I'm Back and I'M PREGNANT!!!!






Tadaaaa!!! A welcome back news untuk uols. Inilah the reason why blog Zie lama tak berupdate. Alahan teruk time 1st trimester aritu. Sekarang baru je masuk 2nd trimester ♥ Sure uols terkejutkan...and sure tertanya tanya brapa umur anak zie yg ke-2 sekarang. Hihi.

Anak kedua zie berumur 10 bulan sekarang. Dan zie pregnant lagi masa umur dia baru 7 bulan. Bermaksud... selepas 7 bulan beranak secara pembedahan (Caesarean section), Zie pregnant lagi. Rezeki Allah swt uol. Bukankah sepatutnya 18 moths - 24 months baru boleh mengandung selepas C-section? Yup... sepatutnya gitulah uols. Itu plan doktor, jarakkan.

But Zie tak ambil any ubat perancang coz not good for my health. Effect dari ubat perancang (injection & Pills), buatkan badan Zie everyday sakit. If nak ambil Birth Control Implants or IUCD tu, tak nak lah zie. So sendiri control, kira kalendar macam zie planning untuk jarakan Mikail - Irfan dulu.

Tapi tu lah uols, kita hanya merancang...Allah swt yg menentukan. Camne entah, sekali je... SEKALI sahaja zie tersalah kira, terus conceived. Haha! Sekali check tengok, Double Line koooo. Terjawap sudah kenapa sebelum tahu diri pregnant, setiap minggu akan demam dan sakit². Rupanya berbadan dua. Hihi. Alhamdulillah....




Zie dan suami confirmkan kehamilan zie di KPJ Kuching Specialist dan sekali gus register kandungan zie dibawah jagaan Dr. Tan. Dulu Dr Tan juga yg jaga kandungan zie time Irfan dulu. Bezanya dulu zie follow up kat 2 clinic. Di KPJ ni dan di KKIA. But kali ni, sebab nak kena marah dengan nurse & doktor di KKIA sebab refused ambil pill perancang dan sudahnya mengandung... Tu yg zie hanya follow up pregnancy zie kat KPJ ni je.

Tapi tu bukanlah the only reason why zie tak register pregnancy zie di KKIA ye. Sebab utama adalah kandungan Zie kali ni adalah sangat berisiko tinggi. So better doktor pakar je lah yang jaga kandungan kali ni. InshaAllah, akan beranak kat sini je nanti dan akan berikat terus (sebab sudah 3x C-section, after that kena berikat. Nasihat dari my Gynea). Terpaksa ler weols keluarkan simpanan weols nanti untuk beranak kat hospital swasta.

Zie dan husband budget 15K nanti, biar lebih jangan kurang. Takut ada komplikasi lain time nak beranak nanti kan. Duit nanti² dapat lagi cari dan kumpul. Doakan Zie dan baby yg dikandung zie selamat sehingga masanya untuk melahirkan ye uols. Doa dari uols zie harapkan agar semua nya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi kelak...aminnn.



3 comments:

ct cheery said...

Alhamdulillah..tahniah zie. Rezeki Allah. Moga dipermudahkan segala urusan zie

Hanis Amanina said...

Akakkk, happy to know this. And yeah, this pregnancy is very risky but insyAllah may He help you throughout the process. Take care of yourself and keep healthy akakkk :)

hanisamanina.com

Zie Madini said...

CHERRY & HANIS AMANINA
-- Alhamdulillah cherry & Hanis. Rezeki yg tak terduga dari Allah swt. Mula² risau yg teramat² Zie. Zie tak nak gugurkan dan dalam masa yg sama zie risaukan juga takut rahim pecah sebab stilllllll baru lagi luca C-section tu.

But now, syukur zie dah tak fikirkan sgt. Just enjoy my last pregnancy moment ni to the fullest. Bila kita serahkan 100% kepada Allah swt dan yakin dan percaya pada Allah swt, alhamdulillah...tenang je jiwa. tanpa risau² dah.hihi

Zie just perlu alert je....if tetiba ada pendarah n rahim sgt yg teramat²...terus ke emergency room, advised my Gynea.