Earnings Nuffnang Ke-8 Saya ♥


Alhamdulillah.... ada gak hasil dari blog Zie ni. Walaupun hanya RM75.29 sahaja. Gak tu apa. Sekarang tengah tunggu cheque dari Nuffnang sampai je lagi ni. Tak sabarnyaaaaa. Hihi. Last Zie cash out pada tahun 2015. Hampir 4 tahun koooo Zie tak aktif berblogging. Satu jangka masa yang lama tu.

Now I'm back ♥ Dulu pernah jadi top blogger sekarang jadi blogger suam suam kuku je. Tu ler...siapa suruh stop blogging kan. Zie mula slow down berblogging pada tahun 2013 actually. Time tu masa tak mengizinkan. Mana belah malam nak jaga anak lagi...siang plak kerja. 

Sekarang ni Zie start berblogging balik, bukan kejar populariti or kejar duit Nuffnang. Kalau ada tu, alhamdulillah...if takde, no problemo. Janji kenangan² tu tertulis rapi dalam blog ni. Buat bacaan Zie sendiri di hari tua dan bacaan anak² bila dorang dah besar nanti. Kalau dorang nak baca lah. Hihi.

Apa² pun, buat pembaca blog Zie yang setia selama 10 tahun (2009 - 2019), I'M BACK! ♥



1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

lama follow akak since dr belum kawin. Hee