Showing posts with label Memantau Pembelajaran Mikail. Show all posts
Showing posts with label Memantau Pembelajaran Mikail. Show all posts

Pencarian Bahan² Untuk Projek Seni & BI Anak




Bila anak last minute bagi Zie list benda alah yang hendak dibeli cikgu² dia suruh, apa lagi emaknya...kelam kabut lerrr pi bercarik during lunch break. Geram pun ada gak dengan Mikail ni. Suka nah bagitahu last minute taw. Nasib sempat. Kalau tak sempat....haaa menjawap ler dia masa kelas tu dia langsung takde apa² bahan...

Brapa kali dah remind dia, jangan bagitahu last minute. Haishhh...kids....





Sejam je masa lunch break weols, Zie hanya dapat carik ni je. Kertas warna dan kertas keras je. Kotak tisu, kat rumah ada...so takyah. Tinggal batang ice cream je lagi. Benda alah tu kan...time kita perlu, time tueeeee lah jugak payah nah nak jumpa. 

Dari DIY ni, ke DIY tu Zie carik. Dari Supersave ni, ke Supersave tu carik....semua kata sold out. Nyampah nah! Huhu. So sambung esok je lah carik.





Syukur bila cari ke Mr DIY branch The Hills shopping mall, nah....berdozen dozen packs kat situ ada. Nak yang mana? Plain? Warna warni...semua ada. I is HAPPY! Hihi. Terasa tugas sebagai seorang ibu terlaksana bebenor weh. Hahaha

Zie beli 4 packs (2 packs warna warni dan 2 packs plain). Sengaja beli lebih so that seandainya ada kawan² dia yang lupa bawa ke or tak bawa ke...Zie suruh dia bagi kat mana² kawan yang takde. Sempat gak ek fikirkan tentang kawan² dia. hihi.


Prestasi Membaca Mikail



Syukur alhamdulillah.... dah Buku 2 -- Muka Surat 3 dah mikail walaupun kat rumah dia totally tak buku bacaan Read Easy dan Bacalah Anakku siri. Bila malam tadi, cikgu akademik dorg updated prestasi dorang untuk bulan Januari di group Whatsapp Kelas Mikail... terus teruja.

... terus cikgu akademik dia recommended weols utk beli siri² buku tu untuk dorng buat ulangkaji di rumah dan masa cuti sekolah.





Keesokkan hari, pagi²... sampai je opis, terus place order online koo. Hahaha. Semangat tak aku? Hihi. harus kooo semangat when its comes to Mikail's learning process. Wajib beli apa yg cikgu dorg recommended.

....untuk masa demi Mikail gak. hihi. Buat uols yg belum beli buku² ni... sila beli laju² di www.readnetwork.sto.my . Digalakkan jugak yg belum masuk tadika tu, better awal² perkenalkan buku ni kat anak².


Insha Allah... takde masalah nanti dia bila dah masuk tadika utk membaca. Sama² kita ikhtiarkan. Walaupun Zie consider terlambat dah utk beli. Better than never, right? hihi





Setiap Kali Keluar, Mesti Mintak Buku Baru


Hehehe... sejak kena marah teruk dengan Zie bulan 6 yg lepas, terus dah tak berani dia nak ngiyau new toys setiap kali keluar. If Zie say NO... dia akan senyap je lepas tu tak mintak mintak lagi. Bagus bagus. Kenak gak bertegas kan.

...tapi semenjak dua menjak ni, since dia dah mula rajin belajar buat homework kat rumah. Setiap kali weols kuar, dia ngiyau nak buku baru. Buku takpe... asalkan jgn toys je. Since dia takde caryon, Zie belikan sekali caryons utk dia mewarna.




Teruja kooo boss kecik Zie ni. Bayar je, plastik buku n crayon tu dia nak jinjit sendiri. Sampai sampai je dalam keta... terus buku and dan dan tu jugak dia nak menulis (sambung titik garisan actually) dan mewarna ^_^

....sejuk perut mengandung nengoknya. Hehehe


Hehehe...muka dia membebel kena panas :D Kita suruh dia beralih ke sebelah seat yg tak kena panas, tak nak plak dia. So merasa ler berpanas gitu. haha



Sampai sampai je kat rumah. Sambung belajar lagi. Pssttt... buruk mana pun hasil dia mewarna, still kooo puji ala ala... "Eeee...lawanyaaaaa Mikail buat"... hahahaha. Kau tak tgk muka dia bangga lepas tu. Hihi.

...takpe, in time will improve kan, sayang mama. Kecik lagi skrg ni. adat result serupa apa kan. Hehe







Memantau Hafazan dan Iqra Mikail




Memandangkan minggu depan nanti (9 - 22 Mei), Mikail akan ada ujian hafazan dan iqra untuk pertengahan tahun... kena luangkan masa setiap pagi, petang dan malam untuk memperdengarkan bacaan hafazan Mikail. 




...ada 12 surah dia perlu hafal (yang tertanda hijau tu). So far semua dah Mikail hafal. Cuma tu lah, budak² ni kalau di rumah and emak bapak yg pantau... main² je dia baca. Mcm mikail ni, surah yg dia suka je dia nak perdengarkan kat weols.

...ikut mood dia je. Geram taw. 



Di rumah asyik nak mainnnnnn je kerja dia. Punya lah liat nak suruh dia baca surah hafazan dia pada waktu pagi dan petang... huhu. Time malam masa nak tidurkan dia, nak dia baca. Macam mulut murai je dia bacakan. Hahaha.

...apa² pun, semalam kena demam panas dia :( Terpaksa ler dalam minggu ni dia tak dapat turun sekolah. Next week dah nak ujian dia. Haishh... terpaksa lah mama dia nie bekerja keras improve bacaan dan iqra dia nanti.

Semoga berjaya di dunia dan akhirat, duhai anak tersayang ♥ Im proud of you