Joie Juva Buat Baby Mikayla


Parcel yang di tunggu² sudah sampai! ♥ Bunga² hati koooo. Kan aritu handle baby carrier car seat Mikayla dah hampir patah (klik SINIutk baca entry), Mulanya ingat nak beli lepas dapat gaji. Memandangkan carrier car seat tu memang Zie perlukan setiap hari untuk urusan penghantaran Mikayla ke Nursery....

....so nak tak nak, terpaksa ler keluarkan saving untuk beli baru (Zie dan husband kongsi dua bayar...wajib weols half² bayar ko. Tu gunanya 2 orang bekerja).




Zie beli di Shopee jer. Ambik senang. Plus harga dia jauhhhhhhh lagi murah dari harga di Mothercare outlet di Vivacity Shopping mall tu. Zie beli dari seller Halomama.com (klik nama utk ke account Shopee dia). Friendly seller dan penghantaran SUPER PANTAS! Hari Jumaat tengah hari Zie place order, jam 2:30pm seller dah uruskan pengeposan.

TipTop service! Highly recommended this seller, okay.




Tadaaaaa!!! Inilah dia baby carrier car seat terbaru Mikayla ♥ Semestinya brand Joie menjadi pilihan hati. Zie pilih warna Black Ink. Dia ada warna Merah, walaupun Zie peminat warna merah. Zaman warna merah dah berubah dah bila dah jadi "warga emas" ni. Minat bertukar ke warna hitam, putih & grey. 

....so sekarang, Zie peminat tegar 3 warna tu dah sekarang ye. Warna Merah dah so so je. Ada tengok blog ni, hitam putih warna sudah. Hahaha. Warna merah, zaman belia bah....LOL!





Kotak dan manual book & segala bagai tags tu....kena simpan elok². Nanti bila Mikayla dah tak muat lagi nak duduk dalam car seat ni, dapat gak dijual Preloved item. Betul tak? Hihi. 




Cantik! Warna hitam tak nampak kotor. Plus smart je nampak kan ♥







Alololo! muka happy ada carrier seat baru. Takde ler pakai car seat secondhand dari abang Irfan dia kan. Hihi. InshaAllah...andai ada rezeki lagi nanti, Zie nak belikan Joie Steadi car seat. Ganti car seat lama irfan yang dulunya dari abang Mikail dia. hehehe. Yang Joie Steadi Car Seat ni, muat sampai umur 12 tahun. Actually dari newborn sampai 12 tahun. So berbaloi beli....dapat pakai lama.

Sure tanya, kenapa tak nak beli terus Joie Steadi car seat tu kan? Kenapa macam nak 2 - 3 kali nak bebeli baru. Masalahnya, kalau husband Zie in town.... husband tukang ambik balik. Jadi Joie Juva ni kan jenis carrier. Senang lerrr Zie nak tinggalkan aje kat nursery.

Bila husband ambik Mikayla balit, dapat ler kongsi guna. Tak perlu kena beli 2 unit benda alah tu. Jimat maaaa. By the way, I'm in love dengan brand Joie. Colour baby gears dia semua smart² gitu. Semestinya ada warna hitam, kelabu. I like!




No comments: