Showing posts with label The Spring. Show all posts
Showing posts with label The Spring. Show all posts

Tengok Boboiboy Movie 2 : Part II - MBO Cinema


Sambungan dari entry → INI (klik untuk baca balik). Sebelum masuk beli air dan popcorn, selfie dulu dekat poster! Hihi. Zie sejujurnya, tak seberapa excited sangat. Coz expectation Zie cerita boboiboy ni like so so je...a.k.a bosan. Memang underestimate movie boboiboy ni bebenor Zie koooo. Huhu.




Dia ni memang excited nah. Asyik² tengok jam dia. Dia tak nak terlepas waktu. Nanti tak tahu cerita dari mula katanya...alahaiiii, tahu lah emak. Orang nak bershopping kejap pun tak tenang dia asyik ter makkkkk, cepat makkk. Hmmmm.

Kan Zie janji untuk dia bayarkan popcorn untuk weols kan. So yeah, dia yang bayar kan. Muka bangga nah weh! Haha. Mikail mikail...semoga gitu perangai kau dengan emak ni haaaa. Tak berkira dengan mak bapak dan adik². InshaAllah....





Gambar ni time Movie dah habis. Ini lerrr 1st time Zie betul² tengok Boboiboy. Kalau The Movie tu, ni the first. Selalunya tengok Mikail tengok boboiboy kat Youtube je....yang series tu. Tengok gitu² je tak fokus. Ni sebab dalam wayang kan....so no choice.

Out of my expectation okay! Best giler movie ni. Siap tergelak besar Zie bila si Papa Zola tu buat lawak spontan. Ceh! Tu arrr...over, kata tidur lah emak nanti bagai khannnn. Haaa hambik. Teruja tengok! Good job malaysian! Setaraf antarabangsa animasi dia. Part berlawan cam dragon ball kooo...caya lah!




Pssstt....terjatuh cinta ler plak dengan Fang ni. Alahaiiii! Kenapa lerrr bukan engkau yang jadi Boboiboy oi. Hahahaha. Ensem...eh! Watak cam watak Vegeta jer....muka mencuka. Payah nak senyum...ailikeee! Hard to get kinda type nih...haaa tu dia! Hahaha.

Best cita Boboiboy The Movie 2 ni. Wajib bawa anak² pi tengok. Zie yang tak suka tengok ni pun jadi suka giler. Nak carik DVD Boboiboy The Movie yang first tu nanti. Besttttt. Adudu lawak bodo arrr...hahaha. Funny! Part dengan Ayuyu tu...alahaiiii, perasannyerrrrrr. Hahahahaha.





Sebelum balik, singgah kat kedai kasut. Kekonon nak carik heels hitam buat pi kerja. Penyudahnya tak jadi, alang² gaji je lah shopping. Tak best shopping sekerat²...hehe. Next movie will be Dora The Explorer....uuuweee! Zie dah ada geng kaki wayang ♥ Lama tau tak jadi Kaki Wayang....now starting balik sudah.




Tengok Boboiboy Movie 2 : Part I - Nando's




Here we are semalam, mewayang dengan Mikail ♥ Dia nak belanja emak dia tengok wayang katanya. Sempena Harijadi emaknya...dia suruh ambik duit dia, dia bayarkan tiket wayang... makan minum weols berdua nanti. Semua on him, katanya....haha.

Aah... iya kan. Takdenya Zie nak gunakan duit dia koooo uols. Bapak dia awal² da  bagi Zie duit belanja untuk tambahkan perbelanjaan weols keluar ni. Kalau bapak dia hulurkan duit, laju je Zie ambil. Rezeki jangan ditolak. Haha! Tapi kalau duit Mikail...tak nak lah 

Duit simpanan diat utk masa depan dia tu. Niat dia nak belanja emak dia ni, dah cukup bermakna bagi Zie. Sejuk perut mengandung ko uols. Weols pergi berdua je. Bapak diat stay dirumah, jadi 2in1 parent kepada Irfan dan Mikayla. Good Luck! Haha




Zie bawa Mikail ke MBO Cinema di The Spring. Dalam banyak² wayang di Kuching ni, hanya di MBO je Zie suka tengok wayang. Selesa Zie dengan tempat ni. Walaupun orang kat di Vivacity lagi cantik wayang dia lah apa lah...still MBO di hati. Hihi.

Time beli tiket ni, ada lerrrr budak tu sibuk je nak keluarkan duit dari wallet dia. Terbalik ke atas mata Zie tengok. haha. Mencuit hati. Kan dia nak belanja emak katanya tadi kan. He meant it okay. Pssttt... dia ingat cukup kot RM10 dalam wallet dia tu....HAHAHA. Tettttttt! Kalau duit di akaun bank dia, haaa...tu baru cukup. Ada debit kad tak kau., Mikail? Takde kan? So dok diam diam...hehe.

So, berdrama lerrr weols anak beranak di depan kaunter tu. Bila si anak nak bayar, si emak plak refused. So berdialog drama TV3 pukul 7mlm ler jawapnya. Hahaha. U made my day, sayang sayang. Nasib tak ramai orang. Pepandai ler Zie kata kali ni emak bayarkan. Nanti bila dia dah kerja, baru turn dia bayarkan. Buat masa sekarang, dia belanja emak pop corn je.

Nasib dia beralah. Hihi.





Muka excited! Ni pun dia sibuk nak bayarkan. Alahaiiiii... geram nak cakap kat dia, takde debit card...jd tukang makan je. HAHA! Takdenya cukup RM10 mu itu anak oiiiiiii. Dah besar nanti, dah berkerja dan ada duit sendiri, haaaa time tu makan kau ni nak makan itu ini. Tak belanja emak...siap kau! Mak paksa kau baca entry ni balik tau.




Zie nak redeem free ¼ Peri Peri Chicken sebenarnya. Sebab tu makan di Nando's. Jimat sikit. Hihi. Just ordered side dishes je dan air je. Gitu ler niat asal. Tapi Mikail mengiyau plak diat tak nak share chicken dengan Zie. Dasar tamak! Hahahaha.

Ye la ye la....mak order 1 set peri peri chicken mak sendiri lah. Kedekut haji bahkil nah Mikail tu taw. 





Set ¼ Peri Peri Chicken with mild flavour for me ♥ Side dishes Zie ordered Fries & Mediterranean Rice. Bahagi dua dengan Mikail. Zie kan tengah on diet. So wajib bahagi dua. Nasib hendak budak tu...kalau tak, terpaksa order lagi untuk dia.





Yang redeemed ¼ chicken tu, bagi kat Mikail. Flavoured Lemon & Herbs. Nak tahu? Kan tadi dia yang beriya nah tak nak share chicken dengan Zie kan. Katanya nanti dia kebulur lapar, camne....katanya tadi kan. So si over ni uols rasa² dia habiskan tak? Hmmm....takde maknanya dia habiskan. Cekik kang..haaaaa. Huhu.

Terpaksa lerrrr Zie yang tengah berdiet ni habiskan. Takkan nak buang. Bazir. Nak tapaw...alang². Sebab nando's ni tapaw dorang guna paperbag je. Takde plastik....kang hancur bocor, hbis cerita handbag aku nanti.

So nak tak nak....cheat day je lah dari diet. Kekanyang iols makan 2 ¼ chicken. sikittttt je dia makan. Tapi nasi n fires...dia habiskan. Maybe tu dia kenyang kot. Consider sikit gak apa makanan dia tu. Padan ar kurus kering.





Dia tak sabar nak tengok boboiboy dia. Zie so so je. Sebab tak pernah layan boboiboy ni. Ni pun terpaksa....demi mu anak. Ingat nak ajak diat tengok Dora The Explorer. Sudahnya dia tak nak. Katanya kawan² dia semua dah tengok. Dia sorang je belum tengok. Baiklah....





Sementara menunggu. Ingat nak beli baju T-Shirt Spiderman untuk dia pakai time birthday dia nanti. Alih² harga RM100 plus.... TAK KUASA aku noks! Hahahaha. Pakai je baju Spiderman yang dah ada di rumah nanti. Jangan membazir. RM100 plus over sehelai baju budak yang sekejappp je dah tak muat budak pakai...oh no no.. sangat tak berbaloi.

Tak terasa jalan² kejap je...dah jam 1:15pm. Rebut² naik atas. Sebab nak beli popcorn lagi kan.... So, entry bersambung di Part II ye uols. XOXO

Happy Birthday To ME!



Semalam secara rasminya umur Zie genap 35 tahun. Selamat tinggal umur 34 tahun, awak akan saya rindui selama²nya...sebab awak tinggalkan saya buat selama-lamanya... huhu. Assalammualaikum umur 35 tahun, please be kind on me, okay. Stay young like always...eh! Hihi.

Husband ajak celebrate di Secret Recipe. Every year birthday Zie akan di celebrate kat Secret Recipe cuma berlainan brand je. Kali ni di The Spring. Ambik senang sebab kat sini ada sekali jual kek. So takyah tempah kek bagai. Sepotong dua, cukup ler tue.




Hokkaido Cheesecake & Chocolate Moist Cake. 2 potong ceciput ni pun weols berlima (Mikayla tak masok share...haha) tak dapat habiskan. kek kek ni not really my cup of tea. Manis. Tak berapa suka Manis. Since Mikail & Irfan sebelum keluar dah makan di rumah...


...so dorang melantak makan kek je. Zie n Dillah, sudu sikit² je. Emak plak, langsung tak makan kek. Mak bukannya suka pun makan kek ginie². Hehe.  




Us! Tanpa Mikayla... huhu. Mikayla dalam baby stroller. Tidur dia time weols snap gambar ni. So malas nak kejutkan dia takut nanti tak aman nak makan...so biarkan dia tidur dengan tenang, aman damai dalam tu ^_^




Kemana Zie pergi, akan selalu ajak dia sekali. If dia tak nak ikut, tak dapat buat apa ler. Kadang² emak more prefer duduk kat rumah. Letih berjalan katanya. Biasalah uols, orang tua ni kan. Mana larat nak ikut kita ke hulu ke hilir. Amanah Zie di dunia dan di akhirat ♥




Menu weols ♥ Anak² dorang dah kenyang. So sudu² dorang sikit dari makanan weols. Okay dah...




Redoxon wajib bawa ke hulu ke hilir! Nak sihat dan cantik katanya. Plus menjimatkan. Kau order je plain water or mineral water, if nak sejuk...mintak ice. Masukkan Redoxon... sama cam kau minum air berkarbonat gak ape. Tips jimat dan sihat dari Zie. Sila dicontohi. Haha

Air yang lain, lupa plak Zie nak snap. Emak, air Ice Lemon tea. Mikail Chocolate oreo milkshake ke kalau tak silap. Husband plak, apa entah nama miniuman diat tu. Hipster sangat. haha




Selfie sebelum makan. Tapi husband and Mikail tak kuasa nak layan Zie...dorang ngap terus. Dasar! Emak gak yg sporting ♥ u mak! Hihi



Amboiiiii baby bawang nah dorang dua tu ea. Tengok reaksi Mikayla tu....hahahaha. Bawang! Muskhil gak Zie nak tahu apa yang dorang so interested tengok tu entah. Huhu




My 35 years old birthday gift dari Tomie fully sponsored by my Husband. Chomel Charms. Love it soooooooo much. Nak baca entry time weols beli ni, boleh klik link → INI ♥



Crazy VIRAL Sales di Victoria Secret!


Starting hari Sabtu hingga Ahad lepas, Victoria Secret ada buat crazy sales. Body Mist & Lotion hanya berharga RM29 each. Normal price is RM79. Rasanya seluruh Malaysia kot butik Victoria Secret ni buat sales gitu. First time gak lerrrr Zie ikut serta part viral sales ni. Hahahaha.

Masa Zie sampai kat butik Victoria Secret di The Spring, Kuching. Butik VS tu dah tutup separuh. Kiranya dorang dah tak terima walk-in customers lagi. Tapi bila Zie tengok ramai je yang dok tersorok² dari shutter tu, ikut gak koooo orang. Hahaha




Alhamdulillah, dah gak Zie masuk. Syukur customers di Kuching ni takde lah segila customer Victoria's Secret di Imago, Kota Kinabalu. Tengok kat video viral di Imago mall tu, perhhhhh! Cam nak roboh shutter VS to dorg kerjakan. Siap jerit² lagi tu...alahai. Malu tengok.

Di VS kat kuching ni, takde gitu. Cool je semua customer. Barisan pun tak pajang sangat. Zie orang Ke-4 berbaris. Ada dua kaunter. Tak sampai pun 10 minute, keluar terus.





Taraaaaa!!! Beli sebotol je. Ni pun ambik yg tercicir kat tempat lain. In nak ke shelf body mist & lotion ni sendiri, jangan harap lah. Penuh sesak kau! Tak kuasa aku nak bersesak²...hehe. Baru ingat nak keluar balik, terpandang benda alah ni staff VS tu tengah kemas² letak masuk dalam shopping bag VS. 

Terus zie tanya. Tu dah ada orang punya ke....then staff VS jawap takde, dorang tingalkan merata² katanya. Terus lerrr Zie ambil. Hihi. Rezeki iols. hihi




Taraaa!!! Zie suka bau Sheer Love body mist Victoria's Secret ni. Bau dia damaiiii je rasa bila sembur. Kebanyakkan bau² body mist or perfume VS nie berunsurkan bau bunga gitu. Kira Floral scent lah...ailike! Sebab tak menyakitkan hidung ku yg super sensitif ni. hihi

Saya dapat. Korang, dapat tak? Hihi


Shopping Dengan Boyfriend Kecik




Hari sabtu tu tadi, terus terbantut plan nak buat Overtime untuk siapkan kerja yg ada dateline urgent. Alih alih last minute terpaksa cancel sebab si kecik sebelah Zie tu tuntut janji Zie buat kat dia. Huhu. Ingat lagi rupanya dia. Hahaha.

...Since anak ingat, terpaksalah di tunaikan. So seharian tu bawa anak jalan jalan sesambil tu Zie ambil kesempatan shopping. Lama giler tak shopping yg bebetul shopping. Selalunya online shopping je. huhu

Destinasi pertama di tujui adalah Guess butik di The Spring. Sales up to 60% kooo....rambang mata akuuu.... huhu.




Arghhhh!!! Design yg ni hanya tinggal wallet je lagi. Zie dari tahun lepas tunggu design ni on sales. Nak beli time dia new arrival... tak kuasa. Mahal sangat harga new arrival dia utk tote bag. Tu yg tak kuasa... membazir je. Hihi.

...tapi tu ler risiko perlu di ambil, if kau tunggu benda alah tu on sales, jgn berharap sgt benda alah yg kau "aimed" still hado. Huhuhu. Memandangkan wallet Zie still elok (dah hampir 5 tahun pakai..still no defect, tau)... memang tak lah nak beli, kan.




So in love dengan tote bag ni ❣ Material jenis Denim ♥♥♥ Banyak lah design yg lawa lawa... tapi tak dapat sangat nk tengok betul betul sebab Mikail ni haaaa...dah melalak nangis tak nak lama dalam butik ni. Boring kot dia...haha.

....dia nak ajak Zie cepat cepat pergi ToyRus. Huhu. Ngade nah anak tu... should ke sana dulu tadi so that dapat Zie shopping dgn aman. Hehe




Rembat wristlet ni je. Utk letak iPhone zie sebenarnya ãƒ… Tapi bila ke Plaza Merdeka, tengok butik Guess di Plaza Merdeka pun sales... Terbeli sekali lagi koooo Zie wristlet lagi.. huhu. So yg nie, Zie jual murah sikit dengan kawan Zie.

....nasib baik dia nak beli. Kalau tak... ada dua ler jawapnya wristlet ãƒ…





ToyRus, ibarat syurga dunia bagi budak kan uols. Exicted seakan budak kecik ni bila masuk ToyRus. Terus ke section mainan kereta. Sampai terus mulut dia dok ngomel... "wahhh... banyak kereta. Wahhh... kacak kereta." Hahaha.

....hampir sejam gak aku kat sini gara gara dia. Rambang kot mata dia nak memilih. Semua dia nak tapi Zie bagi syarat... hanya beli 1 je.







Kan Zie kata hanya beli 1 je kan. So dia ambil yg jenis set per pack ãƒ… Alahaiiii...mikail mikail. Bijak nah dia kan. Consider satu ler tu.... hahaha.  Mula mula dia rembat set Hot Wheels yg harga RM100 plus... of coz lah tak makna nya Zie nak belikan.

...nasib dia na di suruh pilih yg lain. So dia ambil brand Fast Lane je. Cepat cepat Zie pergi bawa dia bayar sebelum dia tukar fikiran dia. Hahaha. Kalau tak... menjawap lah kau tengok drama dia mengolek golekkan dia atas lantai. Nyampah nah... huhu




Ni dia set kereta dia. Kali ni bukan Hot Wheels. Takpe... tak perlu hot wheels sangat. Janji material besi so that tahan lama berbanding dgn yg plastik. Kalau bagi mikial yg jenis plastik... on the way balik dah hancur dah..huhu.

...tu yg more prefer yg material besi.




Lepas dari ToyRus, weols having our late lunch di Kluang Station. Niat nak bawa Mikail makan Sushi dia Sakae Sushi. Tapi malas nah nak jalan ke entrance luar... jauh. Coz ingat nak pergi Aldo butik lagi lepas ni.

...tu yg makan kat Kluang Station je. Lama gak tak makan Hainanese Chicken Chop.









Kalau tengok uols. Mama belum lagi pakai... dia dah pakai utk letakkan kereta dia. Ngade nah. Hahaha. Bila Zie mintak balik wristlet dia... buat muka nak nangis. So biarkan aje lah. Nasib baik masa makanan sampai, dia dah lupa dah dengan Wristlet tu.

...time tu ler peluang utk masukkan balik dalam kotak wristlet tu lagi. Huhuhu.






Mama makan Chicken Chop, Mikail maka Peanut toast je. Sesekali ada gak dia mensudu chicken chop zie. Selera nah dia makan peanut toast dia.




Habis makan, weols ke Aldo butik kejap. Next entry Zie  storykan ye. Dari Ald butik... weols ke Plaza Merdeka plak. Niat nak beli Dragon Ball DVD dan action figure Piccolo. So, sambung esok ye entry shopping nyopping nih... hehe

...once a year, give a reward to myself. No harm kali ni shoping seakan. Sepanjang tahun berhempas pulas kerja. So inilah masanya berbelanja... hehe.



Hadiah Hari Jadi Yang Ke-31 Dari Suami




Sabtu lepas, sebelum bawa nenek ke Borneo Medical Centre... husband ajak singgah kejap di The Spring. Nak belikan something katanya. To my suprise... dia bawa Zie masuk ke dalam Guess outlet. Terus Zie say "Syg nak lanje kite ea?"... bhahaha...laju koo aku mengedik :P

...And yes, he is treating me with Guess jeans. Hadiah harijadi katanya. Awww.... ingatkan tahun ni tak dapat hadiah. Rupanya ada...hihi. Thank u sayang! I loveeeee suprises, babe :*





Tadaaa! Inilah dia. Selalunya dok pakai jeans Levi's je selama ni. Tak pernah lagi pakai jeans Guess. So secara rasminya, inilah jeans Guess pertama ku. Akan jadi one of my sentimental value items. Hiksss.

...Zie pilih yg jenis skinny jeans :) Pssttt...dulu pakai size 28. Sekarang size 27 dah. Kurang 1 size. Yippieeee! Nak back ke size 25 mcm zaman anak dara dulu. Kalauuuuuu dapat lah :P Nak gigih workout lagi ler lepas ni.

Biar bdn jadi fit and curvey...aharksss :D






Dah Pandai Bergambar Dah Dia








Hehe...semakin hari semakin suka dia berposing depan camera. Macam macam je mimik muka dia buat taw. Kekadang payah nah nak suruh dia senyum bila bergambar. Kali ni... nak plak dia senyum. Tu yg... tempek di blog. Hehe

...Terlupa plak zie nk snap gambar keseluruhan rumah tu. Lawa taw design dia. Ala ala rumah kampung di tengah tengah bandar gittew. hehe.Psstt... kain lampin tetap di tangan :D Hahaha