Showing posts with label Viva City Shopping Mall. Show all posts
Showing posts with label Viva City Shopping Mall. Show all posts

Holiday with Aja - Part 2 (Day 1) : Pak Amit Cafe 3 dan Pandora




Pagi pagi lagi sebelum weols gerak jalan jalan di Kuching, isi tenaga dulu. Bawa dorg makan Laksa Sarawak dan Mee Kolok di Pak Amit Cafe 3. Nie adalah branch ke-3 Pak Amit Cafe located di new shophouses di bulatan Matang.

..tempat favorite zie when its come to Laksa Sarawak ni. Kuah dia sangat umppph! Terbaik. Pak Amit ni bapak kepada ex-collegue husband time di Sri Aman. What a small world kan. hehe




Aja try Laksa Sarawak dan Mee Kolok serentak...hehe. Boleh tahan gak appetite Aja ni taw. Kagum. Kalah aku...hehe. Tapi ye la kan... kalau datang kat negeri orang but tak merasa makanan dorg.... rugi weh. 

....harus simpan byk ruang perut utk merasa semua... kalau boleh lah. Hehe




Once dah kenyang perut melaksa dan menkolok, plan nak pergi ke Bako National Park. Tapi tempat tu still tutup for renovation ler plak...huhu. Then nak gi Semengoh Wild Life.... pun tak jadi sebab hari hujan. Huhu

...payah koo nak jalan jalan bila cuaca kat Kuching ni asyik hujan je. Some place flooded taw. So end up... weols ke Viva City je. Hehe






Bila Aja terserempak dgn butik Pandora... apa lagi, merembat pandora lock ler dia koo uols. Siap apply for membership terus. hihi. Fenomena kan Pandora ni. Nasib lerrr Zie tak terjebak dengan Pandora.

...kalau tak... nangis kooo ngeluar duit utk kumpul charms. Hahaha




Aja sibuk shopping Pandora... aku plak sibuk selfie depan human size mirror. Hahaha.





Tarik Aja sama sama selfie depan mirror sementara sales boy prepare kan Pandora yg Aja rembat.




Tadaaa! Aja with her Pandora shopping bag. Hihi. RM130 kalau tak silap harga lock yg dia beli tu. Pergghhhhhhh....!!! Nasib baik mak tak terjebak ko noks...hahaha.





Melegakan tekak dan merehatkan kaki sekejap. Lenguh kaki tawaf Viva City ni taw. Viva City ni ibarat Pavilion di KL nun haaa. Besau nah. Kalau Zie sorg sorg jalan kat sini, kompom sesat belah mana aku park keta...hahaha

....sedangkan di UTC lagi Zie kesesatkan. Menggelupur cari keta. Inikan plak di tempat besar mcm Viva City ni...huhu. Oh ye... entry Holiday With Aja bersambung esok ye... Adios amigo :*





Shopping Barang Anak


Huhuhu...payah nah koooo nak ajak Mikail ni bergamba. Ada adaaaaaa je benda alah yg dia nak tengok. Tengok kamera boleh tak kau, Mikail :( Throwback entry ni kes sebelum Zie kehilangan wallet (klik utk baca entry berkait)...

...nasib kooo before pergi birthday party di rumah mentua, weols dah shopping seakan. Kalau tak.... huhu. Malas dah nak kenangkan. If kenangkan...for sure automatik akan terkenang kat denda buat I/C yg sgt berapi gila :(





Budak yg tak sudah sudah dengan Hot Wheels dia... huhu. Nasib koooo Hot Wheels tu ada yg murah like RM8.90 je sebijik... kalau takde, menjawap koooo pokai mak bapak dia tiap kali keluar jalan. hehehe






Selipar utk dia pergi ke tadika dia masa nak pergi tandas, mandi dan pergi sembahyang. Baru sama dengan bag sekolah dia Disney Cars gak. hehehe





Beli beberapa helai baju dan seluar untuk dia. Lama tak shopping barang mikail...i mean shopping secara live lah. Hehehe. Selalunya aku shopping di online je. Hahahaha. Tp payah arrr bawa mikail pi shopping... part nak try pakaian tu lah lemau aku! Kuat drama budak tu. Nak barang tapi tak nak try.


....mcm selipar tu kan, gara gara dia tak nak buka kasut... kira beli main agak agak je. Alih alih... kecik sikit koooo size tu. Terkeluar sikit tumit dia dari selipas. Huhu. Redha je aku. Kena lagi dgn papa dia pun 2x5... menurut je drama dia.

Kan dah hujung bulan ni kena pi beli lagi. Alahaiii....




Viva City Shopping Mall dan Nando's




Few weeks rasanya, kalau tak silap lah... Viva City shopping mall ni di buka. Baru hari sabtu lepas weols 3 beranak pijak. Masih dalam kategori payah nak cari parking...huhu. The biggest shopping mall in Kuching nie (correct me sekiranya kamek salah ok, warga kuching). 

Heaven shopping kat sini coz macam macam hado. Yg bestnya, Charles & Keith butik akan di buka lagi. Yippie! Hopefully kali ni tak akan tutup lah ea. Payah kooo nak beli high heels yg stylo mylo :P





Actually niat ke Viva City sebab nak makan malam di Nando's. Sampai sesat koooo carik Nando's di Viva City ni. Siap whatsapp abang su tanyak katner Nando's coz tak larat dah jalan pusing pusing cari tak jumpa jumpa.


....bila dah jumpa. Alahaiiii.... kecewanya koooo akuuu. Panjang giler baris. Gambar yg Zie snap tu, suku je dari barisan sebenar. Tak kuasa kooo weols nak berbaris dan bertunggu macam pak n mak pacak...

So makan kat tempat makan yg lain je lah. Huhu





Weols makan malam di Chicago 7 je. Consider fast food mcm KFC Mcdonnal bagai tu lah. 




Combo set apa entah ni. Lupa :D Ni husband dan Mikail punya. Dorg kongsi berdua.




Ni plak spaghetti apa entah nama. Pun lupa gak ^_^ Sedap weh... dah lah murah. RM9 jer utk spaghetti... terbaik lah. Ailikee!






Lepas makan uols terus balik rumah, Budak botak ni keletihan sampai tertido tido dia. Kesian anak mama...