Pap Smear??? Ianya Tak Seteruk Yang Kamu Sangkakan ^_-



 
**Gambar pap smear..scary, kan?**




Assalammualaikum dan Pagi uols yg comel dan hensem semua ^_- Entry pagi ni utk perempuan sahaja ea. Guys, boleh baca gak and lepas tu, appreciate ur wife more ea :)  Hari jumaat lepas, time entry zie gtaw zie nyer pap smear's appointment...

...ada rakan blogger tanya, adakah ianya hanya utk perempuan yg lepas bersalin. jawapan adalah TIDAK :) 






So buat Ainaa Roseberry dan Rosmiza Ali, nope dear. Ianya bukan hanya utk org yg lepas bersalin je ea. Buat ianya utk semua perempuan yg sudah dan pernah membuat hubungan suami isteri atau dlm kata lain, sex ^_-

Ainaa belum lg kawin lg kan, so info ni utk kemudian hari nanti ek. hehe. Dan buat Rosmiza plak, mieza dah kawen kan. Wajib ko yunk buat pap smear setahun sekali w/pun belum beranak. Sebab kita perempuan ni...kena check rahim kita once dah buat hubungan suami isteri :



Pap smear test kit :)




Dan benda yg macam mulut itik ni, it to be insert kat dlm tue **u know, i know la ek** Benda iniiiiiiii lah yg zie fobiakan. Sebab time nk beranak dulu, time zie leaking...dorg check pintu rahim guna ni. Perhhhh! sakit gilos. Tu time nk beranak...

..but time semalam tu, well...sejujurnya zie katakan, tak lah sakit mane pun. Hanya rasa kurang selesa je. Sakit memang langsung tidak lah. Tp itu pun if uols follow bebetul kata doktor. If doktor kata, relaxkan bdn n tarik nafas.

...just do it. Jgn plak ko keraskan bdn kau. Kang tak pepasal patah plak alat yg plastik tu.  Sejujur zie kata kan..lepas ni, setiap tahun akan jalani pap smear. Dah tak tahu lagi dah. It only take 5 minutes jer. Tak lama mana pun ^_-

So ladies, saya dah. Anda bila lagi??? Hehe












Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog WAWA
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








Zie MadinCopyright©

11 comments:

azzey said...

dh lama x buat pap smear..

Mizz Coki said...

hehe, thumbs up for zie. sbg kakitangan KKM w/pun bukan klinikal saya pun ingin berkongsi pengalaman. nama muncung itik tu adalah SPECULUM. sakit? errr.. tak selesa/senak perut masa doktor buat ni tp tak lah sampai setengah jam! tak sampai 5 minit pun, kangkang, swab dan siap! utk yang bermasalah disarankan untuk buat tiap2 tahun. bg rahim yg sihat memadai lah 2-3 tahun sekali. oh ya, kalau ada duit extra boleh pergi amik suntikan HPV utk mencegah kanser serviks. bebudak sekolah dpt free, kita kena bayar RM500 kalau tak silap.

IMA SALSUZAIMA said...

hihi.akhirnya kak. pap smear tak sakit. langsung tak.tp rasa segan je yg ada.haha

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt..

Huaaaa...creepy..hehe thanx zie for sharing this info

regards,
Unsmiley


oshinz said...

grrrr.... macam masih takut je. hehe.

Myra Jay said...

Tahniah yunk..
Myra je belum pernah buat.. hohoo

DILA said...

seram sejuk lak dibuatyer....
(tetiba teringat masa nak beranak dulu)

Kekzamanis said...

Owh, ye ke? Ingatkan orang yang dah pernah beranak je kena buat.. Huhu.. Tak tau plak utk semua yang dah berumahtangga.. Malunya aihh.. Kalau doc pompuan ok lagi.. Huhu~~

~♥dieyba_baby♥~ said...

mmg kne buat ke akak ?? ape lg benefit dia ey ?? x penah thu plak kne buat nie..

Unknown said...

KALAU BUAT DENGAN TENANG...

TAK SAKIT PUN :)...

Unknown said...

takut kak zi..anak da setahun lebih tapi belum buat pap smear pun.. ngeri..:(