Showing posts with label Gift Untuk Dillah. Show all posts
Showing posts with label Gift Untuk Dillah. Show all posts

Hadiah Perkahwinan Yang Ke-10 Buat Suami


Alhamdulillah.... dapat jugak Zie bagi hadiah iPhone 11 Pro Max untuk husband. Awal bulan Januari 2020 yang lepas Zie bagi kat dia. Belated wedding anniversary gift. Sepatutnya bagi pada 11.11.2019, somehow Zie tak nak berbelanja ribu² dulu sebab anak² nak masuk sekolah. Tunggu dah lepas pendaftaran sekolah anak².. then baru lah rembat.

Masa 11.11.2019, Zie just wish je kat dia and bagitahu dia yang Zie takde apa² gift buat dia. Actually niat Zie, Zie nak surprise dia sebenarnya. Hihi





Zie pilih warna Green with 256GB. Happy bukan main lagi dia bila Zie bagi dia ni. This year wedding anniversary tak tahu lagi apa nak belikan untuk dia. Kalau PS5 dah release... maybe akan bagi dia hadiah tu kot....



Hadiahkan Helmet Hafizh Syahrin Edition




Kali ni, husband nak helmet Hafizh Syahrin ni untuk hadiah 10 Tahun perkenalan weols pada 13.7.2019 yang lepas. Since dia sepanjang bulan July pergi OPS, i take my time untuk belikan dia hadiah yang dia nak ni. Zie place order dari Zeus OnlineStore (klik untuk view) di Shopee! Hehe...where else, khennn. 

Fast delivery, original product & tiptop customer service. 5 stars Zie bagi. Helmet pun cantik nah. Stylo. 




Ok, Jom Merempit! Hahaha. Happy kooo dia bila Zie informed dia yang helmet dia dah sampai. Hadiah untuk Zie pulak, haaaa tunggu dia balik nanti baru his turn untuk "korek" Tabung Haji dia.. HAHAHAHA! I want something from Tomei! *Hiksss!*



Surprise Gift Buat Husband : Air-Val Spiderman Gift Set - EDT




A surprise gift for dear husband ❤️ Letak di driver seat, then bila husband nak pergi ambil Mikail balik sekolah nanti... then, SURPRISEEEE!!! Hehe And yes, he is surprised. Terharu dia 😅 Bagi dia hadiah kejutan ni takde apa² sambutan. Memang sesaje je nak bagi dia.

....untuk mengeratkan lagi kasih sayang weols laki bini. Tak perlu tunggu apa² occasion baru nak bagi hadiah kooo. Hari² biasa pun boleh.





Zie belikan dia set ni. Lama dah dia idamkan Air-Val Spiderman Gift Set - EDT ni tau uols. Zie sesaja je buat buat tak layan bila dia cam berbunyi "Sayang... nanti birthday saya, saya nak set ni boleh?"... then saya eksen² ler jawap... "Bukankah perfume awak masih byk lagi di rumah. Jangan membazir."...

....padahal memang dah plan pun bila nak beli dan surprise kan dia. Haha! Actual birthday gift dia untuk 9th April ni...benda alah lain. Yang tu lagiiiii lah dia suka sampai ke bulan nanti kot. Hahaha.




Yamaha Y15ZR Suami Bertukar Wajah



Hadiah untuk Ulang Tahun Perkenalan Yang Ke-9, Zie hadiahkan husband motorsikal Yamaha Y15ZR ni. Dulu masa Ulang Tahun Perkahwinan yg Ke-4 pada 11 November 2015, Zie hadiahkan dia Yamaha 125 ZR (klik SINI utk view blog entry). Awal tahun 2017, zie settled habis instalment. Memang target nak bayar secara ansuran selama setahun.

Pada bulan July lepas, Husband mengiyau plak nak Yamaha Y15ZR ni plak untuk Ulang Tahun Perkenalan pada 13 July... aiyoooo. Haha. Yela yela.... So trade in je lah Yamaha 125 ZR dia tu. Tauke kedai ambil 6K je. So tu tolak terus as down payment untuk Yamaha Y15ZR. Bayar besar down payment, dapat bulanan kecil je. So RM160 je sebulan.

Zie pun plan akan settled habis tahun depan, guna bonus ^_^ Almaklum lerrr, bonus iols kan 3 bulan gaji. Masyukkkkk!  Insha Allah, gitu lah plan  zie.




Ni ler motorsikal yg husband idam²kan tu. Yang ni dia dah tambah bodykit terus. Dia nak buat jadi mini Super Bike katanya. Ikut suka mu lerrr sayang ku oiii. Asalkan happy. Tapi strictly, zie tak nak dia join club² bagai. A big NO NO. Zie tak suka.

Nasib gak husband bukan jenis yg suka join club motor or motorsport bagailah. Dia just suka modified motorsikal n kereta dia je. Untuk join mana² kelab motor or kereta, dia pun tak minat. Alaaaa... if dia minat pun, iols tak akan bagi. Pepaham je lah if dah berkelab² bagai ni... (tak semua but i don't want to take a risk dia kena sodol or dia menyodol...eh! Hehehe)







Tadaaaaa!!! Wajah baru motorsikal kesayangan dia ni. Di spray warna kelabu. Smart giler kan. Ni nampak kosong je kan. Sebab stickers yg dia order di Shopee belum sampai lagi. Wedding Anniversary yg ke-7 nanti, dia dah awal request nak dihadiahkan Ekzos baru plak. Hahaha... Husband husband.

Takpe, nanti turn zie request dia Charms Tomei 2 ketui. hahaha.

Under Armour Set Hadiah Hari Jadi Buat Suami


Sebelum dia gi OPS selama sebulan hari tu, Zie ada suruh husband pilih sendiri mana satu kasut Under Armour yang dia kenan. Nanti once birthday dia Zie belikan untuk dia. Malas zie nak surprise bagai. Takut nanti pilih yg lawa di mata Zie, tp tak lawa di mata dia. Susah gak kan. So suruh dia pilih sendiri. 

Nani tinggal Zie nak bayar je. Husband tahun ni jadi suka dengan brand Under Armour ler plak. Huhuhu.
 




Taraaaa!!! Beli sudah utk dia sempena hari jadi dia yg ke-33 semalam. Zie belikan bag sandang pattern celoreng sekali. Untuk dia bawa benda alah dia gi kerja. Baju tu pun zie belikan pattern celoreng gak. Sama cam celoreng bag tu. One set kooo. hihi.
 
Happy je dia. Dia ingat dia hanya dapat Kasut je. Sekali tgk siap ada bag & baju sekali. Hihi. Happy Birthday, Sayang! My turn nanti, nak request hari birthday Jam Swarovski... hohohoho


Selamat Hari Polis Ke-211, Husband!



Pada hari Ahad lepas, merupakan sambutan Hari Polis yang Ke-211. Husband Zie dah berkhidmat sebagai anggota polis di cawangan Pasukan Gerak Am (PGA) selama 11 tahun. Wahhh... lama jugak ye dia dah jadi polis. Hihi. Kerja dia sebagai anggota PGA ni selalu pergi OPS. Paling sekejap, sebulan away. Paling lama, 3 bulan away.

Nasib Zie ni seorang isteri yang tahu berdikari. Tahu driving, tahu apa semua...alhamdulillah. Pernah gak zie terfikir kat isteri² anggota yang jenis 100% bergantung pada suami. Camne ek....cam kesian je kena tinggal lama² bila suami menjalankan tugas...huhu





Taraaaa!!! Hadiah kan Adidas Tactical Boots ni buat husband Zie sempena Hari Polis yang Ke-211. Setiap kali Hari Polis zie memang akan bagi dia hadiah. Tanda Zie menghargai penat lelah dia bertugas sebagai seorang anggota Polis demi mencari rezeki buat Zie dan anak²

Zie tempah kasut Adidas ni di --> Tactical Pro Shop (click untuk view). 100% Original, 100% trusted seller. Kalau tak silap, husband kata... tauke Tactical Pro Shop tu pun seorang anggota polis gak. Kalau tak silap lah ye. Hihi. So memang dijamin tak akan kena tipu.

Stylo lerrrr husband nanti bertugas. Hihi! Selamat Hari Polis, Kekasih Ku dunia akhirat ♥ 





Menambah Koleksi Game Call Of Duty Suami


Lelaki ni kan, senang je nak bagi dia happy or nak bagi dia hadiah kejutan. If kau short of idea nak bagi apa.... haaa ni tips dia. If kat rumah kau ada games player, akan jadi mudah ler kerja kau untuk bagi dia something yang dia suka ^_- 

Macam Zie plak, husband jenis kaki game dan game PS4 yg dia suka giler main adalah game Call of Duty. Dia tak akan terlepas beli latest sequel game ni. Since hari tu dia surprised Zie belikan Zie game Resident Evil : Biohazard, its my turn now surprise kan dia ^_^

Happy bukan main lagi dia zie belikan dia ni. Tapi bila come part update latest version 1:10, mengomel dia. Hahaha. Sebab 1st, line internet slow dan ambil 19 hours untuk complete update. Fuhhh....mana taknya kawan nak membebel. Sudahnya belum dapat lagi ler dia main game ni sebab belum lagi complete update. Huhuhu...

Kesian dia. Takpe, janji dia dah ada latest game Call of Duty ni. Part update version tu, kemudian² pun takpe.Pssttt.... best kalau dua² gila games. Haha





Hadiah Hari Bapa : PS 4 Buat Suami



Keesokkan hari selepas Father's Day, weols ke Sony Centre. Nak belikan PS 4 utk husband. Dia kan kaki games, bagi je kau apa² yg ada kena mengena dengan games... confirm di happy sampai ke bulan. Haha. Husband  happy, kita sebagai wife ni dapat pahala berlipat² ganda dari Allah swt. Alhamdulillah... hihi

Nasib skrg ada promotion. Tu yg bestnya beli benda alah during festival. Confirm ada sales or promotion.



Promotion dia, if kau beli PS4 Bundle Set.... kau akan dapat 3 DVD Games free + 2 years Warranty + Free access for 3 online games setiap 3 bulan sekali. Masyuk tak promotion offer tue? But if kau tak beli bundle set... beli yg set biasa je.

...Free 1 DVD Games (boleh pilih sendiri games apa nak) + 1 year Warranty je. Harga between Bundle Set and Normal set ---> SAMA JE HARGA DIA <--- So why not beli yg bundle set bila harga sama je. Kena buat pilihan bijak. Hihi




Open utk checking and testing




sesi testing PS4 player tu. Terus mintak sales executive tu ajar camne cara² nak redeem free online games tu. 



Masa Zie nak bayar, sekali tengok sales executive tu bagi another more extra gift. wahhh... ini ler yg bestnya bila membeli di Sony Centre itself daripada kau gi beli di kedai games. Macam² kau dapat plus sales executive teramatlah friendly.

...professional maaa.. Good Good. Thumbs up kat all staff di Sony Centre branch Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak... **tepuk tangan* 

Husband plak, wahhh... senyummmmmm sampai ke telinga dia bawa balik PS4 dia. Happy ler tue. XBox dia dulu, dia dah jual kat adik dia. Nanti games PS4 ni, beli mana games yg super hot je lah macam Fifa, Final Fantasy... etc.

Apa² pun.... enjoy your new toy, sayang. Love u ♥




Father's Day dan Cotton On




Sempena Father's Day semalam (18 Jun 2017 - Ahad), Since husband tak nak celebrate gi makan² sangat. Hadiah sempena hari bapa hendak plak dia. Hahaha. Biasalah kan, asal hadiah je... semua orang nak. Termasuk ler zie ni. hihi



Weols ke Cotton On store di Plaza Merdeka shopping mall. Nak carikan seluar panjang cotton warna hitam utk di padankan dengan Kurta (warna mustard hitam). Kurta tu awal² lagi zie dah beli... secara online. Part pants ni, payah sikit nak beli online. Kena beli and try... baru tak salah beli size.

...mula² niat nak beli seluar cotton tu di Levi's... tapi takde plak. Ke Espirit pun takde. Tu yg ke cotton on je lah. First beli barang brand Cotton On. hehe.




Terima kasih sayang for being a good father buat anak kita Mikail. Walaupun selalu away (berkhidmat utk negara..) Still u are the best dad ever! Soon akan jadi father of two awak ♥ Love u til jannah... xoxo



Hadiah Kejutan Buat Suami


Alahhh....bersawang kembali blog gara² sibuk sangat dengan kerja. huhu. Last Wednesday, memandangkan zie dari bulan 6 sampai sekarang... setiap hari terpaksa overtime dan balik lewat (kadang² sampai pukul 8 malam baru balik kerja)...

.... felt not nice juga lah dengan husband. Ibarat macam pentingkan kerja dari dorg dua beranak. Bukannya hendak pun everyday overtime... terpaksa sebab kerja terlampau banyak. Nanti tak dpt tidur malam. huhuhu.

So to make it up with him, during lunch time... Zie merayap kejap ke Guess butik di Spring.



Hasil rembatan. Hihi. Hari tu dia ada complain kat Zie, wallet dia rosak sudah. Tunggu ada extra duit, baru beli katanya. So zie ambil kesempatan tue utk bagi dia dompet baru sebagai hadiah kejutan utk dia. Sebagai tanda minta maaf gak sebab setiap hari balik lewat ... huhu.



Sebelum balik dari overtime (hehe... overtime lagi), nyempat kooo Zie balut benda alah tu. Masa sampai kat rumah, pura² suruh husband keluarkan bekas Tupperware zie dari lunch bag Zie. Coz zie letak suprise gift dia ni dalam lunch bag...hihi.

....membebel gak husband kejap sebab itu pun suruh dia. But once tengok suprise gift dia, terus senyum kau! hahahaha




Tadaaaa... inilah dia wallet Guess yg zie beli buat dia. Sengaja beli sama design dgn handbag zie. Baru ler sehati sejiwa gitu. hihi. Happy husband dapat wallet baru. Haaa... maka nya, jangan moody ye bila zie balik lewat...hihi

...tp sebolehnya, zie memang akan balik terus bila dah habis masa bekerja. But if ada kerja urgent, tak dpt buat apa... terpaksa gak stay back for few hours untuk siapkan. Kalau tak, tak dapat tidur kooo aku nanti.

Hugo Boss Bottled Unlimited Buat Suami



Sebelum ke Airport hantar biras (abang ipar suami) dan kakak ipar Zie balik KL, weols anak beranak singgah kejap di Plaza Merdeka. Nak belanja husband perfume. Hihi. Sebelum shopping, kita selfie dulu! Hihi. 

....Mikail menyemak...arghhh! Ajak bergambar sama² dia tak nak. Mengacau orang bergambar, dia nak. Grrrrrr.... grrrrrr.





Tengok... si kecik ni yg paling excited nak pilih perfume. Hahaha. Teruja nah dia mengalahkan papa dia. Mula² husband ingat nak beli  perfume DKNY. Zie dah gitaw dia, perfume perempuan. Dia kata ada DKNY lelaki. Since zie ni bukan kaki perfume... hanya setia guna sejenis je perfume (Paris Hilton botol pink tu je yg zie suka pakai), so iyakan aje lah.

...alih² sales girl tu gtaw semua perfume DKNY tu utk perempuan. Hahaha. Kempunan kawan oi. Hahaha. Cakap bini tak nak dengar :P




Sudahnya terus dia ke section Hugo Boss. Dia memang penggemar perfume Hugo Boss. Pelbagai jenis keluaran dia ada. Macam² je koleksi botol dia kat rumah. Nama pun dah kaki perfume kan. Unlike bini dia ni. 

...pakai pun, pakai di rumah je perfume. Kekadang je sembur bila kuar jalan². Hihi





Zie belikan dia Hugo Boss Bottled Unlimited 100ml ni. Dapat Freebies 2 samples perfume dan 1 tube shower cream Hugo Boss Bottled Unlimited 50ml plus rebate voucher RM30. Seronoknyaaaaaa. Kalau beli yg gift pack (in where 100ml perfume + Deodorant), takde dpt free gift. cuma dapat rebate voucher RM20 je.

....tak berbaloi. Better beli perfume je. Pelbagai free gift kau dapat. Ken pandai buat pilihan...hehe.





Pssttt...ni lerrr yg seronoknya bila kau shopping di Parkson. Hasil dari pembelian perfume tu tadi...dapat RM50 cash voucher. Seronoknyaaaa. Terus suruh husband redeem bonuslink point. Dapat gak lerrr Zie merembat something gune voucher ni nanti. Haha





Tapi....terpaksa beralah dgn anak. Huhu. Dia yg nak rembat toys guna voucher tu....uwaaaa!! Tp dia hanya guna RM20 je. Meaning still ada RM30 buat diri sendiri. Belum lagi di tambah dgn cash voucher hasil dari bonuslink redemption lagi. Kaya mak noks.

...ceaaa terus kaya. Walhal bila dah di campur semua voucher tu, baru je RM80 in total. Hahaha. Over! :D





Shopping Bersama Mikail - Part II




Budak kecik yg dah dapat mainan dia, jadi good boy dia duduk sana sambil berzikir munajat. Sejuk perut dengar dia berzikir...hehe. Mama dia ni plak, sibuk tengok kasut sesambil mata tak lepas toleh dia....





Zie mencari wedges shoes mcm ni haaa. Senang bila husband not around dan Zie terpaksa jalan jalan dgn mikail...dapat sarung kasut je. Senang nak bergerak. Hihi. Memandangkan yg nie adalah new arrival... pepaham je lah kau new arrival price kan. Sure lah berapi.

...soo, kirim salam je lah kat kasut ni. Secantik mana pun engkau duhai kasut... tak akan aku spend almost  RM500 over a pair of shoes je. Kalau handbag, still lagi boleh consider lah. Eh! Hahaha. Takde lah... kidding.

Handbag pun Zie hanya sekali je beli yg new arrival lepas tu nyesal tak sudah coz 3 bulan lepas tu... turun harga...grrrr. So what for beli new arrival if 3 months later u might get it cheaper. Betul tak?





Haaa...yg ni ada sales. 50%  Semestinya lah zie nak merembat.




Lawa kan. Tapi sayang seribu kali sayang. New pair untuk size Zie dah takde lagi. Yang tinggal hanya yg on display tu je. Tak nak lah Zie. Sebab kasut sebelah kanan appear loose, lepas tu bahagian bawah tepi tu, dah calar balar.

....what for zie nak ambil kan. Bukannya harga akan berkurangan if kita ambil yg on display tu. So terpaksa lah zie gtaw kat sales girl Aldo, tak jadi ambil. Terus bagi muka masam dia. Well, semestinyalah zie nak yg bagus. Bukan harga berpuluh kasut tu, bai.

dari Aldo butik... weols dua beranak terus ke Plaza Merdeka...




Aiyarkkk! Menyesal plak masa tu nak pergi Plaza Merdeka. Jalan jammed terus koooo noks. Alang alang menyeluk pekasam... redha je lah redah traffic jammed ni. Huhu.




Bila sampai Plaza Merdeka, kaki terus membelok kat butik Guess. Sebab kat depan butik terpampang banner 50% sales. Rugi kooo  tak masuk. Sudahnya membeli lagi handbag dan wristlet ... haha.


Inilah wristlet yg zie terbeli tu. Lawa sangat. But yg ni hanya dapat 30% diskaun je. Still gak beli sebab its perfectly fit for my phone. Memang cun ko size dia. More over warna hitam dan material jenis hard PU rasanya kalau tak silap.

...jenis ni memang tahan lama berbanding dgn jenis wristle pink yg zie beli awal lagi tadi. Oh ye, tote bag yg zie beli... esok zie tayang ek. Hehe 






Layan budak kecik ni makan Burger King. Ingat nak terus ke Speedy Video lepas merembat benda alah di Guess, tapi tetiba dia tarik tangan zie gtaw dia nak makan KFC. Terus zie kata KFC kat bawah bukan kat sini.

...terus dia tunjuk ke arah Burger King and say .. "tue dia mama, KFC"... haha. Burger King koooo dia kata KFC. Terus Zie gtaw dia... tu bukan KFC tp Burger King. Hihi

Mikail je yg makan coz Zie still kenyang. More over a lil bit kurenggg kooo aku dgn Burger King nih. Huhu. So not my tekak. Hihi






Sempat gak merembat sandal Adidas ni utk husband. Kebetulan design dia jenis corak celoreng, suitable for him sebab kan uniform Polis PGA ada celoreng gak. Hihi. Glad he loved it soooo much ãƒ…

...consider a small gift dari husband.