Showing posts with label Follow Up Check Kesihatan Nenek. Show all posts
Showing posts with label Follow Up Check Kesihatan Nenek. Show all posts

Hari Yang Sangat Memenatkan


Semalam kena bawa Nenek pergi follow up kesihatan dia di Poliklinik. Pepaham je ler uols, once dah di Poliklinik ni, even kau datang macam mana sekali pun... tetap gak take you the whole morning waiting for your turn...hehe. Benda free maa... kena banyak² bersabar part menunggu, betul tak?... hihi

...sebelum ke Poliklinik, pi hantar Mikail ke sekolah dia dulu. Pastu cepat² pecut pi Poliklinik. Soooo chaotic pagi tu. Weols habis jam dah hampir tengah hari. Tak sempat Lunch pun Zie. Hantar Mak dan Nenek balik rumah dan Zie terus pecut gi kerja.




Since semalam hanya kerja half day je... banyak mana lah kerja yg dapat disiapkan dalam masa 4 jam tu kan. Terpaksa kooo Zie overtime utk siapkan Claim Reports utk boss bawa pergi Meeting di Bintulu keesokkan hari.

....sudahnya, jam 7pm baru on the way balik.Sampai je kat rumah, terus ke dapur. Masak utk family. See uols, mencabar tak jadi a working lady + suri rumah dalam masa yg sama. What to do, taraf hidup sekarang semakin mengila...hehe




Ingat nak masak simple je. Benda alah penting if kau nak buat Fettuccine Carbonara. Hihi. Pejam mata, dah siap. Husband pun suka makan.




Tadaaaa... my Fettuccine Mushroom Carbonara yg teramat lazat. Adeh! Mati arrr puji masakkan sendiri sedap wei. Hahaha. Feduliks.. blueksss. Jangan tengok dia macam pucattt je taw. Rasa dia... perghh. Nama pun dah carbonara, wajib kooo warna pucat lesu... hihi

Apa² pun, as a working lady + mom + wife... takde nya kau dapat rehat seawal 8pm. Main jam 10-11pm baru dapat rehat taw. Macam Zie, 11mlm gitu baru dapat rehat serehat²nya. Kadang² 12mlm. Pengorbanan kami bergelar perempuan

Takde nya balik rumah terus terbongkang rehat. Lumrah kehidupan. Oh ye, nanti Zie share resepi Fettuccine Mushroom Carbonara tu ye. 




Kerja Setengah Hari


Hari ni Zie ambil half day. Sebab sebelah petang ni Mak Nek ada appointment jumpa doktor. Sekarang ni syukur alhamdulillah... setiap 3 bulan, sekali Mak Nek jumpa doktor. Tak macam mula mula dulu.

...kalau time mula mula dulu. Setiap 2 minggu, sekali jumpa. Then reduce ke sebulan sekali. Now 3 bulan sekali. Syukur ...syukur. Tu tandanya Mak Nek dah semakin sihat. Walaupun kami berlainan agama (Mak Nek berbangsa iban dan beragama pagan), dia tetap nenek zie dan darah daging zie.

Akan tetap jaga dia sampai ke akhir hayat dia :* Semoga semakin sihat ye, Maknek sayang... 






Nenek Masuk Hospital :(



Sorry uols, semalam tak update blog. Kebizian Zie dgn nenek dan kerja. Siapa yg ada follow zie di FB, sure dah tahu yg nenek Zie admitted hospital pada hari jumaat lepas. Balik je Zie dari overtime, emak gtaw keadaan nenek semakin memburuk.

...semakin lemah n sepanjang hari di tak boleh bangun. Hanya terlantar baring je. Mana taknya uols, dah berminggu dia tak makan sgt. Minum air pun tak brapa nak sgt. Tu yg sebabkan bdn dia totally lemah..

Call ambulans, tak sampai 15 minit... sampai ambulans.



Kebetulan plak malam tu husband on night shift, terpaksa ler zie yg bawa kereta n follow ambulans and bawa Mikail sekali. Sebab takde sapa di rumah nanti if husband dah turun kerja. 1st time follow ambulans. Perghhh...laju ow.

...zie plak yg cuak. Sebab takut org tak nampak zie follow belakang walaupun dah bagi double signal. Huhu. Sudahnya zie tak follow.... huhu




Kesian nenek. Gara gara nenek takde selera makan selama 2 minggu, kurang minum air... satu lagi penyakit lain yg nenek kena. Nenek disahkan kena sakit buah pinggang :( Kesian nenek...pilu hati tengok. 2 penyakit dia hidap dalam masa yg sama dah :(

...semoga nenek cepat sembuh. Itu je yg weols semua harapkan... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.





Xray Ke-2 Nenek di Poliklinik



Hari Isnin lepas, Zie ambil cuti separuh hari (belah pagi) sebab nak bawa mak nek follow up kesihatan dia di Poliklinik. Disebabkan nenek kategori warga emas, so takde ambil nombor bagai. Masuk terus proceed check up.

Mula mula check kahak. Lepas tu baru ke bilik X-Ray. Weols di layan dgn baik :) Siapa kata klinik kerajaan tak bagus? Dilayan dgn baik taw.. thumbs up. Lepas siap semua, tunggu keputusan kahak plak.




Part nak tunggu keputusan tu makan masa sikit. Sampai kebosanan Mikail. Ajak balik koooo dia. Hahahaha. Sebab dorg tak gitaw brapa lama akan tunggu. Tapi zie ada terdengar dorg berborak sesama sendiri. Ambil masa sejam utk siap. 

And true enough... sejam beberapa minit lepas tu, result keluar dan jumpa doktor lepas tu. Bila doktor tgk keputusan Xray nenek, ada progress... tapi lambat katanya. So, terpaksalah dia extend another more 1 month utk nenek on medication.

Kalau sebelum ni 6 bulan je. But now, jadi 7 bulan. Dan nenek baru je nak masuk 3 bulan on medication. Still got a longggg way to go... phewww. 2minggu sekali ke klinik. Speedy recorvery, mak nek!







Chan Klinik -- Klinik ATAS



Sambungan dari entry --> Borneo Medical Centre : X-Ray Nenek (click to view), dari Borneo medical centre, weols terus ke Chan Clinic. Bila zie tengok jak sudah hampir jam 12 tgh hari, pe lagi... memcut dengan jayanya. Hehe.

...mula-mula zie hanya ambil cuti separuh hari. Memandangkan drag sampai ke tengah hari, takut rush sgt... so Zie whatsapp je Ms. Lu inform dia Zie ambik 1 day off je. Nasib dia tak banyak songeh. Huhuhu.




Dr. Chan sendang tengok X-Ray result nenek. Sangattt sanggat bad result nenek katanya. So Dr. Chan terangkan pada Zie kebarangkali nenek sdg menghidap 2 jenis penyakit. Sama ada T.B. atau pun cancer.

...Dr. Chan kata, harap harap T.B. sebab T.B dapat cure dan tak teruk sgt. Ambil masa 6 bulan on medication. If bukan T.B.... then weols terpaksa perform sekali lagi x ray, whole body, utk cari apa yg tak kena dgn kesihatan nenek.




Bila Dr. Chan habis periksa nenek, Dr. Chan cadangkan Zie bawa nenek ke Poliklinik, kat special kes bahagian. Klinik ATAS nama ringkas poliklinik yg khas utk pesakit T.B. Nenek kena perform kahak test.

...masa tu memang weols semua harap sgt dia kena T.B. dan bukan kena cancer. At least 6 months je kan. Kira cepat ler sikit sembuh dari cancer. Memandangkan habis dari Chan Clinic sudah lunch hour. So weols pernah makan dulu.






Habis makan, weols terus ke Klini ATAS. Sampai situ jam baru je pukul 1.30pm. Klinik buka at 2pm. Haa.. ni zie nak puji dn kakak yg bertugas kat Klinik ni. Sangat peramah dan helpful u know. Hehe.

...sepatutnya masih time rehat dia... but still dia layan weols dgn senyuman di bibir. Suka sgt kat kakak ni. Inilah baru dinamakan ikhlas bekerja. Keep it up, kakak! :)






Ada kes actually bila weols ke bilik No. 5 ni... bahagian makmal. Malas nk bising lagi. If uols ada baca status Zie di facebook pada masa tu, tahu lah uols apa kes. If takde baca, mls nak story balik. Wat sakit hati je...huhu

...di pendekkan cerita, yup... betul tekaan dr. chan, nenek zie kena T.B :( But at least syukur lah kan bukan kena cancer :) Bila nenek dah di sahkan T.B. Weols terpaksa check gak. Serta dgn mikail mikail kena check. hehe.

Cute je gmbar X-Ray dia. Kecikkk je paru paru. Hehe. Ye le kan, if besar gedebak paru paru dia mcm org dewasa, awal aku cabut lari. Hihi. Apa apa pun, syukur alhamdulillah. Result weols semua negative. All of clean dari T.B.

Cuma buat masa 6 bulan ni and onwards, terpaksa kuarantin kan nenek. Terpaksa asing2kan  bekas makanan dia dan terpaksa gak jauhkan dia dari Mikail. Utk weols plak, 8 bulan selepas ni weols kena buat check up lagi. 

...next appointment utk weols will be bulan 5/2016. Hehe. Lama lagi. Apa apa pun, semoga cepat sembuh nenek. Tak nak hantar nenek balik kampung lagi. Susah dia kampung. Makan minum pakai takde yg nak jaga elok elok. Biar je lah nenek habiskan sisa hidup dia dgn weols.

Walaupun berbeda agama dgn Zie dan keluarga, tp darah weols still sama. Agam je berbeda. Hubungan darah daging tidak. Insya'Allah akan jaga nenek sampai bila bila.




Borneo Medical Centre : X-Ray Nenek




15 September yg lepas, bawa nenek pergi X-Ray di Borneo Medical Centre atas saran Dr. Chan dari Chan Clinic. Sebab check darah, result hanya tunjuk low blood pressure je. Bila Dr. Chan dengar di bahagian belakang nenek ada bunyi bunyi...

...dia sarankan Zie better bawa nenek pergi X-Ray. Perhaps dapat jumpa something.




So here we ar at Borneo Medical Centre. Wrong timing zie pergi...sepatutnya awal pergi sini sebelum jam 8:30am. Baru senang dapat parking. Zie sampai di Borneo Medical Centre almost 9am.... azab kooooo cari parking. 

...Terpaksa zie parking di tepi jalan dan sgttttt lah jauh dari Borneo Medical Centre. Tawakal je aku masa tu taw. Siapa doa-doa mintak Allah lindungi kereta supaya tak kena pecah or kena saman. Haha :P

Alhamdulillah... selamat ^_^ Lain kali pergi awal if nak ke sini. Lesson learned :D






Nenek masa dorang nak perform X-Ray. Kesian kat nenek coz badan nenek dah bongkok sikit . Jadi amatlah susah nk tegakkan badan. But no choice... terpaksa gak. Sakit nenek masa tu :( Kesian... Tp nak buat camne kan. Dah procedure X-Ray gitu...





Tunggu nurse panggil dia keluar. Weols tak boleh masuk. So hanya menanti di luar je and tengok dia dari cermin. Pilu hati tgk keadaan nenek :(

... oh ye, skrg ni nenek dah tinggal kat Zie. Tak tinggal kat kampung lagi. Sebab senang zie nak bawa dia ulang alik ke klinik or hospital.










Result X-Ray nenek :( Sangat tak bagus. Masa Zie terima ni walaupun report bukan doktor punya handwriting (hehe..paham paham je la tulisan doktor. payah nak baca...hehe), still gak tak paham apa di tulis tu. Hahaha.

Once dah dapat X-Ray dan report, weols terus ke Chan Clinic. Jumpa Dr. Chan plak. Sebab dia yg merawat nenek pada masa tu. Masa tu risau sgt sgt...sebab tgk X-Ray tahu result tak bagus. Next entry zie sambung story lagi ye.

...kali ni entry di Chan Clinic plak :)