Showing posts with label My Cooks. Show all posts
Showing posts with label My Cooks. Show all posts

Resepi Grilled Salmon byZieMadini


Bahan² :
• Ikan salmon **

• Bawang putih 4 ulas (tumbuk) **
• Halia (tumbuk) **
• Mix herbs (optional) **
• Oregano (optional) **
• Garam /perasa **
• Minyak sedikit untuk sapu pan. 

Cara² : 
• Gaulkan semua bahan **
• Perap sekejap
• Mula grill ikan salmon. Jangan terlampau masak. Nanti tak sedap... hilang rasa Salmon dia nanti
• Jika sudah masak, ketepikan
• Siap




Masa perapkan tu...1-2jam gitu. Tapi kalau nak lama...pun boleh. Ada sesetengah orang, dorang tak perap. Terus grilled je sebab nak rasakan the real taste of Salmon tu. Since Zie ni ada kureng sikit dgn Salmon ni coz bagi Zie hanyir...haha. Wajib Perapkan :P

Untuk side dish tu plak. Zie guna Carrot, Shitake Mushroom, Brokoli & Tomato. Masak dengan menggunakan pan bekas grilled salmon tadi. Campurkan sedikit sos tiram... Siap! Selamat Mencuba ~



Resepi Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini

Zie kalau part jus kunyit ni. Memang ada memilih sikit. Ada sesetengah orang buat dia tak sedap. Hanya sorang je sedap but tapi sekarang dah stop dah di jual...huhu. Sudahnya Zie try ler buat sendiri. Senang je nak buat dia. Cuma Zie skip bahan buah manjakani jer. 

Susah benda alah tu nak dicari. So why bother... guna kunyit je. First try, terus menjadi. Hasilnya sedap lagi dari belian...hihi. Jimat kooooo...Meh, Zie share resepi ↴




Bahan²
• Ibu Kunyit 
•  Buah Manjakani - optional (takde, skip)
• Asam Jawa
• Madu
• Garam 
• Air

P/S :
Kuantiti bahan² diatas, uols main agak² lah ye
...Zie tak buat sukatan. Hihi


Cara² Membuat :
  1. Kunyit hidup dibersihkan kulitnya pastu hiris dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getahnya. 
  2. Tumbuk atau blend kunyit dengan air.
  3. Tapis pastu tuang ke dalam dalam periuk dan didihkan 
  4. Masukkan asam jawa + madu dan buah manjakani (Sekiranya ada)
  5. Biarkan api perlahan, kacau sampai mendidih. 
  6. Tapiskan sekali lagi ke dalam jag dan masukkan ke dalam botol bila dah sejuk. 
  7. Simpanlah dalam peti ais

See....teramat sangat lah senang buat dia kan? Why bother beli? Unless malas nak buatlah...tu lain cerita. Hihi. 





Maka terhasillah 400ml Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini. Terus pasang angan angan nak jadi tauke Jamu Jus Kunyit kau! Haha




Tapi.... bila tengok keadaan tangan Zie (ni baru sikit buat, dah camni kuning.. agak² kalau buat utk jual dalam kuantiti yang banyak....mahunya kuning sekuning²nya tangan tu. Eh, Lupa! Gloves kan hado...haiyaaaa.) Terus tak jadi nak jadi tauke Jus Kunyit. Hahaha.

...Takde lah. Bukan pasal tangan jadi kuning yang jadi penyebab tak nak jadi tauke Jus Kunyit. Hehe. Kekangan masa penyebab utama dia. Plus Zie tak dapat nak buat COD gak. Makanya...dengan itu, terkubur ler angan angan nak jadi Tauke Jus Kunyit Asam Madu! Haha

Takpe...insha'Allah. One fine day...

Resepi Kerabu Midin



Photo Credited to featsofeasts.com
- Thanks -


Okay, sebelum Zie mulakan bagi uols resepi Kerabu Midin ni. Penting untuk uols kenal mana satu Midin, Mana satu sayur Paku ye uols. Takdenya Midin & Paku tu sama. Under satu keluarga...tapi tetap tak sama ye. Adik beradik rupanya kan berlainan...hihi. So refer 2nd gambar tu ye untuk perbezaan Paku VS Midin, okay ♥

Dah kenal? Boleh ler teruskan ikut resepi di bawah↴


Bahan² :- 
• 2 ikat/3 ikat midin 
• Air Perahan Limau Kasturi - 3-4 biji 
• Gula Halus - secukup rasa
• Garam Halus - secukup rasa
• Bawang merah - potong kerabu
• Cili Padi - potong halus

Bahan Optional :-
• Udang Kering 
• Bunga Kantan - potong halus


Cara-Cara :- 
• Bersihkan pucuk Midin. Patahkan bahagian yang tua. Cuci bersih.
• Rebus pucuk Midin. Jangan terlalu lama sebab takut lembik. Toskan dan ketepikan.
• Masukkan air perahan limau, garam, gula dan bawang dan cili. Masukan sekali bunga kantan (yg ni kalau nak skip pun boleh. Bahan optional). Kemudian..gaul bagi sekata 
• Goreng udang kering sampai garing. Ni kalau nak skip pun boleh. Tapi kalau ada udang kering ni, lagi sedap taw.
 • Udang kering yg dh goreng tu korg boleh tabur je atas midin yg dah siap gaul atau boleh gaul  ekali dalam midin..udang kering yg dh goreng ni, rasanya masin n crunchy
• Siap!


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ye uols. XOXO




Resepi Sambal Toktok byZieMadini




Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya
.
.
Cara-Cara Membuat:
• Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
• Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan ketepikan.
• Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh (tp saya pilih bakar berasingan).
• Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
• Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
• Perasakan sekali dengan garam dan gula.
• Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
• Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata (Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis)

Siap! Selamat Mencuba uols... Xoxo


Resepi Mushroom Spaghetti Carbonara



Selamat almost nak balik, husband Whatsapp. Gitaw petang tu dia nak berbuka puasa dengan Spaghetti Carbonara. So zie suruh ler dia belikan mana bahan² yg tak ada di rumah. Balik kerja, terus ketuk ketuk ramadan ler zie jawapnya...hehe

::
::
::
::
::


Tadaaaa!!! Siap dalam masa kurang dari 20 minit. Sampai rumah, tukar baju... terus ke dapur. Sebab once sampai rumah jam dah pukul 6:15pm mcm tu. Zon Kuching berbuka pada 6:50pm gitu lah. Takde rest koo...terus sediakan juadah special utk husband. Besar koooo pahala dia.

...zie namakan spaghetti carbonara ni sbg Mushroom Spaghetti Carbonara. Zie byk letak kulat shiitake...hehe. Nak resepi??? Boleh... sik tak lokek resepi ^_^


Bahan² Yang Diperlukan :-
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • Spaghetti
  • Cheddar Cheese
  • 5 biji Bawang Putih
  • 2 biji Bawang Merah
  • 250ml Susu Dutch Lady
  • 10 keping Cendawan Shiitake
  • 100g Sotong -- potong bulat
  • 1 biji Capsicum Merah -- hiris dadu; guna sikit je
  • 1 biji Capsicum Kuning -- hiris dadu; guna sikit je
  • 1 biji Capsicum Hijau - hiris dadu; guna sikit je
  • Lada & Garam
  • Daun Parsley Kering & Mix Herbs (optional)
  • Minyak utk memasak

Cara² Membuat :
  1. Rebus Spaghetti dgn sedikit minyak bagi menggelakkan spaghetti dari melekat bila di tos kering.
  2. Tumbuk bawang putih & bawang merah sehingga lumat. Kemudian tumis sekali dgn Daun Parsely kering & Mix Herbs (daun parsley kering & mix herbs ni optional ye uols. If ada, guna je sikit. If takde, boleh skip je 2 bahan² ni. Just tumiskan bawang² tu je) sehingga naik bau dan bawang kelihatan kekuning²an.
  3. Masukkan sotong yg telah di bersihkan dan di potong. Gaul sampai masuk minyak, kemudian masukkan cendawan shiitake dan di susuli dengan capsicum. Gaul sampai masak.
  4. Masukkan 1 tin Prego Carbonara Mushroom. Gaul sampai sebati... kemudian masukkan susu dutch lady. Kebanyakkan dia agak² ye. Jangan sampai terlalu cair kuah tu. dan jangan plak terlalu pekat. Just nice je kelikatan kuah dia ye.
  5. Letak garam dan lada utk penambah ras.
  6. Siap! parut Cheddar cheese atas spaghetti dan hidangkan...xoxo





♥ THE CHEF ♥

Selamat Mencuba! ~
Senang je buat makanan barat ni. If kau guna ready made paste lah ye. Haha.




Resipi Tomato Salad @ Sambal Tomato



Sejak pregnant ni, suka bebenor zie makan sambal... ulam²an tau. Setiap kali makan, sure punya ada je sambal. Hari tu request Mira (office mate), tolong buatkan sambal limau (guna calamansi). Sedappp wehh!




Hari tu husband terbeli banyak plak tomato. Nasib zie jenis suka makan tomato... tp if nak makan gitu² je, memang kureng sikit lah. Sayang if nanti tomato tu rosak tak di makan. So Zie buatkan Tomato Salad ataupun boleh guna di panggil Sambal Tomato.

...akan di panggil sambal tomato bila tomato tu di tumbuk sekali dan menjadi lumat. If tomato tu di hiris² mcm dalam gambar tu je.... zie lebih suka panggil dia tomato salad @ Kerabu Tomato. Hihi. Nak try? Meh... zie kongsikan resepi ye.


Bahan²
  1. 3 biji Tomato
  2. 3 biji Cili
  3. 4 ulas Bawang Putih
  4. 1 biji Limau Kasturi
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam

Bahan² Untuk Hiasan
  1. Duan Ketumbar
  2. Chia Seed

Cara² Membuat


  • Tumbuk bahan² di atas (selain bahan² utk hiasan) sehingga lumat -- Utk jumlah cili tu, if uols suka pedas², letak lah banyak². Tp if nak buat Tomato salad, mcm kurang sesuai je letak cili banyak². If buat Sambal Tomato... okay. Takde masalah if nak letak pedas²
  • Bancuhkan air asam jawa sedikit je. Kemudian campurkan ke dalam bahan² yg di tumbuk tadi
  • Potong limau kasturi dan perahkan jus nya. Kalau nak lebih masam.... boleh tambah sebiji lagi. Ikut suka uols.
  • Kemudian letakkan sedikit garam mengikut citarasa uols
  • Hiris ataupun petik satu² duan ketumbar dan taburkan chia seeds sebagai hiasan dan hidangkan

Selamat Mencuba ~




Alhamdulillah... Dah Boleh Dah Ke Dapur



Hehe... kesian sang suami. Sejak 1st month sampailah 4 months plus pregnant,  zie memang tak lalu nak ke dapur. Alah cium bau masakkan. Kalau zie paksakan gak dirik ke dapur memasak, muntah teruk ler jawapnya. Bukannya tak letih bila muntah² bagai...

...end up, zie stop ke dapur. Family menjawap kooo makan tapaw je. Or kalau husband tak letih, dia yg akan memasak. Nasib dapat suami yg memahami. Syukur sangat² ♥

Bila dah masuk 18 minggu ni, alhamdulillah... baru henti dah alahan ke dapur tu. Takde lagi dah nak mengelat dari memasak ea? Hahaha. Once husband tahu (since dia kerinduan masakkan bini dia ni...kesian dia. Huhu), terus koooo dia request masak Black Pepper Steak.

::
::
::
::




Taraaaa!!! so Black Pepper Steak it is. Anything for u my dear. 




Makan Malam


Malam tadi lewat koooo Zie sampai rumah. Di Kuching sejak dua menjak ni, asal petang je... hujan. Petang je... hujan. Bukan hujan biasa² plak tu. Hujan yg ala² ribut kecil... huhu. Kepayahan nak drive. Selalu sampai rumah hampir nak jam 7mlm.. hmmm

....kita sebagai isteri and ibu ni, sure lah sampai² je terus ke dapur. Jadi bibik...hahaha. Disebabkan husband pukul 8pm perlu pergi keja (ada latihan khas dorg malam tu..huhu), terpaksa ler masak express je ^_^

::
::
::
::


Tadaaa!!! Inilah dia masakkan express zie tu. Bila zie kata nak masak makanan express... goreng²an ler maksudnya. Cepat dah pantas. Hihi. Zie namakan masakan zie ni --> Spicy Fried Quail with mix-herbs. Served with creamy mushroom soup ^_^

....kena bagi nama dalam bahasa omputih, baru sound glamer sikit... eh! Hahaha. 




Burung puyuh ni Zie belah bahagian perut dan dada dia je. Tak nak belah dua. Kalau kau belah dua, bila kau nak hidangkan dalam pinggang nanti... tak cantik sangat kooo. So kena belah bahagian perut dan dada, dapat ler result dia macam gitu bila kau buat plating...lalalala

...its all about presentation bebeh. hahaha. Lepas tu zie deep fry dia je. Sebelum goreng tu zie gaulkan dgn tepung utk mengoreng perisa mamak. Then campur oregano dan parsely. Masa kau goreng, if kau takde Chili flakes, kau buat ler chili flakes sendiri. Blend je cili kering sampai jadi flake. Tak yah beli mahal²..hihi




Side dish dia plak, zie buatkan creamy mushroom soup.Takde ler makan kering je kan. Kelam kabut gak zie berperang kat dapur tu. Coz kena siap masak sebelum 8 mlm. Nasib hanya ambil masa 30minit je. Nanti rajin zie share resepi ye.

...still lagi hutang resepi Fettuccine Carbonara. Hahaha.





Hari Yang Sangat Memenatkan


Semalam kena bawa Nenek pergi follow up kesihatan dia di Poliklinik. Pepaham je ler uols, once dah di Poliklinik ni, even kau datang macam mana sekali pun... tetap gak take you the whole morning waiting for your turn...hehe. Benda free maa... kena banyak² bersabar part menunggu, betul tak?... hihi

...sebelum ke Poliklinik, pi hantar Mikail ke sekolah dia dulu. Pastu cepat² pecut pi Poliklinik. Soooo chaotic pagi tu. Weols habis jam dah hampir tengah hari. Tak sempat Lunch pun Zie. Hantar Mak dan Nenek balik rumah dan Zie terus pecut gi kerja.




Since semalam hanya kerja half day je... banyak mana lah kerja yg dapat disiapkan dalam masa 4 jam tu kan. Terpaksa kooo Zie overtime utk siapkan Claim Reports utk boss bawa pergi Meeting di Bintulu keesokkan hari.

....sudahnya, jam 7pm baru on the way balik.Sampai je kat rumah, terus ke dapur. Masak utk family. See uols, mencabar tak jadi a working lady + suri rumah dalam masa yg sama. What to do, taraf hidup sekarang semakin mengila...hehe




Ingat nak masak simple je. Benda alah penting if kau nak buat Fettuccine Carbonara. Hihi. Pejam mata, dah siap. Husband pun suka makan.




Tadaaaa... my Fettuccine Mushroom Carbonara yg teramat lazat. Adeh! Mati arrr puji masakkan sendiri sedap wei. Hahaha. Feduliks.. blueksss. Jangan tengok dia macam pucattt je taw. Rasa dia... perghh. Nama pun dah carbonara, wajib kooo warna pucat lesu... hihi

Apa² pun, as a working lady + mom + wife... takde nya kau dapat rehat seawal 8pm. Main jam 10-11pm baru dapat rehat taw. Macam Zie, 11mlm gitu baru dapat rehat serehat²nya. Kadang² 12mlm. Pengorbanan kami bergelar perempuan

Takde nya balik rumah terus terbongkang rehat. Lumrah kehidupan. Oh ye, nanti Zie share resepi Fettuccine Mushroom Carbonara tu ye. 




Raya ke-3 --- Raya Open House Kami



Tahun ni raya, weols buat Raya Open House pada hari raya ke-3. Selalunya on 2nd day of raya. Tapi time tu, husband tak dapat mintak pelepasan utk balik dari OPS sekejap once dah habis shift duty. Hanya hari raya ke-3 je baru dia dpt mintak pelepasan balik...

ditambah lagi semua adik beradik Zie buat Raya Open House on the same day gak. Tu yg tahun ni decided utk tukar ke 3rd day of Raya. So that adik beradik takde alasan utk tak dpt datang. Hahaha. Bijak tak cara i. Hahahaha.




Kesian, raya tahun ni 100% zie handle sorg diri tanpa pertolongan husband mahupun emak. Husband kan on duty...huhu. Emak plak kebetulan on Raya's eve ibu jari kanan dia terkena infection, bengkak dan bernanah. So tak dpt ler dia nak tlg hiris itu ini.

...jaga mikail je lah dia. Tu yg zie 100% semua buat. so masak yg simple je lah. No rendang²...haha





Budak kecik ni, jam 3am kita siap. Jam 3am gak dia baru masuk tido. Mata dia segar bugar je. Nak kata tidur siang pada sebelah siang, tak jugak. sebab dia excited mengacau. Hahaha. "Menolong" katanya. Huhuhu.





3 simple dishes menu utk Raya Open House kami sekeluarga. Ingat nak buat nasik himpit, but boleh plak terlupa nak beli nasik himpit instant...huhu. Hidang nasi biasa je lah dgn tetamu. Hihi



Black Pepper Beef

Ayam Masak Merah
Ada story sebenarnya di sebalik ayam masak merah in where sudah ala² Ayam Kari jenis tak berkuah. Hahahaha. Sebab, kehabisan sos! Jam time tu dah around 1am. Nak ke 7E... mls plak nak drive pepagi buta. Lagipun bahaya koooo perempuan drive mlm² seorang².

...pepaham je lah dgn zaman skrg ni. Hmprhhh. Sudahnya ambil serbu kari, utk "memerahkan" coz punnn takde serbu cili. huhu. Sedih seyyy. Ini je lah yg payahnya bila husband not around :( What to do kan. Kerja.




Seafood Mix-Vegies




Hehehe...sempat jugak weols sisters ni bermaaf²an. Coz time 1st day raya tak sempat nak mintak ampun maaf sebab kak mida rushing nak pergi ziarah kubur dan ke rumah family-in-laws dia. Tu yg time Open house ni bermaafan sebelum tetamu yg lain sampai. haha

...love u so much my one and only sister!




Boss Kak Mida a.k.a his business partner also. Thanks for Coming! Seronok tgk dia makan.



My long lost friend yg buang batu! Hahaha. Kidding! Di suruh datang, baru hendak datang budak ni taw. Lawa seyyyy tunang dia :D Thank you for coming, Tebu dan Dayang yg cantik :* Thanks for the Duit Raya utk mikail juak k, dayang. hehe

...salah sorg tetamu yg bertandang. Lepas tu tak larat dan nak bergmba. Keletihan. Huhu.




End of the day, Zie hanya makan megi mee je. Satu je yg tak best bila sendiri masak. For sure selera nak makan masakkan sendiri kureng. Huhuhu. Kenapa entah. But elok gak, dapat diet...eh! Hehehehe.

Buat uols yg dah datang ke Raya Open House kami, thank you for coming, uols. Love ya!




Semakin Suka Menghias Makanan ツ


Served with Fries, untuk husband ツ


Served with Mash Potatos, untuk saya ツ

Amacam dengan food presentation Zie... dah mcm serupa makan kat western restaurant tak? Hehehe. Seronok je tengok husband berselera je makan bila makanan di hias cantik cantik untuk hidangan ^_^  

Oh ye, zie masak Black Pepper Lamb Chop with Mushroom Black Pepper Gravy 👍👍👍





Resepi Milky Butter Prawn



Salah satu daripada makanan kegemaran husband, Butter Prawn. But kali ni, Zie ubahsuai sikit resepi butter prawn yg asal. Zie tambah susu pekat. Still guna susu cair, but tambah gak susu pekat so that taste dia ada a little bit milky milky taste gitu...

...thats why zie beri nama resepi ni Milky Butter Prawn. Hihi





Zie guna Udang Galah fresh. Heaven kooo makan udang galah yg still fresh. Manis je rasa... perghhh! Niatnya Zie nak kopek kulit udang galah tu, tinggal sikit kulit kat bahagian ekor je. Tp husband cakap dia lebih suka di masak dgn kulit kulit...

...kemanisan natural udang tu akan semaki terasa. Hemprhh....ikut tekak husband je lah. He's the boss...hehe. So Zie just belah bahagian belakang je. Utk keluarkan perut dia. Then gaul guna tepung berempah adabi.

Dibawah ni resepi dia ea.


Bahan-Bahan :-
4 ekor Udang Galah
2 biji Telur ~ ambil telur kuning je 
100g Butter
4 ulas Bawang Putih ~ dicincang halus
2-5 biji Cili Padi ~ ikut selera pedas sendiri. Part ni zie skip, sbb tak suka pedas
3 dahan Daun Kari
Halia ~ di potong secara lurus dan panjang-panjang mcm zie potong carrot ** refer gambar
Serbuk Kari ~ optional
Tepung Goreng ~ zie guna Tepung Goreng Serbaguna Adabi
Tepung Gandum
Susu Cair 
Susu Pekat
Gula, Garam dan lada ~ zie guna serbuk Cukup Rasa


Cara-Cara Memasak :-
  1. Pukul telur kuning. Panaskan kuali dan masukkan Butter. Guna api sederhana. Bila Butter sudah cair kesemuanya, masukkan telur kuning.
  2. Cara masukkan telur kuning, perlahan-lahan tuang pada jarak yg tinggi sambil tangan yg satu lagi mengacau tanpa henti. Supaya hasil dia cantik. Bila telur sudah kuning keemas-emasan, Tapis guna penapis besi dan asingkan.
  3. Udang galah digaul rata dengan Tepung Goreng dan goreng. Setelah siap mengoreng udang, asingkan.
  4. Masukkan sedikit Butter, tumiskan Bawang Putih, Halia dan Daun Kari sampai naik bau. Masukkan sedikit Tepung Gandum dan terukan menumis tanpa henti. Jangan sampai tepung gandum bergumpal ea.
  5. Masukkan sedikit air (part air ni, ikut uols, if nak kuah pekat mcm zie... masukkan sedikit je. Rasanya 100ml kot). Masukkan susu cair dan susu pekat. Sukatan dia... pandai pandai agak sendiri ea...hehe
  6. Bila kuah sudah kelihatan pekat, tambahkan bahan perasa. Kemudian masukkan Udang Galah yg sudah di goreng tadi.
  7. Masukkan Telur Kuning yg sudah di goreng dan gaul sehingga sebati dgn udang galah.
  8. Hias pinggan dan siap untuk di hidangkan ^_^




Untuk hidangan semakin kelihatan mengeliurkan, taburkan Parsley flake ^_^ Selamat Mencuba uols. Emak kata, nak pikat suami or bakal suami... kenalah pandai pikat perut dia dulu. Cewahh...hehe. Its just a saying ye uols.

...in where Zie not so agree with it. Bagi zie, kasih sayang dan cinta seseorang kpd kita tak perlu ada sebab. If bersebab, bukanlah cinta yg ikhlas namanya :P

Apa apa pun, Selamat mencuba!


Resepi Creamy Mushroom Soup




Kali ni Zie kongsikan resepi untuk Creamy Mushroom Soup :) Favourite Zie ni taw. Sesuai sangat² utk makan dengan roti. Tak yah lagi dah ke Pizza Hut if craving for mushroon soup...hihi. 

So uols, kat bawah ni resepi dia ea. Actually masakan barat ni pejam mata je nak sediakan. Sgt senang bagi zie if compare to masakan asian...hihi. So selamat mencuba ye ♥


Bahan² yang diperlukan :-
1 keping dada ayam -- Potong kecil²
1500 ml air 
500 ml susu segar -- Zie guna Dutch Lady milk
1 ketul kiub ayam 
1 tin kecil cendawan butang -- dihiris halus
Bahan perasa -- Zie guna Cukup Rasa 
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam -- di tumbuk kasar

Cara² Membuat :-
  1. Rebus ayam yg telah dipotong kecil² tadi sehingga masak. 
  2. Masukkan susu segar dan kiub ayam. Masak guna api pelahan ye uols.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan mushrom yang telah di hiris halus.
  4. Bancuh tepung gandum sehingga pekat dan masukkan ke dalam rebusan. Jangan henti menggaul ea. Takut nanti tepug jadi berketul².
  5. Tambah bahan perasa
  6. Hias kalau nak menghias..hehe. Siap untuk dihidang




Tadaaa! Zie hidangkan dengan toasted bread, sweet corn dan baby tomato. Creamy mushroom sup tu untuk dipping bread tu. Heaven kooo breakfast benda alah ni time pagi². Senang kan step dia :)

Selamat mencuba uols... xoxo ♥





Resepi Lamb Shoulder with Black Pepper Mushroom Gravy




Hehe...my new western dish recipe ^_^ Kali ni buat Lamp Should with Black Pepper Mushroom Gravy. Lama tak mengasah skill memasak kooo uols. I loveeee western foods soooo much. Thats why try making my own. Budget sikit...hehe

...bila sendiri buat, syorga kooo kau nak letak kuah sampai melimpah limpah gitu. Hahaha. So below recipe dia ek.



Utk Lamp Shoulder tu, Zie rebuskan separuh masak dulu... sebab tak suka arr bila kau BBQ nanti, terkena kes not fully masak. Walhal daging dah hampir kepada hangus gitu...haha. Tu yg Zie rebus separuh masak dulu... then baru perap.

Bahan² untuk Perapan :-
Sos BBQ
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
** Perap selama 1 jam sekurang² sebelum BBQ

Amount bawang dan halia tu korg agak² lah ea. Hihi. Sebab Zie main taram je. Ikut bilangan Lamp Shoulder. meanwhile bahan² utk kuah plak, as below :-

Bahan² untuk Kuah :-
Shitake Mushroom **dihiris nipis
Tepung gandum
Sos Lada Hitam
Lada Hitam **ditumbuk kasar
Sos Tiram
Kicap Pekat
Bawang Besar ** dipotong dadu
Minyak masak @ buttter untuk menumis

Cara² Membuat :-
  1. Tumis bawang besar dan lada hitam sampai naik bau.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul. Jangan tuang air terus ea... takut nanti tepung gandum jadi bergumpal². Tuangkan air bila tengok tepung sudah sebati dgn bahan yg di tumis.
  3. Bila air sudah mula mendidih, masukkan Shitake mushroom, sos lada hitam, sos tiram dan kicap pekat.
  4. Gaul sampai kuah menjadi pekat.
  5. Tuangkan kuah pada Lamb Shoulder yg sudah siap di BBQ tadi :)



Uols boleh je serve dengan apa² je yg korang suka. If malas nk buat mash potato, uols goreng or bakar je sekali fries. Macam Zie, Zie served sekali dengan Sweet Corn (sweet corn ni kalau di bakar dalam aluminium foil lagi sedap kooo. Lupa plak nak buat gitu), baby tomato dan mash potato.

Selamat mencuba uols :*





Resepi Honey Fried Chicken with Black Pepper Gravy


Tadaaaa... hidangan terbaru Zie malam semalam. Ingat nak ala western je utk dinner semalam. Sooo, i make myself a veryyyy simple dish. Awal gtaw ea... ni bukan chicken chop. My own version of western dish...hehehe.

Ayam tu Zie deep fried with honey. Kira ayam goreng madu. Asingkan. Hihi


Kentang tu Zie goreng dengan tepung kentucky. If takde tepung kentucky, uols boleh je guna tepung gandum dan sedikit tepung jagung (utk fungsi melekat...hehe) dan sedikit perasa. Utk perasa Zie guna perencah 3 Rasa ^_^

...gaulkan sebati then goreng. Sedap koooooo.




Utk sayur² tu plak, Zie steamed kan aje. Sedap taw makan sayur kukus ni. Jgn terlalu lama lah. Nantu sayur overcooked pun tak gak sedap kan. Hilang kemanisan dia. Dan utk kuah blackpepper tu plak... haaa, kat bawa resepi dia ea.


Black Pepper Gravy :-
Bawang Besar -- potong dadu
Lada hitam -- ditumbuk kasar
Tepung Gandum
Sos Tiram
Sos Black Pepper - yang ni Zie skip. Haha
Kicap Pekat 


Cara² Membuat :-
1) Tumiskan bawang besar bersama lada hitam yg di tumbuk kasar tadi. Tumis sampai bawang jadi layu and naik bau. Jgn sampai garing ek. Pahit nanti.

2) Masukkan tepung gandum dan tumis sekali sehingga sebati. Jangan tuang air terus ye masuk masukkan tepung tu. Tunggu dah sebati dgn minyak dan bahan² yg di tumis tadi, baru masukkan air secukupnya.

3) Tuangkan sos tiram, kicap dan sos black pepper (Ehemm... since Zie skip benda alah ni. So Zie hanya tuangkan sos tiram dan kicap sahaja :P). Gaul sebati dan masukkan perasa secukupnya. If tengok kuah terlampau pekat, tambah air lagi ea. Pandai² uols agak², okay.

4) Susun pinggan cantik², tuangkan kuah ke atas susun ayam madu yg di goreng tadi.


That all, folks ^_^ Selamat mencuba menu saya. Malam ni ingat nak try buat Chicken Chop plak. Hihi. 




Rajin Semakin Rajin Memasak




Dinner semalam. Masak simple je. Lemon Chicken dan Mix-Vege with Prawns. Utk lemon chicken tu, Zie letak more lemon. So that masam sikit...suka makan yg masam².. hehe. If husband ada, definitely akan letak jus lemon ikut sukatan normal. hehe

...Balik kerja terus masak... jam 9:30pm baru selesai masak and makan. Adat kita bekerja kan uols... huhu. mlm ni nak masak butter chicken plak kot :D