Showing posts with label Online Shopping. Show all posts
Showing posts with label Online Shopping. Show all posts

|| Shoes Review || Kasut LED Pertama Irfan



First time beli kasut anak dari oversea a.k.a dari China. Hihi. Beli kasut LED....sebab nak tengok Irfan excited kasut dia kelip kelip. Warna merah tetap menjadi pujaan hati Zie walaupun sejak dah tua ni, jarang dah nak sarung baju merah. Suka sarung hitam je selalunya. Bukan apa....nak ilusi kurus gitu. 

Sekarang badan dan berisi...huhu. Stress! 







As expected. Kalau beli benda alah ginie ginie dari China, confirmmmmm lah ada adaaaaa je yang tak functioning. Nyampah. Huhu. Sebelah okay, berfungsi dengan jayanya. Sebelah lagi....pemalas! Tidur dia tak berkelip kelip. Hahahaha. Rasanya batteri mati dah kot.

Nanti la Zie beli battery baru. Tunggu ada duit banyak ke Mr DIY. Nama je kedai murah Mr DIY tu, tapi bersaka taw. Kalau uols pasang niat nak beli Battery macam Zie ni, dari budget just RM3-RM5 jer kan...terus jadi RM100 keatas. Benci nah.

Sebab tu ler kena tunggu ada duit lebih banyakkkkkk baru nak pijak kedai bela saka tu. Hahahaha.  




Tengok...excited giler dia pakai walaupun hanya sebelah je berkelip kelip... hehe.





Muka Cina tapi Melayu...inilah Borneo! Hehehehe. Anak Zie sorang ni je gitu...lain dari yang lain. Sebab dia ikut mata sepet bulat bapak dia. Kulit, dia gak yang paling putih. Rambut plak, blonde. Take after his late Grandpa. 

Dia ni gak ler satu²nya berlesing pipit. Abang & adik dia berlesung dagu macam Zie. Abang & Adik dia ikut mata Zie, besar. Dia je yang lain dari yang lain. Perangai pun lain dari yang lain gak. Hahaha. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang pandai...InshaAllah ♥


Pertama Kali Online Shopping di GoShop!



Masa public holiday hari ganti cuti Hari Raya Haji the other day... Emak Zie kan minat dia pi tengok show Go Shop. Cuma kali ni bukan Live showing ler. Siaran ulangan. Biasalah Astro, bukan astro namanya kalau bukan ulangan...hehe. So emak mengiyau ler nak beli Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid dia tengok tu.

...untuk dia asahkan lagi tajwid, bacaan dia katanya. Disamping tu senang untuk jadikan rujukan masa dia mengajar budak²/makcik² mengaji. Demi mu emak... orang install ler GoShop App.





Done! Free shipping you you. Di Shopee ada gak sebenarnya benda alah ni. Tapi takde free shipping. Jadi mahal. So stay beli di GoShop je lah. Tambahkan 1 lagi pengalaman membeli benda alah di app online shopping terbaru.

Time pembayaran tu, baru ler perasan yang Go Shop ni under Astro. Sebab guna FPX Astro. So senang ler part pembayaran dia sebab Zie familiar. Setiap bulan guna system pembayaran tu untuk bayar bill Astro. Hihi. FYI, app GoShop ni friendly user ye...mudah difahami.





Pembelian pada hari Isnin (public holiday, so not counted), Pengeposan di buat keesokkan harinya (Selasa), barang sampai pada hari Khamis, sebelah petang. 2 hari je penantian. Fast delivery! GoShop guna khidmat GDex courier service, FYI. 




Di terima dalam keadaan PERFECT!



3 buku ni, Free Gift dia. 





Tadaaa... ni lah dia Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid yang diidam²kan oleh emak. Happy koooo time Zie pass kat dia benda alah ni. InshaAllah, birthday dia nanti Zie nak hadiahkan Telekung Siti Khadijah plak kat dia. Nak carik telekung yang jenis berpoket dan berzip. Telekung jenis gitu yang dia tengah carik.

Harap² Telekung Siti Khadijah nanti akan jenis yang dia nak sangat tu....Xoxo



|| Product Review || Zalora Halter Neck Peplum




disebabkan Zie sangat² suka dengan kualiti dan cutting Zalora Halter Neck Peplum, Zie repeat order lagi. Kalau hari tue Zie beli kaler Burgandy (boleh Klik SINI untuk baca balik entry)... kali ni Zie repeat order kaler Mustard plak... niatnya lah. Hihi. Suka dengan warna Mustard. Bak kata Mira (my office BFF), warna kuning ni menyerlahkan lagi warna kulit Zie...nampak semakin putih gittew katanya. 

Wahhh...mengampu nampak kau Mira. Haha




Kali ni price dia RM20.90, takde extra diskaun. Memandangkan hanya beli sehelai ni jer, so terpaksa ler pejam mata bayar postage RM10. Oh...Zie sangat sangat berkira part postage taw. Sebolehnya beli sampai minimum order yang kau akan entitle free postage tu. Sadly...takde lagi baju yang murah² yang Zie berkenan.

...so bayar je lah postage fee tu. Sekali sekala....huhu. Jadi dengan ini, Kiranya harga RM30.90 ler ye including postage...hihi.





Once received....alahaiiii, warna not as per expected. Kan Zie expect dia akan warna Mustard. Rupanya dia warna Chartreuse a.k.a warna Kuning Taik! Hahaha. But still nice ler...cuma Zie takde shawl yang sedondon dengan warna. Nanti ler carik shawl warna Chartreuse ni. Memandangkan baju ni jenis seksi; sleeveless.... wajib ler pakai jacket/blazer..


Bila dah pakai jacket/blazer warna hitam.... takkan ler kau nak pakai tudung hitam gak kan. Kang tak menyerlah baju tu nanti. Tenggelam dek warna hitam. Tu yang mesti pakai shawl sedondon warna. Baru look smart....aaaagittew!.




Black and Chartreuse combination colour...ailike! Zie suka pakai baju peplum. Sebab dia bagi Zie kelihatan slim and ada curve...haaa gittewww. Dalam gambar nampak cam warna Mustard dan sedondon je dengan shawl tu kan. Hakikatnya.... tak sedondon walaupun tergolong dalam keluarga Kuning! hihi


Full start untuk baju ni. Siapa antara uols yg nak gak beli baju ni, boleh click link dibawah nanti ye... sementara harga still on sale harga tu.




Happy Shopping! XOXO



|| Clothing Review || Zalora Neck Peplum Top




Sampai sudah baju² yang Zie beli time Zalora buat Fashion Fever Week that day ♥ Yang di tunggu² ni. Tak sabar sebab semua baju dah tak muat dah...huhu. Kekurangan dah saya baju buat gi kerja....hmmmm. Nasib lerrrr Zalora semacam memahami je.

Happy! Super fast delivery! Delivery dari Zalora memang tak pernah mengecewakan. Hari beli, esok sampai dah. Pantas!



Inilah dia 3 baju tue (Klik SINI untuk baca entry semula). Semua jenis Peplum ye, FYI. Why? Sebab cutting peplum ni akan bagi illusion macam kau tu slim, solid gittew. Cewah! Walaupun pada hakikatnya engkau debab! Haha. 

Takpe, at least tertutup ler perut yang berlemak² ni. Jom baca review Zie as Zalora brand's consumer.

↓↓
↓↓
↓↓
↓↓
↓↓

Zalora Basic Halter Neck Peplum Top


My style in wearing ♥ Siapa kata kita perempuan bertudung tak dapat beli baju seksi? Dapat jer....janji guna jacket/blazer. Terus WOW hasilnya. Kena pandai mix & match ♥  Zie beli Size L. Oh ye, baju ni memang brand Zalora itself ye. Rupanya untuk brand Zalora ni, Zie kena beli 1 size bigger dari size yang Zie pakai.

Fit me perfectly sebab dia tak berlengan maaa. Andaikan this is sleeve top, sure tak muat sebab kain dia bukan jenis stretchable, sure akan sangkut kat part lengan ku yang sado ala bodybuilder...huhu.. Kain dia berjenis Polyester (ala² jenis chiffon gitu la), ailike! Smart!

Suka dengan cutting bahagia depan dia. Kemas dan selesa. Sesuai utk formal & casual pada Zie. Buat uols yang tak bertudung, if pakai peplum top ni, make sure pakai bra yang tali dia uols boleh buat silang X. Tu kalau nak bertali....so that tak nampak tali bra kalau buat silang X tu. Baru kemas. Sebab baju ni jenis halter kan. Kena pakai gitu. Pada Zie lah ye.

Andaikata tak nak bertali, pakai bra jenis half cup sahaja. Haaaa...hanya gegurl je tahu apa yg Zie maksudkan. Boboi, namo masuk campur ye....hihi. Overall, i love this halter neck peplum top! So much! Nak repeat beli warna mustard nanti ♥

Oh ye, belt dia pun lawa. Simple je. 



Zalora Basic Square Neck Peplum Top
Color : Mustard




Yang ni plak Zalora Basic Square Neck Peplum Top. Zie beli 2 warna, Mustard & Burgundy.  Warna, cantik! As expected. Size dia plak, macam yang Halter Peplum tu jugak....kena beli 1 size bigger. Which is XL (since Zie pakai size L).... baru ler tak ketat sangat bahagian lengan & dada tu. Takpe... motivasi untuk Zie kuruskan badan. Haha!

Length Peplum tu plak....hmmm, pendekkkkkk. Tak menutupi sangat bahagian bawah depan tue (err...paham kan maksudnya?)...untuk badan Zie lah ye. Kot kot badan uols okay jer. So untuk Zie, a big NO NO NO untuk Zie berseluar pakai. Tak suka bahagian tu tak tertutup. 

Jadi Zie matchingkan dengan mermaid skirt. Problem solve! Hehe. Terus jadi mini kurung peplum dia ♥ Okay uols, that's review for today ye. FYI, this is unpaid review ye. Suka je Zie nak buat review so that uols yang nak beli tu boleh jadikan rujukkan ^_-

Happy Shopping! Xoxo




Zalora Fashion Fever Week




iols terjebakkkkkkkk!!!! Saat ² ini lah Zie tunggu². Zalora buat crazy sales for all items sampai 45%...kadang² sampai 50% tau uols. Wajib koooo Zie grab peluang keemasan ni. 6 hours only tu! If lepas 6 jam...don't worry esok still ada lagi. Cuma uols perlu rajin² ler intai website/app Zalora.

Bagi Zie sangat² murah bila Zalora buat crazy deal camni. Bayangkan, harga memang dah discounted, Zalora bagi lagi 45% off....makin ler WOW! I like ♥





Settled dah merembat. See... Zie hanya perlu bayar RM57.85 jer. Nak tahu Zie rembat apa? Scroll bawah noks ↴

↴
↴
↴
↴
↴
↴


Tadaaaa! 3 baju yang quality sangat tip top (original price untuk sehelai tu RM65. Seller dah bagi diskaun brapa percent entah, jadi ler RM29 tu. Then RM29 tu, uols - 45%... meaning RM15.95 jer sehelai....murah giler kan!)....

...sebab tu zie suka shopping di Zalora. Murah sangat dari kedai. Quality pun bagus apa. 




Oh ye, di sepanjang Fashion Fever Week ni, ada permainan ala ala Wheel of Fortune ni taw. Lepas uols dah place order dan buat pembayaran, baru dapat buat Spin & Win ni. So Jom tengok apa yang Zie dapat. Zie aimed RM100 Off tu taw. Hahahaha!

↴
↴
↴
↴
↴
↴


20% Diskaun voucher je Zie dapat noks. Hahaha. Di sebabkan Zie takde plan nak shopping di Zalora lagi, Haaaa...Zie bagi 20% Diskaun Voucher code ni kat uols pembaca Zie. Only 1 reader yang bertuah dan cepat je akan dapat. Andaikata if uols apply voucher code ni and tak dapat guna, bermaksud dah orang lain pakei ler tu.


....siap cepat, dia dapat ler ye, uols. ♥U!




Nak Beraya ke Nak Akad Nikah?


Actually last month dah baju raya zie ni sampai. Like always, setiap tahu baju raya zie sure zie beli dari Zalora je. Malas Zie nk survey dari kedai ke kedai dengan keadaan kita tengah berpuasa lagi. Tu yg setiap tahun, Zie akan beli baju raya via online je dan semestinya di Zalora. Sebab, 1st... Free Shipping. 2nd... if tak muat, kau still boleh return and exchange size dan postage 100% di tanggung pihak Zalora.

Kali ni pertama kali zie curang dengan Brand Zalia. hihi. Setiap tahun Zalia je lah brand baju raya iols. Tapi kali ni, baju raya brand Zalia....aduhaiii, tak berapa lawa di mata zie. Tu yg try brand Lubna™ ni. Kot kot best kan.
 




Sampai je, wahhhhhh...teruja giler Zie kooo. Lawa yg teramat amattttt lah sayang. Dah macam baju untuk Akad Nikah je gamaknya. HAHA. Lace dia memang PERFECT! Love it so much. Tapi....haaa ada tapinyaaa. Huhu.

Kain dia, alahaii...awat nipis. Nampak "bayang²" tau. Terpaksa lerrrr carik inner dress lepas ni nanti. Huhuhu.




Tadaaaa!!! Ini lah dia my baju Raya saya yg ke-2. Warna putih suci murni. Tapi akan berhandbag Hitam, heels hitam dan tudung hitam. Takde lah nampak sangat cam orang nak pi nikah. HAHA. Kebaya Moden ni. Suka sangat². Kalau make comparation between Zalia dan Lubna™.... Zalia still di hati. Sebab kualiti kain dia tak nipis, tak nampak bayang² bagai.

Lubna™ ni plak, kain nipis (maybe utk design kebaya ni je kot nipis. design lagi not sure arrr. jgn kata aku kondem Lubna plak. This is my review okay, review khas utk baju ni) tapi design dia.... fuhhhh! memang lawa giler. Nipis takpe , dapat pakai inner. Janji design dia macam anak dara iols pakai...eh! Haha




Selipar Jepun Roxy ♥





Pssttt psstt... skrg Zie dah start jual selipar brand Roxy. 100% original ni ye uols. Kalau original, Zie memang stated original. Kalau inspired, zie memang akan stated inspired. Tak nak makan duit haram dgn menipu dalam perniagaan. hehe.

...Ni Zie ambil sendiri dari supplier Quicksilver. Buat masa ni, zie hanya mampu ambil 1 size je stock. Which is hanya ada size 36 (a.k.a Size 5). Belum ada cukup budget nak ambil byk size. Hihi. So sesiapa yg kaki kecik tu, untung ler dapat beli Original Roxy slipper dari Zie. Cost zie jual murah je dari harga di butik Quicksilver di Kuching ni.

Ambil untung sikit je uols. So far ada 3 design. Boleh skodeng di bawah. 

Roxy Tahiti V Thong Slippers

Roxy Mimosa V Slippers

Roxy Tahiti V Basic Slippers

Haaa....3 ni je dulu design Zie stock up.Hanya utk Size 36 je. Insha Allah, if sambutan okay... baru akan restock banyak sikit. 100% original ye uols. No worries. Bukan fake or imitation ^_^

Harga : RM49/pair (tak termasuk Poslaju)

Psssttt...if uols nak free postage, kenalah beli melalui Shopee. Sebab di sepanjang bulan Ogos ni, pihak Shopee yg akan tanggung postage fee uols. So, pe tunggu lagi.... cepat rembat Selipar jepun ni di Online Store Zie di Shopee. 


Kena download App Shopee di mobile uols dulu ye. Baru dapat purchase coz Shopee ni Mobile Online Shopping...hehe. Happy Shopping! Xoxo





Zie Madini Store di Shopee Mobile Shopping Sudah




Yuuuhuuu.... Zie Madini Store sekarang sudah available di Shopee Malaysia ye. Sila download Shopee app di mobile phone uols ye. Sebab pembelian via Shopee semua melalui mobile phone. Hehe. Sekarang ni setiap pembelian bernila RM20 ke atas, akan dapat Free Postage ye uols.

...via Shopee je lah ea. Sebab Shopee baik hati utk tanggung postage fee. Minimum RM20 ye. Uols plak di nasihatkan utk buat 1 pembelian dalam satu masa ea. Kan free postage.... no worry lah if uols sampai ada 6 packages sampai nanti. hehe




Semua items yg Zie jual memang kebanyakkan bernilai RM20 ke atas, KECUALI eskinol product yg tanpa antibiotik. So mana² uols nak cuba pakai Eskinol Cleanser, boleh lah try beli Eskinol cleanser yg zie jual di Shopee ye...

...Free shipping via Shopee hanya valid until 31.8.2016 saja. Masuk je 1.9.2016, bermula dah uols bayar standard postage rate RM6 utk West Malaysia dan RM9 untuk Sabah dan Sarawak. Melainkan product Eskinol lah... yg tu ada lain sikit postage fee dia sebab direct pos by zie sendiri dari Kuching, Sarawak ^_^

So uols... feel free to check out my store at Shopee app ♥

 www.shopee.com.my/redbloodsnow


Place Order Cepat²... Last Free Shipping Kooo


Hehehe...setiap hari, confirm ada satu parcel sampai ke tangan zie. Rasanya jemu dah kot abang poslaju nengok muka zie ni. Asyik² nyoping online je kerja. hahaaha. Gaji tadi, zie place order tahap over kooo di mobile online shopping Shopee. 

...Sebab sampai bulan ni je di Shopee offer kita Free Shipping promotion. Harus kooo rebut² place order. Masuk 1st of August nanti, jad budak baik. Tak dapat nak hari² online shopping coz berkira part nak bayar postage. haha

Di Shopee ni... memandangkan items sell by different sellers, if kau beli let say lah 3 items dari 3 sellers... bermakna kau akan byr postage sebanyak 3x. Sebab seller yg akan direct pos...bukan pihak Shopee. 




Day before yesterday, received handphone case for iPhone 6s buat husband zie. Baik hati nah seller handphone case ni taw. Banyak plak tu dia bagi free gift. Walhal harga handphone case yg zie beli tu baru je RM5 (sebab dia buat promosi...normal harga RM10. still consider murah berbanding di kedai..hehe).

...as a customer, happy ya amat! hahaha




Semalam plak, sampai Tobot X buat Mikail. Happy je dia bila zie balik kerja dapat kereta robot baru. Kat shopee, seller hanya jual RM10 je taw. Yg hari tu Zie beli Tobot Y (klik utk lihat) di kedai kat Kuching ni, RM17.90 kooo harga dia.

....di shopee, RM10 je. Seee...pilihan bijak tak? hehehe. Jauh lebih murah. wajib membeli di Shopee...hikss





Haha....banyak tak? Semua ni zie sedang tunggu utk sampai. Tak sabarnyaaaa. Tgk harga² yg tertera tu... murah² je kan if compare dgn price di kedai². Siapa tak rambang mata...hehe. Baru je tadi zie menambahkan lagi 1 order. Beli Pineng charging cable. 

So...all together parcels yg zie tunggu, ada 6 parcels. Yayyy! Tak sabar nak dapat semua. Di zalora, nyopping selipar Roxy plak. Hahaha. Berhantu nah zie online shopping skrg :P Takpe...duit sendiri. Tu yg bestnya sendiri cari duit ^_^





Organik Chia Seeds + iPhone 6s Plus Casing



Puas mencari di Kuching... Errr...jumpa memang jumpa. Tp bapak giler mahal weh. Yg sebijik dgn packing n brand ni, hanya ada di jual yg size besar je.Lupa plak brapa grams or kilo. Yang ingat hanya harganya je...hehe. RM80++

...kau tahu aku lah kan uols. If mahal² gitu, ibarat kau makan duit. So tak kuasa nak beli. But that day, since blogger Ardini Humaira kenalkan Zie dgn shopping mobile apps Shopee, jumpa benda alah ni. Happy weh. Murah plak tu...




Sebelum raya dah sampai sebenar. Hihi. Mlm ni placed order, esok dorg proceed order and pos... lusa terus sampai. Bapak giler laju weh. Thumbs up kat seller Chia Seeds ni. Laju service dia.




Ginie ler rupa Chia Seeds tu. Sangat bagus kebaikkan pengambilan Chia Seeds ni taw. Uols boleh google kebaikkan makan Chia Seeds ni ek. Oh ye, for sure uols nak tahu how much kan.. kann. Hehe.  Untuk Chia Seeds bungkus kecik ni in where kandungan seeds dia 168g + 34g (free), hanya cost me RM19.90 je.

...Since zie new customer, Shopee ada bagi RM10 voucher code with minimum order RM20, baru boleh guna diskaun code tu. So zie belikan iPhone casing untuk cukupkan kuata. hehe.


Inilah dia iPhone 6s Plus casing yg zie order tu. Zie beli jenis 360 full protection warna hitam. Mula² ingat kat belakang casing tu nak modified tempek bling²...alih² tak jadi. Tak lawo...hahaha. Sudahnya pakai mcm tu je. Legam pun legam ler. Janji simple...hihi

...so bila dah guna RM10 diskaun voucher tu, untuk Chia Seeds, Zie hanya bayar RM14.03 dan untuk iPhone casing tu, zie hanya bayar RM9.87 je. Murah kannnnnn. Suka! Hihi. Bukan online shoppaholic, di nasihatkan uols nyopping di Shopee apps...lalalala :P

Manager dan adik ipar boss Zie dah terjebak dah dgn Shopee gara² zie... haha! My bad ^_^






Baju Raya Tahun 2016



Setiap tahun tahun yg lepas. Setiap kali raya, kompom zie akan beli baju raya zie secara online. Sebab malas nah nak pi masuk kedai keluar kedai cari baju yg "bersinar² di mata" bila dipandang tergantung. Hahaha. Online shopping, kau just duduk je. Then click situ, click sini...done. 

...pastu tunggu je la shipment sampai at your door step. Addict seyyy dgn online shopping. Haha. Jom tengok apa yg zie rembat utk raya tahun ni. simple² je baju raya orang koooo noks.


::
::
::
::
::


Baju Raya pertama zie --> Zolace Classic Dress Muslimah. Di online store zie ada jual, under Pre-Order category (klik utk view) ^_^  Sangatttttt lah cantik kooo uols. Selalunya org akan letak lace di depan kan. Dorg letak di belakang. Sgt best taw. why? Coz zie kan pakai tudung menutupi dada. Panjang tudung zie sampai paras pinggang.

...so if ada corak² or batu² kat bahagian dada, tak wasted je. Hihi. Kan bergeliga otak dorg letak design di belakang. Baru tak wasted. Hihi.Tp tudung zie belah belakang tak ler gak sependek model pakai tu. still gak pjg di belakng. But at least can see the lace maa...lalala :P





Yang ni plak tema kedua untuk raya tahun ni lah. warna Grey. First tema warna Maroon ^_- Utk tema Grey... Zie hanya beli baju je. Kain, pakai je lah Zalia Sequin Mermaid Skirt (klik to view), tahun lepas nyer. Haha. Takyah nak membazir. Still elok lagi tu. 

...utk baju Zie beli Kimono Wrap ni je. Bersebab taw zie beli Kimono Wrap ni. Kan zie ni jenis yg tak akan beli baju raya yg berjenis terbatas kau nak pakai. Maksud... kau hanya akan dpt pakai masa raya, kenduri dan majlis² formal je. 

Oh sangatlah tak akan beli if hanya dpt dipakai time formal je. Zie lebih suka beli baju raya in where after raya, kau still dapat pakai utk pergi kerja, bersiar² dan sebagainya. Tu baru tak rugi beli ratus². Berbaloi. Takde lah almari yg dok pakai. hehehe

Setuju tak? Utk kimono wrap tu, tu...kau tgk. Dapat di pakai dgn jeans gak kan. Haaa baju raya kau dapat tak? Eh...over! Hahaha. Kidding :P Oh ye, inilah pertama kalinya zie beli dari seller di Instagram. Mula² risau gak takut kena tipu ke apa. kan byk je kes penipuan di Insta or Fb kan.


Syukur....pertama kali beli dari Instagram, jumpa dgn seller yg jujur ikhlas berniaga. Plus sgttt sgtttt friendly. Cepat plak tu reply. Hehe. Highly recomended utk uols nyopping online di --> Anzelscarf_bella Instagram (klik to view) ye.

Cepat reply, cepat pos barang. Thumbs up babe!



Apa²... menu berbuka puasa nanti, Black Pepper Lamb Chop. Hihi. Kite tau yg masak ni. Pandai tak kite? Cewahhh...hehehe. Menu western kegemaran weols laki bini. hiksss. Nak resepi? Nanti lah share resepi ye. still malas menaip. hahaha.

But if utk Blackpepper Mushroom resepi, ada je ni dah buat. Boleh klik link ini ye --> Resepi Lamb Shoulder with Black Pepper Mushroom Gravy ^_^ Selamat mencuba.