Showing posts with label Joie Brand. Show all posts
Showing posts with label Joie Brand. Show all posts

Joie Juva Buat Baby Mikayla


Parcel yang di tunggu² sudah sampai! ♥ Bunga² hati koooo. Kan aritu handle baby carrier car seat Mikayla dah hampir patah (klik SINIutk baca entry), Mulanya ingat nak beli lepas dapat gaji. Memandangkan carrier car seat tu memang Zie perlukan setiap hari untuk urusan penghantaran Mikayla ke Nursery....

....so nak tak nak, terpaksa ler keluarkan saving untuk beli baru (Zie dan husband kongsi dua bayar...wajib weols half² bayar ko. Tu gunanya 2 orang bekerja).




Zie beli di Shopee jer. Ambik senang. Plus harga dia jauhhhhhhh lagi murah dari harga di Mothercare outlet di Vivacity Shopping mall tu. Zie beli dari seller Halomama.com (klik nama utk ke account Shopee dia). Friendly seller dan penghantaran SUPER PANTAS! Hari Jumaat tengah hari Zie place order, jam 2:30pm seller dah uruskan pengeposan.

TipTop service! Highly recommended this seller, okay.




Tadaaaaa!!! Inilah dia baby carrier car seat terbaru Mikayla ♥ Semestinya brand Joie menjadi pilihan hati. Zie pilih warna Black Ink. Dia ada warna Merah, walaupun Zie peminat warna merah. Zaman warna merah dah berubah dah bila dah jadi "warga emas" ni. Minat bertukar ke warna hitam, putih & grey. 

....so sekarang, Zie peminat tegar 3 warna tu dah sekarang ye. Warna Merah dah so so je. Ada tengok blog ni, hitam putih warna sudah. Hahaha. Warna merah, zaman belia bah....LOL!





Kotak dan manual book & segala bagai tags tu....kena simpan elok². Nanti bila Mikayla dah tak muat lagi nak duduk dalam car seat ni, dapat gak dijual Preloved item. Betul tak? Hihi. 




Cantik! Warna hitam tak nampak kotor. Plus smart je nampak kan ♥







Alololo! muka happy ada carrier seat baru. Takde ler pakai car seat secondhand dari abang Irfan dia kan. Hihi. InshaAllah...andai ada rezeki lagi nanti, Zie nak belikan Joie Steadi car seat. Ganti car seat lama irfan yang dulunya dari abang Mikail dia. hehehe. Yang Joie Steadi Car Seat ni, muat sampai umur 12 tahun. Actually dari newborn sampai 12 tahun. So berbaloi beli....dapat pakai lama.

Sure tanya, kenapa tak nak beli terus Joie Steadi car seat tu kan? Kenapa macam nak 2 - 3 kali nak bebeli baru. Masalahnya, kalau husband Zie in town.... husband tukang ambik balik. Jadi Joie Juva ni kan jenis carrier. Senang lerrr Zie nak tinggalkan aje kat nursery.

Bila husband ambik Mikayla balit, dapat ler kongsi guna. Tak perlu kena beli 2 unit benda alah tu. Jimat maaaa. By the way, I'm in love dengan brand Joie. Colour baby gears dia semua smart² gitu. Semestinya ada warna hitam, kelabu. I like!




Joie Baby Stroller Buat Irfan & Baby




Aduhai....post entry ni sepatutnya Zie publish sebelum Mikayla lahir. Disebabkan kekangan masa takde, nah...sudahnya dah 3 bulan lebih umur Mikayla, baru Zie dapat siapkan penulisan post ni. Hahaha. Memang aku dah tak setegar dulu dalam dunia blogging ni kau! Hehe

Okay, berbalik pada baby stroller tu (tak semahal stroller viral 3K ye...awal gitaw. hihi), disebabkan bapak dorang tak nak surung baby stroller zaman Mikail dulu, old fashion dah katanya. So dia nak belikan yg design baru dan lebih ringan.

Zie mana mana je. Dia yang bayar. If share half, memang tak ler nak membazir. Haha. Stroller yg lama, bagi kat kazen. Kebetulan dia pun tengah expecting jugak dan belum lagi beli baby stroller. So takyah bazir. Pakai Preloved baby stroller Mikail je. Still elok apa.






Abang Irfan yang dulu merasmi. Hihi. Cantik stroller ni. Ringan pun iyer. Beli dari Shopee! Jauh weh murah harga nya. Kalau kat Kuching ni, 1K plus. Di shopee include postage RM900 plus je. Berat maximum sampai 20kg. Okay ler tu kan.


Time ni Mikayla still dalam rahim, so Irfan yg pakai dulu. Hihi. Once Mikayla dah lahir, bapak dorang belikan Tricycle Stroller ni haaaa utk Irfan. Seronok kooo dia kat dalam tu. Ni pun bapak dorang beli dari shopee gak. RM50 plus jer including postage. If market price di kuching ni, 100 plus (mata ke atas).

...syukur wujudnya Shopee kan. Dapat gak weols di Borneo ni beli dengan harga yg murah gak. Hihi





baby Mikayla in da house! hihi Sayang kesemua anak² emak!





Macam Je Benda "Minta" Duit





Haishhhhh.... time tak lama lagi nak "birthday" kereta Zie, time tueeeeee lah dia nak rosak. Ada² je benda yang nak mintak perhatian. Huhu. Kali ni, Handle baby carrier seat buat Mikayla plak dah nak patah. Sebelah kiri handle tu. Nasib baik cikgu di nursery dia perasan.

...bahaya nah taw. Andai kata if sampai sekarang Zie tak perasan, tak ke Zie still lagi gendong Mikayla ke hulu ke hilir guna baby carrier tu. What if time Zie bawa tu, time tu handle tu patah and Mikayla dalam tu terjatuh....Allahhuuuu... tak nak Zie bayangkan.

Mujur cikgu dia perasan. Lama gak dah hayat baby carrier tu. 






Pakat dengak husband beli baby carrier seat yang baru je lah. Sebab setiap hari benda alah tu Zie pakai untuk bawa dia gi nursery. Zie plan nak beli brand Joie ni. So that satu jenama dengan baby stroller dia. Lagipun kaler dia stylo. Black Ink katanya. Hihi

Haritu ada survey, harga di Mothercare kat Vivacity.... RM499 gitu. Bila tengok di shopee, RM313 jer include postage ke Kuching, Sarawak. Murah giler weh. Of course akan beli di Shopee je daripada beli di Mothercare tu.

Biasalah harga pasaran di Kuching ni. Serba serbi mahal. Macam di Shopee, since seller dia di Semenanjung... then ikut harga pasaran Semenanjung ler kan. Syukur nah Shopee ni wujud taw. Dapat gak weols di Borneo ni merasa harga murah sikit. hihi.

Gaji nanti je lah beli lepas bayar Nuna Babycott yang Zie beli dengan abang Minie before Raya that day. Haishhh....duittttt lagi. Half² dengan husband semua benda. Hihi