Sejak dah kawen ni, sejak tu lah rumah zie buat rumah terbuka raya pada hari ke-2 raya. Raya pertama wajib di rumah mentua maaa. Hehe. Malam raya pertama, mulalah Zie sibuk memasak juadah utk rumah terbuka weols.
...Zie masak 4 jenis juadah ^_^ Semuanya Zie sendiri yg masak taw. Husband dan emak jadik co-chef je. Husband tukang kupas bawang² dan blender kan. Emak plak tukang cuci². Zie adalah head chef. Cewahh..hehe
Meh skodeng juadah rumah terbuka weols.
::
::
::
::
::
|
Black Pepper Beef |
|
Mix Vegetable with Seafood |
|
Ayam Masak Merah |
|
Shepherd Pie |
Pssttt...yg tang shepherd pie tu kan. Kekonon kooooo Zie nak buat 40 bekas benda alah tu. Kira personal pie buat tetamu. Alih² 10 bekas je zie larat nak bikin. Sudahnya zie buat dalam bekas yg gedebak besar.
...lepas tu potong² je. Kekononnya ini utk dessert. Haha. Hidangan sampingan ada Kelupis (emak masak style iban), lemang dan nasi himpit. Lemang suami kakak husband zie yg buat. Nasi himpit plak, husband ai yg buat..ehemm.. hehe.
Inilah dia tetamu pertama weols. Along serta keluarga dia. Hehe. Gigih dorg datang sebelum jam 11am. Actually rumah terbuka weols buka at 11am till 5pm. Tapi memandangkan Along pun buat rumah terbuka gak pada hari yg sama...
...tu yg dorg cecepat bertandang ke rumah weols sebelum rumah terbuka dorg bermula. Hehe. Zie plak belah malam baru ke rumah terbuka dorg sbb dorg buat sampai midnight ^_^
Tetamu kedua, colleague zie. Mr. Ong. Hehe. Kali ni datang sorg je dia. Selalunya dia bawa 2 org anak dia. Tp tahun ni, tak nak plak anak dia ikut. Well, dah masing² dah bujang maaa. Mana hendak lagi ikut mak pak, kan. Hehehe.
...Thanks for coming, mr. ong!
Tetamu ke-3 plak, juga colleague zie. Engineer dan juga anak buah boss. Ingatkan tahun ni dia bawa girlfriend dia. Rupanya still nak sorok lagi weh dari weols...hehehe. Takpe, tahun depan maybe dia bawa kot....hiksss.
...Thanks for coming, adik Shin!
Tetamu ke-4 plak, Kakak ipar Zie (kakak kpd husband zie) sekeluarga yg datang. Hehe. Seronok je tgk dorang anak beranak makan ^_^
...thanks for coming, uols!
Tetamu ke-4 plak, my boss dan wife dia. Kira dia ni boss kecik weols. Boss besar plak ayah dia. Hehehe. Dorg setiap raya akan dtg bertandang. Yang bestnya... dorg datang beraya, dorg plak yg bagi duit raya kat Mikail. Syok arrr jadi budak kecik ek... hehehe.
....utk saya takde ke, bos? Tetttt! Hahaha. Kidding! :P Apa² pun, thanks for coming boss! :)
Tetamu ke-5 plak, my ex-colleague merangkap blogger,
Jenny Lilly (klik nama dia utk tgk blog dia ek). lamaaaaa tak tengok amara. Tak dapat sangat nak bermain dgn Amara. Sebab busy layan tetamu yg lain gak. Huhu.
...nasib sempat ambil gambar dorg. Hehe. Thanks for coming, uols! xoxo..
Tetamu ke-6 plak, Kiki dan anak² buah dia. Wahhh, dah dara² dorg dua ni. Dulu...alahaiiiii, tinonet je dorg. Hehehe. Semakin dorg mendara, semakin itulah Zie dan kiki semakin menua. Hahaha. Circle of life :D
....thanks for coming, girls! :*
Tetamu ke-7 plak, Kakak ipar zie merangkap blogger,
Chu Majorflava (klik nama utk tgk blog dia) bersama² dgn Abang Su dan anak buah dia, Oon. Seiring dgn dorg, juga datang my LSF sister, sis Coeq dan suami ^_^
...thanks for coming, uols! ^_^
Hahahaha....anak dijadikan prop utk bergambar...kikiki :P tetamu ke-8 plak sebelum lost count of guests (sebab dah stop ambil gambar tetamu lagi), adalah kawan Zie dan juga merangkap blogger, Tilla & suami dia, Roy. Roy tu kawan sekerja suami zie.
...Siapa yg lama follow blog zie memang tahu dgn dorg ni. Dorg ni lah punca kpd perkenalan Zie dan husband zie. Hihi. Thanks for coming, uols!
Haaa... setakat tu je larat nak snap tetamu² yg hadir. Lepas tu larat dah. Sekali ke serang ramai² serentak. Sampai penuh rumah. Hahhaa. Happy sesangat sebab ramai rakan dan sanak saudara yg sudi datang beraya di open house zie.
Puas hati juadah raya habis :) Niat nak buat sampai 5pm, sudahnya sampai malam gak baru stop. Hehe. Stop sebab nak keluar beraya dah uols sekeluarga. Pada uols² yg sudi datang masa rumah terbuka weols, terima kasih daun keladi. Semesti kami akan membalas kunjungan anda² semua.
...cewah! hehehe. Selamat raya uols!