Under Armour Set Hadiah Hari Jadi Buat Suami


Sebelum dia gi OPS selama sebulan hari tu, Zie ada suruh husband pilih sendiri mana satu kasut Under Armour yang dia kenan. Nanti once birthday dia Zie belikan untuk dia. Malas zie nak surprise bagai. Takut nanti pilih yg lawa di mata Zie, tp tak lawa di mata dia. Susah gak kan. So suruh dia pilih sendiri. 

Nani tinggal Zie nak bayar je. Husband tahun ni jadi suka dengan brand Under Armour ler plak. Huhuhu.
 




Taraaaa!!! Beli sudah utk dia sempena hari jadi dia yg ke-33 semalam. Zie belikan bag sandang pattern celoreng sekali. Untuk dia bawa benda alah dia gi kerja. Baju tu pun zie belikan pattern celoreng gak. Sama cam celoreng bag tu. One set kooo. hihi.
 
Happy je dia. Dia ingat dia hanya dapat Kasut je. Sekali tgk siap ada bag & baju sekali. Hihi. Happy Birthday, Sayang! My turn nanti, nak request hari birthday Jam Swarovski... hohohoho


Crazy VIRAL Sales di Victoria Secret!


Starting hari Sabtu hingga Ahad lepas, Victoria Secret ada buat crazy sales. Body Mist & Lotion hanya berharga RM29 each. Normal price is RM79. Rasanya seluruh Malaysia kot butik Victoria Secret ni buat sales gitu. First time gak lerrrr Zie ikut serta part viral sales ni. Hahahaha.

Masa Zie sampai kat butik Victoria Secret di The Spring, Kuching. Butik VS tu dah tutup separuh. Kiranya dorang dah tak terima walk-in customers lagi. Tapi bila Zie tengok ramai je yang dok tersorok² dari shutter tu, ikut gak koooo orang. Hahaha




Alhamdulillah, dah gak Zie masuk. Syukur customers di Kuching ni takde lah segila customer Victoria's Secret di Imago, Kota Kinabalu. Tengok kat video viral di Imago mall tu, perhhhhh! Cam nak roboh shutter VS to dorg kerjakan. Siap jerit² lagi tu...alahai. Malu tengok.

Di VS kat kuching ni, takde gitu. Cool je semua customer. Barisan pun tak pajang sangat. Zie orang Ke-4 berbaris. Ada dua kaunter. Tak sampai pun 10 minute, keluar terus.





Taraaaaa!!! Beli sebotol je. Ni pun ambik yg tercicir kat tempat lain. In nak ke shelf body mist & lotion ni sendiri, jangan harap lah. Penuh sesak kau! Tak kuasa aku nak bersesak²...hehe. Baru ingat nak keluar balik, terpandang benda alah ni staff VS tu tengah kemas² letak masuk dalam shopping bag VS. 

Terus zie tanya. Tu dah ada orang punya ke....then staff VS jawap takde, dorang tingalkan merata² katanya. Terus lerrr Zie ambil. Hihi. Rezeki iols. hihi




Taraaa!!! Zie suka bau Sheer Love body mist Victoria's Secret ni. Bau dia damaiiii je rasa bila sembur. Kebanyakkan bau² body mist or perfume VS nie berunsurkan bau bunga gitu. Kira Floral scent lah...ailike! Sebab tak menyakitkan hidung ku yg super sensitif ni. hihi

Saya dapat. Korang, dapat tak? Hihi


Harta Dunia Akhirat


Sejuk je mata bila tengok anak² tengah nyenyak tido. Tetiba cam rasa bangga je dapat lahirkan dorang ni dengan Izin Allah swt. Pinjaman dari Allah swt yang takde tolok bandingnya....priceless. Si abang, tahun ni nak masuk 6 tahun dah dia. Si adik plak, hari Ahad tadi... genap sudah dia berumur 5 bulan

...cepat je masa berlalu, kan. Sedar² dan besar dah dorang dan kita ni pun dah semakin tua. Tetiba rasa nak nyanyi lagu Fin Jamal - Arjuna Beta lah. Kena sangat dgn dorg tengah tido. Hihi

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa