Mikail Kena Hay Fever @ Allergic Rhinitis




Kesian Mikail. Dari umur 4 tahun sampai ler sekarang (masa sebelum ke ENT Specialist ni), asyik fluuuuuuuu je dia memanjang. Jumpa doktor, doktor bagi ubat flu biasa....nasal spray biasa. Still macam tueeee gak Mikail. Silap Zie, tak terus bawa dia ke ENT Specialist (Ear, Nose & Throat Specialist). Kalau terus je ke pakar ENT, sure takde la bertahun.

Masa dia umur 4 tahun, on & off je dia kena Flu (tak sampai demam...just flu je). Masuk umur 5 tahun, haaa situ dah nampak cam semakin kerap. Kadang² setiap bulan flu. Dengar orang cakap, dia resdung coz tanda² dia ke arah tanda² resdung. So beli Memoreen, good utk remedy redung.

Bebulan consume, hilang...then lepas, start balik. So stop amalkan memoreen. Macam tak berkesan dah dengan Mikail. Sejak tu, zie risau sangat². Sampai mata dia gatal² & bengkak....kesian anak mama. Maaf, mama khilaf. Sampailah one day, baru tergerak hati nak google... penyakit apa ya ada berkaitan dengan flu setiap hari.

Syukur Zie jumpa entry dari website ni --> Resdung, Alahan Rhinitis dan Selsema (klik untuk baca). Part pertama yang Zie baca adalah Simptom² Resdung (kannnn dok dgr org kata, Mikail ada resdung kannnn). Tapi, hanya 1 dari 5 Simptom² Resdung je Mikail ada. The rest semua tak ada. So beralih ke bahagian Alahan Rhinitis plak.....




Once baca Simptom² Allergic Rhinitis ni, kelima² simptom tu ada pada Mikail. Nahhhhh! Betul lerr firasat zie kuat mengatakan mikail bukan resdung. Tapi allergic. Cuma tak tahu dia allergic apa. So bila ke semua simptom Allergic Rhinitis (also known as Hay Fever) ada pada Mikail dan dalam artikel tu pun sarankan untuk kita ke pakar ENT tu pemeriksaan lebih details...

Terus Zie call KPJ Kuching Specialist Hospital untuk setkan appointment buat Mikail. Since klinik pakar ENT tu tak bukan pada hari sabtu. Terpaksa lerrr hari Isnin zie ambil half day leave. Bawa Mikail ke pakar ENT sama² dengan husband. Baby Irfan tak bawa...tinggal kat rumah je sebab tak digalakkan baby ke hospital unless baby yg perlukan rawatan.

So baby Irfan stay dengan emak Zie kat rumah.




Selepas Dr David (pakar ENT) checked Mikail, yup...as expected, Allergic Rhinitis. Gambar tu zie terpaksa hitam putih kan. Kang geli plak uols tengok. Haha. Syukur, Mikail still belum kategori teruk. Tapi ada bengkak sikit dah benda alah tu (lupa apa nama sains benda alah tu. Hahahaha).

Dr David kata lagi, if teruk... terpaksa di operate. Fuhhh! Gerun dengar. Doktor suruh makan ubat selama 1 minggu je. Dan guna nasal spray yg dia akan prescript setiap hari.



Dua ubat ni Dr David prescripted untuk Mikail. Aerius Syrup tu, Zie bagi selama 7 hari je. Dan untuk Nasonex nasal spray tu....pun zie bagi selama 7 hari je. Tak nak lah zie setiap hari spray dia. If tengok hidung dia start gatal²...haaa baru zie spray. 

Moral dalam entry ni... selagi uols tak jumpa doktor yg pakar dalam bidang sakit masing². Jangan dengar cakap orang or jangan gak based on googled simptom. Google untuk info je boleh...tapi MESTI gak jumpa doktor. Jangan memandai² je. Contoh, kot kot lah ada parents yang terbaca entry zie ni. Tengok zie ada tayang apa ubat untuk rawat allergic rhinitis tu. Terus pi pharmacy, beli pastu terus bagi anak makan. No no...tak boleh gitu ye uols.

Kena gak sahkan dengan doktor. Biar doktor yg bagi ubat apa utk di makan. Mana tahu uols rasa allergic rhinitis, tp sebenarnya resdung....haaa, bahaya tu salah makan ubat. So, dapatkan info... pergi doktor untuk buat pemeriksaan.

Sekarang, alhamdulillah. No more flu dah mikail. Kalau tak.... SETIAP HARI okay. Mak Bapa mana yg tak risau, betul tak?...




No comments: