Showing posts with label Allergic Medicine. Show all posts
Showing posts with label Allergic Medicine. Show all posts

Mikail Kena Allergik Teruk 😢




Uols tengok mata Mikail tu uols. Panic giler Zie. Susah jaga budak yang ada allergik ni. Debu dia allergik, makanan pun dia allergik...even bauan punnnnn dia allergik. Malam tu, Zie tak perasan dia kena allergik ni sebab langsung takde makan seafood. Nak kata terdedah dgn debu, punnnn sama...takde gak. Masa tu Zie suruh dia tido...Zie dengar bunyi dia tarik² hingus dia... Zie ingatkan dia nangis sebab kan paksa dia tido (hehe)....

...the moment dia toleh kat Zie. Allahhuuuuu... panic Zie! Terus Zie tanya, dia gosok mata ke. Dia angguk. Apa lagi...membebel lah Zie. Dia kata gatal sangat...terus Zie tanya, tadi dia main apa? Dia jawap dia main Playdoh. Hmmmmm... Mikail ni kan...degilllllll sangat. Benda yang memudaratkan kesihatan dia, yang akan tiggerred allergik dia... benda alah tueeeee jugak dia berhantu nah nak main. Stress iols tau...huhu.

Dah tu pi gosok mata tak berakal nah. Gosok sampai bengkak camtu and mata putih dia tu turn out macam jelly²....siapa tak panik, kan. Nak bawa ke klinik, klinik tutup. Klinik biasa² ada lah bukak...tp klinik tempat pead dia, tutup sudah. Sakit hati plak Zie dgn Mikail ni. Degil!




Mujurlah zie still ada allergik dia ni. FYI, Mikail ada allergik rhinitis ye. Bagi dia ubat allergik dia pastu Zie basahkan towel kecil, letakkan atas mata dia utk kurangkan sikit kegatalan tu. Awal warning Mikail, jangan sesekali alihkan & gosok mata lagi. Mujurlah 30 minutes lepas tu, bengkak tu beransur² pulih. Hope Mikail learned the lesson....

Lepas bagi dia makan ubat, snap gambar dia...whatsapp kat bapak dia, sambung bebel lagi Zie kat bapak dia. huhu. Pastu terus Zie pi carik Playdoh dia....simpan tempat tinggi. Hari tu beli Playdoh tu sebab dia ada projek Sains kat sekolah. Sebab tu beli. Mikail ni memang tau...pantang nah tengok playdoh. Bukan nak kira nanti dia allergik bagai...haishhh. 

Cepatlah bulan Julai ni berlalu....letih dah iols ni jadi 2in1 parent. Tak sabar tunggu husband balik dari OPS...huhu. Stress kekadang dengar perangai anak². Tapi tu la...bila dorang besar nanti, Zie akan rindukan zaman dorang masih kecik macam ni.




Pill Alergik Aku







Semua sudah sedia maklum yang zie ni alergik dgn udang, kan. Gara-gara makan Cheese Baked Prawn time lunch di Thai Restaurant....belummmm sampai setengah jam selepas makan....terus hidung mula gatal-gatal dan flu tetiba dtg menyerang...huhu

...padan muka. Siapa suruh kan. Hoho. Sampai kat opis, mintak tolong kat Iskandar (my colleague) belikan pill alergik zie di klinik. Nasib baik bawah opis ada klinik. Kalau tidak...merasa lah mata bengkak. Haha. 











Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
TOP LEADER CIRCLE
-- Click SINI utk view website :)


:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::

Aku Dan Udang :(



Semalam, emak rebus udang harimau. Memandangkan zie ni jenis tak sedar yg diri ni tak boleh makan udang. Tanpa check sama ada pil elergik still ada atau tidak..

...terus ngap 2 ekor udang. As a result, few hours lepas...hambek kau zie!

::
::
::
::
::


Siapa yg ada dlm my fb list or my fb followers, sure tahu tentang status status kes ni. Huhu. Tu ar...penangan x reti nk berpantang :(

Akibatnya, mata dan hidun gatal tahap maksima! 





Nak dijadikan citer, pil elergik dh kehabisan kooo. arghhh! :( Zie actually makan Zyertec dan guna nasal spray, prescription by doktor ye noks ^_^

Ubat, habis. Spray plak, tertinggal di office... what a luck :(





Hampir sejam selepas the 1st attact, datang pula "serangan" susulan in where tekak plak terasa gatal bagai apa entah :( Time tu, rasa nak aje rush ke klinik. 

Tp...memandangkan zie ni rabun malam ditambah lg mata dah bengkak akibat kegatalan, menjawap ler x dpt ke klinik and kena tahankan aje lah

...bila dh terdesak, mula lah selongkar dlm peti ais (tempat ubat) cr kot kot ada ubat zie yg terpelanting ke apa. haha.  INSTEAD OF jumpa ubat zie, zie jmpa ubt ini p :)

::
::
::
::
::
::




Bila terjumpa ubt ini..pabila mata terpandang ayat "ALLERGY" hati terus happy giler. ibarat terjumpa sebutir diamond! haha.

...doktor suruh makan 1 biji, aku plak telan 2 biji. Kekonon nak cpt sembuh. Hehe. Hampir sejam lepas tu..

Alhamdulillah... beransur kurang kegatalan dan berganti kengantokkan yg teramat amat..huhu. 


p/s: 
serik dah mkn udang
if teringin pn nk makan
akan check ubat ada ke 
tak terlebih dulu. tak na
pisang berbuah 2x. haha.












Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog Izza a.k.a SweetHoney86
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::



Zie Madini Copyright©