Mikail Turns 7 : E-Card, Birthday Stickers & Thank You Tag



Lunch break hari Selasa yang lepas, Zie bawa Mira temankan Zie pergi kedai printing. Nak print stickers & thank you tag untuk sambutan hari jadi Mikail di kelas dia pada hari Jumaat minggu hadapan. Sekarang senang, dah tahu kedai printing. Kau designed sendiri, then hantar printing sendiri....murahhh je budget kau taw.

Dengan syarat...u know how to do it yourself ler. Kalau tak tahu, better serah pada yang pakar bab designing. hihi




Weols ke kedai printing di Wisma Hopoh je. Ambil dekat dari office. Suka printing benda alah kat sini. Staff semua friendly termasuklah boss dorang. No wonder lah dari kecil sampai dah beranak pinak Zie...masih lagi wujud kedai ni. Dulu booth je dorang. Hanya boss dia je yang handle.

Sekarang...wahhh, maju sudah. Dah ada kedai sendiri & pekerja. Good job! Hats off ♥





Mikail's Birthday E-Card

Mikail's Birthday Thank You Tag

Dengan bangganya nak gitaw, Zie sendiri designed E-Card & Thank You tag tu taw. Walaupun design dia tak sehebat design dari graphic designer....still gak Zie nak bangga. Sebab kan iols totally bukan dari bidang gitu²...hihi. Bidang accounting/admin.... tetiba dapat buat graphic designing...ko ghase? Hehehe..

...okay, done  vangga ^_^ E-card tu Zie akan printing sendiri. Print macam print gambar je nanti. Kan iols ada Canon Selphy...guna tu je. Untuk hard copy kenangan tema² birthday Mikail. Nanti rajin Zie akan print out E-card dia dari birthday 1 tahun ke 7 tahun. Tungu la once sihat dan tak busy. Zie ni asal weekend, confirm tak sihat. Kenapa entah....hmmmm






Siap! Yang Stickers tue , ready made kedai tu punya. Just tambah ayat² tu je. RM10 untuk 60pcs. Murah giler kannnnnn. Stickers tue utk Zie tampal kat goody bags gifts & kat kotak cuppies nanti. Takde lah kosong sangat.

Yang Thank You tags tu plak, buat kepilkan di Goody bags. iols yang designed okay. Cewah! Hihi. Happy tengok hasil printing dia as per what i want...weeehoooo~


• Goodies Bags ✓ 
• Goodies Bag's Gifts 
   - untuk Kawan² ✓
   - untuk Cikgu²
• Goodies Bag's Sweets Treat
• Cupcake Covers ✓
• Tempah Cupcake ✓
• Tempah Birthday Cake ✓
• Birthday Stickers ✓
• Birthday e-Card & Thank you Tag ✓


Yayyyy! Almost complete dah check list tu. Tinggal nak carikan small gifts untuk cikgu² dia je lagi, Cikgu perempuan dah tahu dah apa hendak di bagi. Cikgu lelaki tu ler...alahaiiii, nak bagi small gift apa ek. Payah nah bagi hadiah kat lelaki.

That's why ler husband Zie, zie main tanya dia terus je apa dia nak untuk birthday/anniversary gift dia. Malas nak fikir²...hehe





No comments: