Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Business Trip Ke Serikin




Lama giler zie tak ke Serikin (buat pembaca blog yg tak tahu, Serikin ni adalah sebuah pasar kecil di antara sempadan Malaysia-Indonesia). Kali terakhir ke sini pun masa nak carikan kain pelikat untuk di buat door gift time akad nikah buat org yg berzikir pada tahun 2011...fuhh, lama giler kan tak ke sini.

Kali ni ke sini, untuk urusan niaga. Kan sekarang tengah viral mee instant Indomie Salted Egg. Wajib koooo zie jual gak....hihi. So if nak dapat harga murah, ke sempadan Malaysia-Indonesia ler jawap nya. Tp if di tolak dgn minyak kereta, takde lah murah sgt jadi coz 1 box...





Weols pergi time awal pagi. Pukul 8am gitu weols dah gerak gi Serikin. Sampai sana dalam pukul 10:30 gitu lah. Syukur cuaca mendung je. Tak panas + tak ramai gak orang masa tu. Orang memang tak ramai, tp 4-wheel drive - lori, takya citer lah. Ulang alik. Sampai hampir kena langgar emak zie. Nasib kena handbag dia je...sebab emak tak perasan ada kereta, laluan sempit...emak memang dah jalan dah kat tepi, kereta tu yg menyelit di laluan pejalan kaki.

Tahu jalan sesak dengan orang, kau bawa pelan² la. Ni tak...main tekan² minyak. Dah tu tak reti nak stop dan turunkan cermin, say sorry. Jalan terus. Kurang ajar!





Selepas dapat apa yg di hajati, singgah makan kejap kat warung di situ sebelum balik. Owner warung ni...alahai, jenis yg tak mesra alam dengan customers. Weols lama dah duduk situ, takde pun pekerja di attend weols, so panggil ler dia since dia nearby (tahu lah bos, since ko nearby... org panggil ko la)... gtaw weols nak order.

...boleh siap dia sindir n jeling? Alahai...terlampau. This will be the first n last Zie akan makan kat sini. Sedap pun tak guna if layanan gitu. Bukan weols je yg kena, customer 1 family yg sama kes mcm weols... pun kena gak dengan dia. Sampai bertekak dorang. Kalau lah arwah ayah zie still ada, if kena ginie.... terus blah dia dari warung tu. 

Kena ingat, tanpa customers... business takkan ada. So jgn layan customers gitu.




Tadaaaa!!! Inilah mee instant yg super viral tu. Mula² zie beli 1 box dulu (time belum ke Serikin), kirim dengan adik ipar. Tak sampai 1 jam zie post, SOLD OUT 1 whole box tu (dalam ada 20 pcs)....fuhhh! Tu yg sendiri ke Serikin. Senang sikit nak buat sesi tawar menawar.

Zie beli 3 box. Belum lagi sampai rumah, dah sold out 2 boxes. Hahaha... giler ah! Now tinggal 5 bungkus je lagi. Tapi lepas ni rasanya tak lagi kot ke sana utk urusan restocking. Sebab ramai dah sellers main harga,. Jual lagi murah. Kalau mark down harga ikut cam harga yg di jual paling murah tu, rasanya cam tak berbaloi je. Sebab minyak kereta ulang alik dah RM50....harus titik beratkan kos pengangkutan gak.

Sebab tu zie tak suka if ada kuman² dok questioning, Mahalnyaaaaa kau jual. If kat Serikin or Tebedu... hanya bla bla bla je harga tau. HELLO! Kau ingat ke sana pakai pintu Doreamon ea? Akal mana akal? Haishhh....




Kuasa Viral - Tsunami Terima Order Eskinol Toner




Last week Pre-Order untuk Eskinol dalam sejarah terima order sebanyak 26 botol. Ada 14 bungkusan kesemuanya. Hairan plak zie, kenapa tetiba macam terkena Tsunami Orders je. Start petang Khamis sampai lah hari Ahad... non stop orang bertanyakan tetang Eskinol.Ada yang terus beli, tapi kebanyakkan bertanya je lah.

...in where i don't mind at all. Layan customers sama rata, tak kisah dia beli atau tak ^_^




Packing batch 1. Ada 11 botol kesemuanya. Bila pink pocket bubble wrap tu dah habis. Time tu la terasa bertapa letihanya nak balut manually guna bubble wrap sebotol demi sebotol. Hahaha. Tak dapat nak balut cincai. Kena rajin dan takyah nak lokek sangat dgn bubble wrap.

...Kena balut bagus², baru selamat sampai ke tangan customers.




Ni plak packing Batch 2. Ada 16 botol ke semuanya. Order di terima pada hari Jumaat - Sabtu sahaja. Memang dok hairan, kenapalah mendadak sangat orang order serentak ni. Terus terdetik dalam hati, ada orang viralkan Eskinol ke???

Then zie up ler status di FB tentang kemusykilan zie tu...




Tak lama lepas tu, adalah kawan FB zie tag zie this viral post. Time tu 4.5K shared her post okay! No wonder lerrrrrr order masuk macam apa. Hehehehe. Syukur alhamdulillah. Rezeki tak di duga dari Allah swt. Kalau hari² masok orang sebanyak ni....perghhhh! Hihi




Hari Isnin, si budak demam ni teman mama dia gi post eskinol customers. Kebetulan plak zie ambil sick leave. Disebabkan dah janji nak post orders hari isnin tu... kena tunaikan janji. Gigih gak kooo zie gi post, then balik dari poslaju... terus gi klinik weols dua beranak.

Si Mikail tu, dengar je keluar jalan. Dari demam, terus jadi sihat dia...huhu. Oh ya, siapa nak order Eskinol toner ni, jangan segan² Inbox zie di FB page zie ye --> FB Inbox - To Order. Harga semua ada dalam FB page tu... Xoxo