua ^_^ Husband plak, sibuk tolong jiran yg buat korban. Mikail plak, berani kooo dia pi tengok orang sembelih lembu utk korban.

...zie tak berani. So terperap je ler dalam rumah...hihi.



Dua orang cousins ni tengah bonding time... hihi. Seumur dorang ni. Sama tadika. Kelas sebelah menyebelah jer. Dah bukan macam cousins je zie tengok... dah macam adik beradik jer. Hihi. Ala ala je muka dorang ni.

...comel! Mikail dan Safiyya





Meanwhile mama mikail ni plak, main Pokemon battle...hahahaha. Kuang asam nah kan menantu ni. Time raya, time tu gak nak main pokemon. Haha. Actually, time ni emak mertua and yg lain tengah tengok orang buat korban.

...kan zie tak join tengok. So wajib ko hilang boring dgn main pokemon. Hikss ^_^




Alololo...keletihan anak bujang zie ni. Balik dari rumah emak mertua, weols direct ke Hospital. Coz emak and Abg Minie bawa Mak Nek pergi sepital. Tak sihat mak nek :( Ni weols terpaksa balik dulu, coz mikail dah merengek rengek nah nak tido

...once masok je dalam keta and pasang air-cond. Tak sampai 5 minit, pengsan dah dia terlena. Hihi





Sampai di rumah, benda alah ni menunggu mikail dia atas katil. Since dia still ketiduran, tunggu dia bangun, baru bagi dia. Hadiah harijadi dia dari Pak Yak Minie dia dan Yak Chu dia. Mainan remote control yg pertama dia ni

...mahunya dia tak excited main bila bangun. Hihi. Thanks Abg Minie and Chu. Love ya!






Menjamu Selera di Kedai No. 25,Top Spot Kuching




Hehehehe... nyempat weh jadi Pokemon Huntress ^_^ Tangela tu pun nak makan seafood gak... hihi. Ni last month nyer story ni. Tertunggak nak ngepos coz kebizian dgn kerja opis, kerja online dan kerja² di rumah. Tu yg blog kembali terabai tu...huhuhu



Weols pergi berdua je. Sebab time tu husband zie on night watch. Tu yg tak dapat join weols colleagues gathering. Some sampai lewat ler plak...hehe. Semua gara² tetiba je hujan macam ribut. So terkandas ler jawapnya dalam traffic jammed.




Time awal² je dapat selfie. Once dah start makan... abaikan handphone. Tangan kotor bah. hehehe. Sah sah lerr handphone zie di conquer oleh Mikail. Happy seakan dia menangkap Pokemon. 




Butter Prawn - sejujurnya, sedap lagi aku masak weh. Hehehe. Sedap memang sedap, but once kau dah reti masak butter prawn sendiri, sure nyer akan say --> "Sedap lagi aku masak"... hahaha

Oyster Omellete. Yg ni, kau kena masak masa dia still panas². Time dorang hidang, terus kau makan. Kalau kau tak makan cepat², akan jadi tak sedap once dah tak ranggup. So, kena makan masa still ranggup. Macam keropok ikan goreng... kena makan immediately gitu. hehe


Sea cucumber soup -- A MUST ni kalau zie makan di Top spot. wajib order. Sangat suka makan benda alah ni. Hihi


Signature menu -- Midin Belacan -- Dan sekali lagi, sejujurnya... sedap lagi yg aku masak, Eh! Hihi. But if compare to Midin Belacan di Singapore Xpress... perghhh... terbaik ko Midin Belacan di Singapore Xpress tu. Tak caya? Cuba ler... baru tau sedap tak sedap versi Singpore Xpress ^_^


Sotong Masak Kicap --- yg ni kejadahan entah Ms. Lu pergi order sotong masak kicap ni. Soooo menu dirumah zie ni. Hahaha. Cubalah order menu yg menarik sikit. Ni menu biasa je dia order. Haishhh. Makan je lah, since dia ajak pi sama² order, zie tak nak. Leceh bawa budak berhempit² di dalam ramai... huhu


Ikan Merah (** errr...kot? Haha) Masak Sambal. --- Haaaa... yg ni sedap. 


Sweet and Sour Chicken --- again.... sedap lagi masakan aku. Hahaha. Ni lah yg payahnya bila pandai memasakkan :P Cewahhh


Haaa...selamat menjamu selera mata ye uols. Buat yg belum lagi lunch tu.... whoopsiii, my bad! Hihi. Kalau ke Kuching, sarawak. Jangan lupa singgah makan Seafood di Top Spot Bukit Mata. Dan semestinya di Kedai No. 25 ^_-

Sedap² menu dorg saljikan. Plus.... takde nya kau berkurun tunggu. Sepantas kilat akan terhidang. I like! 




Bermain Watergun


Hehehe...kesian dia, tahun ni hadiah birthday dia hanya water gun ni je gara² tahun ni hanya buat sambutan weols anak beranak je. Pssttt...cut cost plus zie keletihan sangat dengan kerja. Langsung tak dpt nak buat preparation utk sambut birthday Mikail.

... Water gun tu hadiah daripada adik ipar Zie, Siti Aisyah dan Areef. Happy kooo dia main water gun tu




Hanya benarkan dia main water gun di luar rumah dan di dalam bilik mandi je. Kat dalam rumah... sorry , nak. Kau mengiyau macam mana sekali pun nak main water gun tu, kuasa mama nak layan. Strictly tak boleh main dlm rumah. hehehe

Apa² pun, thank you Siti Aisyah dan Areef for this water gun. he loveeeee it so much ♥