Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts

Hari Raya Kedua -- Rumah Terbuka Dillah & Zie



Sejak dah kawen ni, sejak tu lah rumah zie buat rumah terbuka raya pada hari ke-2 raya. Raya pertama wajib di rumah mentua maaa. Hehe. Malam raya pertama, mulalah Zie sibuk memasak juadah utk rumah terbuka weols.

...Zie masak 4 jenis juadah ^_^ Semuanya Zie sendiri yg masak taw. Husband dan emak jadik co-chef je. Husband tukang kupas bawang² dan blender kan. Emak plak tukang cuci². Zie adalah head chef. Cewahh..hehe

Meh skodeng juadah rumah terbuka weols.

::
::
::
::
::

Black Pepper Beef

Mix Vegetable with Seafood

Ayam Masak Merah

Shepherd Pie

Pssttt...yg tang shepherd pie tu kan. Kekonon kooooo Zie nak buat 40 bekas benda alah tu. Kira personal pie buat tetamu. Alih² 10 bekas je zie larat nak bikin. Sudahnya zie buat dalam bekas yg gedebak besar.

...lepas tu potong² je. Kekononnya ini utk dessert. Haha. Hidangan sampingan ada Kelupis (emak masak style iban), lemang dan nasi himpit. Lemang suami kakak husband zie yg buat. Nasi himpit plak, husband ai yg buat..ehemm.. hehe.






Inilah dia tetamu pertama weols. Along serta keluarga dia. Hehe. Gigih dorg datang sebelum jam 11am. Actually rumah terbuka weols buka at 11am till 5pm. Tapi memandangkan Along pun buat rumah terbuka gak pada hari yg sama...

...tu yg dorg cecepat bertandang ke rumah weols sebelum rumah terbuka dorg bermula. Hehe. Zie plak belah malam baru ke rumah terbuka dorg sbb dorg buat sampai midnight ^_^





Tetamu kedua, colleague zie. Mr. Ong. Hehe. Kali ni datang sorg je dia. Selalunya dia bawa 2 org anak dia. Tp tahun ni, tak nak plak anak dia ikut. Well, dah masing² dah bujang maaa. Mana hendak lagi ikut mak pak, kan. Hehehe.

...Thanks for coming, mr. ong!




Tetamu ke-3 plak, juga colleague zie. Engineer dan juga anak buah boss. Ingatkan tahun ni dia bawa girlfriend dia. Rupanya still nak sorok lagi weh dari weols...hehehe. Takpe, tahun depan maybe dia bawa kot....hiksss.

...Thanks for coming, adik Shin!




Tetamu ke-4 plak, Kakak ipar Zie (kakak kpd husband zie) sekeluarga yg datang. Hehe. Seronok je tgk dorang anak beranak makan ^_^

...thanks for coming, uols!



Tetamu ke-4 plak, my boss dan wife dia. Kira dia ni boss kecik weols. Boss besar plak ayah dia. Hehehe. Dorg setiap raya akan dtg bertandang. Yang bestnya... dorg datang beraya, dorg plak yg bagi duit raya kat Mikail. Syok arrr jadi budak kecik ek... hehehe.

....utk saya takde ke, bos? Tetttt! Hahaha. Kidding! :P Apa² pun, thanks for coming boss! :)




Tetamu ke-5 plak, my ex-colleague merangkap blogger, Jenny Lilly (klik nama dia utk tgk blog dia ek). lamaaaaa tak tengok amara. Tak dapat sangat nak bermain dgn Amara. Sebab busy layan tetamu yg lain gak. Huhu.

...nasib sempat ambil gambar dorg. Hehe. Thanks for coming, uols! xoxo..







Tetamu ke-6 plak, Kiki dan anak² buah dia. Wahhh, dah dara² dorg dua ni. Dulu...alahaiiiii, tinonet je dorg. Hehehe. Semakin dorg mendara, semakin itulah Zie dan kiki semakin menua. Hahaha. Circle of life :D

....thanks for coming, girls! :*




Tetamu ke-7 plak, Kakak ipar zie merangkap blogger, Chu Majorflava (klik nama utk tgk blog dia) bersama² dgn Abang Su dan anak buah dia, Oon. Seiring dgn dorg, juga datang my LSF sister, sis Coeq dan suami ^_^

...thanks for coming, uols! ^_^







Hahahaha....anak dijadikan prop utk bergambar...kikiki :P tetamu ke-8 plak sebelum lost count of guests (sebab dah stop ambil gambar tetamu lagi), adalah kawan Zie dan juga merangkap blogger, Tilla & suami dia, Roy. Roy tu kawan sekerja suami zie.

...Siapa yg lama follow blog zie memang tahu dgn dorg ni. Dorg ni lah punca kpd perkenalan Zie dan husband zie. Hihi. Thanks for coming, uols!


Haaa... setakat tu je larat nak snap tetamu² yg hadir. Lepas tu larat dah. Sekali ke serang ramai² serentak. Sampai penuh rumah. Hahhaa. Happy sesangat sebab ramai rakan dan sanak saudara yg sudi datang beraya di open house zie.

Puas hati juadah raya habis :) Niat nak buat sampai 5pm, sudahnya sampai malam gak baru stop. Hehe. Stop sebab nak keluar beraya dah uols sekeluarga. Pada uols² yg sudi datang masa rumah terbuka weols, terima kasih daun keladi. Semesti kami akan membalas kunjungan anda² semua.

...cewah! hehehe. Selamat raya uols!





Hari Raya Pertama -- Part II




Sambungan dari entry ini --> Hari Raya Pertama - Part 1 (klik utk view)


Sampai sudah di rumah mentua. Sampai² je terus suruh adik ipar ambil gambar weols laki bini. Hehehe. Raya pertama, weols bertemakan warna dark purple. Inilah dia baju yg Zie beli dari Zalora hari tu. Yg brand Zalia tu.

...uols boleh klik entry ini --> Baju Raya 2015 -- 1st Theme : Purple <-- Utk baca balik ea ^_^ Suka sangat². Nampak macam retis gitu. Haha





Hehe...warna baju Mikail ada lari sedikit dari warna baju Zie dan Dillah. Sebab baju Mikail, kakak Zie yg sponsor. Actually warna dia warna Fuchia. Kira boleh jadi warna purple...dan boleh jadi warna pink gak. Hihi.

... Comel je anak bujang Zie ni. Semakin membesar dah dia. 





Mikail dan Pak Su dia. Adik husband Zie yg paling bungsu ni. Sudah mengikut jejak langkah arwah ayah dorg, Abg Meran dan husband Zie... sebagai anggota Polis. Hehe. Baru je nak masuk 3 bulan dia training di Perak kalau tak silap Zie.

...Selamat berkhidmat kepada negara, bro! :D




Kak Shidah dan keluarga. Ini kakak sulung husband Zie. Eh, baru perasan. Rupanya yg perempuan tema purple gak. Hehe




Ini plak adik di bawah husband. Kiranya selepas husband Zie, dia. Alaa...yg dulu serentak kawen dengan Zie tu. Haaa...dia ni lah. Hehe. Dedek nama panggilan dia. Sedang expecting thier 2nd child :) Tahniah, sis.

....jaga diri baik². Banyakkan berehat.




Ni plak adik husband no.2 bungsu. Selepas dedek, dia ni lah. Hehe. Yang lelaki tu adik ipar Zie ea. Dorang ni pun sedang expecting gak. Bezanya dorg expecting anak sulung dorg. Alhamdulillah...penantian hampir 2 tahun (err..kalau tak silap lah ea), akhirnyaa....

....EDD dia dalam bulan September ni. Tak sabarnya nak tunggu si kecik dorg lahir. Hihi. Sure chinese looks, confirm! hehe.






Hehe...Zie sekeluarga pun tak ketinggalan gak bergambar dengan emak. Hehe. The best emak mentua ever! Sangat memahami dan tidak banyak karenah. Syukur alhamdulillah Allah swt kurniakan dia sebagai emak mentua Zie.



...Psssttt, sempat plak emak mentua urut Zie time ni taw. Hahaha. Banyak angin arrr badan Zie. Sedap je kena urut. Pandai emak mentua Zie urut. Ni yg nak selalu mintak urut ni nanti... eh! Hahaha.

Oh ye, minyak urut tu takde arr di jual di Kuching :( Siapa sudi tolong Zie belikan kat semenanjung? Pleaseeeee...bgs minyak urut tu utk berurut. Sedap je rasa berangin di badan. Tolong ek uols...hehe








Lepas yang lelaki² balik dari sembahyang Jumaat. Baru weols gerak ke rumah nenek mentua. Rumah nenek husband belah arwah ayah dia. Masa kat sini, ya ampunnnn Mikailll...berlari sana sini kooo. Happy je dia di rumah mak nek dia.

....Zie je yg macam tarzan terpikir terlolong takut dia jatuh dari tangga. Grrr.... mikail ni taw.







Balik dari rumah nenek mentua, weols terus ke rumah kakak ipar Zie. Rumah Chu & Minie... hehehe. Ada open house rumah dia. Emak dia masak sup tulang yg sangatttttttttt terbaik wok!. hehe





Hari Raya Pertama - Part 1



Cakkk! I'm back! Hehehe. Baru start kerja Zie hari ni. Actually semalam dah start kerja sebenarnya. Tapi Zie ambil sick leave. Sebab tetiba kena flu + Batuk + Sakit Tekak. Biasalah bila time raya...Huhu. Sgt lah tak best time beraya, kena sakit²an plak. 

...Meh zie tayang kat blog plak gambar² raya Zie. Di Facebook sudah. Di blog plak. Hihi. Raya tahun ni, rajin plak zie bergambar. Haha






Raya pertama sebelum Zie ke rumah mentua Zie. Harus lah bermaaf²an di rumah sendiri dulu. Bila part raya ni... budak²lah yg paling syorga kan. Syorga mengumpul duit raya! Hahaha.  Kaya arrr Mikail dari emak dan papa dia. Hihi.

....Duit raya utk Mikail memang weols laki bini tak kacau. Itu hak anak. Tak boleh makan hak anak. Weols masukkan ke dalam akaun bank dia sendiri lepas raya nanti. Utk education fee dia bila besar kelak. Tak perlu dia loan PTPTN bagai...hihi.




Sempat gak Mikail menyelit dgn keluarga Kak Mida masa dorg nak bergambar raya dengan emak. Hihi. Anak zie ni mana hendak ketinggalan.





Siap bermaaf²an sesama sendiri, dalam jam 10am gitu, baru weols gerak ke rumah mentua Zie. Which is ke rumah emak suami ler ea. Mana lagi...hanya ada sorg je suami ko. Hahaha






Tengok! Mikail kegedikkan. Excited dia nak pergi beraya. Bukan nak bergambar serious budak ni. Suka macam² je perangai dia bila nak bergambar. Grrrrr....

...susah tau nak ambil gambar kenang²an dia. Haishhh. Psstt...entry bersambung nanti ea. Hihi. Terpaksa bahagikan bahagian² entry. Supaya entry tak kejung dgn gambar²...haha