Tertinggal Satu, Dia Dapat 3 Sekali



Hehe... selfie dengan Mikail yg sedang menyusu. Nak di jadikan cerita, Hot Wheels yg papa dia beli tertinggal ler plak kat rumah emak mentua Zie. Nak patah balik... jauh dah. Malas plak husband nak patah balik..

....Mikail plak create drama dia. Nangis bagai nakkan Hot Wheels dia.




Sudahnya terpaksa weols singgah di The Hills shopping mall. 



 

Semata-mata utk pergi ke ToyRus utk belikan dia Hot Wheels. Haishhh anak aku tu. Mentang mentanglah dia sorg je .... tu yg demanding bgai ape entah. Huhu. Selagi weols mampu, dpt je turutkan.

...kalau dia demand yg mahal mahal --> Sorry, talk to the hand. Hahaha :D





Sekali 3 koooo anak aku rembat. Haippp...tamak kau nak oiii. Dia sendiri yg pilih. Rasanya kalau tangan dia dapat pegang sampai 10 paket tu... agaknya 10 paket gak kot dia rembat.... grrrrr.





Aikkk... awat muka mencuba. Padahal dah dapat 3 tue hot wheels nak oiii. Tak kan tak cukup dan puas lagi kot. Huhu. Macam macam je budak kecik ni.






Shopping Raya + Hot Wheels




Sabtu ni tadi awal dah koo husband ajak shopping raya. Sebab tak suka nak shopping time last minit. Mabuk org kang aku nanti...huhu. Nak cari parking dan traffic jammed another lagi reason kenapa tak suka last minit.

...Memandangkan baju raya Zie complete. So hanya shopping utk baju raya husband dan Mikail je.




Sebelum tu, singgah opis kejap. Nak buat kerja sikit. Hehe...sempat lagi si kecik tu nyusu. Aaaa aaaa... ada org tak puasa weh! Hehe





Dari opis terus ke Plaza Merdeka. Shopping kat sini heaven sikit. Sebab tak panas plus akan ada gift voucher punya. Sebab suruh husband beli di parkson. Dapat collect point. Dan setiap RM150 spending akan dapat RM10 voucher.

Memandangkan Zie jd tukang bawa shopping bag, so tak dpt lerrr candid snap gmba...huhu





Baju purple dan pink husband. Baju warna putih plak...husband kata gune yg time nikah je. Jimat. Sebab lelaki bukannya tiap hari pakai baju melayu. Betu gak kat dia. Lain lah perempuan. Tiap hari pun boleh pakai baju tradisonal utk pergi kerja...hehe

...hanya ni je yg sempat di rembat. Sambung ahad plak. Sebab rushing nak pergi bazaar ramadan dan ke rumah mak mentua. Iftar kat sana...hehe




Rupanya sempat gak husband belikan Mikail sebijik keta hot wheels. Katanya Mikail sendiri yg pilih. Lama tak beli hot wheels utk dia. Tu g dia beli tetiba. Bukannya apa weols stop beli...sbb byk hilang di ambil budak-budak yg datang mengaji.

...nak bising pun susah Sudahnya weols mls nak beli lagi. 




Lawa seyyy keta pilihan Mikail. Canti kombinasi warna dia. Hehe. Harap yg ni tak kena ambil. Kalau kena ambil pun...redha je lah kooo uols. Tak dpt buat apa apa. Pssttt...happy je Mikail dpt hot wheels baru.

...kesian anak mama tu.










DIY Ribbon -- Boleh Jadi Hiasan Pada Bag Tangan


Ingat lagi tak dgn Tutorail Buat Riben Bahu (Mengunakan Kain) <-- klik utk baca.  Selain di pakai di bahu, uols pun boleh jak pelbagaikan kegunaan benda alah ni. Macam Zie, bosan sudah pakai di bahu, Zie jadikan ianya sebagai hiasan di bag tangan Zie...hehe.



Tadaaa! Tengok... comel je kan. Hehehe. Selain ni boleh je letak kat kotak hadiah ke, apa ke. Banyak fungsi sebenarnya ribbon ni...hihi






Tutorial Origami Baju Kemeja Lelaki





Senang je kan lipat origami untuk baju kemeja lelaki. Bila kita dah tahu cara lipatan, selanjutnya... ikutlah kreativiti kita sendiri utk hasil karf yg kreatif dari origami tersebut.

Nih... kalau uols lipat dgn menggunakan kertas bercorak stripes.

::
::
::
::
::


Tadaaa!!! Inilah hasilnya bila lipat origami baju kemeja lelaki dgn menggunakan kertas bercorak stripes. Origami ni uols boleh je kembangkan utk jadi sesuatu yg unik. Contohnya; tampal kat handmade kad atau pun tampal kat gift box.

...definitely akan cuba! Selamat mencuba uols.




Sampai Sudah Baju Raya Ke-3




Hari tu kan ada Zie mengiyau kat sini yg Zie shopping lagi dia Zalora (uols boleh baca --> Membeli Lagi di Zalora <-- klik tu ea), Hari ni sampai sudah ^_^ Isnin dorg pos, hari rabu sampai sudah benda alah yg sangat di tunggu tunggu ni...hehe.

...dapat 2 parcels serentak. Happ!




Parcel pertama ni kongsi barang dengan colleague, Ngiik Choo. Marie Claire kasut dan jam Casio tu dia yg punya...hehe. Kan weols share half daripada voucher kemenangan yg bernilai RM500 tu. So harus parcel kongsi gak. hehe





3 items ni baru Zie punya. Like always, semestinya brand Zalia utk pakaian muslimah ^_^  Hehe. Ermm.. Zie beli Zalia Sequin Mermaid Maxi Skirt dan Zalia Lace Overlay Peplum Top utk baju raya yg ke-3 Zie. If uols nak tgk model pakai pakaian yg Zie beli tu, boleh aje klik entry ini --> Membeli Lagi di Zalora

...well uols, seperti yg zie selalu katakan. Brand Zalia memang tak pernah mengecewakan. The best muslimah wears ever! Harga consider murah sebab sangat berkualiti taw. Tak caya? boleh aje try beli sehelai.

Kompom uols akan puas hati. Hehe. Utk accessory plak... Zie beli belt dari Something Borrowed. Sgt comel belt ni taw! Pertama kali Zie beli dari brand ni. Semestinya akan pilih brand ni when it comes to accessories. hehe




Tadaa!!! Kasut raya kooo. Haha. Tak tahan nah iman aku nak pakai terus! Hahaha. Camne uols tgk dalam gambar di dalam zalora... gitu lah yg akan uols dpt. Sebijik! Seriously...sebijik mcm dlm gambar. 

...tona warna tak juah lari :) hehe. Kali ni tak beli heels yg jenis platform. Just normal heels plak. Terasa rendah ler plak pakai. Haha. Kan Zie sudah biasa pakai yg 6 inch. Ni rasanya 4 or 5 inch je kot. Seriously... terasa rendah pakai. Haha.

So nanti nanti Zie hanya beli kasut warna putih dan pink je. Oh... sangatlah murah rezeki Zie utk raya tahun ni. Ketiga tiga baju raya Zalora dan Digi yg sponsor. Tinggal nak beli 2 pasang kasut je lagi. Syorgaaa... hehe



Apa apa pun, buat yg nak mencuba shopping di Zalora sempena raya ni, nih uols boleh guna voucher code ZBAPohD upon checkout :) Uols akan dapat diskaun 15%.  Sesiapa yg sudah guna voucher ni, saya akan kongsi lebih banyak lagi diskaun kod di masa akan datang melalui email anda bersama Zalora ^_-

Oh ya, voucher code ni khas utk new customer je ea. Psstt...bila nak beli nanti, highly recommended brand Zalia utk muslimah wears dan brand Sidewalk utk kasut. Dijamin puas hati. Sungguh! Hihi




Bazaar Ramadan di Sukma Ria



Ramadan ke-2, terpaksa merajinkan diri ke bazaar ramadan. Balik je kerja terus ke bazaar ramadan di Sukma Ria. Ke sini sebab nak beli ikan terubuk bakar. Emak nak makan... tu yg sesak sesak pun dgn orang dan traffeic jemmed bagai apa... tetap jua ku redah.

...demi memenuhi permintaan emak tersayang :) Skodeng bawah utk makanan yg di rembat.

::
::
::
::
::


Bacang Daging. ermm.. taku pasti lah kat semenangjung panggil apa :P Lama giler tak makan bacang ni taw. Sebab jarang jumpa. Bila ternampak ada org jual... terus rembat :D 

Makanan kegemaran arwah ayah ni. Al-Fatihah buat ayah.




Mcm ni lah isi dia. Pulut dan di dalam ada inti. Selalunya hanya ada 2 inti je. Inti daging atau inti ayam. Sedap :)






Ikan terubuk bakar dan sedikit hati panggang :) Ikan terubuk emak bahagi 2. Sebahagian makan utk iftar. Sebahagian lagi simpan buat sahur. Jimat... jimatt. Hehe




Umai obor obor. Salah satu makanan kegemaran Zie. Dari hari tu mengidam nak makan umai obor obor. Akhirnyaaaa....hehe. Syukur Alhamdulillah. Bagus peniaga yg jual umai obor obor ni taw. Banyak obor obor dari bawang dan bahan bahan lain.

....selalunya mesti banyak dgn bawang je.  Ibrat mcm makan umai bawang... haha. Tp yg ni tak. Uols tgk, jelas kelihaatan banyaknya obor obor. Semoga murah rezeki peniaga tu :)





Dan yg ni plak kuih apa entah...hehe. Zie part nama nama kuih muih ni memang give up zie. Zie hanya tahu makan je. Tgk kuih kenal tp dgr nama... sumpah, tak kenal. Hehe. Kuih ni jiran yg sederkah.

...terima kasih jiran. Semoga murah rezeki dia :) Pape pun... selamat berbuka puasa petang karang ye. 




Membeli Lagi di Zalora



Jumaat lepas, kan ada ngiyau kat uols yg Zie menang RM500 shopping voucher di Zalora (boleh klik --> Saya Menang RM500 Zalora Voucher! Alhamdulillah <--  utk baca), so it's shopping time! Hehe. Zie nyer bahagian hanya RM250 je. Sebab kan share separuh dgn Ngiik Choo (officemte) yg bagi Zie token code contest tu.

...tak nak tamak maaaa. Org berbudi, kita berbahasa gitu. Hehe. Meh tengok apa yg Zie rembat :D





Untuk pakaian, seperti selalunya.... semestinya dari Brand Zalia menjadi pilihan. Sebab Zie memang sangat berpuasa hati dgn kualiti kain dan design yg sangat menepati citarasa muslimah :) Untuk baju raya ke-3 Zie, Zie mix and match. Tema... Putih ^_^

Untuk baju, Zie beli Zalia Lace Overlay Peplum Top (warna black/off white) dan untuk skirt, Zalia Sequin Mermaid Maxi Skirt (warna Black) menjadi pilihan hati





When it come to shoes plak... semesting dari jenama Sidewalk menjadi pilih. HARUS and WAJIB kooo pilih Zalia dan Sidewalk brand kalau Zie nak shopping di Zalora. Dijamin puas hati 100% Percayalah.. hehe

... Untuk kasut, Sidewalk Ombre Heels With Notch (warna Purple/Black). Kasut ni utk baju raya yg pertama. Kan tema 1st adalah warna Purple. Hehe. 2nd theme - Pink dan 3rd theme - White/black. Insya'Allah gaji nanti baru beli kasut warna Putih dan Pink plak :)




Tali pinggang plak, Zie cuba beli dari jenema Something Borrowed. Yang ni utk di pakai dgn office wear. Sesaja beli sebab tergoda dgn design riben tu arrr. Haishhh.. hehe. 

FYI, semua barang yg di order di atas, Zie hanya tambah RM40 jer. Selebihnya bayar guna gift voucher kemenangan. Pssttt... tahun ni baju raya Zie semuanya di sponsor taw. Terima kasih Zalora dan Digi Rewards.

Tahun depan sponsor lagi taw! Haha. Tak sabar plak rasa nk terima semua barang ni :D Dok bercinta tunggu dak Gdex hantar. Hehe. Nanti dah sampai, Insya'Allah esok atau lusa Zie tayang ek. Hehe



Ferrero Rocher Toppers Tutorial -- Father's Day




Memandangkan awal bulan ni tadi Zie dah pun bagi hadiah hari bapa in advance, so semalam...  Zie hanya kasi dia 9 biji Ferrero Rocher je.. hehe. Since dia suka makan coklat, kasi dia coklat je. At least takde lah sekadar bagi wish je, kan... hehe.

...Hari sabtu tadi Zie buat kraft sempena Father's Day :)




Atas Ferrero Rocher Zie hiaskan dgn rama-rama yg comel tu. At least tak kosong sangat... hehe




Buat gak 2 felt kraf utk husband. Felt sampul surat dan felt love... hehe. Lama tak bua felt kraf, tak berapa kemas sangat jahitan tu.... huhu. Takpe takpe... lama lama biasa balik ler tu. Hehe





Ni plak paling senang nak buat :D Just buat je design toppers di computer. if nak cepat, cari je ready made designs di Google. Ni pun zie guna yg dari Google...hehe. Print je... then guna double tape (kira jadikan as stickers), then tampal je kat kertas keras.





Guna gunting bercorak (Zie guna corak wave. err... corak wave ni kan? Haha), gunting je kat tepi kertas keras. Lupa plak snap gambar masa buat proses gunting tu...hehe




Ini lah hasilnya selepas di gunting dgn menggunakan gunting corak :) Utk buat batang dia plak, Zie guna pencungkil gigi je. The guna silver wraper tu utk balut pencungkil gigi tu




Tadaaa! Siap sudah Ferrero Rocher toppers saya...hehe. Senyum lebar je husband bila dia tengok benda alah ni dalam peti sejuk, Suprise! Hehehe






Project Kraft Hujung Minggu Ini -- Hari Bapa


Memandangkan hari ahad ni nanti adalah Hari Bapa, dan memandangkan juga husband not in town sebab dia ada OPS di luar daerah. Jadi, plan nak buat kraf project utk Hari Bapa je weekend ni. Hehe. Sp far bahan² utk buat kraf dah ada...

....cuma tak ada idea lagi nak jadikan bahan² tu jadi satu kraf yg comel :) Memandangkan hadiah hari bapa sudah pun di beri awal bulan tadi (click --> Father's Day Gift in Advance <-- utk baca entry) , jadi kali ni hanya bagi Ferrero Rocher je...hehe.

3 biji tu represent --> I ♥ U ...hahaha, lariksss!




Google cupcake toppers utk dijadikan Ferrero Rocher's toppers.. hahaha. Idea kena ada beb :P



Printed sudah. Tinggal nak gunting dan buat toppers je lagi. Insya'Allah... Isnin karang Zie publish entry utk kraf projek kali ni ye :) 





Saya Menang RM500 Zalora Voucher! Alhamdulillah



Semalam pagi, rakan sepejabat datang lengang kangkung sambil pengang handphone dia dan tanya Zie, nak tak token code contest dia. Dia dapat dari Digi (digi reward.. ni yg bestnya pakai Digi beb). Memandangkan Zie sangat giler berZalora...

...tu dia bagi Zie je. Zie apa lagi, apa apa yg kena mengena dgn Zalora... kompom aku nak weh :D Haha. Contest ni, Grand Prize dia RM500 voucher. Kiranya semua org yg dpt Digi Reward ni tak akan pulang dgn tangan kosong.

If tak dpt Grand Prize, tetap akan menang something. So.... cuba nasib ler beb.






Sekali tgk.... uwaaaaa! Melompat kegembiraan kooo aku bila dapat tahu Zie menang Grand Prize yg berjumlah RM500 voucher tu. Sungguh tak sangka! Kawan sepejabat Zie (Ngiik Choo) pun tak sangka zie akan menang Grand Prize.

...inilah dinamakan rezeki di pagi bulan ramadan yg pertama. Alhamdulillah, syukur. Tapi Zie tak tamak taw. Zie kata kat Ngiik Choo... weols bahagi dua. Zie RM250, dia RM250. Mula mula dia tak ambil dia kata dia dh bagi Zie. Itu luck Zie, katanya.

Tp tak nak lah Zie makan sorg. Kalau tak kerana Token Code dia... memang tak akan merasa menang Grand Prize mana-mana kontest weh. Hahaha. Akhirnya akur gak dia weols bahagia dua :) Happy nya Zie uolsss.

Raya tahun memang sesen pun Zie tak keluarkan duit utk beli baju raya ler jawapnya ni...haha. Rezeki dari Allah swt yg tak sangka sangka. Alhamdulillah... alhamdulillah.





Last Lunch Sebelum Bermula Bulan Berpuasa




Hehehe...makan tengah hari terakhir sebelum bermulanya bulan berpuasa esok. Hihi. Mee goreng daging je kooo uols :D Malas nak drive, kirim kat colleague suruh tapaw je. Syorga makan kat workstation. Sama makan sambil update blog...hehehe :P






Apa² pun, buat saudara dan saudari yg seagama... Selamat berpuasa esok hari :) Semoga puasa kita diterima oleh Allah swt. Ingat uols --> Jaga Mata, Jaga Telinga & Jaga Hati <--- hehe. Supaya amalan puasa dapat full gitu :D

...tapi sebaiknya sepanjang masa lerr jaga semua benda alah tu. Baru hidup diredhai Allah swt ^_^ Eh...tazkirah plak aku. Hihi. Salam Ramadan, uols





Dress Origami Tutorial


Comelnyaaaaa hasil daripada dress origami ni. Sesuai bebenar untuk di jadikan wedding card or apa² card yg sesuai lah...hehe. Nampak classy gitu, kan? ^_^ So far Zie dah reti dah lipat dress origami ni. Tinggal nak beli kertas yg comel²... lepas tu baru boleh cuba buat ^_^

Siapa yg nak try, boleh je refer tutorial lipatan origami kat bawah ni.

::
::
::
::
::


Yg ni jenis coctail dress. Bahagian atas ada sedikit beza dari gambar origami kat atas tu. But cara lipatan hampir sama. Jom uols, kita berorigami.. ^_^




Tutorail Buat Riben Bahu (Mengunakan Kain)




Hehe...skrg ni Zie dah start beriben kraf balik ^_^ Kali ni buat reben brooch utk bahu ^_^ Yang dalam gambar yg Zie pakai tu adalah my first creation of shoulder ribbon brooch... hehe. Part ekor reben tu ada cacat sikit.

...kurus plak :P Sepatutnya sama size dgn kepala riben :D Ok uols, ni Zie kongsikan tutorial camne nak buat shoulder ribbon brooch ek.



Jahit setiap sisi kain tersebut. Kain ada 2 lapis ye.

Mula² potong dan jahit je kain yg berbentuk segi empat sama ni. Size ikut suka uols lah ea. Memandangkan masa tu tak jumpa kat mana Zie letak pembaris... so ukuran takde buat ek. Hehe. Benang plak, zie main taram je guna benang hitam.

...tak kesah sebab nanti akan di terbalikkan.




Gunting sedikit di bahagian tengah.



Supay uols dah terbalikkan kain tersebut (rujuk gambar). Kiranya yg berjahit, akan di dalam.




Ginie lah jadinya bila di terbalikkan. Disebabkan kain jadi renyuk, hendaklah uols seterika terlebih dahulu ye. Baru kemas :D




Lepas seterika, lipat kain dan ikat di bahagian tengah :) Jenis lipat reben, tahu kan? Kalau tak tahu, boleh je cari tutorial lipat riben di youtube ek ^_^\




Done bahagian kepala, skrg nak buat bahagian ekor plak. Kalau nak result ekor kurus mcm yg zie buat ni, boleh je size lebar ukuran separuh dari lebar kepala riben tu. Kalau nk ekor jadi gemuk², samakan ukuran lebar dgn kepala riben tu ek.

...panjang plak... ikut sukar uols lah nak ekor dia panjang mana. janji nampak comel :P



Tadaaaaa!!! Siap sudah. Tinggal nak gamkan pin je lagi :D Kalau uols nak jadikan klip rambut, gam je clip rambut. Kalau nak jadikan getah rambut, tempek getah rambut. Mula² Zie ingat nak letak batu manik kat tengah² riben tu.

...tapi nampak tak comel plak. Better lagi kosong macam tu je :D


Ni plak projek minggu lepas :D Hanya dapat siapkan 2 riben je...huhu. Kalau guna mesin jahit... kompom laju je siap. Ni zie guna jahit tangan. Sebab tu makan masa nah... huhu. Yg ni hasil daripada ekor kelebaran sama size dgn lebar kepala riben.

...comel kan kan. Hehe. Selamat mencuba, uols. Lama tak buat tutorial utk kraft :D