Pertama Kali Online Shopping di GoShop!



Masa public holiday hari ganti cuti Hari Raya Haji the other day... Emak Zie kan minat dia pi tengok show Go Shop. Cuma kali ni bukan Live showing ler. Siaran ulangan. Biasalah Astro, bukan astro namanya kalau bukan ulangan...hehe. So emak mengiyau ler nak beli Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid dia tengok tu.

...untuk dia asahkan lagi tajwid, bacaan dia katanya. Disamping tu senang untuk jadikan rujukan masa dia mengajar budak²/makcik² mengaji. Demi mu emak... orang install ler GoShop App.





Done! Free shipping you you. Di Shopee ada gak sebenarnya benda alah ni. Tapi takde free shipping. Jadi mahal. So stay beli di GoShop je lah. Tambahkan 1 lagi pengalaman membeli benda alah di app online shopping terbaru.

Time pembayaran tu, baru ler perasan yang Go Shop ni under Astro. Sebab guna FPX Astro. So senang ler part pembayaran dia sebab Zie familiar. Setiap bulan guna system pembayaran tu untuk bayar bill Astro. Hihi. FYI, app GoShop ni friendly user ye...mudah difahami.





Pembelian pada hari Isnin (public holiday, so not counted), Pengeposan di buat keesokkan harinya (Selasa), barang sampai pada hari Khamis, sebelah petang. 2 hari je penantian. Fast delivery! GoShop guna khidmat GDex courier service, FYI. 




Di terima dalam keadaan PERFECT!



3 buku ni, Free Gift dia. 





Tadaaa... ni lah dia Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid yang diidam²kan oleh emak. Happy koooo time Zie pass kat dia benda alah ni. InshaAllah, birthday dia nanti Zie nak hadiahkan Telekung Siti Khadijah plak kat dia. Nak carik telekung yang jenis berpoket dan berzip. Telekung jenis gitu yang dia tengah carik.

Harap² Telekung Siti Khadijah nanti akan jenis yang dia nak sangat tu....Xoxo



1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sejuk hati mak dpt anak cam u.. ;)