Olin Dah Boleh Balik!


Sambungan dari entry : Olin Kena Tumor (klik untuk baca)

Olin warded kat Dr Zawani Animal Clinic selama 3 hari 2 malam. Admitted hari Sabtu (7.8.21), discharged pada hari Isnin (9.8.21). Lepas balik kerja, almost 6:30pm Zie sampai kat klinik. Mujur belum tutup lagi. I am the last customer...hehe. dalam dah ada 3 orang pet owners tunggu turun jumpa doktor.

Since mine one is ambik balik Olin... so tak perlu ambik turn bagai. Terus je ke kaunter untuk uruskan pengambilan Olin dan final payment untuk surgery & ubat²an dia.



Alhamdulillah.... pembedahan pembuangan tumor Olin semuanya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Syukurrr. Selagi Olin tak di depan mata, selagi itulah jiwa tak tenteram. Olin je difikiran. Hanya yang ada pelihara haiwan perliharaan je akan paham apa Zie rasa.

Oh ye...si kepoh bulus tu kuching di klinik tu. Means kucing Dr. Zawani leh tu kalau macam tu kan. Soooooo bossy kelihatan dia masa Zie masuk klinik. Duduk atas kaunter dengan gaya diva gittew. Kelas kau, miaw! Hahaha. 

Comel! Geram aku! Haha.




Senyap je Olin duduk dalam carrier cage tu. Tengah tahan kesakitan kot. Kesian dia. Nampak muka dia muka sakit taw. Sayang dia sangat². December tahun ni, genaplah dia berumur 18 tahun. Zie jadikan tarikh 16.12.2003 adalah tarikh hari jadi dia. Sebab masa tu lah Zie jumpa dia kat tepi jalan.

Kucing pungut dia ni sebenarnya. Setia bersama Zie sampai sekarang.




"Souvenirs" buat Olin. Haha. Macam manusia jugak weh. hehe. Ada ubat pills gak. hihi.  Malam tu Zie tak perlu bagi dia ubat dah sebab sebelah petang nurse di klinik dah bagi dia ubat. Doktor bekalkan dia ubat antibiotic, ubat surut radang (rasanya ni ubat tahan sakit ni. Lupa plak tanya time tu), air untuk cuci luka dan iodine





Inilah dia kawasan tumor yang jahat tu. besarkan tempat surgery dia :( Yang tengah tu "berlubang" uols jangan hairan. Sebab kulit Olin dah tak dapat di tarik lagi. Terpaksa buat jahitan gitu. sebab kat kawasan tu lah permulaan tumor dia. Officially now, Olin dah takde 1 nenen. Terpaksa di buang. Nasib dia dah tak dapat beranak lagi. Lama dah Zie mandulkan dia. Right after dia beranak kali ke-2. At least dia dah ada merasa pengalaman jadi seekor ibu kepada 4 ekor anak

Sejujurnya.... takut Zie nak cuci luka surgery dia tu. Terutama sekali kat bahagian yang "berlubang" tu. Terketar² je tangan ni tiap kali nak dap dap kat tempat tu...huhu. Sebab takut dia terasa sakit bila di cuci kat situ. haishhhh....





Cantek dah tempat dia Zie sediakan untuk dia berehat sembuh dari lepas buat pembedahan. Ala kadar dulu Zie belikan barang² dia. InshaAllah...soon Zie akan belikan dia her own house (pet house lerrr of course...hehe), so that dia akan her own private space...gittew. Haha.

Soon gak, akan belikan dia tempat utk kucing bermain. Di shopee ada jual....syukur ada shopee! Hihi/ Slowly akan jadikan rumah di kem tempat dia betah tinggal. Tak nak dia kemurungan cam last year sampai "lari" dari rumah dia. Serik tau Zie. Almost seminggu dia hilang masa tu.

Setiap malam Zie bertangisan sedih terkenangkan dia. Syukur rezeki Zie untuk peliharaan dia masih Allah izinkan. Masuk hari ke-5 dia hilang, setelah puas Zie cari dia disekitar kem (siap tampal poster Missing Cat di setiap block kem, okay... haha)... akhirnya terserempak dengan dia di parking space. Dia duduk tepi kereta Persona yang totally sebijik macam kereta Zie. Pandai dia kan...

Kenang yang tak akan Zie lupakan....




No comments: