Showing posts with label Shopee. Show all posts
Showing posts with label Shopee. Show all posts

Pertama Kali Kena Kes Penipuan Di Shopee


Bertahun dah bershopping di Shopee, inilah pertama kalinya Zie terkena dengan Seller penipu. Silap Zie tak check dulu Rating shop tue. Selalunya sebelum Zie buat pembayaran, Zie akan skodeng dulu rating shop tue camne. Slow ke, bagus ke jual barang so on and so on...bla bla bla.

Tapi kali ni, terus main beli je. Without thinking... huhu. Actually bukan beli barang untuk diri sendiri. Tolong manager Zie, Miss Lu belikan Kipling bag. Dia bagi link, then Zie terus place order je. Ingatkan dia dah check rating shop tu bagai.

Time tu rushing, tu yang Zie tak terfikir nak double check. 




Ordered handbag, bila sampai.... haiyaaa! Cincin mainan yang harga 20sen tu. Ko ghase? Geram ler plak kite.





Terus Zie click Refund and membebel ler Zie kat bahagian Reason tu. Knowing me lah...tak sah kalau tak membebel! Haha. Nasib Zie memang away of benda alah Return/Refund ni. Kalau kena dengan customers yang totally tak familiar dgn system shopee or tak tahu tentang Return/Refund.... kenyang lerrr Seller tu makan duit haram. Not much amount tue but money is still a money bah. Satu sen pun Zie tak nak dia makan duit Zie... haha.

Kebaikkan shopping di Shopee ni, dia protect both parties. Seller tak dapat tipu customer, customer tak dapat tipu seller bila pembelian still under Shopee Guarantee period. Asalkan uols jangan Click Accept or jangan sampai Shopee Guarantee expired. Kalau tak, putih mata ler uols kerugian.

So perlu tahu tentang benda alah Return/Refund ni ye. Baru selamat duit engkau.




Beli lain yang dibeli, lain yang sampai. Baruuuuu ler sibuk nak skodeng shop si penipu besar ni. Ni dia shop si Scammer ni, Ararwwo.my (click untuk view shop dia). Hati² uols dengan Seller ni di Shopee, jangn tertipu. Time ni, still penuh barang jualan dia di Shop dia. Tapi bila Zie dah report dia dan complained dia dekat Customer Service Shopee melalui Live Chat...

...tak sampai 1 jam. Deleted terus ke semua product dia. Pandai pun takut kau ye.





Ni uols tengok, kat Rating Shop dia tu, hampir ke semua feedback dari Customers dia dapat cincin mainan tue. Alahai... tektik terbaru si Scammer. Post benda lain yang murah, kekononnya dia tersalah send barang ler tue. Konon! If customer bertanya kat dia... kekonon ler tu dia minta maaf kata salah post... then minta kita click accept then nanti dia akan post yang baru. Konon!

If we do so... habis ler, hilang ler duit mu duhai customers. So, we have to act smart! Return/Refund action ada. So jangan jadi part of the game. Play smart. Malang ler dia dapat customer macam Zie. Tak cukup dengan buat report... Zie siap personally complained dia lagi dengan pihak shopee.

Siap suruh pihak Shopee buat siasatan ke atas Seller ni sebelum Seller ni burukkan nama Shopee.  Ni Zie dalam process tunggu duit Zie kena refund. 4 working days katanya. Sebab still tunggu response dari Seller Penipu tu. Andai kata Seller penipu tu reject request Zie, then baru kes Zie akan di transfer ke Distribute Department. Tengok lah Jumaat ni nanti... camne.

Hopefully Seller dok diam² je lah. Jangan reject my request. Baru smooth je duit akan di transfer ke my Shopee Wallet. Malas nak tunggu lama². Duit orang maaa.... Susah hati pegang duit orang.


|| Shoes Review || Kasut LED Pertama Irfan



First time beli kasut anak dari oversea a.k.a dari China. Hihi. Beli kasut LED....sebab nak tengok Irfan excited kasut dia kelip kelip. Warna merah tetap menjadi pujaan hati Zie walaupun sejak dah tua ni, jarang dah nak sarung baju merah. Suka sarung hitam je selalunya. Bukan apa....nak ilusi kurus gitu. 

Sekarang badan dan berisi...huhu. Stress! 







As expected. Kalau beli benda alah ginie ginie dari China, confirmmmmm lah ada adaaaaa je yang tak functioning. Nyampah. Huhu. Sebelah okay, berfungsi dengan jayanya. Sebelah lagi....pemalas! Tidur dia tak berkelip kelip. Hahahaha. Rasanya batteri mati dah kot.

Nanti la Zie beli battery baru. Tunggu ada duit banyak ke Mr DIY. Nama je kedai murah Mr DIY tu, tapi bersaka taw. Kalau uols pasang niat nak beli Battery macam Zie ni, dari budget just RM3-RM5 jer kan...terus jadi RM100 keatas. Benci nah.

Sebab tu ler kena tunggu ada duit lebih banyakkkkkk baru nak pijak kedai bela saka tu. Hahahaha.  




Tengok...excited giler dia pakai walaupun hanya sebelah je berkelip kelip... hehe.





Muka Cina tapi Melayu...inilah Borneo! Hehehehe. Anak Zie sorang ni je gitu...lain dari yang lain. Sebab dia ikut mata sepet bulat bapak dia. Kulit, dia gak yang paling putih. Rambut plak, blonde. Take after his late Grandpa. 

Dia ni gak ler satu²nya berlesing pipit. Abang & adik dia berlesung dagu macam Zie. Abang & Adik dia ikut mata Zie, besar. Dia je yang lain dari yang lain. Perangai pun lain dari yang lain gak. Hahaha. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang pandai...InshaAllah ♥


Akhirnya! Kau Ku Miliki ♥


Yayyyy! Akhirnya dapat juga Zie set Tupperware LAT edition ni. Dari tahun lepas koooo Zie dok intai di Shopee. Tunggu ada seller buat stock clearance. Hehe. Zie kan pembeli yang bijak. Bukan apa bayar mahal sekiranya akan ada harga murah nanti, betul tak? 

Sebab tu sekarang Zie dah malas dah nak renew member or apply membership lagi sebab even harga member di East Malaysia pun still tak semurah harga di Shopee. Zie bukan nak kejar sales pun. Zie join member sebab nak dapatkan harga murah je sebenarnya dulu...hihi 




Tengok tue price untuk EM → RM154.90 kau! Bapak giler mahal! Parkinson terus iols. Haha. Tapi di shopee, bila ada seller buat stock clearance, Zie hanya dapat RM66 jer per set tu okey. FREE POSTAGE lagi tu. Syukur sangat² wujudnya Shopee. Dapat gak miliki benda alah mahal dengan harga yg murah. Lalalala...

Tupperware LAT ni Zie ngiyau husband untuk belikan. Haha. Buat letak susu anak² alasannya weh. Hahaha. Next target, Tupperware Rice Smart nanti. Tapi tunggu ada keluaran warna cantik sikit la. Putih hitam ke...kalau ada lah. Sebab warna tema rumah dah segala apa dalam dapur bertemakan putih hitam kelabu...haaa gittew.



Tukar Tempered Glass & Casing Baru iPad Mikail




After hampir 3 tahun, inilah kali ke-2 Zie tukar tempered glass iPad Mikail. Berbaloi gak beli di Switch ni. Bertahun² tahan walaupun selalu terjatuh dek Mikail. Zie pilih tempered glass yang jenis ada eye's protection. Takde lah sakit nanti mata Mikail. Selalunya hadkan dia main iPad dia 30minit - 1 jam je. Sebab tak elok sangat anak² di beri gadget sebenarnya. 

Nasib Mikail jenis menurut.





iPad anti-shock cover ni plak, Zie beli dari Shopee. Penghantaran direct dari China. Bercinta gak lerrrr tunggu dia sampai...haha. Yang bestnya, seller tu siap bagi touch screen pen as free gift. Ni yang bestnya beli benda alah direct dari China. 

Seller dorang pemurah nah...suka bagi free gift. Hihi



Happy je Mikail dapat iPad cover baru. Ada necktie katanya. Hihi. Bila papa dia balik rumah dari kerja, terus dia show off kat papa dia gtaw yang mama dia belikan cover iPad baru untuk dia. Hehehehe. Kids....




Bling Frosted PC Phone Case Review



Still lagi tak dapat move on dengan casing yang super gorgeous nie. Sooooo bling bling ♥ Its sooooo me! How much it cost??? Cheap jjer...no worries. 

The black one, i got it from Shopee. Only cost me RM35 including postage. Waited for almost a month for it to finally arrived... phewww ~ 

Meanwhile the Red one, i got it from Taobao. Only cost me RM19. More cheaper than shopee, huh. So regret didn’t bought the black one at taobao too...aiyoooo. Waited less than 7 days for it to arrived. Cheaper and faster compare to Shopee, right ^_^

Now u know where i get it... so, what are u waiting for?! Make sure u can read chinese if u plan to shopping at Taobao website. Hehehe



Nah, video dia plak. Shine Bright Like A Diamond! ♥