Finally! Tekken 7 ♥



Oh yeahhhh! Finally I owned this ♥ Lama koooo Zie tunggu Tekken 7 ni price dia drop. Actually game ni release pada tahun 2015. Sekarang dah tahun 2020. Considered 5 years kooo Zie sabar menunggu. Haha. Masa release dulu harga dia.... fuhhhhh, RM200 plus kalau tak silap. One of hot games, memang standard price atas RM200.

...walaupun Zie ni boleh lah di kira gamer tegar. Tapi still gak koooo aku berkira part beli games. Haha. Tak akan beli selagi price tak RM150 and below. Kalau dapat below dari RM100, tapi in your dream lerr game hot ginie akan price gitu.

Ni pun price dia RM100 sungguh dah 5 tahun duration tue. Tue pun Zie beli kat Seller dari Facebook Page PS4 Kuching Trader. Kalau betul² beli dari kedai game, dalam RM190 gitu harga dia. Seee...still tak semurah mana walaupun sudah bertahun² release



So my next wish list will be this PS VR bundle set ♥ Baru heaven nah main Tekken 7 ni dalam using VR ni. Hmmm... kenapa lah kau mahal sangat duhai PS VR. Main Tekken akan semakin layan if ada benda alah ni taw. Terasa cam kau sendiri yang bertumbuk dalam tu. Seriosly.

That's why Zie mengidam sgt benda alah ni. Haihhh....

My 2nd Coach Collection




Lama tak shopping di butik². Selalu online shopping je kat Zalora sebab Zalora suka bagi sales sampai 70% okay. Kena jadi pembeli yang bijak... hehe. Kali ni Zie shoping di butik Coach. Kalau yang 1st collection tu husband yang belikan. This time, guna duit sendiri. Takkan ler asyik dok meminta je kan. Sesekali kena lerrr beli guna duit sendiri. Itu gunanya bekerja

Ingat nak carik wallet. Tapi designs kat butik Coach di Kuching ni.... alahaiiiii, jenis oldies nah. Dorg macam more ke classic design. Tahu lerrr Zie ni dah tua, tapi still takde selera nak pakai classic design. Haha. Sudahnya terpandang clutch yang Zie aimed kat Zalora the other day. 




Rembat terus! Harga mahal sikit je dari Zalora. Yela... apa² barang yang dijual kat Borneo, memang akan mahal lagi dari harga di Semenanjung. So pahammm. Dah beli baru bagitahu kat husband yang Zie belikan Coach clutch. Kena bebel sikittttt je la.

...membazir kata husband. Baru je dia belikan bag. Ni Zie belikan clutch plak. Bla bla bla... dia bebal. Tebalkan aje lerrr telinga. Haha. Zie kalau beli guna duit sendiri, memang akan beli dulu... kemudian bagitahu. Haha.

Husband jenis yang berjimat cermat. Pandai simpan duit. Tak macam bini dia ni... kalau dia tak pantau, habis lerrr saving buat Zie habiskan ke shopping benda yang tak penting. Huhuhuhu. 





So here you go. My 2nd Coach collection. Material dia jenis Signature coated canvas and smooth leather. Yang leather tu hanya wrist strap, bahagian edge dia dan bahagian depan penutup Zip tu. Sikit tu je leather dah harga...fuhhh, berapi. Huhu

Takpe.... if tahan bertahun² pakai. Sangat worth it lah price dia. 



Haaaa ni je kebesaran dia. Nice utk di bawa ke mana² bila Zie malas nak bawa handbeg. Sepanjang working days, Zie jadikan dia tempat letak makeup bag Zie, PS Vita dan powerbank. Zie suka design yang simple cam ginie but looks soooo classy ♥



Terbeli PS Vita Final Fantasy X Game


Huhuhu... at first nak try je tengok camne process. Nak tengok shipping free brapa since takde letak shipping fee dia how much. Bila click next... ek'ehhhh, terus come to this section, "Your purchased has completed successfully"... huhu. Terus terkial² Zie.

Rupanya just softcopy jer untuk semua games di website PlayStation ni. Baru Zie tahu. Actually tak best yang jenis download softcopy ginie sebab takde hard copy. If uols a gamer akan paham.... feel dia camne.

What to do.... dah pun TERbeli. So now terkial² Zie nak tahu camne cara nak download plak.




Ambil masa 2 hari gak kooooo akuuuuu. Baru lah tahu cara dia camne. Rupanya just log-in je PS ID kau kat PS Vita tu. Hari tu memang ada try log-in. Tak dapat² sebab dulu adik husband ada pakai. Maybe tu PS ID dia kot. Once kau dah register, tak dpt change user lagi rupanya.

Tak macam PS4. Dapat ramai user. PS Vita, just 1 user je. Okay... brightside TERbeli game ni, tambah 1 lagi ilmu pengetahuan tentang PlayStation ni. Haha! 

Lama gak Zie stuck kat tempat ID log-in tu. Sudahnya Zie terpaksa format balit PS Vita tu ke factory setting. So all saved games semua lesap ler. Takpe lagi since not my games....eh! Haha. Jahat sungguh. Ada pun games Zie, semua dah habis main.

So after format, key-in my PS ID.... Yay! Alhamdulillah. Dapat ♥ So tu dia my purchased Final Fantasy X Remaster tu. Download terus! ♥♥♥




Ingat bila kau tekan download button tu akan terus download ke? Oh Tidak!... huhu. Ada lagi ujian yang menguji kesabaran. System PS Vita tak being update lerrrrrr pulakkkkk. Okay. Small matter tu. Update je. Padehal kan.

So gigih tunggu System Update complete. Once dah complete....




Huh! This time lagi terkena. Eeeee....shakitttttt pulakkkkkk hatiiiiii kiteeeeeeeeee. Macam² nah aaaaaa. Stress mak! Could Not Download sebab not enough memory. Bila Zie tengok kat slot Memory Card... alahaiiiiii, rupanya takde memory card langsung! 

Hishhh...husband Zie ni. Memang taw. Ingatkan ada dia belikan selama ni. PS Vita ni dia punya. Tapi Zie mintak. So Zie kata, no kongsi² lepas ni. It's Mine! Gittuh. Haha. So....Duittttttttt lagi. Membeli lerrrr lagi.

Nak nangis boleh?




Sebab Zie lokek nak keluarkan lagi duit. Ngiyau kat husband ler. Mintak dia belanja Memory Card satu. Tak kisah ler 2nd hand sekali pun. Janji still dapat dipakai. So husband pi ler tanyak Tauke game tempat dia selalu beli. 8GB 2nd hand... price RM80++

Alahaiiiiiii....mahal rupanya benda alah tu eh. Even 2ndhand pun harga gitu. Benci sungguh. So Zie kata ler, nanti² je lah beli... dengan nada kecewa. Huhu. Hendak dijadikan cerita lagi, tetiba husband Whatsapp.... bagitahu abang dia ada Memory Card yang dia tak pakai lagi.

Happy terus mood bila baca. Terus tanya how much dia jual kat Zie. Husband kata ambik je. Wahhhhh...rezeki sungguh! 





So Tadaaaaa! Akhirnyaaaaaaaaa ♥♥♥ Happy giler I tell youuuu. Dapat main balik game favourite Zie time zaman anak dara muda belia dulu. Antara series Final Fantasy yang paling Zie suka. Final Fantasy X ni lah No. 1 dihati. Jalan cerita dia lain dari yang lain.

Dulu time habis main ni, I cried okay. Sebab ending dia....sedih banget. Huhu




Baru sedar... rupanya baru ada 3 ketul ni je koleksi games PS Vita Zie. Alahaiii.... sedihnyaaa. Not so Gamer Tegar lah kalau macam ni. Nak cari games 2ndhand lah kalau macam ni. Sayang kan sekarang ni PS Vita takde keluarkan games baru. Benci betul.

If you ask me antara PS4 or PS Vita, which one I choose. Semestinya akan pilih PS Vita. Why? Sebab senang kau nak bawa kesana kesini. Kira main on the go gittuh. Jadi "2nd handphone" hahaha. Siapa yang belum jadi gamer, sila jangan jadi ye.

Once dah terlibat, susah weh kau nak "keluar" nanti. Harga games bukan murah.... haishhhhh. Zie ni apa boleh buat... nasi dah jadi bubur ðŸ˜‰




[[ Food Review ]] David's Stewed Beef Noodles - HALAL




Assalammualaikum and Hi uols! Especially Sarawakian. Hari ni weols di Sarawak tak kerja. Cuti umum untuk Hari Sarawak. Since today is a public holiday, meh Zie nak buat Food Review. Kot kot manalah tahu warga Kuching yang menjadi my blog reader ni dok tengah cari makanan yang heaven.

...to me, Beef Noodles by David's Stewed Beef Noodles (klik untuk ke Facebook Page dia) ni is the best. A MUST MUST try. 10/10 my personal rating given. Lain orang lain tekak dia ye. Zie memang suka makan mee, so I always hunt for a perfect mee gittuh ^_^

Tahu kewujudan ni pun gara² adik ipar Zie shared viral post di newsfeed. Apa lagi, terus pi cari once ada peluang. Hehe.




Tadaaa! My Beef Noodles Special. In where Zie request extra spicy cili. Bagi Zie, semakin pedas, semakin padu! Tendons tu....alahaiiii, still cannot move on dgn tendons tu. My favourite... huhu. Sayang sepanjang bulan ni Zie takde stay kat Batu Kawa, Zie stay kat Bandar Baru Semariang dengan emak Zie.

Kalau tak...mahunya setiap pagi Zie breakfast sini dulu sebelum pi kerja. Eh! Tak dapat gak... sebab kena hantar Mikayla ke nursery. Haha! Ceh :P



Photo Credited to : David's Stewed Beef Noodles, etc

Oh ye, don't worry uols. HALAL Beef Noodles ni. Sebab tauke dia Chinese Muslim. So don't worry... 100% Halal. Makanlah tanpa sebarang rasa was².  Gittuh ^_-




Photo Credited to : David's Stewed Beef Noodles, etc

Location? Haaa ni di MJC Batu Kawa. Same building block dengan Honda. If dari Desa Wira, masuk simpang nak masuk CS Superstore. Lurus je...toleh sebelah kanan, maka nampak ler signboard OYes Food Corner ni. Uols kena make a U-turn dulu la of course.

Alaaa...susah², nah → Google Map ← klik untuk location direction dia okay. 


Photo Credited to : David's Stewed Beef Noodles, etc

Tu, tauke dia tengah buatkan Beef Noodle dia. Hehe. Eh eh... Chinese kopitiam lah. Leklu leklu... here in Sarawak, kopitiam campur² stall. Weols dengan stall Weols masing. Weols sini open. Takde masalah. Janji kau order dari Stall halal. Pinggan mangkuk owner stall sendiri yang sediakan. Kopitiam hanya jual air je.

Eh eh...tauke dia bertattoo lah. Confirm ke muslim? Hello! He's converted okay...hehe. So no worries. He's a muslim. Kebanyakkan weols sini kawen campur. Like me myself hasil dari perkahwinan campur. Melayu + Iban and that makes me Melaban...haha. LOL! 

Tapi if still was²...terpulang kau le uols. Janji I make a review stated it was a Halal food and the owner is a Chinese Muslim ^_-



Photo Credited to : David's Stewed Beef Noodles, etc

This one is Regular. Price : RM7


Photo Credited to : David's Stewed Beef Noodles, etc

This one plak is Special. Price : RM12. If uols nak lebih portion, example... lebih daging or lebih tendons yang sedap tu. Just roger je kat tauke stall tu. Dia memang ada prepare for extra portion. RM15. Time Zie lunch dgn kawan² opis tu, Zie belum tahu dia ada sediakan extra portion.

That why order special je. Hihi. Kalau tahu, semestinya akan order extra portion TENDONS! Gosh! love it so much. Hmm...bila lerrrr next visit mentedarah benda alah ni lagi ea. Jauh nah dari office...huhu. Takpe....in August, InshaAllah.

So uols, if happen ke Kuching. Jangan lupa taw...try Beef Noodle di David's Stewed Beef Noodles ni. Put it in your Jalan² Cari Makan List...hii ~





Dari Guess Brand Bertukar Ke Coach Brand





Ni kisah time PKP bulan April lepas... hehe. Throw back lor. Huhu. Banyak koooo stories yang Zie "berhutang" dgn blog untuk update. Slowly ye Zie update...untuk kenangan diri sendiri sebenarnya. 10 tahun akan datang, senang nak cari flash back. Haaaa.. gittuh.

...Nak di jadikan cerita, bila Abah PM umumkan penangguhan pembayaran loan. So husband pun offer ler nak bagi $$$ khas utk Zie sepanjang 6 bulan. Terpulang pada Zie nak guna untuk shopping ke or untuk simpan. Jadi untuk bulan pertama, Zie belikan ni ♥

::
::
::



Tada!!! My 1st Coach handbag collection. Fed-up dah Zie pakai Guess bag sebab tak tahan lama. Body, yes... memang tahan lama. Tapi bahagian tepi getah hitam tu... 4-6 bulan pakai, dah terkopek. Paham gak lah, sebab bukan leather. PVC je. So kualiti PVC lah kan. Harga pun... harga high grade PVC lah jugak.

Consider murah dari mana² designers brand. So since ada extra husband bagi dan untuk "melekat" duit special (yela..bukan selalu government bagi penangguhan ni kan walaupun nanti interest tinggi pastu...takpe. Enjoy this moment. Bukan selalu)... Zie bought myself this Coach bag.

Beli dari Zalora je. Since ada 50% Sales. Nanti tengok camne kualiti bag mahal (walaupun tak mahal mana if nak banding dgn bag LV, Gucci etc). 1st time gak beli bag mahal ni. Selalunya Zie beli bag harga RM400 ke bawah je. Jenis sayang duit...hihi.




Time tu tak sabar² nak tunggu parcel sampai. Almaklum ler...time tu still time PKP. Parcel kalau bukan guna Poslaju.... ya ampunnn, lembap nah untuk sampai. Take almost 3 weeks gak untuk finally diterima. Kenangan online shopping time PKP. haha.

Thank you abang Ninjavan yang dah overtime buat penghantaran pada hari Ahad ^_^





Sampai rumah, terus bukak. Tak menyabo weh. Hihi. Satu je yang tak bestnya bila beli dari Zalora. Hanya dapat cam ginie je. Takde Coach shopping bag & box bag. Takpe. Tak penting benda alah tu. Janji keaslian dia 100% Original. That's all matter.




Pakai terus! Haha. Sejujurnya, ingatkan besar wei tengok harga almost 1K. Tak gak tengok measurement dia. Mati² ingatkan besar. Rupanya kecik je. Haha. But just nice lah. Not too small and not big. Size sederhana... perfect size.

Material dia jenis canvas. Handle, long strap and others yang hitam² tu je leather. The most important parts yang Zie tak dia terkopek² adalah leather. So... we'll see nanti. Tahan berapa tahun tak terkopek. If pakai sampai 2-3 tahun tak terkopek²... sangat berbaloi dgn harga mahal. In where Zie percaya, memang akan tahan  bertahun² janji pakai dgn jimat cermat gittuh.

So inilah dia my 1st Coach bag collection. Ceaa....collection lah sangat. Walhal once dah rosak or jemu pakai, baru beli baru. Yang lama bagi kat Kakak or my niece. Kebiasaannya gitu la selalu. Zie bukan jenis yang pakai bag tukar² and bukan jenis yang simpan bags sampai 2-3 utas. Not so girly kot. 

Orang lokek, ginie ler uols... hehe. Apa² pun, thank dear husband ♥ Love it so much!



Genap Sudah 11 Tahun Bersama ♥



13.7.2020 yang lepas, genaplah 11 tahun Zie dan husband together. Ni adalah tarikh in where husband pertama kalinya SMS Zie untuk berkenalan. Still I remembered that moment. Precious moment in my life. Zie ni a type of person that is not easy to "get". 

But with him... immediately I felt for him. Inilah yang dinamakan jodoh kot.




This photo, forever akan Zie simpan dan akan Zie repost balik setiap tahun di media sosial. Masa first tengok MMS ni dari dia (Dulu weols send photo guna MMS jer. Dak² sekarang mana tahu apa itu MMS...haha)...fuhh, terkena panah Cupid terus I tell u. Haha.

I was his first love. He was my 3rd love and inshaAllah will be my last love. Being someone's first love is great but to be their last is beyond perfect... to me.






Hadiah Ulang Tahun Ke-11 buat husband. Zie surprise kan dia with this Dry Clutch untuk YSuku dia. Hobi dia kan modified motor perhiasan dia tu. Haha. Tak sabar lah jawapnya dia nak habis OPS dia so that dia boleh start dengan next YSuku project dia.

Apa² lah...janji dia happy. Zie sokong 100% minat permotoran dia. Minat motor takpe. Janji minat dgn perempuan je... gittuh! ^_^




And as for me... Kuali Tefal ni. Ni husband awal² dah beli sebelum dia masuk OPS bulan ni. Last month dia dah belikan. Gara² Zie asyik bebel kuali kecik. Sekali... nah, besar dia belikan. Haha. Ingatkan ni je hadiah ulang tahun ke-11, rupanya ada lagi ko..





Tadaaaa!!! Dia surprised Zie dengan Fit Gun ni. Happy giler dapat benda alah ni. Sebab Zie sekarang tak dapat buat ABS Workout disebabkan C-Sec Zie tak mengizinkan. The other day I injured myself. Now Zie just doing Booty, Leg & Arm Workout je. Tak dapat dah Full Body Workout. huhu

...hopefully this mobile fitness dapat membantu and berkesan seperti yang diiklankan.



Semoga keluarga kecil weols ni sentiasa bahagia sehingga ke hujung nyawa. InshaAllah. Semoga jodoh weols berkekalan sehingga ke jannah. Gaduh, salah faham etc etc adat dalam rumahtangga. Harap Zie dan husband dapat menepis setiap ujian yang bakal tiba...

Looking forward for many years with you ♥ XoXo





Health Protector Takaful Menjadi Pilihan


Another more throw back entry ðŸ˜„ Pertengahan bulan June yang lepas after discussed dengan husband... after kira budget, tolak mana² yang tak penting. End up Zie decided untuk percepatkan untuk ambil Takaful buat diri sendiri. So here I am...

...Duduk semeja sekali lagi with my Takaful Agent, Razin Amran (klik nama untuk ke FB dia). Bezanya sekarang, is for my own. Anak² semua dah settle dah takaful dorang. Lega disitu. Takde rasa bersalah kat diri sendiri tak sediakan insurans kat dorang.




Plan asal nak ambil next year. Kira gaji dah naik sebab this year konon² nak enjoy shopping, nak enjoy habiskan duit beli supplement kecantikkan budget² tak nak tua gittuh...LOL! Tapi bila fikir², semakin hari semakin tua. 

Semakin hari plak, semakin penyakit akan start datang perlahan². Kita tak tahu bila sakit akan menyerang. Sekarang ni having a medical card is A MUST sudah. Pada pandangan Zie lah ye. Ala...kau mampu. Memanglah cakap macam tue <--- Eh, silap tu uols. If nak cakap pasal mampu tak mampu ni, alahaii.... sejujurnya. Tak mampu.

Gaji, yes. Nampak besar. Lagi besar income seseorang, lagi besarlah periuk dorang. Paham tak? hihi. That's why Zie katakan tadi. Zie tolak mana² perbelanjaan bulanan yang Zie kategorikan sebagai kehendak. Budget untuk my beauty supplement is RM500 sebulan. So I cut it from there. If sakit nanti, kecantikkan terus hilang... betul tak? So kena balance. Kecantikkan + Kesihatan... semua need a backup plan.

So dari RM500 budget, Zie set ke RM300 je. Balance RM200 tu... khas utk Zie bayar takaful Zie. Another more RM42 (monthly contribution utk takaful Zie is RM242, FYI)... Zie cut beli air Starbucks, Haha! Termasuk gak weh frappe Starbucks dalam list. Hahaha.




Nih...my last Starbucks frappe for June. LOL. Lepas tu in July baru beli lagi. sebulan sekali, okay ler tu berbanding dgn seminggu sekali. Hihi. Cut kehendak, gantikan dengan keperluan. Haaa... gittuh uols.  Lepas bincang itu ini... Zie ambik Health Protector plan. Plan nya sama dengan anak dara Zie, Mikayla.

Actually nak ambil Prulady sebenarnya. Tapi lepas dgr penerangan, better ambil yang bacis je dulu. Tak dapat nak ambil serentak. InshaAllah andai ada rezeki lebih nanti² baru add on Prulady tu plak. Janji dah ada takaful. Itu yang penting. 





Thank you for your time, adik² ku berdua ♥ 

Lega bila my whole family dah ada insurans sendiri. Husband stay dgn insurans lama dia. Taknak dia tukar. Takpe. Janji being insured. That's all matter, kan :) Siapa belum ada takaful tu, better ambil ye. Tak kisahlah uols nak ambik dari siapa. Janji agent tu jenis yg amanah, dedikasi dgn kerja dan aktif. Sebab if ada apa² masalah, uols nak merujuk apa² or do the claim part... takde lah M.I.A. Benci sungguh kalau agent insurans gitu, kan.





Bermula Lagi Episode Jadi 2in1 Parent




Ada tengok awan mendung tue? Haaa...semendung itulah hati Zie saat hantar kepergian husband ke padang kawad semalam. Huhu. Wife of a PGA police office.... ginie ler uols. 2 bulan ada bersama. 1 bulan... berjauhan. Pergi OPS. Biasa sudah dgn routine kerja husband camni.

Eh...Hi, gais. Lama tak update boleh. Hihi. So Here am I again. Writing this blog again. Make myself busy during my free time bah selain dari Zie main game...hehe. Main game tetap on. But update blog duluan sih ^_^




Husband away for a month. So weols empat beranak stay over di rumah emak ler jawapnya sepanjang bulan July nie. Emak osuruh stay dengan dia. Risau dia Zie sorang² dengan anak² takut apa² terjadi kat anak² katanya. Baiklah...

So menjawap lerrr dorg di kem takde tengok muka yang cantek (eh! ehhh!...haha) ni masuk kem for a month kalau gitu. 



Stay safe & healthy over there nanti, dear husband ♥ My favourite tagline... "Pergi kerana tugas. Pulang kerana Cinta." Hihi. Kejiwangan gitu. So for this month, become a single mother yang berstatus berkahwin dulu ler jawapannya. Tugas suami, kita galas sekali.

Shout out to all wives yang berkahwin dgn PGA & Askar. Kita sangat kuat! We can do this... alone. Yes, we can! ♥♥♥