|| Product Review || Zalora Halter Neck Peplum




disebabkan Zie sangat² suka dengan kualiti dan cutting Zalora Halter Neck Peplum, Zie repeat order lagi. Kalau hari tue Zie beli kaler Burgandy (boleh Klik SINI untuk baca balik entry)... kali ni Zie repeat order kaler Mustard plak... niatnya lah. Hihi. Suka dengan warna Mustard. Bak kata Mira (my office BFF), warna kuning ni menyerlahkan lagi warna kulit Zie...nampak semakin putih gittew katanya. 

Wahhh...mengampu nampak kau Mira. Haha




Kali ni price dia RM20.90, takde extra diskaun. Memandangkan hanya beli sehelai ni jer, so terpaksa ler pejam mata bayar postage RM10. Oh...Zie sangat sangat berkira part postage taw. Sebolehnya beli sampai minimum order yang kau akan entitle free postage tu. Sadly...takde lagi baju yang murah² yang Zie berkenan.

...so bayar je lah postage fee tu. Sekali sekala....huhu. Jadi dengan ini, Kiranya harga RM30.90 ler ye including postage...hihi.





Once received....alahaiiii, warna not as per expected. Kan Zie expect dia akan warna Mustard. Rupanya dia warna Chartreuse a.k.a warna Kuning Taik! Hahaha. But still nice ler...cuma Zie takde shawl yang sedondon dengan warna. Nanti ler carik shawl warna Chartreuse ni. Memandangkan baju ni jenis seksi; sleeveless.... wajib ler pakai jacket/blazer..


Bila dah pakai jacket/blazer warna hitam.... takkan ler kau nak pakai tudung hitam gak kan. Kang tak menyerlah baju tu nanti. Tenggelam dek warna hitam. Tu yang mesti pakai shawl sedondon warna. Baru look smart....aaaagittew!.




Black and Chartreuse combination colour...ailike! Zie suka pakai baju peplum. Sebab dia bagi Zie kelihatan slim and ada curve...haaa gittewww. Dalam gambar nampak cam warna Mustard dan sedondon je dengan shawl tu kan. Hakikatnya.... tak sedondon walaupun tergolong dalam keluarga Kuning! hihi


Full start untuk baju ni. Siapa antara uols yg nak gak beli baju ni, boleh click link dibawah nanti ye... sementara harga still on sale harga tu.




Happy Shopping! XOXO



No comments: