Showing posts with label Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub. Show all posts
Showing posts with label Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub. Show all posts

Giliran Mikail Tak Sihat



Semalam, around 3:30pm macam tu... Zie terima whatsapp dari Cikgu Faris. Cikgu kelas mikail. bagitahu yang Mikail muntah² dan pening kepala. Zie paling susah hati bila terima whatsapp/panggilan dari sekolah, nursery & emak zie tau. Sebab if takde apa²...takde nya dorang whastapp or call. Huhu.

Cepat² Zie reply. Tengok cikgu Faris belum reply balik (tengah mengajar rasanya), terus Zie call dia. Huhu. Sebab nak tahu keadaan Mikail. If tak berapa lemah sangat, alang² sampai balik je. Coz buat masa ni pun Mikail tengah berehat kat Bilik Guru.




Cikgu Faris kata kelihatan lemah je dia. So terus Zie pi jumpa Miss Lu, minta kebenaran balik awal sebab nak ambik Mikail dari sekolah dan terus bawa gi jumpa doktor. Tengok muka dia, sedih & lemah nah kelihatan.

Baju sekolah tu plak, baju ganti yang pihak sekolah sediakan khas untuk murid² sekiranya baju dorang kotor. Ketara nah kurus Mikail ni. Part makan dia...aduhaiiiii, payah bebenor. 2-3 suap je makan, pastu kenyang katanya.

Bergaduh dulu Zie & dia, baru hendak makan banyak². Risau Zie part bagi dia makan tau. Ikut mood dia je nak makan. Hmmmm.





Sementara tunggu doktor panggil nama dia. Zie suruh dia baring dulu kat riba Zie. Sesambil Zie picitkan kepala dia,. Kesian dia, dialah satu²nya harapan Zie untuk tolong² Zie jaga adik or kemas mainan adik dia. Sebab kan bapak dia pergi OPS selama sebulan. 

Haaa...part husband gi OPS tu.... redho :( What to do, dah kerja dia. Letih giler Zie bila jadi 2in1 role. Zie lah emak, Zie juga lah Bapak. A to Z urusan keluarga dan anak² Zie buat sendiri. Letihnya... Allah je yg tahu.

Sesekali ada gak lah Zie merungut dengan husband bila Zie stress dan terlampau letih. Zie hanya manusia biasa jer....huhu.




Berbalik pagi story mikail. Lepas jumpa doktor tu, doktor syak dia ada salah makan. Sebab lepas makan tengah hari, few hours pastu dia muntah². Tapi syukurlah belum lagi sampai tahap food poisoning lah. Kalau tak...menjawap lerrr pihak sekolah if Mikail kena food poisoning. Sebab makanan, pihak sekolah yang sediakan.

Zie mintak sick leave dari doktor buat Mikail untuk hari ini. Dia okay dah, cuma Zie suruh dia rehat je di rumah memandangkan doktor pun dah bagi sick leave. Esok je dia ke sekolah. Semoga dia cepat sembuh. Risau Zie bila anak² tak sihat macam ni....




Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)




Pada 6 Oktober yang lepas, Mikail ada Ujian Sariangan untuk kemasukkan ke Ma'had Tahfiz bagi sesi pembelajaran Darjah 1. Seriously, bukan Mikail je yang nervous. Emak dia ni pun turut nervous gak taw. Walaupun cikgu² tadika tahfiz dia semua kata, dorg confident yang Mikail akan dapat sebab masa ujian Pra-Kelayakkan Ke Mattary penghujung bulan September, Mikail DID GREAT!

Still among Top 5 student di kelas yg terpandai katanya. Ni below Zie share result Ujian Pra-Kelayakkan tu.



Ni markah utk bacaan Hafazan dia. Alhamdulillah... purata markah keseluruhan untuk bacaan hafazan dia 94%...6 mata lagi untuk dapat 100% hehe. Bagi zie tersangatttttt lah okay. Zie umur cam dia dulu, uols fikir zie sepandai dia ke? Haha. Zie tak pernah pun masuk tadika. Terus ke Darjah 1 (dulu hidup susah, arwah ayah tak mampu nak masukkan anak ke tadika...syukur Zie bijak ler gak Darjah 1 dulu. haha)




Yang ni plak penilaian bacaan Iqra dan Al-Quran dia. Part ni zie tak risau sangat sebab Mikail dah masuk Al-quran, muka surat 212 dah dia. Sebab based on taklimat utk kemasukkan Ma'had dulu, murid² akan di uji bacaan Iqra je....so Pengetua tu kata, if anak² dah baca Al-Quran, no problem sudah. Benefits anak dihantar ke Tadika Tahfiz ♥
And Yes, Mikail kata masa Ujian Sariang hari tu... Ustazah Ma'had suruh dia baca Iqra je ^_^ 





Gambar sebagai kenangan dia masa dia dah besar nanti. Nervous gak dia Zie tengok. If dikenangan², kesian gak. Umur baru je 6 Tahun, tapi dah ambil ujian penting. Bukan senang nak masuk Ma'had Tahfiz ni, kekosongan hanya 75 or 100 (lupa...haha), tapi student yg mohon almost 200 orang. Ko ghase? Haha... Mana tak zie pun ikut nervous.

Sungguh sekolah swasta... huhu. Sekolah swasta ni diiktiraf kementerian pelajaran ye uols. So Darjah 6, yup... ada ujian UPSR. If nak hantar anak² ke sekolah Tahfiz, make sure yang berdaftar dan ada ujian² yg sekolah kerajaan tetapkan, UPSR, PT3 & SPM. If takde, better don't.

Sebab pelajaran duniawi pun penting sebab tu akan menjadi sumber utk dorg dptkan pekerjaan kelak. Di sekolah Ma'had ni.... dia balance. That's why pembelajaran dia full day. 7am - 5:30pm.





Cariiiii...mana satu Mikail! Hihi. Campur dengan Tadika luar sekali. Ada some of them, sekelas dengan Mikail. So zie dudukkan dia dengan budak sekelas dia. Tak dia nervous sangat. Harap dia fokus...inshaAllah.

Yang ni ujian Bertulis; BM, BI, Math & Agama (agama ni termasuk Jawi & Bahasa Arab). Mak bapak, di suruh ke ruangan Dewan Makan sekolah untuk menunggu. Habis je ujian bertulis dorang, rehat selama 30 minit. Terus tanya Mikail... camne? Okay tak soalan.

Dengan confident dia jawap .... "SENANG! Semua kamek dapat jawap"... Wahhhh anak, takut mak dengan over confident kau tu nak. InshaAllah.... mudahan semua dijawap dengan betul. Amin.




Yang plak ujian Lisan untuk BM, BI, Hafazan dan Bacaan Iqra/Quran. The moment Cikgu dia hantarkan gambar ni.... Ya ampunnn uols, terus berdebar Zie taw. Terasa debaran yg Mikail rasa. Haha. Tapi bila zie Cikgu dia bagi video masa tu, tengok reaksi last sekali Cikgu tu tepuk tangan, seems positif je tu. Hihi.

Cikgu² kelas dia berdiri depan pintu untuk bagi support so that dorg tak takut. Hanya mak bapak je tak di benarkan. Takut dorg stress aganya kot




Ni video tu ♥ 



It's a wrap! Good luck to all of them. Buat Mikail, InshaAllah.... Mak yakin Mikail akan berjaya masuk ke Ma'had. Doa seorang ibu. Kita ibu ibu ni mesti positif thinking when it comes to our children. U can do it, sayang.