Ni kes seminggu yg lepas... hehe. Throw back entry... huhu. Hari Jumaat lepas, punyalah excited Zie rebut² nak balik awal 15 minit dari yang lain (dengan kebenaran bos ye)... sampai² je kat kereta. Bila nak start enjin.... tak bolehhhhhhh! Sakitnya tuh di siniiiiiiiiiii ♥ Penat hakak turun naik turun naik tangga office mintak pertolongan dari colleagues taw. Nasib Zie plan balik awal... kalau balik macam biasa and orang yang Zie nakkan pertolongan dah balik... haaa, camne tue?
Nasib gak Mr Ong ada jumper. Hihi. Bateri flat ko. Bodo battery tu...takde warning² terus mati dia. Benci nah! Mr Ong, Faizal & Leslay turun bawah berhujan² tolong Zie hidupkan kereta. Nak stop cucuk duit, lepas jumper ginie... mana boleh tutup enjin kooo. Kang tak boleh start lagi, nangis tak berlagu kang Zie.
So naik balik Zie... pinjam duit dengan Miss Lu plak sebab dalam wallet tinggal 100 plus je. Tak cukup untuk beli batteri baru. Nanti Isnin bayar balik. Zie tak nak pakai batteri air... nak pakai batteri kering. Membebel kejap Zie call husband gitaw kenapa kali ni beli batteri air untuk kereta Zie. Hahaha. Susah hati kawan kat tempat sentri.
Dari plan awal nak pergi ambil anak². Terus jadi lewat. Mana kena traffic jammed lagi... dengan hari hujan plak tu. Sakit hati nah. Sampai kat sekolah Mikail pukul 6:15 gitu. Sampai kat Nursery Mikayla plak dalam 6:30pm gitu. Then terus call emak gtaw Zie anak beranak balik lewat sikit sebab nak belikan bateri kereta baru. Story lerrr apa terjadi... huhu
Haaa time susukan Mikayla ni ler, kejadian mistik yang Zie storykan di post entry Demam Panas Yang Pertama Mikayla (klik untuk baca entry). Serik giler bawa anak² lalu jalan tu time maghrib. Kesian Mikayla...mati² emak fikir dia nak susu meraung nangis time tu.
...Rupanya takut dia tengok benda bodo tu. Kejadah entah takutkan budak² pastu siap ikut plak tu. Eeee... sakit hati Zie kenangkan. Nasib tak nampak, kalau lah manusia... kemas dah aku kerjakan. Buat anak Zie gitu. Bodo ar..
Sampai sini bila azan maghrib dah kedengaran. Jujur...bukak bonet kereta ni pun bila mekanik tu suruh buka...Zie siap tanya dia "kat mana ye?" Hahahahahaha. BIMBO! Gelak dorang... huhu. Peduli lah. Janji kereta okay pastu...gelak lah sana. Takpe. Bukan selalu dapat gelakkan iols ni. Haha
By the way, wajib sebenarnya perempuan tahu tentang kereta ni. Tapi Zie...MALAS! Nanti² lah belajar. Busy uruskan anak². Takde masa... Hihi (alasan...haha)
Pilihan Zie antara brand Century or brand Yokohama ni. Husband kata brand Yokohama bagus....Tapi tanya dulu harga dia brapa. If Yokohama mahal...then beli je brand Century. Coz sama gak bagus...cuma Yokohama better lagi dari Century.
So Zie tanya lah harga Century brapa RM, Yokohama brapa RM. Since tauke workshop tu kata sama harga, So Yokohama it is. Makanya terbanglah RM300 khas untuk anak paling sulung Zie ni. Huhu. Dia nak gak perhatian kooooooo. Haiyaaa....walhal bulan 8 tu dah bagi dia kasih sayang sambut birthday dia. Nak gak lagi perhatian...alahaiii. Yelah.... mak still sayang kau duhai, baby Persona emak.
...jangan meragam lagi selagi bapak kau still not in town. Jual kang! Eh! hihi
Lihai sungguh dia tukar batteri tanpa tutup enjin. Sakai plak Zie tengok. Hahahaha. Dia tengok ada baby & budak dalam kereta...kena lagi hari hujan. Takkan nak keluarkn dorang pa semuakan walaupun Zie tak kisah. Tapi dia insist tak perlu tutup enjin...and Zie tanya tak bahaya ke. Dia just smile & geleng kepala...whatever lah kan.
Nanti if kena short ke apa...dia yg sakit bukan Zie. Since dia sendiri yang ask for it. Hihi. Asalkan tak rosakkan kereta dah. Pssttt...ada gak Zie google boleh ke ganti bateri kereta sesama enjin di jalankan, rupanya ramai mekanik biasa buat. Ceh. Tapi prosedur ni tak digalakkan lah sebenarnya. Nah... artikel tentang prosedur ganti bateri kereta --> Prosedur Mengganti Bateri Kereta (klik untuk view post berkait), new info untuk orang yang macam kite. hehe.
No comments:
Post a Comment