Buy 1 Free 1... WOW!





Semalam lunch break, tetiba je last minute Zie ajak Mira (kawan seopis Zie), keluar shopping. Nak beli kasut tumit tinggi (ceaaaa....cam skema je kedengaran, kasut tumit tinggi ah...haha). Semua heels Zie ROSAK! Badan still elok, getah tumit yang bermasalah. Repair juta kali, juta kali gak tertanggal lagi. If getah tumit elok, tapak dalam kasut plak tertanggal.

Kesian heels² kite. Hampir setahun dia tak di pakai²...mahunya tak rosak. Memangkan dah takde lagi kasut untuk pergi kerja. Menyopping ler jawapnya....guna masa rehat tengah hari je. Baru aman sikit Zie beli barang Zie




Mula² niat nak beli pump heels di H&M je...kot kot ada jenis Zie selalu pakai. Bila lalu si butik kasut SOS, tengok ada offer Buy 1 Free 1....apa lagi, terus ler skodeng tengok. Tak pernah Zie masuk butik kasut SOS selama ni tau. Inilah pertama kali. Selalunya ke butik kasut Charles & Keith, Aldo, Guess and Heatwave je sebelum ni.

...but now, sorry lah. Tak kuasa nak bazir duit ratus² over sepasang kasut. Haha. Insaf dah Zie koooooo uols. Sekarang Zie tak kisah dah apa brand, janji tahan lama dan cantik. That's all ♥ Cubalah dari dulu lagi Zie ginie².... byk saving dah kot rasanya. HAHA




Sementara tunggu sales assistant ambil stock size kaki Zie. Mira candid rupanya. Haha. 




Orang tengah try boots orang...pun dia candid rupanyaaa. Gitu rupanya iols dari belakan.. Adoiyai. Nampak berisi. huhu. Takpe, baru je beranak....bluekss :P




Tadaaaaa! Dua heels ni Zie rembat. Sepasang jenis Pump Heels dan Sepasang jenis Boot Heels. Before this setiap pasang kasut ni, RM100 plus taw. Since dorang tengah buat stock clearance dan promotion Buy 1 Free 1.... 2 pasang kasut ni harga berharga RM79 sahaja okay. RM79 SAHAJA!

....bermaksud sepasang hanya RM39.50 sahaja. WOW! Murah giler!




Zie ni ada cerewet sikit bila nak beli high heels. Zie akan make sure heels dia jenis plastic ataupun fabric, macam dalam gambar tu. Secantik mana tu kasut tu, if heels dia jenis PU Leather (kalau real leather, memang tahan lah tp Zie tak mampu beli...haha)... sik tak akan beli. Why?

....sebab, if heels dia jenis PU Leather tu...tak sampai seminggu Zie pakai....dah macam apa entah rupa heels tu. Kaki Zie ni jenis ganas. Kalau jenis plastick or fabric cam tu....takde lah immediately rosak. Tahan lama ler jugak berbanding PU Leather tu.

So tips dari Zie if nak beli kasut tumit tinggi sekiranya uols jenis kaki ganas macam Zie ni.... belilah tumit jenis plastic/fabric. Pssstt....4 inch tau ketinggian heels tu taw. I LIKE! Dari dulu sampai sekarang still suka pakai heels.

Cuma sekarang dah ada anak²... tak dapat dah Zie nak pakai platform heels. Ada kang tersungkur nanti time nak kejar anak² or gendong anak. Huhuhu...






No comments: