Mengemas Rumah Yang Kami Dapat Di Kem Field Force


Weekend aritu, 1st time Zie pergi ikut husband kemas rumah yg weols dapat di Kem Polis PGA di Field Force, Batu Kawa. Excited! Hehe. Rumah di kem ni nanti akan weols jadikan rumah kedua. Weols still tinggal di rumah emak zie sebab tak sampai hati kooo nak tinggalkan dia sorg² dgn nenek.

...lagi pun dah jadi tanggungjawap dan amanah dari arwah ayah zie utk jaga emak. If arwah ayah tak amanahkan pun, Zie tetap akan jaga emak sebab zie sedar ianya adalah tugas zie sebagai anak. Inilah masa kita utk berjasa kepada ibu bapa.

Alhamdulillah... husband zie jenis yg understanding. Org lain nak mengata, mengumpat zie... silakan. Tak kisah. Janji husband okay dan izinkan. Itu yg lebih penting bagi zie sebagai sorg isteri. Betul tak uols?





Berbalik kepada rumah weols di kuaters polis ni, seee uols... warna dia totally mcm bukan kuaters polis kan. Lari dari warna tema putih biru. Heheh. I like! dah mcm apartment pulak dah. Hihi.




Sebelum angkut barang², kenalah cuci dulu. Sebab rumah yg weols dapat ni adalah rumah bekas org duduk. Keadaan dalam rumah ada sediki teruk sudah. Tapi if compare dgn rumah kosong yg lain... yg ini 10x ganda lagi okay. Hihi.

...takpe, syukur apa adanya. Insya'Allah ada rezeki lebih... weols akan baiki rumah ni. Mula² akan cat baru. Lepas tu pelan² tuka pintu plak. Sesetengah pintu ada yg sudah berlubang. Kena tendang agaknya kot. Huhu





Hehe...Zie and Mikail jadi supervisor je. Zie jd tukang snap...mikail jd tukang tengok tegar. Hahaha. Zie bukan tak nak tolong... baruuu je nak tolong, husband terus kata "tak payah lah syg tolong. Syg just duduk tengok je. Nanti saya dan Aspa je yg buat." Awww...... terasa dimanjakan sangat weh. Hahaha.

...husband siap suruh zie pakai face mask. Sebab dia tahu zie alergik dgn debu. Sayang gak dia kat aku ek.. ngehngehnegh :D Apa² pun... tak sabar nk mengubah suai rumah ni. Lepas ni Raya Open House dan Birthday Party Mikail next year... akan di buat di rumah ini :)

Ambik kawasan ruang tamu besa ^_^ Hikss... Oh ye, rumah ni ada 3 bilik tido, 2 bilik mandi & tandas, Ruang makan, Ruang dapur, Ruang laundry, rumah tamu dan verandah. Psstt, kalauuuuu lah rumah ni milik kekal weols kan besttttttt. Hihi.



Siap sudah di kemaskan. Husband dan family dia pelan² kemas. Akhirnya siap gak mengemas.. hihi. Excited! Nanti kat bahagian dinding pelan² weols cat bagi cantik dan kemas :) 

Sayangnyaaaa hanya menumpang di sini sampai umur husband 60 tahun, insya'Allah. Huhu.







Macam Mana Berat Tak Naik Kalau Macam Nie




Lately ni tekak asyik mencari benda alah yg manis² je. Setiap hari mesti nak makan kek or ice cream. Aduiiiiii, selera tekak ni mengada² nah koooooo. Semalam pekena kek coklat + Ice cream gula apong. Arghhhh... there goes my diet :(

...sangattt lah tidak healthy bila setiap hari mentedarah benda yg manis²...huhu. Terpaksa tambahkan lagi liter air utk di telan. So that sugar level dalam darah tak naik. hihi.Apa² pun... i loveeee foods sooo much!




Hadiahkan Diri Sendiri Dengan Guess Slipper Wedges




Masa hari Raya Aidil Adha hari tu, balik dari rumah mentua... terus Zie ajak husband ke The Spring. Nak beli selipar Guess sebagai reward utk diri sendiri yg sudah penat bekerja... Hehe. Ermmm...yg zie pelik, Valentine's Day seudah lama berlalu... awat ada Valentine special plak. Blur saya...hahaha.

Takpe... janji dapat 15% off, okay sudah. Hihi.




Section ni je selipar. Kebanyakkan selipar yg berjenis wedges. Flat slipper hanya ada 1-2 designs je.Itu pun design di tak berapa nak berkenan sgt. Hehe. Yg berjenis wedges, byk sikit design dia.




Actually rambang mata nak pilih. Tak sure mana satu. Hati berbelah bagi nak rembat which one. Hehehe




Akhirnya rembat yg ini. Sebab design dia simple je. More over bahagian depan tu berjenis kain. Yg lain semua berjenis getah. 




Rembat tros! Hehehe. Actually ada kes bila sampai rumah nk try baru perasan lambang G di sebelah kiri takde. Terpaksa lerrr keesokkan hari nanti pergi tukar balik. Huhu...camne entah drog tak perasan sok dorg "cacat".

...takkan tak buat stock checking kot. Huhu. salah zie gak, tak periksa betul² sebelum buat pembayaran. Takpe, boleh tukar.




By the way, comel je tgk dorg anak beranak ni berjalan² berbaju² melayu. Lagi lagi dgn si kecik Mikail tu. Sejukkkkkk perut mengandung. Hihi. Thank you Sayang and Mikail temankan mama shopping ^_^ Tahun depan stop dah aktiviti shopping nyopping ni...

...kena kumpul budget utk byr yuran semester tadika Mikail nanti. Setahun ada 2 semester. RM2,000 budget utk per semester. Huhu.... saving mode is ON start tahun depan nnti. So tinggal 3 bulan lagi utk Zie shopping seakan...hihi








Mooncake Festival




Semalam adalah mooncake festival utk yg berbangsa Cina. But mooncake ni, bini boss balik beberapa hari awal. Hehe. Masa di bagi utk weols makan, awal dia bagitahu Zie yg mooncake ni halal. Hihi. Soo... since dia awal² gtaw halal... apa lagi, excited kooo Zie nak omnomnomnom.. hehe




Zie try yg Pandan flavour. Manis. Hehe. Yg warna putih, perisa coklat. Yg tu zie suka... sebab kurang manis. Dorg guna dark coklat. Yummehhh! Hihi. Love mooncake so much! Buat my blog readers yg berbangsa cina, Happy Belated Mooncake Festival or Lantern Festival :* Xoxo...




Review Nivea Make Up Clear 3in1 Foam : Extra White


Hehehe...lately ni asyik buat product review je Zie ni. Tetiba rajin kooo nak buat product review. Just wanna share keberkesanan product buat readers zie. Mana tahu kot kot berkat entry review zie, dpt settle kan masalah yg berkurun uols hadapi. Hehehe :P



Kali ni zie nak review product Nivea Make-up Clear 3in1 Foam - Extra White. Actually dia ada byk jenis. but Zie sengaja je pilihi exra white tu. Mcm tak bersyukur je dgn kulit yg sudah sedia putih...bhahahaha :D Skrg ni dah nak masuk sebulan dah zie guna cleanser foam ni.

...terpengaruh dgn iklan tv sebenar. Memandangkan zie sememangnya setiap hari pakai make up, so why now give it a try. Benar ke tidak seperti yg di kata. Well, yup... benar uols. Bukan hanya sekadar iklan yg indah khabar dari rupa. Hehehe.

..sebelum zie pakai cleanser foam ni, semestinya zie remove dulu make up zie (tang make up di bhgn mata je), guna Vaseline. Selalunya bila guna other cleanser foam, bila nak cuci... memang still ada sisa make up yg berbaki. Terutama sekali kesan eyeliner. Kesan eyeliner memang sgt degil. kekadang menyampah plak mak noks... hihi.

Tapi bila cuci pakai Nivea Make-up Clear 3in1 Foam - Extra White ni, hilang kooo kesan eyeliner yg super degil tu. So takde ler "kepandaan" mata gara² warna eyeliner luntur. Hihi. Tak perlu dah berkali² cuci make up. Cukup hanya dgn sekali cuci.

...well, this is based on my experience ea. Takde nya pihak Nivea bagi bayaran utk review ni. Don't worry...hehe





Mencuba Shaklee Herba-Lax





Sampai sudah Shaklee Herba-Lax yg Zie beli dari rakan blogger, Rosmiza Ali (click to view) minggu lepas :) Zie actually ada masalah susah berat. Rasanya masalah sembeli ler tu kot. Sebab 2-3 hari baru berak. If berak pun, rasa mcm tak puas je.

...rasa cam "benda alah" tu still tak keluar semua. So zie consult ler dgn Rosmiza Ali mana satu yg better zie ambil. Alfalfa or Herba-Lax ni. Mula² nak ambil Alfalfa... but Rosmiza Ali sarankan better zie ambil Herba-Lax dulu if tak nak ambil dua² product.

Harus patuh dgn saranan yg pakar okay. hehehe. So Herba-Lax it is ^_^




Pertama sekali zie makan, zie ambil 4 biji sekali. Sebab ikut general instruction yg tertulis di botol. Rupanya salah pengambilan zie tu. Bhahahaha. Kalau nak ikut pun boleh... tak salah. Cuma takut nanti asyik terberak je nanti kata Rosmiza Ali ...hehe

....nasib baik ler belah malam tu x terberak²... hehe. Syukur. Rosmiza Ali sarankan zie ambil 2 biji (2x dalam seminggu). Sekiranya takde apa² effect... baru up dose ke 4 biji. Nie based on pengalaman regular customer dia. 




So far sejak zie ambil 4 biji sekali gus tu (pengambilan pertama sejak beli...hehe), bagus koooo uols, setiap hari zie berak. Normal berak. hehe. Baru hati happy kau. Sebab sangatlah tidak normal utk weols manusia 2-3 hari baru berak. 

...sebab kita ni kan tiap hari makan. Tiap hari kena membuang, baru lah normal dan sihat. Now solved sudah masalah susah nak berak a.k.a sembelit zie. Hihi. Siapa yg ada masalah sembelit, 2-3 hari baru berak sekali... zie sangattt sangggatttt sarankan uols ambil Herba-Lax.

Uols boleh direct order dgn Rosmiza Ali ye. Click je nama dia utk uols redirect ke blog dia ^_^ Highly recommended utk uols yg ada masalah sembelit. Zie dah amalkan... 100% berkesan. Janji uols follow instruction seller uols ye.

...if salah makan, jgn ngiyau plak bising kalau tiap jam membuang. Hehehe :P 





Preloved Cloth by Just Candy & Craft




**Knock knock** Assalammualaikum... yuuhuuuu, ada sesiapa yg suka barang preloved tak? Cewahh... ber knock knock bagai kooo kau. Mcm lah blog org lain nih... hehe. Well uols, buat yg belum tahu... kakak ipar zie, Chu Majorflava, ada jual pre love items taw.

Tagline dorg best --> "Ours today, Yours tomorrow"  <-- sounds comel je bagi zie. Hehehe. Okeh, nih... zie nak tayang sehelai dua benda alah yg di jual di FB page dia tu. Lets check it out bebeh...

::
::
::
::
::

Brand new burberry gred bag.. Rm200
Skinny Pant
Price: RM15
Size : XS
Condition : 8/10


Preloved Guess (Original)
Price : RM180
Condition : 9/10




Yg tang sling bag Guess tu lerrrrr yg suruh jari ni gatallllll nak merembat. Tapi terpaksa di pejamkan mata dulu... buat buat tak nampak sebab hujung bulan ni byk yg perlu di utamakan. Insya'Allah andai ada rezeki lebih... tak pun once check Nuffnang sampai nnti... pasti kau milikku kooooo si Guess yg menawan...hahaha :P

So uols... ada bykkkk lagi items yg di jual di Preloved Cloth by Just Candy & Craft ni. Rambang mata koooo tengok. Uols boleh click --> Preloved Cloth by Just Candy & Craft utk skodeng. Eh... no lah, jgn skodeng. Nanti putih mata if benda alah yg kau kenan dah sold out.

...terjah dan rembat u know... rembat. R.E.M.B.A.T! Hehehe. Apa apa pun, happy shopping! Xoxo





"Melekat Gaji" Pertama Dari Zalora



Alololo...sampai tertido tido anak mama ni on the way balik dari shopping. Ada toddle car seat actually, tapi Mikail ni tak nak. Asal nak masukkan toddler car seat tu... mula lah dia buat drama dia. Nak driving pun tak senang dengar drama tangisan dia... Huhu

...Oh ye, lupakan tentang Mikail. Ni zie nak ngiyau tentang "Gaji" dari Zalora. Cewahhh... gaji ek. Walhal komisen sebenarnya. Hahaha. Komisen Zie promoting Zalora. Rajin promote, Insya'Allah adalah rezeki lebih.




Well,... penghujung bulan ogos hari tu, Zie redeem commission yg Zie kumpul dari Bulan Puasa lepas. Time bulan puasa je kencang Zie buat sales. Lepas bulan puasa.... krikkk kriikk, penuh cengkerik kooooooo report sales. Huhuhu.

Berbalik pada redeem commission kes tu, ambil masa kira kira hampir sebulan gak lah tunggu fulus kau tu masuk. Dah untuk "gaji" pertama zie dari Zalora... Zie spend it utk belikan pakaian buat suami.

...lama zie tak beli something utk dia.






Dia nak something dari Levi's... so Levi's it is ^_^ Memandangkan Zie ni jenis tak reti nak pilih barang lelaki... so that dapat ler nak buat suprise gift. Terpaksa lerrrr suruh dia pilih sendiri. Lagi senang. Tak perlu takut di tak berkenan ke or apa ke.

...if dia sendiri pilih, confirm berkenan ^_^ Zie belikan dia seluar jeans dan topi. Ingat nak suruh dia beli baju and kasut sekali... but laki kite tak tamak kooo uols. Even Zie offer. Dia kata, cukup dah jeans dan cap tu.

Duit yg lebih tu better Zie simpan or beli something utk diri sendiri. Wahhh...sejuk hati dengar. Since Zie takde rasa nak nyopping, dan rasa mood nak berjimat... so pilih utk simpan selebih duit dari "gaji" tu. Hehehe.

Insya'Allah... 2nd pay cheque dari Zalora nanti, baru fully utk diri sendiri. Maybe nak tuka sport roms baru kot... kott je la. Itu pun kalau sales masyuk. Skrg ni malas nak nak promote. Busy. Hihi.





Chan Klinik -- Klinik ATAS



Sambungan dari entry --> Borneo Medical Centre : X-Ray Nenek (click to view), dari Borneo medical centre, weols terus ke Chan Clinic. Bila zie tengok jak sudah hampir jam 12 tgh hari, pe lagi... memcut dengan jayanya. Hehe.

...mula-mula zie hanya ambil cuti separuh hari. Memandangkan drag sampai ke tengah hari, takut rush sgt... so Zie whatsapp je Ms. Lu inform dia Zie ambik 1 day off je. Nasib dia tak banyak songeh. Huhuhu.




Dr. Chan sendang tengok X-Ray result nenek. Sangattt sanggat bad result nenek katanya. So Dr. Chan terangkan pada Zie kebarangkali nenek sdg menghidap 2 jenis penyakit. Sama ada T.B. atau pun cancer.

...Dr. Chan kata, harap harap T.B. sebab T.B dapat cure dan tak teruk sgt. Ambil masa 6 bulan on medication. If bukan T.B.... then weols terpaksa perform sekali lagi x ray, whole body, utk cari apa yg tak kena dgn kesihatan nenek.




Bila Dr. Chan habis periksa nenek, Dr. Chan cadangkan Zie bawa nenek ke Poliklinik, kat special kes bahagian. Klinik ATAS nama ringkas poliklinik yg khas utk pesakit T.B. Nenek kena perform kahak test.

...masa tu memang weols semua harap sgt dia kena T.B. dan bukan kena cancer. At least 6 months je kan. Kira cepat ler sikit sembuh dari cancer. Memandangkan habis dari Chan Clinic sudah lunch hour. So weols pernah makan dulu.






Habis makan, weols terus ke Klini ATAS. Sampai situ jam baru je pukul 1.30pm. Klinik buka at 2pm. Haa.. ni zie nak puji dn kakak yg bertugas kat Klinik ni. Sangat peramah dan helpful u know. Hehe.

...sepatutnya masih time rehat dia... but still dia layan weols dgn senyuman di bibir. Suka sgt kat kakak ni. Inilah baru dinamakan ikhlas bekerja. Keep it up, kakak! :)






Ada kes actually bila weols ke bilik No. 5 ni... bahagian makmal. Malas nk bising lagi. If uols ada baca status Zie di facebook pada masa tu, tahu lah uols apa kes. If takde baca, mls nak story balik. Wat sakit hati je...huhu

...di pendekkan cerita, yup... betul tekaan dr. chan, nenek zie kena T.B :( But at least syukur lah kan bukan kena cancer :) Bila nenek dah di sahkan T.B. Weols terpaksa check gak. Serta dgn mikail mikail kena check. hehe.

Cute je gmbar X-Ray dia. Kecikkk je paru paru. Hehe. Ye le kan, if besar gedebak paru paru dia mcm org dewasa, awal aku cabut lari. Hihi. Apa apa pun, syukur alhamdulillah. Result weols semua negative. All of clean dari T.B.

Cuma buat masa 6 bulan ni and onwards, terpaksa kuarantin kan nenek. Terpaksa asing2kan  bekas makanan dia dan terpaksa gak jauhkan dia dari Mikail. Utk weols plak, 8 bulan selepas ni weols kena buat check up lagi. 

...next appointment utk weols will be bulan 5/2016. Hehe. Lama lagi. Apa apa pun, semoga cepat sembuh nenek. Tak nak hantar nenek balik kampung lagi. Susah dia kampung. Makan minum pakai takde yg nak jaga elok elok. Biar je lah nenek habiskan sisa hidup dia dgn weols.

Walaupun berbeda agama dgn Zie dan keluarga, tp darah weols still sama. Agam je berbeda. Hubungan darah daging tidak. Insya'Allah akan jaga nenek sampai bila bila.




Borneo Medical Centre : X-Ray Nenek




15 September yg lepas, bawa nenek pergi X-Ray di Borneo Medical Centre atas saran Dr. Chan dari Chan Clinic. Sebab check darah, result hanya tunjuk low blood pressure je. Bila Dr. Chan dengar di bahagian belakang nenek ada bunyi bunyi...

...dia sarankan Zie better bawa nenek pergi X-Ray. Perhaps dapat jumpa something.




So here we ar at Borneo Medical Centre. Wrong timing zie pergi...sepatutnya awal pergi sini sebelum jam 8:30am. Baru senang dapat parking. Zie sampai di Borneo Medical Centre almost 9am.... azab kooooo cari parking. 

...Terpaksa zie parking di tepi jalan dan sgttttt lah jauh dari Borneo Medical Centre. Tawakal je aku masa tu taw. Siapa doa-doa mintak Allah lindungi kereta supaya tak kena pecah or kena saman. Haha :P

Alhamdulillah... selamat ^_^ Lain kali pergi awal if nak ke sini. Lesson learned :D






Nenek masa dorang nak perform X-Ray. Kesian kat nenek coz badan nenek dah bongkok sikit . Jadi amatlah susah nk tegakkan badan. But no choice... terpaksa gak. Sakit nenek masa tu :( Kesian... Tp nak buat camne kan. Dah procedure X-Ray gitu...





Tunggu nurse panggil dia keluar. Weols tak boleh masuk. So hanya menanti di luar je and tengok dia dari cermin. Pilu hati tgk keadaan nenek :(

... oh ye, skrg ni nenek dah tinggal kat Zie. Tak tinggal kat kampung lagi. Sebab senang zie nak bawa dia ulang alik ke klinik or hospital.










Result X-Ray nenek :( Sangat tak bagus. Masa Zie terima ni walaupun report bukan doktor punya handwriting (hehe..paham paham je la tulisan doktor. payah nak baca...hehe), still gak tak paham apa di tulis tu. Hahaha.

Once dah dapat X-Ray dan report, weols terus ke Chan Clinic. Jumpa Dr. Chan plak. Sebab dia yg merawat nenek pada masa tu. Masa tu risau sgt sgt...sebab tgk X-Ray tahu result tak bagus. Next entry zie sambung story lagi ye.

...kali ni entry di Chan Clinic plak :)




Seqy Beauty BB Cream Review




Review entry kali ni Zie dengan berbesar hati nak review product Seqy Beauty BB Cream dari Wonderland Online Shop (click to view website). Boleh click entry zie yg ini --> Produk Kecantikkan Terbaru Saya : Seqy Beauty BB Cream if nak baca balik ngiyauan zie bila BB cream ni arrived. Hehe

...meh zie tayang before and afer photo.


Belah kiri tu gambar naked face. Tanpa sebarang pelembap dan Seqy Beauty BB Cream ni. Gambar sebelah kanan adalah gambar selepas zie pakai Olay Total Effect (sebagai pelembap...olay yg tanpa foundation ea) lepas tu baru calit terus BB Cream ni.

...Zie pilih color natural. See seee... nampak kan perbezaan dia. Under lighting yg sama...hihi. Zie ni actually jenis putih pucat. Bila zie pakai Seqy Beauty BB Cream ni, if uols tgk secara berdepan empat mata... effect dari Seqy Beauty BB Cream, kulit kelihatan putih merah jambu gitu taw. I LOVE IT!

Di putih pucat, terus jadi putih merah jambu. Hiksss!




Dan yg ni plak gambar Zie with make up combination. hehe. Make up zie pun jenis yg tak heavy make up. Just calit eyebrow liner, eyerliner, maskara, blusher dan lipstick je. Yg segala eyeshadow bagai or high lighter bagai...zie tak pakai. 

...makin tua makin malas kooo aku nak bermake up. Thats why mencari nak product yg mcm Seqy Beauty BB Cream ni. Just a simple make up... terus jd Siti Nurhaliza. Eh! Hahahaha.. Kidding :P Apa² pun, harga sebotol RM60 (harga sabah dan sarawak). Harga semenanjung RM55 :)

High recommended buat pengemar BB Cream dan buat yg nak mencuba BB Cream. With SPF 30++ taw ^_- Sangat berbaloi di beli! :) Below is Seller details ea. Boleh direct order dgn seller if siapa yg nak try :*




Butik Vendor :
1. Popdonna Bangi, Seksyen 9 
(sblh Manjaku atas Zoukspa) Bangi 

2. Thepopulous, Seksyen 8 
(sebaris sendayu tinggi atas tateh) Bangi 

3. Sistersvendeur, PD Waterfront Port Dickson 
(sblh Pizza Hut)

COD : Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Nilai, Port Dickson
Open for Dropship

Up To 90% Off di Zalora Malaysia -- Limited Time ONLY



Zalora crazy deal datang lain uols. Kali ni up to 90% sales. Limited time (click to view) only ye. If uols nak... cepat² masukkan dalam cart and checkout terus. Coz peluang hanya datang sekali. Nanti if masa dah habis... of coz ler kan price akan back to normal :)



Naelofar Hijab

Fabulous Raya by Fazura


And as for Zie plak.... sangattt lah berkenan dengan instant shawl Naelofa dan baju kurung by Fazura tu. Kalau aku kayaaaa.... hehehe. Rembat terus, eh! Hihi. Insya'Allah... kalau rezeki Zie, dapat lah zie miliki. Kalau bukan rezeki zie... habis ler nanti offer ni. Huhu

Apa² pun, utk uols... uols boleh lagi guna 15% off by using voucher code ni ZBAPohD upon checkout. Let say lah baju fazura tu. Harga normal RM450, harga sale sekarang adalah RM360... if uols guna voucher code yg zie bagi tu:-

RM360 - 15%
= RM306 nett (free pos)


Seee... purchase it discount with discount. Terus jadi super murah dari harga asal dan harga sales...hehe. Kita sebagai pengguna, kenalah bijak berbelanja you. Apa² happy shopping! Below is 15% off voucher code

ZBAPohD
** Terms and Condition applies
** Valid for FIRST time customer only.





Stok Kopi Di Pejabat




Kopi ibarat teman karib selama 8jam kau di opis. Tanpa "sahabat karib" kau ni... payah dow kau nak buat kerja. Maybe sesetengah uols tak berBFF dgn kopi, but Zie adalah salah sorg dari manusia yg "berBFF" dgn kopi. Hahaha.

...ingat kopi, ingat Zie bak kat Kak Ara. Hahaha. Lucu ktk ya kak oiii. Sebulan sekali zie top up stock kopi zie. Malas nak harapkan coffee dari company. Asyik nescafeeee je memanjang. Better beli sendiri. 

Pelbagai rasa ko leh rasa setiap hari. Hihi. Zie, kalau tak Indo Cafe... kompom beli L.A. White Coffee ni. Sedappp koooo. Rasanya kaw!





Kalini beli pack besar, percuma sekotak Cappuccino. Arghh....sedapppppp. Tp a lil bit pahit lah. Zie tambah gula sikit....erkss! Hihi. Apa apa pun, i am a coffee lover. Tapi tak boleh melebihi 2 cawan per day.

...kalau tak, menjawap lerrr jd burung hantu time malam karang. Huhuhu...