Selamat Berkhidmat Digi Infinite 100


Minggu lepas, Zie terima call dairi Digi. Offered Zie postpaid plan 100 Infinite only for RM90/month. Memandangkan kadang² bill Digi Zie selalu reach RM100 lebih gara² add on Internet yang RM5 for 7 days tu (kuata tenet habis Mikail & Irfan kerjakan...hihi. Hotspot kat dorang)....

...since dia kata unlimited internet & call (err...actually tak heran sangat part unlimited call tu...haha. Sbb Zie jarang call orang. Bila perlu je. Part Unlimited Internet tu yg Zie hadap ^_^), ON terus kau! Unlimited setiap hari tu you you. Siapa tak nak, kan?




Tengok bill yang sedia ada tu. RM100 plus! Hahaha. Internet hanya 20GB jer untuk plan 80 tu. Kata nak jimat ambil plan 80..alih² selalu je bayar RM100 plus per month gara² habis kuata tenet. Huhu. Kalau dak digi tu tak call offering plan 100 Infinite tu....sumpah, tak tahu Zie kewujudan plan tu. Haha.




Akhirnya...3 tahun lebih Zie pakai Plan 80 tu, bertukar jugak iols akhirnya ke plan yang lebih menguntungkan ♥




See...SMS tu, tak pernah dah pakai. Semua through Whatsapp je. Hotspot je Digi limitkan ke 20GB per month. Okay ler tu. Isnin sampai Jumaat, Mikail dan Irfan pakai Hotspot Zie. Weekend plak, dorang dua pakai Hotspot bapak dorang plak. Sebab bapak dorang Plan 120, weekend unlimited internet including hotspot. 






tapi kan...bila check SMS dari Digi tentang pertukaran plan ni. Baruuuuu ler perasan bayar RM90 setiap bulan tu hanya untuk 12 bulan je. Meaning bulan ke-13, bayar jadi RM100 macam biasa ler tu. Ceh! Time Digi Sales Person tu call, takde pun dia gtaw information tu. Just tekankan takde apa² contract bla bla bla...

...takpe lah. Rasanya akan stay under plan ni. Since unlimited. If hotspot dah habis kuata, then baru guna bapak dia. Apa² pun, Thanks Digi for this offer...XOXO



No comments: