Nak Beraya ke Nak Akad Nikah?


Actually last month dah baju raya zie ni sampai. Like always, setiap tahu baju raya zie sure zie beli dari Zalora je. Malas Zie nk survey dari kedai ke kedai dengan keadaan kita tengah berpuasa lagi. Tu yg setiap tahun, Zie akan beli baju raya via online je dan semestinya di Zalora. Sebab, 1st... Free Shipping. 2nd... if tak muat, kau still boleh return and exchange size dan postage 100% di tanggung pihak Zalora.

Kali ni pertama kali zie curang dengan Brand Zalia. hihi. Setiap tahun Zalia je lah brand baju raya iols. Tapi kali ni, baju raya brand Zalia....aduhaiii, tak berapa lawa di mata zie. Tu yg try brand Lubna™ ni. Kot kot best kan.
 




Sampai je, wahhhhhh...teruja giler Zie kooo. Lawa yg teramat amattttt lah sayang. Dah macam baju untuk Akad Nikah je gamaknya. HAHA. Lace dia memang PERFECT! Love it so much. Tapi....haaa ada tapinyaaa. Huhu.

Kain dia, alahaii...awat nipis. Nampak "bayang²" tau. Terpaksa lerrrr carik inner dress lepas ni nanti. Huhuhu.




Tadaaaa!!! Ini lah dia my baju Raya saya yg ke-2. Warna putih suci murni. Tapi akan berhandbag Hitam, heels hitam dan tudung hitam. Takde lah nampak sangat cam orang nak pi nikah. HAHA. Kebaya Moden ni. Suka sangat². Kalau make comparation between Zalia dan Lubna™.... Zalia still di hati. Sebab kualiti kain dia tak nipis, tak nampak bayang² bagai.

Lubna™ ni plak, kain nipis (maybe utk design kebaya ni je kot nipis. design lagi not sure arrr. jgn kata aku kondem Lubna plak. This is my review okay, review khas utk baju ni) tapi design dia.... fuhhhh! memang lawa giler. Nipis takpe , dapat pakai inner. Janji design dia macam anak dara iols pakai...eh! Haha




No comments: