Mikail Kena Allergik Teruk 😢




Uols tengok mata Mikail tu uols. Panic giler Zie. Susah jaga budak yang ada allergik ni. Debu dia allergik, makanan pun dia allergik...even bauan punnnnn dia allergik. Malam tu, Zie tak perasan dia kena allergik ni sebab langsung takde makan seafood. Nak kata terdedah dgn debu, punnnn sama...takde gak. Masa tu Zie suruh dia tido...Zie dengar bunyi dia tarik² hingus dia... Zie ingatkan dia nangis sebab kan paksa dia tido (hehe)....

...the moment dia toleh kat Zie. Allahhuuuuu... panic Zie! Terus Zie tanya, dia gosok mata ke. Dia angguk. Apa lagi...membebel lah Zie. Dia kata gatal sangat...terus Zie tanya, tadi dia main apa? Dia jawap dia main Playdoh. Hmmmmm... Mikail ni kan...degilllllll sangat. Benda yang memudaratkan kesihatan dia, yang akan tiggerred allergik dia... benda alah tueeeee jugak dia berhantu nah nak main. Stress iols tau...huhu.

Dah tu pi gosok mata tak berakal nah. Gosok sampai bengkak camtu and mata putih dia tu turn out macam jelly²....siapa tak panik, kan. Nak bawa ke klinik, klinik tutup. Klinik biasa² ada lah bukak...tp klinik tempat pead dia, tutup sudah. Sakit hati plak Zie dgn Mikail ni. Degil!




Mujurlah zie still ada allergik dia ni. FYI, Mikail ada allergik rhinitis ye. Bagi dia ubat allergik dia pastu Zie basahkan towel kecil, letakkan atas mata dia utk kurangkan sikit kegatalan tu. Awal warning Mikail, jangan sesekali alihkan & gosok mata lagi. Mujurlah 30 minutes lepas tu, bengkak tu beransur² pulih. Hope Mikail learned the lesson....

Lepas bagi dia makan ubat, snap gambar dia...whatsapp kat bapak dia, sambung bebel lagi Zie kat bapak dia. huhu. Pastu terus Zie pi carik Playdoh dia....simpan tempat tinggi. Hari tu beli Playdoh tu sebab dia ada projek Sains kat sekolah. Sebab tu beli. Mikail ni memang tau...pantang nah tengok playdoh. Bukan nak kira nanti dia allergik bagai...haishhh. 

Cepatlah bulan Julai ni berlalu....letih dah iols ni jadi 2in1 parent. Tak sabar tunggu husband balik dari OPS...huhu. Stress kekadang dengar perangai anak². Tapi tu la...bila dorang besar nanti, Zie akan rindukan zaman dorang masih kecik macam ni.




1 comment:

ct cheery said...

Teruk Zie..Kalo cheery dah nangis xtaw nak buat apa. ALuth pun allergic habuk tapi dia sekadar Naik merah2 kat kulit jer xde teruk mcm Tu. Sian Mikail. Nak bermain Ada batasnya. Moga cepat baik Dan moga urusan zie dipermudahkan