Tengok Boboiboy Movie 2 : Part I - Nando's




Here we are semalam, mewayang dengan Mikail ♥ Dia nak belanja emak dia tengok wayang katanya. Sempena Harijadi emaknya...dia suruh ambik duit dia, dia bayarkan tiket wayang... makan minum weols berdua nanti. Semua on him, katanya....haha.

Aah... iya kan. Takdenya Zie nak gunakan duit dia koooo uols. Bapak dia awal² da  bagi Zie duit belanja untuk tambahkan perbelanjaan weols keluar ni. Kalau bapak dia hulurkan duit, laju je Zie ambil. Rezeki jangan ditolak. Haha! Tapi kalau duit Mikail...tak nak lah 

Duit simpanan diat utk masa depan dia tu. Niat dia nak belanja emak dia ni, dah cukup bermakna bagi Zie. Sejuk perut mengandung ko uols. Weols pergi berdua je. Bapak diat stay dirumah, jadi 2in1 parent kepada Irfan dan Mikayla. Good Luck! Haha




Zie bawa Mikail ke MBO Cinema di The Spring. Dalam banyak² wayang di Kuching ni, hanya di MBO je Zie suka tengok wayang. Selesa Zie dengan tempat ni. Walaupun orang kat di Vivacity lagi cantik wayang dia lah apa lah...still MBO di hati. Hihi.

Time beli tiket ni, ada lerrrr budak tu sibuk je nak keluarkan duit dari wallet dia. Terbalik ke atas mata Zie tengok. haha. Mencuit hati. Kan dia nak belanja emak katanya tadi kan. He meant it okay. Pssttt... dia ingat cukup kot RM10 dalam wallet dia tu....HAHAHA. Tettttttt! Kalau duit di akaun bank dia, haaa...tu baru cukup. Ada debit kad tak kau., Mikail? Takde kan? So dok diam diam...hehe.

So, berdrama lerrr weols anak beranak di depan kaunter tu. Bila si anak nak bayar, si emak plak refused. So berdialog drama TV3 pukul 7mlm ler jawapnya. Hahaha. U made my day, sayang sayang. Nasib tak ramai orang. Pepandai ler Zie kata kali ni emak bayarkan. Nanti bila dia dah kerja, baru turn dia bayarkan. Buat masa sekarang, dia belanja emak pop corn je.

Nasib dia beralah. Hihi.





Muka excited! Ni pun dia sibuk nak bayarkan. Alahaiiiii... geram nak cakap kat dia, takde debit card...jd tukang makan je. HAHA! Takdenya cukup RM10 mu itu anak oiiiiiii. Dah besar nanti, dah berkerja dan ada duit sendiri, haaaa time tu makan kau ni nak makan itu ini. Tak belanja emak...siap kau! Mak paksa kau baca entry ni balik tau.




Zie nak redeem free ¼ Peri Peri Chicken sebenarnya. Sebab tu makan di Nando's. Jimat sikit. Hihi. Just ordered side dishes je dan air je. Gitu ler niat asal. Tapi Mikail mengiyau plak diat tak nak share chicken dengan Zie. Dasar tamak! Hahahaha.

Ye la ye la....mak order 1 set peri peri chicken mak sendiri lah. Kedekut haji bahkil nah Mikail tu taw. 





Set ¼ Peri Peri Chicken with mild flavour for me ♥ Side dishes Zie ordered Fries & Mediterranean Rice. Bahagi dua dengan Mikail. Zie kan tengah on diet. So wajib bahagi dua. Nasib hendak budak tu...kalau tak, terpaksa order lagi untuk dia.





Yang redeemed ¼ chicken tu, bagi kat Mikail. Flavoured Lemon & Herbs. Nak tahu? Kan tadi dia yang beriya nah tak nak share chicken dengan Zie kan. Katanya nanti dia kebulur lapar, camne....katanya tadi kan. So si over ni uols rasa² dia habiskan tak? Hmmm....takde maknanya dia habiskan. Cekik kang..haaaaa. Huhu.

Terpaksa lerrrr Zie yang tengah berdiet ni habiskan. Takkan nak buang. Bazir. Nak tapaw...alang². Sebab nando's ni tapaw dorang guna paperbag je. Takde plastik....kang hancur bocor, hbis cerita handbag aku nanti.

So nak tak nak....cheat day je lah dari diet. Kekanyang iols makan 2 ¼ chicken. sikittttt je dia makan. Tapi nasi n fires...dia habiskan. Maybe tu dia kenyang kot. Consider sikit gak apa makanan dia tu. Padan ar kurus kering.





Dia tak sabar nak tengok boboiboy dia. Zie so so je. Sebab tak pernah layan boboiboy ni. Ni pun terpaksa....demi mu anak. Ingat nak ajak diat tengok Dora The Explorer. Sudahnya dia tak nak. Katanya kawan² dia semua dah tengok. Dia sorang je belum tengok. Baiklah....





Sementara menunggu. Ingat nak beli baju T-Shirt Spiderman untuk dia pakai time birthday dia nanti. Alih² harga RM100 plus.... TAK KUASA aku noks! Hahahaha. Pakai je baju Spiderman yang dah ada di rumah nanti. Jangan membazir. RM100 plus over sehelai baju budak yang sekejappp je dah tak muat budak pakai...oh no no.. sangat tak berbaloi.

Tak terasa jalan² kejap je...dah jam 1:15pm. Rebut² naik atas. Sebab nak beli popcorn lagi kan.... So, entry bersambung di Part II ye uols. XOXO

No comments: