Masa Untuk Label Benda Alah ♥

 


Seminggu lebih dah beli Rajtan Ikea ni. Baru hari Sabtu tadi Zie managed untuk melabel benda alah kat dapur. Beli kat H&L di Ecomall, Semariang (di Kuching, Sarawak of course... I kan orang Sarawak). Kat H&L situ je ada section for barangan Ikea.

Masa Zie beli, ada offer benda alah Rajtan ni. RM6.90 je for 4 bekas kaca tu. Comel je. Sesuai utk letak serbuk².





This is how I do my labelling. Ceaa... as if lah orang tak tahu. Hihi. On sticker printer tu Zie beli kat Niimbot Official Store (klik utk view) di Shopee. D11 Printer (klik untuk view) nama printer Zie pakai ni. Price around RM100++ including postage and 1 roll sticker paper.

Untuk weols yang suka label barang², sangat useful benda alah ni taw. It is inkless. Dia thermal printer, FYI.






SIAP! Love it. Nampak kemas and teratur je kitchen. Nanti² nak beli kitchen rack utk simpan benda alah. Nanti lah Zie buat projek cantekkan dapur. Dapur gas tu, inshaAllah akan Zie gantikan dengan yang baru nanti. Actually nak beli dapur baru bila rumah weols dah siap nanti.

..tapi itulah, janji manis si Sentoria, alahaiii. Tahun demi tahun asyik kena kencing je. Malas dah nak tunggu²... baik start membeli dah barang². Senang nanti tinggal beli perabout je. Perabot yang sedia ada tak dapat bawa pindak ke rumah weols. Sebab rumah kecik je, perlu perabot mini² je semuanya... hihi

Apa² pun, harap cepatlah siap rumah weols. Almost 3 years dah delayed. Kalau dapat full LAD claim nanti...okaylah jugak. Haishhh....

Happy 38th Birthday, Dear Husband ♥

 


Hari Sabtu tadi; 09.04.2022; was my dear husband birthday. Dengan ini, genaplah sudah umur dia 38 tahun. Seusia dah kitorang dua. Yayyyy! Hihi. Tapi sampai 12 Ogos ni je lah seusia. Lepas tu, start lagi dah Zie tua setahun dari dia 😭😭😭

...Takpe, aged is just a number. Haaa...gittew 😅 Like always, celebrate kitorang lima beranak je. Gambar kat atas tu gambar last year sebenarnya. Sebab this year, husband tak nak ada birthday cake. Jemu dah makan cake katanya.

Mahunya tak...sebab 19 March, birthday Mikayla. One whole cake. Then 25 Marc tadi...Hari Polis (weols kan memang akan celebrate hari polis), another more 1 whole cake. So utk his birthday, dia tak nak cake. Just wish & hadiah ye...ceaaaa.




This year, dia request nak smart watch. Baiklah. Turutkan je. Zie suruh dia pilih sendiri which brand dia nak. So dia nak yang ni, Suunto 9 Baro Titanium Charcoal Black... telan liur jak tengok harga 😅 Boleh pura² pengsan tak? Haha. Takpe...in August nanti, my turn. GARMIN! Ho ho ho 😈




Setup mana² yang patut dulu sebelum bagi kat dia. Time ni tengah software update watch dia. This is his main birthday gift. Ada gift kedua okay. Hehe




Haa...ni gift ke dua dia. Kebetulan Zalora buat 4.4 Sales harga beratus lepas tok diskaun ini, diskaun itu... jadilah super murah! Since husband kan pengemar Under Armour tegar...wajib Zie belikan dia sandal ni. Buat dia pakai dekat dalam rumah. 

Apa² pun, glad dia suka all his gifts. So birthday Zie nanti, nanti lah nak fikir apa 😋

Mikail Sudah Di Vaksinkan

 


Another Throw back entry....weeeee ~ Haha. Adat bila kau bukan lagi seorang blogger tegar. Dulu tegar, sekarang.... asal ada update jer. Takpe 😛 For your information, before 10 March 2022 lagi Zie sememangnya dah pun daftar Mikail untuk PICKids ni. Tak kisahlah apa rumors sekalipun, tawakal pada Allah swt...itu yang penting.

Zie tak akan sesekali meletakkan anak² Zie risiko jangkitan. Takkanlah diri sendiri complete vaccinated, alih² anak² tak divaksin... adil ke tu? Tu namanya kita dah ambik hak anak² kita... my point of view ye uols. Takpe... tak nak ulas panjang² isu ambil vaksin ni... isu sensitif. Kita kena hormat pendirian orang lain...

So on 10th Mar yang lepas, kebetulan sekolah Mikail ada buka utk pengambilan vaksin. Pada masa yang sama juga, kebetulan ler pulak seminggu sebelum tarikh pergi vaksin di sekolah Mikail, Mysejahtera Zie notified Zie utk pilih tempat Mikail ambil vaksin. Since Zie nak ambil di sekolah dia, senang lagi.

...so Zie ignored je yang di Mysejahtera tu. Ada lah juga tanya pendapat Guru Kelas dia, Cikgu Faris. Katanya ignore je, nanti pihak sekolah akan urusan on 10th March nanti.






So here we are... on 10th March 2020. Semangat turun awal. Sebab tak nak ramai orang. Tapi bila sampai² je...ek eh, tak ramai orang. Pengurusan sangat lah tiptop dan teratur. Tunggu pun tak lama. Kejap je. 

...Psssttt, gambar kat atas tu...Zie paksa dia berposing kat banner PICKids tu. Haha. Ketat semacam je muka dia diri situ. Mana taknye... cikgu² dia dok perati dia dari dalam. Hahaha. Buat kenang-kenangan lah sayang emak oiiii.




Nervous Mikail. Hahaha. Ignore suara emak dia yang over excited. Hihi. Doktor siap terangkan sekian sekian. Takpe doktor, I trust all of you, KKM. InshaAllah...takde apa². 





Alhamdulillah... less than an hour. Siap sudah. Wajib bergamba kat sini. Hehe. And again...sekali lagi I is paksa dia. Lalalala 😚😂 Time umur awak sekarang, memang awak tak nak ambil gambar utk kenangan. Trust me...when awak dah besar nanti. Baru awak akan bersyukur and berterima kasih sangat² emak selalu ambik gambar itu ini utk jadi kenangan.

...when I'm gone one day nanti....this blog awak & adik² awak anak baca berulang² kali tanpa jemu setiap kali awak & adik² rindu emak nanti. Err...kot? Hahaha.





Suruh akak security guard tolong snap gmbar weols 😅




Ni plak, sementara tunggu bapak dia ambil weols balik. Zie tak drive sebab ingat ramai orang and akan susah nak parking. Kalaulah tahu takde orang and banyak parking kosong, takde nya Zie nak jadi Mem Besar mintak dihantarkan. 

...orang kan wanita berdikari. Senang lagi bergerak sendiri drpd dihantar. So to kill the time....Selfie! hihi. Mikail....merungut kawan oiii. Hahahaha. Kesah? 😅😝



Balik dari vaksin, barulah dapat having breakfast kat Sadiqin Lim Cafe. Nak try mee dia. Masakan chinese muslim ye uols. Sedappp. Amboiiiii Mikayla... berselera nampak awak, sayang? 😂

Happy 3rd Birthday Mikayla

 


My little princess is turning 3 years old pada tarikh 19 Mar 2022...hihi. Throw back post ni ye, uols 😜 Trying my best to write a memory of them untuk hari tua Zie nanti. Dapat Zie baca balit bila dah retire nanti... haaaa gittew.

Since sekarang kita di zaman covid, still Zie belum lagi berani nak buat majlis birthday untuk anak². Dahlah dorang belum lagi dapat vaksin (hanya Mikail je...1st dose baru. In next entry Zie story). So weols hanya sambung weols 5 beranak je. 




Mikayla's 3rd Birthday Cake dari Secret Recipe 💖 Boston Chocolate Cake, beli yang size kecik ni je. More than cukup untuk weols berlima. Zie tak berapa sangat dgn kek² bagai ni. Manis. Zie diet gula...katanya 😅





Yummy! kata Mikayla... hihi. enjoy dia makan kek dia. Dia sendiri tau yang request nak pakai dress frozen tu. Agaknya rasa diri tu tuan puteri ler tu...hehe.




Zie masak sikit je. Spaghetti Bolognese + Fried Chicken. Tue je... 😛



Her 3rd birthday gift. Zie dan husband kongsi belikan dia this mini home playground. Sengaja beli warna biru dinasour so that abang² dia dapat tumpang sekaki main 😅




Seee...kan dah kata 😂 Papan gelongsor tu je yang weols benarkan Mikail main. Yang buaian tu....big NO NO! Patah nanti. Next, Birthday Mikail plak in Aug. Same birthday month dengan Zie. Husband Zie plan nak belikan dia basikal lipat since basikal dia yang sedia ada dah kecik.

...Zie actually plan nak belikan dia Garmin Forerunner jam. Tapi bapak dia tak bagi sebab baru je belikan dia jam Fitbit last year. Jangan membazirkannya. Jangan asal Mikail request, bagi. Asal request, bagi. Nanti takut terbiasa. 

Ye la ye la....basikal lipat lah. Bapak dia tu bukannya apa, dapat di sekali gak kayuh basikal tu. Bukan tak tahu. hahahaha


Olin Mini Cactus Garden

 




Lain orang, lain cara dorang untuk hilangkan rasa sedih dorang bila dealing dengan kehilangan orang/haiwan tersayang. Zie... I choose to keep myself busy (so that I can slowly move on dengan kematian Olin...not to forget her, of course) dengan menanam Kaktus! Hehe.

Planning nak jadikan rumah Olin tempat Zie letak kaktus² nanti. So takde istilah bazirkan tempat. Selagi kayu rumah dia still elok, selagi itulah Zie akan pakai.

Beli 4 biji Kaktus je dulu. Tak dapat beli banyak² one go. Ni je dah RM50 😭 Giler mahal kaktus tau. Nanti nak venture beli dari Shopee! haha. Murah Zie tengok. Try your luck je la utk kaktus sampai still in perfect condition....huhu




Tadaaaa! Letak gitu je dulu. Sabtu ni nanti Zie start berkebun. Gantikan pasu² yang dari kedai tu ke tempat bekas air dan makanan Olin. Pepandailah Zie hias nanti. Red Frame Meow tu....alahai, dari dulu plan nak print out gambar Olin.

...sampai ke dah takde dah dia. Still gak gituuuuu je...hmmm. InshaAllah, soon akan Zie print out. This section, Zie namakan Olin Mini Cactus Garden ♥ Akan Zie jaga kaktus² Zie semua ni nanti macam Zie jaga dan sayang Olin.




Collar nama Olin ni plak, officially jadi harta Zie yang paling berharga. Syukur Zie dulu ada buat collar name ginie kat Olin. Dapat gak Zie jadikan kenangan ke sana ke sini. Mula² Zie ingat nak gantungkan collar ni dalam kereta. Tapi bila fikir² balik...takut warna leather dia luntur sebab berpanas seharian dalam kereta....

...jadi Zie batalkan niat nak gantung dalam keta.



Zie put here instead ♥ Ni kaktus satu²nya di workstation Zie kat office. Sayang woooo aku dengan kaktus sebiji ni. Pagi² letakkan dia kat tepi tingkap utk dia hirup sinaran matahari. Lebih baik Zie letak kat pot kaktus ni daripada gantung dalam kereta. 

Letak collar Olin kat benda hidup....so that dia sentiasa hidup dihati Zie ♥ Jangan kata Zie gila tau. No one can truly understand the bond that we form until they experience the loss of one 💔

Kemaskan Barang-Barang Olin

 


Balik dari rumah emak Zie (selepas kuburkan Olin. Zie kuburkan dia di rumah emak sebab kat situlah tempat dia membesar dgn penuh kasih sayang), termenung kejap Zie tengok kawasan rumah dia ni. Takde lagi dah kesayangan hati Zie dok mengiau kat situ.

Mati itu pasti, uols. Zie redha. Kita ni pun sooner or later akan menyusul. Keesokkan petang lepas balik kerja baru Zie kemas kawasan rumah dia. Buang mana² yang patut, cuci mana² yang sepatutnya dicuci.



Kemas dah rumah kesayangan hati Zie. Sekarang, takde lagi dah bulu bulu kucing bertebangan. Allahhuu.... rinduuuuuu 😭😭😭 Tilam dia yang hitam tu, Zie cuci bersih². Untuk Zie jadikan props ambil gambar barang 😆 Tak akan Zie buang barang² dia... semua tu adalah kenang terindah Zie pada dia. 



Karpet tempat dia bersantai² plak, Zie jadikan alas kaki kat bilik air.




Ubat tumor dia, Iodin & air cuci luka tu, Zie buang. Meanwhile yang Nano Gold Wound Spray, wet tissues Dry shampoo and mandian yang lain (takde dalam gambar, Zie akan bagi kat anak buah husband Zie since dia ada kucing.




Still banyak lagi Inflamation pills a.k.a pain killer Olin ni. A week sebelum dia meninggal, Zie dah stock up untuk sebulan. Apakan daya, Allah lagi sayangkan dia dari Zie. Sikit je dia sempat makan pills tu. 

Awalnya nak buang @ return balik ke Dr Zawani Animal Clinic (kalau dorang nak terima la...sayang dari dibuang).... then suddenly Mira whatsapp Zie kata dia makan ubat utk. Untuk surut bengkak katanya. Doktor bagi dia masa dia bengkak telinga aritu. 

Barulah Zie tahu yang pills tu manusia pun dapat makan. So syukurlah, takde istilah buang. Bagi kat Mira untuk dijadikan stock ubat²an dia since longer expiry date.

Time kemas barang dia.... berlinangan air mata Zie. Sedih sangat². Terima kasih Allah, dah pinjamkan Olin selama 18 tahun ♥

Olin Dah Pergi Untuk Selamanya




It's been a week plus sudah Olin tinggalkan Zie untuk selama-lamanya. Baru hari nie Zie ada kekuatan untuk tulis kat sini tentang pemergiaan Olin. Seperti yg uols sedia maklum, Olin suffering from Mammary Cancer since 7th August 2021. Uols boleh follow up kisah dia di sini --> Album Olin Facebook. Maaflah uols, Zie langsung tak update apa² kat sini sebab kekangan masa.

Almost 8 months Olin bertahan... Zie try all my best untuk sembuhkan dia. Tapi itulah... Allah swt lebih sayangkan dia. At least Zie tahu....Olin tak lagi dalam kesakitan.



Gambar masa dia makan ubat dan mandi. Setiap sampai rumah after back from work, Zie akan terus rawat dia. Mandikan dia (guna dry shampoo...lap² je. Tak nak Zie dia berbau). Dia akan duduk gitu lah uols, seakan tahu masa untuk dia makan ubat, masa untuk dia mandi. Sayangnya Zie kat dia tak dapat Zie ungkap dengan kata².

18 tahun uols, bukan satu jangka masa yang pendek. Dari gemuk, jadi kurus dia kena cancer tu.




Senang je bagi dia makan ubat. Sejenis kucing yang dengar cakap kita. Kehilangan yang tak dapat Zie ganti dgn kucing lain. Rindu sangat² Zie kat dia. Moment terakhir Zie dengan Olin, Zie cakap kata dia ..."Kalau Olin dah penat dah, dah tak larat lagi... pergilah sayang. Saya izinkan Olin pergi.... saya redha. Jangan bertahan demi saya. InshaAllah kita akan disatukan kembali di syurga. Olin pergi ya... saya ikhlaskan..."... Ya, Allah... sebak dah Zie...😔

...and uols nak tahu? Masa Zie berkata gitu kat Olin, Zie tengok air mata dia terkandung dimata sampai meleleh sedikit dari mata seakan² paham apa yang Zie kata. Lemah dia mengiaw jawap Zie. Keesokkan pagi, masa Zie nak pergi kerja... like always, Zie akan jengah dia.

Bagitahu dia yg Zie pergi kerja dulu. Nanti malam Zie balik & Zie akan manjakan dia. Sebolehnya dia try untuk bangun dari baring and ngiaw kat Zie.Tapi cepat² Zie suruh dia baring balik and sambung tidur....jumpa malam nanti.

Rupanya pagi tue lah terakhir kali Zie jumpa dia bernyawa. Allahuuuu.... perit sgt rasa ni utk story balik moment terakhir Zie bersama Olin.



29 March 2022 pada pukul 12:45 PM, masa tu Zie tengah having my lunch. Zie terima whatsapp dari husband bagitahu Olin dah takde. Terasa dunia Zie kelam. Hilang terus selera makan. Terus pergi jumpa manager Zie dgn linangan air mata bagitahu Zie terpaksa apply emergency leave sebab kucing Zie meninggal. Manager Zie tahu kes Olin, cepat² dia suruh Zie balik.

Sepanjang perjalanan, menangis sampai mata bengkak.... non-stop. To uols, "Alahhh.... kucing je pun". Tu uols, yes... she just a cat. But to me, she's my fur daughter. She's my companion... my bestfriend.



Sejujurnya... dalam hidup Zie. Hanya 2 kali Zie merasa sedih sangat² saat kehilangan. Pertama sekali Zie dapat tahu bapak Zie meninggal. Yang kedua, this. Kematian Olin. Terus terang Zie kata, terasa kosong sebahagian jiwa Zie tanpa dia. Olin setia meneman Zie sejak Zie berumur 19 tahun sampailah sekarang, 38 tahun. Dari anak dara, sampai 3 orang anak. Olin setia di sisi Zie.

Can u imagine how can I through my day without her from now ow. Setiap hari Zie terkenangkan dia. Everything tentang Olin.... Zie rindu. Sakit sangat kerinduan nie. I know in times, Zie akan move on... and when day to come, dia sentiasa di hati Zie. Just like my arwah bapak... memories with them both akan Zie simpan sampai hujung nyawa.


Zie tried untuk tutupkan mata dia masa Zie bagi dia mandi, tapi tak boleh 😔 Maybe sebab mayat dah kaku agaknya. Masa Zie sampai rumah, bahagian bawah badan dia dah sejuk dah. Tapi bahagian atas still ada panas sedikit. 

Sayang Olin. Tidurlah ye sayang. Dia dah tak sakit lagi dah....




Zie letak batu² and tanam pokok bunga kat kubur dia. Guna je mana ada kat sekeliling rumah. Nanti ada masa, Zie nak cari pokok bunga cantik² untuk tandakan kubur dia. Sayang Zie kat dia, hanya Allah swt je yang tahu....