Showing posts with label Kem Polis PGA Field Force. Show all posts
Showing posts with label Kem Polis PGA Field Force. Show all posts

Melawat Rumah di Briged PGA Batu Kawa




Adat ler bila weekend or cuti umum.... ada ada je agenda kekeluargaan. Hehe. Time ginie je baru dapat luangkan masa sepenuhnya dengan family kooo uols. Kalau time kerja, balik kerja dah keletihan. Mana nak uruskan kerja rumah lagi...

...so, during weekend or public holiday lah consider a perfect gateway utk kau dgn keluarga kau :)




Since lama dah aku dan Mikail tak menjengah rumah weols di kem, rasanya nak masuk 3 bulan kot tak ke sini. Sebab sibuk uruskan nenek...kan tak sihat, kena lagi masok hospital. So memang takde masa aku nk menjengah rumah weols kat kem.

....hari sabtu minggu lepas (bukan sabtu ni tadi ea...), baru bertandang lagi ke sini シ



Selfie kejap. Hehehe. Suka aku dgn suasan di kem ni. Aman damai je... sunyiiii je rasa. Utk org yg jenis mcm Zie yg suka pada suasana kesunyian... kat kem ni mcm such a perfect place to stay シ Alangkah bestnya if hari hari duduk sini...

....aku ada alasan tersendiri why tak stay sini and still stay kat rumah emak. Tak perlu lah tanya ek... hehe.






Wefie dengan suami plak...hehe. Husband zie kan... alahai... di pi gunting rambut style gitu, terus jadi cam kebudak budakkan je figure dia. Haishhh. Idok sukaaaa... kang ada yg tetiba dok keluar statement "..ni adik dia ea"... huhh! selalu kena taw.

...kena kat kawan kawan emak arrr. Yg tak pernah jumpa weols. Huhu. Sodihhh...




Kali ni weols tak stay kat sini. Weols just singgah kejap je jengguk rumah sebab husband still dlm proses mengecat bilik. Rumah ni kalau tak di cat dalam dia... tak tahan kooo aku dgn bau, ermm... camne nak terangkan in BM ek. If dalam bahasa sarawak, dapat je aku terangkan bau camne tu Hahaha.


...org sarawak kata, bau bekum... hehe. Sorry, tak tahu in BM apa. Hihi. Once dah selesai cat, baru start lagi stay kat sini during weekend.




Mencuci Rumah di Kuarters




Huhu... ada berpindah rumah. Tak kisahlah pindah ke rumah baru atau rumah lama... kompom akan ada sesi cuci mencuci rumah. Hihi. Weols dapat kuarters yg bekas org tinggal. Terfikir gak weols, mcm mana lah penghuni lama tu boleh tinggal kat dalam keadaan rumah yg tak bersih.

...bahagian dapur paling teruk "berkarat" dinding tu. Huhu. Gotong royong kooo weols laki bini cuci. Zie tukang gosok dan lap. Husband plak final mopkan dinding kasi betul² bersih. Mana² bahagian yg tak tercapai dek Zie, husband yg sambung.




Tadaaaa!!! Bersih sudah dari segala kesan² kotoran. Boleh bukan iklan pembersihan ni. Gunalah Cream Cif! Bhahahaha :P Letih koooo...but seronok! :D Bila keadaan dinding dapur dah cantik, putih bersih... baru ler berselera sikit nak masak memasak. hihi

...moral buat kita, tak kisahlah kita duduk kat rumah sendiri ke, rumah sewa ke mahupun rumah kerajaan... harus rajin²kan lah diri tu bersih rumah. Pesekitaran nya bersih adalah "Cermin" diri kita. Dari situ org dapat nilai tahap kebersihan kita.

Buat yg duduk kuarters/rumah sewa,... jgn sekali² kita tanam dalam minda kita "ni bukan rumah aku, watpe aku jaga elok²"... jangan, okay. JANGAN! Tak baik gitu. Fikirkan org lain yg akan duduk selepas kita. Semaikan sifat tanggungjawap tu sikit.




Mengemas Rumah Yang Kami Dapat Di Kem Field Force


Weekend aritu, 1st time Zie pergi ikut husband kemas rumah yg weols dapat di Kem Polis PGA di Field Force, Batu Kawa. Excited! Hehe. Rumah di kem ni nanti akan weols jadikan rumah kedua. Weols still tinggal di rumah emak zie sebab tak sampai hati kooo nak tinggalkan dia sorg² dgn nenek.

...lagi pun dah jadi tanggungjawap dan amanah dari arwah ayah zie utk jaga emak. If arwah ayah tak amanahkan pun, Zie tetap akan jaga emak sebab zie sedar ianya adalah tugas zie sebagai anak. Inilah masa kita utk berjasa kepada ibu bapa.

Alhamdulillah... husband zie jenis yg understanding. Org lain nak mengata, mengumpat zie... silakan. Tak kisah. Janji husband okay dan izinkan. Itu yg lebih penting bagi zie sebagai sorg isteri. Betul tak uols?





Berbalik kepada rumah weols di kuaters polis ni, seee uols... warna dia totally mcm bukan kuaters polis kan. Lari dari warna tema putih biru. Heheh. I like! dah mcm apartment pulak dah. Hihi.




Sebelum angkut barang², kenalah cuci dulu. Sebab rumah yg weols dapat ni adalah rumah bekas org duduk. Keadaan dalam rumah ada sediki teruk sudah. Tapi if compare dgn rumah kosong yg lain... yg ini 10x ganda lagi okay. Hihi.

...takpe, syukur apa adanya. Insya'Allah ada rezeki lebih... weols akan baiki rumah ni. Mula² akan cat baru. Lepas tu pelan² tuka pintu plak. Sesetengah pintu ada yg sudah berlubang. Kena tendang agaknya kot. Huhu





Hehe...Zie and Mikail jadi supervisor je. Zie jd tukang snap...mikail jd tukang tengok tegar. Hahaha. Zie bukan tak nak tolong... baruuu je nak tolong, husband terus kata "tak payah lah syg tolong. Syg just duduk tengok je. Nanti saya dan Aspa je yg buat." Awww...... terasa dimanjakan sangat weh. Hahaha.

...husband siap suruh zie pakai face mask. Sebab dia tahu zie alergik dgn debu. Sayang gak dia kat aku ek.. ngehngehnegh :D Apa² pun... tak sabar nk mengubah suai rumah ni. Lepas ni Raya Open House dan Birthday Party Mikail next year... akan di buat di rumah ini :)

Ambik kawasan ruang tamu besa ^_^ Hikss... Oh ye, rumah ni ada 3 bilik tido, 2 bilik mandi & tandas, Ruang makan, Ruang dapur, Ruang laundry, rumah tamu dan verandah. Psstt, kalauuuuu lah rumah ni milik kekal weols kan besttttttt. Hihi.



Siap sudah di kemaskan. Husband dan family dia pelan² kemas. Akhirnya siap gak mengemas.. hihi. Excited! Nanti kat bahagian dinding pelan² weols cat bagi cantik dan kemas :) 

Sayangnyaaaa hanya menumpang di sini sampai umur husband 60 tahun, insya'Allah. Huhu.