Akhirnya! Jumpa ♥


Lama Zie dok intai² Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni di Guardian & Watson. Actually nak yang original, tak nak yang ada plus² bagai sebab nak purely bird's nest kekononnya. Tapi sold out plak. Hanya tinggal yang Plus Longan ni je. Beli je lah. Janji ada daripada takde. Tu pun tinggal 4 botol je lagi. So sapu semua semua... hoho.

Nak beli sekotak. Sold out plak. Yang tinggal hanya jualan loose je. Hmmmm. Kan dah kata benda alah ni memang laku keras. Kaya rasanya founder benda alah ni. Pantang stok masuk, ada jerrrrrr lah sold out. Maybe sebab harga mampu milik kot.

RM5.20 je sebotol. Sure lah ramai yang pi sapu banyak² sampai tak nak tinggal dgn orang lain. Huhu Siapa cepat dia dapat terms. Alahai...





Gini rupa dia bila dah ditelanjangkan... nampak segala isi. Hihi. Terus mulut say... "wahhhh... banyaknya isi bird's nest diaaaa." Happy disitu. Terus ler pasang angan² kulit jadi flawless gitu. Tu pun KALAU sentiasa dapat stock benda alah ni. Hendak di order melalui shopee...  lokek nah part portage tu. Mana taknya, sekotak (24's) cost RM50 plus untuk shipping fee je tue... ko ghase?

...250ml x 24's, berat tuuuuuuu. Sebab tu ler postage fee dia tahap WOW gitu. Hihi. Mudahan selepas ni jumpa stock yg kotak tu. setiap hari consumed ni. Baru ler kulit flawless jadi if diamalkan setiap hari. Since skrg muka zie dah jadi kusam gara² terlampau tired. Really need makanan tambahan yang dapat mengembalikan seri wajah.