Showing posts with label My Tupperware Collection. Show all posts
Showing posts with label My Tupperware Collection. Show all posts

Akhirnya! Kau Ku Miliki ♥


Yayyyy! Akhirnya dapat juga Zie set Tupperware LAT edition ni. Dari tahun lepas koooo Zie dok intai di Shopee. Tunggu ada seller buat stock clearance. Hehe. Zie kan pembeli yang bijak. Bukan apa bayar mahal sekiranya akan ada harga murah nanti, betul tak? 

Sebab tu sekarang Zie dah malas dah nak renew member or apply membership lagi sebab even harga member di East Malaysia pun still tak semurah harga di Shopee. Zie bukan nak kejar sales pun. Zie join member sebab nak dapatkan harga murah je sebenarnya dulu...hihi 




Tengok tue price untuk EM → RM154.90 kau! Bapak giler mahal! Parkinson terus iols. Haha. Tapi di shopee, bila ada seller buat stock clearance, Zie hanya dapat RM66 jer per set tu okey. FREE POSTAGE lagi tu. Syukur sangat² wujudnya Shopee. Dapat gak miliki benda alah mahal dengan harga yg murah. Lalalala...

Tupperware LAT ni Zie ngiyau husband untuk belikan. Haha. Buat letak susu anak² alasannya weh. Hahaha. Next target, Tupperware Rice Smart nanti. Tapi tunggu ada keluaran warna cantik sikit la. Putih hitam ke...kalau ada lah. Sebab warna tema rumah dah segala apa dalam dapur bertemakan putih hitam kelabu...haaa gittew.



Menambah Koleksi Tupperware Lagi


Yayyy! Sampai sudah Tupperware Ezy Oval Kepper yang Zie order melalui Shopee minggu lepas. Mentang²lah Tupperware yg di jual di Shopee semuanya murah² (berbanding if kau beli direct guna katalog order. Harga katalog maa...mahal)...

....tu yg mula dah berjinak² mengumpul Tupperware. Tak sangka gak weh Zie akan terjebak gak dgn Tupperware ni. Haha




Bought this two pieces only at RM25.50 jer. Murah kan. Love color dia sooooo much! Pink and black. Gaji karang baru rembat bekas air H2Go dia plak. Hihi. Husband zie dah nait jemu tengok zie tiap² malam pi skodeng Tupperware products di shopee... hahaha

...di tak dapat bebel sangat if zie beli. Coz guna duit sendiri maaa. Lalalalala. I love Tupperware ♥





Niat Nak Beli Untuk Suprise Gift Buat Suami, Alih-alih....




Hari tu membeli lagi di Shopee. Psstt... macam mana ek dorg dapat flyer Shopee ni ea? Zie nak gak weh... haha. Mushkil aku taw. Oh ye... berbalik pada benda alah zie beli tu. Perfectly wrapped using bubble wrap... ailike! 





Zie belikan bekas air Tupperware 1.7 liter ni buat husband. Mula² ingat nak bagi dia surprise. Senang belikan utk dia since keluaran terbaru bekas air Tupperware ni come with Army pouch. Army pouch tu lerrrr yg buatkan zie beli.

...strategi pemasaran Tupperware amat berjaya. Berjaya goda pembeli utk beli. Zie lah salah seorang daripada pembeli tu. Hihi. Coz amattttt lah sesuai dgn kerjaya husband Zie. seorang anggota Polis PGA.




But... yg tak bestnyaaaa... boleh plak terkantoi bagi gambar bekas air tu kat husband. eeeee, geramnyaaaa. Kan nak SURPRISE husband. alih² kantoi... hahaha




Gara² berwhatsapp dgn kakak zie arr ni. Topik weols topik Tupperware. Kakak rekemen tempat Tupperware murah di Kuching ni haaa. But still Zie nak gak beli online, coz malas nak drive. Jauh kooo tempat yg dia gtaw tu. Kat Kuching sentral. 

...tak kuasa lah nak ke sana. Hahaha. Hadiah surprise yg dah tak surprise buat husband. Glad he love it soooo much! 



Start Mengumpul Tupperware Sudah


Zie ni jenis yang bila nak berjual something, harus Zie jadi salah seorang customer dulu. Baru Zie tahu camne style supplier Zie. Cepat ke idak dia reply. Dan stock dia jenis Live updated ke tidak. Benda macam ni kita harus peka if nak start berniaga secara dropship.

...Alhamdulillah, supplier sgt friendly, fast reply dan fast delivery. Memang thumbs up kat dia. Order take 1-3 working days. Standard period delivery lah...hehe






Item plak perfectly wrapped with Bubble Wrap. Love her service so much.





Oh ye, Zie beli lunch box untuk budak budak sebenarnya. Bukan buat Mikail taw...memang buat Zie sendiri. Tektik utk berdiet katanya...haha. Guna lunch box khas utk budak budak so that portion nasi and benda alah dalam tu sikit je.

....from there dapat ler kau berdiet dgn jaya. Cewahhh. All the best, Zie Madini! Hahaha. Oh by the way, ni actually bukan tupperware pertama Zie ea. Baru skrg je ingat nak jadi Tupperware Collector tegar...hahaha.

Peace yow! :P