Zie kalau part jus kunyit ni. Memang ada memilih sikit. Ada sesetengah orang buat dia tak sedap. Hanya sorang je sedap but tapi sekarang dah stop dah di jual...huhu. Sudahnya Zie try ler buat sendiri. Senang je nak buat dia. Cuma Zie skip bahan buah manjakani jer.
Susah benda alah tu nak dicari. So why bother... guna kunyit je. First try, terus menjadi. Hasilnya sedap lagi dari belian...hihi. Jimat kooooo...Meh, Zie share resepi ↴
Bahan² :
• Ibu Kunyit
• Buah Manjakani - optional (takde, skip)
• Asam Jawa • Madu
• Garam
• Air
P/S :
Kuantiti bahan² diatas, uols main agak² lah ye
...Zie tak buat sukatan. Hihi
Cara² Membuat :
- Kunyit hidup dibersihkan kulitnya pastu hiris dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getahnya.
- Tumbuk atau blend kunyit dengan air.
- Tapis pastu tuang ke dalam dalam periuk dan didihkan
- Masukkan asam jawa + madu dan buah manjakani (Sekiranya ada).
- Biarkan api perlahan, kacau sampai mendidih.
- Tapiskan sekali lagi ke dalam jag dan masukkan ke dalam botol bila dah sejuk.
- Simpanlah dalam peti ais
See....teramat sangat lah senang buat dia kan? Why bother beli? Unless malas nak buatlah...tu lain cerita. Hihi.
Maka terhasillah 400ml Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini. Terus pasang angan angan nak jadi tauke Jamu Jus Kunyit kau! Haha
Tapi.... bila tengok keadaan tangan Zie (ni baru sikit buat, dah camni kuning.. agak² kalau buat utk jual dalam kuantiti yang banyak....mahunya kuning sekuning²nya tangan tu. Eh, Lupa! Gloves kan hado...haiyaaaa.) Terus tak jadi nak jadi tauke Jus Kunyit. Hahaha.
...Takde lah. Bukan pasal tangan jadi kuning yang jadi penyebab tak nak jadi tauke Jus Kunyit. Hehe. Kekangan masa penyebab utama dia. Plus Zie tak dapat nak buat COD gak. Makanya...dengan itu, terkubur ler angan angan nak jadi Tauke Jus Kunyit Asam Madu! Haha
Takpe...insha'Allah. One fine day...
1 comment:
Niat dah ada tu..insyaallah allah permudahkan..ada jer jalan nak berjaya kan...sedap ke?akak x pernah cuba lagi..
Post a Comment