Showing posts with label Mira Nurfazira. Show all posts
Showing posts with label Mira Nurfazira. Show all posts

Ngedate di Mom's Laksa, Petanak


Mood nak makan di kedai hari ni. Sekali sekala ngedate keluar makan. Takde lah terperuk je kat office selama 9 jam. Sesekali nak gak tengok dunia luar. Haha. Ajak Miss Wong sekali pergi. Dia jadi tukang drive since Mira tak drive harini (dia jadi MEM arini...En Tunang dia yang hantarkan pergi kerja)...dan since Zie pun malas nak drive.

Aku kakak bah, sure ler akan harapkan adik² yang drive....uuuuweeee~ Lokasi lunch weols di Mom's Laksa, Petanak. Teringin sangat nak makan Mee Kolok Special dorang.




• Mee Kolok Special : RM8
• Laksa Sarawak (Biasa) : RM7

Tadaaaa! Sila menjamu mata ye...hihi. Mee Kolok Special, for me. Laksa Sarawak...utk Mira & Miss Wong. Sambal dorang dua² iols punya. Hihi. Takut pedas dorang dua tu. Laksa kalau kurang pedas...tak sedap, bagi Zie ler ye.

Lama Zie tak breakfast kat sini. Bulan Ogos ni, malas bebenor Zie nak bangun awal...almaklum ler, husband yang hantar Mikail pergi sekolah. Zie hanya hantar Mikayla je ke nursery. Irfan plak, stay kat rumah dengan nenek dia.



Air Sejuk : RM0.30

Air pulak, both of us (Zie & Mira) ordered air sejuk je. Mira jadi tukang ikuttttt je...budak tuuue, alahai. Hahaha. Reason order air sejuk...sebab nak ambil Redoxon ler noks. Nak cantik dan sihat katanya kan. Wajib di bawa ke mana². Bagi Mira sebiji.

Overall belanja makan tengah hari ni : RM8.30 je. Jimat Jimat. Hihi.



Sponsored Makan Tengah Hari ♥


Semalam lunch, fully sponsored by adikku Mira. Mood dia rajin bermasak bekalan untuk kakak dia ni haaa. Dia masakkan Rendang Ayam, Nasi Minyak dan Sambal Belacan . All my fav! ♥  Alkisahnya malam sebelum semalam, awal² dah dia pesan kat Zie, untuk bawa nasi sendiri. Dia bawa lauk extra utk Zie katanya.

....my bad, time tu orang dah tidur lena dah. Pagi² bangun, takde nya nak check hp dulu. Chaotic bah setiap pagi. So time on the way hantar Mikayla ke nursery, baruuuuu ler bukak Whatsapp. Terus.... alaaaaaa, baru baca!

Mira ada pesan kat husband Zie, suruh gtaw kat Zie bawa nasi. Husband plak... hmmmm terlupa gtaw.




Nasib pagi semalam, since Mira tengok Zie takde reply. Dia automatik bawa lebih nasi. Phewww...kalau tak, jadi orang putih je Zie. Makan ayam jer. Haha. Gambar kat atas ni, bukan gambar semalam...haha. Tempek je jadi hiasan. Gambar kat atas tu. time dia masakkan Ayam Masak Kicap + Sayur Campur.


Sedap taw masakkan si Mira ni. Tak dapat nak diet orang taw!... hihi





Amboiii, slim nah nampak Zie dalam ni. huhu.Kena pandai sorokkan lengan bila berselfie... baru dapat kelihatan slim. Haha! Lengan Zie yang sado tu lerrrr penyebab Zie kelihatan chubby. Alahaiii... Camne ek nak kecikkan lengan. Stress Zie dengan lengan Zie ni haa... berlemak sangat.

Rasanya masa sudah untuk start konsisten buat Plank. Oh ye, gambar ni takde kena mengena dengan sponsored lunch ye. Sesaja je nak letak gambar selfie fefeeling slim gittu. haha.





Kakji & Minot Versi Seri Teknik!




During working days.... dimana ada Zie Madini, disitulah ada Mira Nurfazira. Keakraban weols sampai my husband gelar weols Kakji & Minot (errr....rasanya hanya Sarawakians sahaja kot tahu & kenal siapa Kakji & Minot tu...hehe). Si Mira ni ler tempat Zie berkongsi rasa suka dan duka, Peneman setia zie sepanjang 9 jam bekerja (termasuk waktu rehat)

....tukang urut badan Zie pun iyer gak dia tu. Sedap koooo urutan dia, untung Farid! Haha.. Like always, setiap kali hari Isnin, lunch break memang masa weols keluar. Keluar untuk post Eskinol toner yang customers dah beli. 






Alhamdulillah, rezeki utk pengeposan minggu ni. Sepanjang bulan July 2019 ni, Zie hanya buat pengeposan 1x seminggu jer. Husband pergi OPS. Terpaksa limitkan pengeposan dari 2x seminggu jadi 1x seminggu je. Bermaksud setiap hari Sabtu, Zie akan pergi ambil all paid orders dengan supplier zie...

Sekarang Zie dah tak keep stock lagi sebab jualan dah kurang sikit dah. Biasalah berbisnis ni, ada kalanya untung beribu², ada kala nya berpuluh² je. Alhamdulillah. So siapa nak beli Eskinol toner Zie, sila INBOX zie dia Facebook Page Zie ↴


(click to view)