NH Colla-Plus Advance Review



Alhamdulillah, sampai sudah NH Colla-Plus Advance yang Zie ordered dari Shopee Mall, kedai Watson. Walaupun kat Kuching ni ada jual benda alah ni... tapi mahal uols. 1 box tu je dah RM129 gitu harga dia. If nak murah, tunggu Watson or Guardian buat sales. 

...Tapi itu pun still diatas RM100 harga. Di Shopee... hanya RM96 jer. Free postage plus siap dapat RM12 diskaun. The reason why harga jadi murah. Kita ni kena gak pandai beli di Shopee.... sungguh harga murah tapi kalau plus postage akan jadi lebih mahal... better don't.

Sebab tu Zie hanya akan beli bila ada Free Shipping voucher je.



Sebelum Zie mulakan dengan cara pengambilan dia, ada baiknya Zie terangkan serba sedikit tetang NH Colla-Plus ni. Actually dia ada 3 jenis. NH Colla-Plus (warna hijau), NH Colla-Plus 3 (warna purple) dan NH Colla-Plus Advance (Warna turquoise). Ke semua main purpose beauty drinks ni sama je... anti-aging dan cantikkan kulit.

Yang membezakan hanya kandungan dia je. Zie plak pilih NH Colla-Plus Advance sebab dia advance lagi fomula dari yang dua tu. Result dari pengambilan yang konsisten (ikut pengambilan dosage yang ditetapkan) selama 3 bulan, jelas ketara okay.

Kawan Zie amal benda alah ni. Pun dia ambil yg Advance ni gak. Kulit dia sekarang... fuhhhhh! flawless! 100% all-natural ingredients... so memang safe. Lagipun beauty drinks dari drugstore.... wajib selamat koooo. so no worries.




Now cara pengambilan plak. 20 botol ni cukup untuk stock sebulan. If uols baru mula² nak ambil ni NH Colla-Plus Advance ni... untuk 6 hari pertama, minum setiap hari sebotol. Masuk hari ke-7 consumed benda alah ni.... start ambil selang sehari. Mcm Zie... hari ke-7 Zie minum sebotol (kirany 1-7 hari... setiap hari Zie ambil)... lepas tu hari ke-8, Zie tak minum. Hari ke-9 baru Zie minum sebotol lagi.

...berterusan ler selang sehari gitu sampai lah masuk 3 bulan. Bila dah genap 3 bulan uols ambil.... if rasa nak cantik lagi skin (kiranya kes belum puas hati lagi lah ni ye), setiap 3 hari... minum 1 botol. Paham kan? Kalau dah start minum 3 hari x 1 kali tu... 20 botol tu, cukup stock utk 2 bulan. See semakin jimat! 



Ni dia chart Skin Condition dari NH Colla-Plus Website. Seawal hari ke-6 uols dah nampak perubahan sikit demi sedikit pada kulit uols. For my case, yang Zie perasan perubahan pada kulit... dari dry skin jadi normal skin. In where i love it so much! Tak perlu dah Zie pakai night moisturizer. Dapat gak lerr muka rehat dari bahan kimia kan.... hihi. Then dari kusam, jadi tak kusam dah. Segar & healthy je kulit.

Untuk jeragat (since umo dah tua kan...ada ler sikit jeragat nak menampakkan diri. Huhu), dah semakin memudar dah kat bahagia tepi pipi. Love it! Tak sabar nak tunggu skin jadi flawless lawa & putih pinkish. Hehe.

Oh ye uols, benda alah ni bukan untuk uols consumed forever ye. Stop consumed bila uols rasa puas hati dah dengan kecantikkan kulit. Andai kata lepas stop....few months later or few years later (depends dgn kondisi kulit sesorang) uols rasa kulit kembali tak wow lagi...then baru consumed balik. Back to day 1 routine pengambilan ye.

FYI, entry review ni bukan entry berbayar ye. Memang Zie ikhlas nak review untuk rujukan uols yang nak consume benda alah colla colla ni. Lets  Chantek girls!



Zalora 11.11 Spin & Win




Start awal bulan ni tadi permainan 11.11 Spin & Win ni. Almost setiap hari jugak lerrrr Zie bertandang di Zalora untuk spin roda impian tu. Yang sakitnya... bila dah dapat RM110 cash voucher, ada minimum spend ler plak. RM500 pulak tu minimum spend. Tak kuasa iols.

...takde lah juga Zie nak spending RM500 di Zalora. Paling² pun RM200 jer...paling banyak. Takpe. Zie share je di FB Cash Voucher tu. Kot kot ada kawan yang kaya raya di FB tengah shopping RM500 ke atas gitu. Boleh je dia guna.

Jangan membazir. Kita tak guna, mana tahu ada yang nak guna. Sharing is caring ♥







Yippieee! Akhirnya dapat juga Zie apa yang Zie aimed ni. Tapi ni pun belum tentu kau akan dapat cash voucher RM500 tu ye. Hanya 11 Winners je akan di umumkan via email pada 20.11.19 ni nanti. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. Memandangkan Zie dan husband, dua² ada akan Zalora.... wajib kooo Zie try dapat ni lagi.

...Alhamdulillah. Dua² dah email address dah registered under RM500 Cash Voucher ni. Mudahan salah satu sangkut kan kan. Kalau boleh, memang nak dua² sangkut. Hahaha. Dapat gak 1K tuuuu kalau combine...hohoho. InshaAllah.... kalau dah tertulis tu rezeki weols laki bini, dapat ler nanti tu

Tak berharap sangat. Kalau ada, ada ler. Kalau takde... takpe. Harap if menang nanti, jangan ada Minimum spend pulak macam yag RM110 tu lah ye, Zalora.my. Wish me luch, uols!

♥ XOXO



8th Small Wedding Anniversary Celebration ♥



Semalam, 11.11.2019.... adalah ulang tahun perkahwinan weols yang ke-8. Alhamdulillah.... genap sudah 8 tahun usia perkahwinan weols (kenal each other dah 10 tahun dah... feels like forever knowing him). Tak terasa, kan. 

Growing up and getting old together gittew ♥





So semalam, ajak husband celebrate berdua time lunch hour. Time tu je weols ni dah keluar makan berdua tanpa rasa bersalah tak bawa anak²... hehe. sesekali, kena gak weols dating berdua kannn. Sayangnya cuti tahunan Zie dah habis, kalau tak...memang Zie ambil half day terus.... hehe.





Weols celebrate makan² biasa² je di Secret Recipe. Ala kadar jer uols. Janji husband tak pernah lupa. Zie ni haaa yang kerap nah terlupa setiap tahun. di kepala ni hanya ingat deadline kerja urgent je... huhu. Hari Ahad tue, dia tetiba tanya... hari ni berapa haribulan. Zie jawap ler 10hb... kenapa?

...then dia tak jawap Zie. Instead dia tanya lagi. Hari Isnin nanti brapa haribulan ye. Zie plak lurus bendul... jawap "11hb ler. Kenapa?". Then husband tanya lagi... "Hari Isnin hari apa ye.." Dia tanya lagi. Jujur Zie langsung tak ingat.... nak marah Zie bila di tanya berulang² kali and then pertanyaan Zie dia tak jawap² sebaliknya dia pi tanya soalan lagi.

Seriously, annoyed Zie time tu. Dahlah orang tgh busy cuci pinggan mangkung. Tak semena² telinga Zie kena dia jentik. Hahahaha. Terus dia kata ... "LUPA isnin hari apa."... merajuk masuk dalam bilik kawan oiiiii. Hahaha

Then baruuuuuu ler Zie perasan... Isnin bertarikh 11.11.... adoiyaiii! Hahaha. My bad






Sayang dia! Dia tak pernah pun lupa tarikh² penting weols. Zie ni jer haaa yang kerap lupa. Bukan tak sayang ke apa ye uols... cuma di kepala ni banyak sangat benda alah nak di ingat. Kalau Zie tak ber-Reminded... jgn harap Zie dah ingat. His birthday pun Zie letak yearly reminder. Hahaha.

...tak nak dia merajuk tiap tahun maaa. Hahaha. Terbalik weols kan. Selalunya Lelaki yang lupa... ni, Zie yang lupa. Alahaiii. 




Apa² pun, Happy 8th Anniversary to Us. Looking forward for more anniversaries to come with you, sayang. Thank for the gift by the way.


♥ You! XOXO



Pertama Kali Anak Kena Chicken Pox




Throw back entry ye uols. Tak menang tangan nak update blog. Huhu. Pada 31 Oktober yang lepas, sebelum pukul 8am...terima Whatsapp dari penyelia Taski Mikayla. Bagitahu yang Mikayla kena chicken pox dan sarankan Zie untuk bawa dia pergi jumpa doktor untuk disahkan. Gambar di atas adalah gambar dari Mak Rina dia. 

Rupanya kena chicken pox si anak dara Zie tu rupanya. Zie perasan... kenapa kat bontot dia ada biji²...ingatkan nappy rash. Then perasan gak kat mulut atas bibir dia ada cam pox satu. Tapi masa tu mati² koooo Zie ingatkan Mikayla kena gigitan semut.

Then belah belakang plak, ingatkan dia kena gatal². Kan Mikayla ni eczema. Memang bodoh² betul Zie time tu. Diri sendiri belum lagi pernah kena Chicken Pox. Tu pasal ler mengong semacam je.






Once terima Whatsapp message gitu dari pihak Taski dia, terus Zie apply leave and pecut ke Taski dia. Traffic jammed ni kan... memang taw. Tahu kita ni berebut nak sampai, time tueeee jugak dia nak jammed bagi. Nyampah nah. Wrong turn! 

...Sepatutnya guna back road instead of main road ni. 





Terus bawa dia ke Clinic Lee. Nasib Mikayla pesakit pertama kat klinik tu, so tak perlu ler tunggu lama sangat. Kesian anak mak ni, baru je hari tu sembuh dari demam panas.... dah kena satu lagi penyakit.




Yup... sah sudah dia kena Chicken Pox. Huhu. Di sebabkan Zie takde bawa buku klinik dia, so Zie mintak doktor tulis surat untuk confirmed kat dia kena Chicken Pox memandangkan dia belum lagi kena vaksin. Untuk rujukan pihak KKIA in her next appointment nanti.




Tu...ketara nah chicken pox dia kat atas mulut dia tu kan in where emak dia ni fikir kena gigit semut time merangkak. Alahaiii... huhu. Seumur hidup tak pernah tengok chicken pox live.... gitu ler jawap nya. Hahaha. Tengok dalam gmbar je dulu²...





Alololo....kesian sayang emak. Memandangkan time tu bapak dia still OPS, 2 November baru bapak dia habis OPS...menjawap lerrr Zie ambil leave selama 2 hari. Untuk 31 Oct & 1 Nov... huhu. Terus habis cuti tahunan emak. Doktor bagi Mikayla cuti rehat seminggu...

...means seminggu dia tak dibenarkan turun ke Taski. Maksud, seminggu ler bapak dia Zie paksa ambil cuti. Nasib dapat gak bapak dia cuti. Kalau tak menjawap ler Zie cuti tanpa gaji selama semingu.... 




Almost 2 weeks kena chicken pox.... akhirnya pagi ni dia kembali turun ke sekolah. Bebas chicken pox dah sayang emak ni. Nasib tak ketara sangat bekas chicken pox kat muka dia tu. Tapi kalau kat bahagian belakang and bontot dia...aduhaiiii, bertompok² hitam je bekas pox tu. Jahat betul... huhu

...takpe, lama² nanti pudar ler bekas pox jahat tu. Asalkan dia kembali sihat, syukur nah dah Zie. Semoga lepas ni dia sentiasa sihat hendaknya. Dan dilindungi Allah swt daripada sebarang penyakit berjangkit.... InshaAllah.


Good Luck, Mikail! Taekwondo Belt Upgrading Test




Hehe...kesian dia, baruuuuuu ada Upgradijng Test untuk Taekwondo class dia. Huhu. Dari tadika Tahun 6 sampai Darjah 1 dah dia...still in White Belt. Mahunya tak bila time di tadika dulu selalu skip class Taekwondo. Gara² class pada hari Sabtu. Kekadang mak bapak dia ni suka nah terlanjak tidur. Kelas pukul 8am....

...Sebab tu orang kata, lepas Subuh, jangan sambung tidur lagi.





Application form untuk Belt Upgrading Test dia. بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ Semoga dia lulus ujian ni. Dari White Belt ke Yellow Belt. InshaAllah, next year Zie akan hantar dia ke kelas Taekwondo di Kuching Taekwondo & Self-Defence Academy (WTF) itself. Senang sikit next year adik² dia besar sikit. Senang untuk Zie bawa ke hulu ke hilir time bapak dia pergi OPS.

Asyik tertunda je plan nak daftarkan dia under WTF tu gara² asyik pregnant jer memanjang. Haha. Tu yang plan asyik ke laut tu. Now dah BTL...so senang nak plan itu ini. InshaAllah. Apa² pun, nanti Zie share result dia ye. 

Doakan dia berjaya ambil Yellow Belt, okay ♥




Diwali 2019 Starbucks Card & Transfer Raya 2019 Card's Credit


Since Diwali kad dari available di outlet Starbucks... Wajib kooo Zie cepat² merembat. Kang nanti kehabisan plak stock... menjawap ler nanti beli kad kat Shopee in where bagi Zie merugikan. Tapi as a collector... terpaksa pejam mata je. Janji all seasons completed di kumpul untuk tahun 2019.

Masa pergi beli Kad Halloween hari tu, Kad Diwali ni belum available lagi (Starbucks Card Collection: Halloween 2019 ← klik) . Since kali ni beli husband takda sama, so takde ler beli air. Since Zie batuk plus on sugar diet, so a big no ler nak minum the whole grande kan.

Kalau husband ada sekali, senang. Zie just sedut sikit untuk merasa je.






Sampai office terus check balance Raya kad. Sebab hari tu terlupa plak yang Zie ada duit lagi kat Raya kad ni. Still ad RM14.20 tu. No worries, amount credit boleh di transfer ke kad baru ye uols (buat yang tak tahu ye. Yg tahu, ignore this)




In the event nak transfer duit dari Raya kad ke kad Diwali ni.... first thing first, waji register card under your starbucks's account. Once dah activated, mesti log-in melalui desktop ke Starbucks Member Log-in (klik utk view). Click card yang hendak di transfer, then eksen buat "Report Loss Card"...

...dengan cara tu uols akan dapat deactivated kad uols. Andai kata uols nak remove kad yang sudah kosong dari Starbucks app uols ler. Kalau suka tengok dia berderet panjang je dalam tu, then biarin. Hihi




See what i mean? Bila kad uols dah deactivated, uols sama sekali tak dapat lagi dah nak guna kad tu taw. Macam a collector macam Zie ni, memang tak akan gunakan lagi. Nama pun dah koleksi.... wajib masukkan dalam album.





Weehooo! Banyak ler credit dalam kad Diwali tu. Dengan ini, rasmilah kad Diwali akan menghuni wallet Zie untuk beberapa waktu. Kad Raya.... kamu akan dipindahkan kedalam album kite yang shantek. Hihi.

Lepas ni nak collect Conselation card series plak. Mahal bebenor activation dia. Takpe, shopee kan ada. Haha!


[[ Review ]] Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Plus Longan




Tadaaa! Done merembat Ecolite Collagen Bird's Nest. Beli 15 botol, stocks untuk sebulan katanya. Minum selang satu hari. Nak jmat. hihi. Before stocked up ni, Zie dah satu minggu lebih minum dia setiap hari. So kali ni, nak selang seli kan.





Mcm ni rupa dia ea. Isi bird's nest dia memang, fuhhh banyak. Tapi sure lah bird's nest gred brapa lah ye. Takpe...janji bird's nest. So far dah 2 minggu lebih dah Zie minum bird's nest ni. Apa yang nampak perubahan dari kulit Zie... dari kusam jadi brighten sikit. Tu baru 2 minggu. Belum lagi berbulan² consumed, kan? Hihi

Harga sebotol yang Plus Longan ni, sama je harga dengan yg jenis original flavour tu. RM5.20. Tapi kan, to be honest... lepas habis stock ni. Zie akan stop consumed ni once stock dah habis. Bertuka ker NH Colla-Plus Advance since Zie kira² harga sebotol pun lebih kurang je. Baik Zie consumed NH Colla-Plus Advance tu kan.

Effect dia lagi WOW! hihi


Starbucks Card Collection: Halloween 2019



Hampir terlepas kooo Zie dengan Haloween Card untuk tahun 2019 nie. Nasib husband Zie ingatkan. Syukur dia being supportive tentang minat Zie mengumpul Starbucks Card ni. So far untuk tahun ni ada 3 cards Zie terlepasa... huhu.

2019, CNY and Father's Day cards. Tadi ada di Shopee. Ada gak seller di Shopee jual around RM10 - RM15 depends dengan jenis kad. No wonder lerrrrr di Starbucks cepat nah cepat habis. Buat dorang main jual balik rupanya. Huhu. 

Terpaksa gak nanti beli 3 cards yang Zie terlepas tu. Tak best collection tak complete.




Cantik Diwali kad untuk tahun ni. Diwali kad memang tak pernah mengecewakan. Cantik² je design dia. Bila kad cantik, wajib activation pun mahal. Haha. Tapi takpe... RM50 tu pun kita dapat balik untuk beli benda alah di Starbucks. 

Lain lah kali RM50 memang khas utk harga kad je. Kalau gitu, memang takdelah Zie nak jadi a Collector. Tak kuasa.




Ni plak Constellation Card & Tag Series. Nie lagi hebat activation dia. Haha. RM80 kau! Rasanya tak ko Zie nak kumpul series ni. Tengok lah camne. Kalau di Shopee ada jual dlm harga RM10 je satu kad...baru hendak iols membeli. 

...Kalau tak... tak kuasa. Hahaha






Rambang mata tengok koleksi tumbler/flask/coaster etc dorang ni taw. Rasa cam semua je nak di rembat! Tapi bila fikir balik...untuk dijadikan hiasan... buat apa. Nanti yang dipakai, sah sah benda alah Tupperware or La Gourmet...

....so ni tengah debating nak beli ke tak... nak ke tak. Huhu. 




Tukang perabih kredit di kad Zie.... tuuu Zie baju merah plain tu. Hahaha. Dia je yang selalu minum frappuccino. Zie just sesedut dua je. Before beranak Mikayla... yes, Zie hantu frappuccino di Starbucks ni. Tapi bila berat badan ni payah bebenor nak turun... Zie start diet gula. So bila dah diet Gula ni.... bila one fine day kau nak cheat day gitu, bila beli and sudut... there! Akan terasa manissssss nahhhhhhh.

...dulu² takde plak perasan air dia terlampau manis. Hahaha. Secara automatik jadi tak suka. So end up, husband dan anak² je lah yang perabihkan kredit di kad Starbucks iols. Huhu






Nah....ending entry dengan tayang video Irfan ♥ Happy reading uols! XOXO




Poslaju System Down Ler Pulak!


Hendak dijadikkan cerita, dengan penuh semangat je Zie semalam tengah hari nak gi pos customer's order.... nasib cuma seorang je customer dan customer pun jenis understanding (regular customer Zie merangkap kawan blogger/FB jugak). Diluar kawalan Zie...

...Sampai² je kat kaunter poslaju, baru je keluarkan parcel utk proses pengeposan.... terima khabar duka dari staff dorang, "Sorry kak, tak dapat nak proses dulu pengeposan sebab system kami tengah down."...

Terus i was like... "alaaaa... sampai bila?"And jawap hampa, tak sure sampai bila. So berhuhuhu je la jawapnya. Esok Zie call dorg dulu sebelum gi pos lagi. 



So informed customer, nasib customer pun aware tentang system down ni. Dia fikir hanya tempat dorg je. Rupanya the whole malaysia. So menjawap ler lambat lagi dia akan terima eskinol dia. Alahai....diluar kawalan. Takpe, harap tak lama ler system poslaju down.

Apa² pun, Zie ada jual Eskinol Toner ye. Siapa² nak order, boleh direct Inbox Zie die Facebook Page Zie di bawah :-

(klik link untuk view)


PruBSN Impian Untuk Mikayla

\

Alhamdulillah.... siap sudah medical card untuk si anak dara kite ♥  Lama dah siap, insurans egen Mikayla still takde free time nak pass and explain dgn lebih details tentang policy dia. Tak kesah gak bila dia akan bagi sebab Razin (insurans egen) ni jenis yang sangat bertanggungjawap.

If ada apa² hal, dia akan cepat response dan guide you through. Penghujung bulan September baru dia ada masa free sikit untuk hantar ke rumah. Lega dah Zie semua anak² Zie dah sediakan insurans takaful. Bila dorang dah besar nanti, senang...just sambung je bayar setiap bulan. Harap dorang akan displin bayar dan tak stopkan pembayaran lah. 


...berikat perut emak dorg ni sediakan benda alah ni semua untuk kesenangan dorang in case sakit or terkena kemalangan (kusss semangat.... mintak jauh lah). Untuk Mikayla ni, plan takaful dia lain dari abang² dia. Tak sama plan sebab plan yang lama dah takde lagi dah. Huhu.

PruBSN Impian plan terbaru. Monthly ada besar sikit ler dari abang² dia, RM200 per month. Pejam mata je lah. Kira beza RM40 - RM50 je dari abang² dia.  



Polisi insurans dorang. Zie kan ada OCD sikit. Wajib koooo melabel² bagai clear file tu. Clear file tu memang dah ada time Razin bagi. Dia tak main koooo pass² gitu² je polisi insurans. Masukkan dalam clear file, haaaa baru nampak kemas & professional. Good job buat dia **thumbs up**

By the way, Takaful Mikail : RM150 per month. Takaful Irfan : RM160 per month. So all together insurans anak² RM510. Daripada RM510 tu Zie buat bershopping beli benda alah tak berfaedah... lebih baik buat Zie bayarkan takaful anak² siap ada saving lagi untuk masa depan dorang. 3in1 package gitu (Insurans + Medical Card + Saving).. berbaloi emaknya ni berkorban dari shopping untuk self rewards...hahaha.

Harap in future nanti takde isu berbangkit tanya kenapa plan Mikayla lain dari dorang hanya kerana dia  gegurl. Oh no no no...sama sekali takde isu pilih kasih ye. Plan Takaful Mikail & Irfan, takde lagi sudah. Ganti ke PruBSN Impian. 

Abang² dia under plan PruBSN SmartLink





Benefit PruBSN Impian lagi banyak dari PruBSN SmartLink. Dari segi Saving dia, lagi WOW! So kaya lerrrr Mikayla nanti once dia reach 25 tahun. Hahaha. Untuk dia sambung belajar. Monthly savings anak², bapak dorang yang contribute dan simpan di Tabung Haji. Why Tabung Haji? Bukan SSPN? Ambil berkat menyimpan di Tabung Haji....

Dapat gak daftar haji dorang awal², haa gittew. Apa² pun, higly recommended Razin as Insurance Agent uols. Sangat bertanggungjawap, tidak memaksa kita dan banyak menang awards. Dibawah contact dia ye ^_^



Facebook : Razin Prudential 
Handphone : 013 - 569 3991
(klik link untuk view FB & Whatsapp)




Pertama Kali Kena Kes Penipuan Di Shopee


Bertahun dah bershopping di Shopee, inilah pertama kalinya Zie terkena dengan Seller penipu. Silap Zie tak check dulu Rating shop tue. Selalunya sebelum Zie buat pembayaran, Zie akan skodeng dulu rating shop tue camne. Slow ke, bagus ke jual barang so on and so on...bla bla bla.

Tapi kali ni, terus main beli je. Without thinking... huhu. Actually bukan beli barang untuk diri sendiri. Tolong manager Zie, Miss Lu belikan Kipling bag. Dia bagi link, then Zie terus place order je. Ingatkan dia dah check rating shop tu bagai.

Time tu rushing, tu yang Zie tak terfikir nak double check. 




Ordered handbag, bila sampai.... haiyaaa! Cincin mainan yang harga 20sen tu. Ko ghase? Geram ler plak kite.





Terus Zie click Refund and membebel ler Zie kat bahagian Reason tu. Knowing me lah...tak sah kalau tak membebel! Haha. Nasib Zie memang away of benda alah Return/Refund ni. Kalau kena dengan customers yang totally tak familiar dgn system shopee or tak tahu tentang Return/Refund.... kenyang lerrr Seller tu makan duit haram. Not much amount tue but money is still a money bah. Satu sen pun Zie tak nak dia makan duit Zie... haha.

Kebaikkan shopping di Shopee ni, dia protect both parties. Seller tak dapat tipu customer, customer tak dapat tipu seller bila pembelian still under Shopee Guarantee period. Asalkan uols jangan Click Accept or jangan sampai Shopee Guarantee expired. Kalau tak, putih mata ler uols kerugian.

So perlu tahu tentang benda alah Return/Refund ni ye. Baru selamat duit engkau.




Beli lain yang dibeli, lain yang sampai. Baruuuuu ler sibuk nak skodeng shop si penipu besar ni. Ni dia shop si Scammer ni, Ararwwo.my (click untuk view shop dia). Hati² uols dengan Seller ni di Shopee, jangn tertipu. Time ni, still penuh barang jualan dia di Shop dia. Tapi bila Zie dah report dia dan complained dia dekat Customer Service Shopee melalui Live Chat...

...tak sampai 1 jam. Deleted terus ke semua product dia. Pandai pun takut kau ye.





Ni uols tengok, kat Rating Shop dia tu, hampir ke semua feedback dari Customers dia dapat cincin mainan tue. Alahai... tektik terbaru si Scammer. Post benda lain yang murah, kekononnya dia tersalah send barang ler tue. Konon! If customer bertanya kat dia... kekonon ler tu dia minta maaf kata salah post... then minta kita click accept then nanti dia akan post yang baru. Konon!

If we do so... habis ler, hilang ler duit mu duhai customers. So, we have to act smart! Return/Refund action ada. So jangan jadi part of the game. Play smart. Malang ler dia dapat customer macam Zie. Tak cukup dengan buat report... Zie siap personally complained dia lagi dengan pihak shopee.

Siap suruh pihak Shopee buat siasatan ke atas Seller ni sebelum Seller ni burukkan nama Shopee.  Ni Zie dalam process tunggu duit Zie kena refund. 4 working days katanya. Sebab still tunggu response dari Seller Penipu tu. Andai kata Seller penipu tu reject request Zie, then baru kes Zie akan di transfer ke Distribute Department. Tengok lah Jumaat ni nanti... camne.

Hopefully Seller dok diam² je lah. Jangan reject my request. Baru smooth je duit akan di transfer ke my Shopee Wallet. Malas nak tunggu lama². Duit orang maaa.... Susah hati pegang duit orang.