Showing posts with label Beauty Products. Show all posts
Showing posts with label Beauty Products. Show all posts

NH Colla-Plus Advance Review



Alhamdulillah, sampai sudah NH Colla-Plus Advance yang Zie ordered dari Shopee Mall, kedai Watson. Walaupun kat Kuching ni ada jual benda alah ni... tapi mahal uols. 1 box tu je dah RM129 gitu harga dia. If nak murah, tunggu Watson or Guardian buat sales. 

...Tapi itu pun still diatas RM100 harga. Di Shopee... hanya RM96 jer. Free postage plus siap dapat RM12 diskaun. The reason why harga jadi murah. Kita ni kena gak pandai beli di Shopee.... sungguh harga murah tapi kalau plus postage akan jadi lebih mahal... better don't.

Sebab tu Zie hanya akan beli bila ada Free Shipping voucher je.



Sebelum Zie mulakan dengan cara pengambilan dia, ada baiknya Zie terangkan serba sedikit tetang NH Colla-Plus ni. Actually dia ada 3 jenis. NH Colla-Plus (warna hijau), NH Colla-Plus 3 (warna purple) dan NH Colla-Plus Advance (Warna turquoise). Ke semua main purpose beauty drinks ni sama je... anti-aging dan cantikkan kulit.

Yang membezakan hanya kandungan dia je. Zie plak pilih NH Colla-Plus Advance sebab dia advance lagi fomula dari yang dua tu. Result dari pengambilan yang konsisten (ikut pengambilan dosage yang ditetapkan) selama 3 bulan, jelas ketara okay.

Kawan Zie amal benda alah ni. Pun dia ambil yg Advance ni gak. Kulit dia sekarang... fuhhhhh! flawless! 100% all-natural ingredients... so memang safe. Lagipun beauty drinks dari drugstore.... wajib selamat koooo. so no worries.




Now cara pengambilan plak. 20 botol ni cukup untuk stock sebulan. If uols baru mula² nak ambil ni NH Colla-Plus Advance ni... untuk 6 hari pertama, minum setiap hari sebotol. Masuk hari ke-7 consumed benda alah ni.... start ambil selang sehari. Mcm Zie... hari ke-7 Zie minum sebotol (kirany 1-7 hari... setiap hari Zie ambil)... lepas tu hari ke-8, Zie tak minum. Hari ke-9 baru Zie minum sebotol lagi.

...berterusan ler selang sehari gitu sampai lah masuk 3 bulan. Bila dah genap 3 bulan uols ambil.... if rasa nak cantik lagi skin (kiranya kes belum puas hati lagi lah ni ye), setiap 3 hari... minum 1 botol. Paham kan? Kalau dah start minum 3 hari x 1 kali tu... 20 botol tu, cukup stock utk 2 bulan. See semakin jimat! 



Ni dia chart Skin Condition dari NH Colla-Plus Website. Seawal hari ke-6 uols dah nampak perubahan sikit demi sedikit pada kulit uols. For my case, yang Zie perasan perubahan pada kulit... dari dry skin jadi normal skin. In where i love it so much! Tak perlu dah Zie pakai night moisturizer. Dapat gak lerr muka rehat dari bahan kimia kan.... hihi. Then dari kusam, jadi tak kusam dah. Segar & healthy je kulit.

Untuk jeragat (since umo dah tua kan...ada ler sikit jeragat nak menampakkan diri. Huhu), dah semakin memudar dah kat bahagia tepi pipi. Love it! Tak sabar nak tunggu skin jadi flawless lawa & putih pinkish. Hehe.

Oh ye uols, benda alah ni bukan untuk uols consumed forever ye. Stop consumed bila uols rasa puas hati dah dengan kecantikkan kulit. Andai kata lepas stop....few months later or few years later (depends dgn kondisi kulit sesorang) uols rasa kulit kembali tak wow lagi...then baru consumed balik. Back to day 1 routine pengambilan ye.

FYI, entry review ni bukan entry berbayar ye. Memang Zie ikhlas nak review untuk rujukan uols yang nak consume benda alah colla colla ni. Lets  Chantek girls!



[[ Review ]] Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Plus Longan




Tadaaa! Done merembat Ecolite Collagen Bird's Nest. Beli 15 botol, stocks untuk sebulan katanya. Minum selang satu hari. Nak jmat. hihi. Before stocked up ni, Zie dah satu minggu lebih minum dia setiap hari. So kali ni, nak selang seli kan.





Mcm ni rupa dia ea. Isi bird's nest dia memang, fuhhh banyak. Tapi sure lah bird's nest gred brapa lah ye. Takpe...janji bird's nest. So far dah 2 minggu lebih dah Zie minum bird's nest ni. Apa yang nampak perubahan dari kulit Zie... dari kusam jadi brighten sikit. Tu baru 2 minggu. Belum lagi berbulan² consumed, kan? Hihi

Harga sebotol yang Plus Longan ni, sama je harga dengan yg jenis original flavour tu. RM5.20. Tapi kan, to be honest... lepas habis stock ni. Zie akan stop consumed ni once stock dah habis. Bertuka ker NH Colla-Plus Advance since Zie kira² harga sebotol pun lebih kurang je. Baik Zie consumed NH Colla-Plus Advance tu kan.

Effect dia lagi WOW! hihi


Akhirnya! Jumpa ♥


Lama Zie dok intai² Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni di Guardian & Watson. Actually nak yang original, tak nak yang ada plus² bagai sebab nak purely bird's nest kekononnya. Tapi sold out plak. Hanya tinggal yang Plus Longan ni je. Beli je lah. Janji ada daripada takde. Tu pun tinggal 4 botol je lagi. So sapu semua semua... hoho.

Nak beli sekotak. Sold out plak. Yang tinggal hanya jualan loose je. Hmmmm. Kan dah kata benda alah ni memang laku keras. Kaya rasanya founder benda alah ni. Pantang stok masuk, ada jerrrrrr lah sold out. Maybe sebab harga mampu milik kot.

RM5.20 je sebotol. Sure lah ramai yang pi sapu banyak² sampai tak nak tinggal dgn orang lain. Huhu Siapa cepat dia dapat terms. Alahai...





Gini rupa dia bila dah ditelanjangkan... nampak segala isi. Hihi. Terus mulut say... "wahhhh... banyaknya isi bird's nest diaaaa." Happy disitu. Terus ler pasang angan² kulit jadi flawless gitu. Tu pun KALAU sentiasa dapat stock benda alah ni. Hendak di order melalui shopee...  lokek nah part portage tu. Mana taknya, sekotak (24's) cost RM50 plus untuk shipping fee je tue... ko ghase?

...250ml x 24's, berat tuuuuuuu. Sebab tu ler postage fee dia tahap WOW gitu. Hihi. Mudahan selepas ni jumpa stock yg kotak tu. setiap hari consumed ni. Baru ler kulit flawless jadi if diamalkan setiap hari. Since skrg muka zie dah jadi kusam gara² terlampau tired. Really need makanan tambahan yang dapat mengembalikan seri wajah. 




Bertukar ke Cozuma CC Cream



Tadaaaa!!! Inilah di produk kecantikkan terbaru Zie. Cozuma CC Cream yg bagi effect flawless semulajadi tanpa membuatkan muka kelihatan berminyak ^_^ Calit sikit je pastu rata rata kan di muka. Siap :) Mcm Zie, Zie apply selepas Zie pakai Olay Regenerist Cream.

...pastu baru calit Cozuma BB Cream ni. Result dia, wory every penny! Love it so much. Kulit stay lembap flawless gitu.. hihi




Harga : RM129.00
~ Free Postage ~

Satu tube tu menganungi 50ml. Kalau mengikut penggunaan Zie, cukup utk 2 bulan taw. Harga mahal? Well, barang bagus semestinya mahal, kan. Hihi. Tapi don't worry... boleh tawar menawar ^_^ Berminat? Boleh direct contact Zie di :-

Facebook : Zie Madini Store




Memanjakan Muka



Ingat lagi dengan souvenir dari Korea yg Kak Ipar (Chu Majorflava) dan Abg zie bagi awal bulan ni tadi, tak ingat, boleh je baca balik entry nie --> Souvenir dari Korea dan KL :) Baru je semalam berpeluang pakai. Bau apple dia...uiii sedapnyaaaa.

...adat beranak, takdenyer kau dapat senang lenang having your so-called "my time". Ada² je kena kacau dek Mikail. Sudah nya 15 minit je Zie dpt bertahan pakai mask ni. Hahaha. Tu yg malas nak memanjakan diri dgn beauty product ni uols. 

...ceaaaa, alasan. Haha





eZen Premium Bird's Nest




Dah sebulan lebih dah Zie mengamal bird's nest ni. Ada gak ler perasan kulit muka terasa "lively" je taw. Selalunya nampak kusam je. Hehe. Ke... aku yg perasan terasa "lively" tu ek. Hahahaha. Tp serious, terasa lembut pun iyer :D

Ni kalau habis dah...rasanya nak beli sarang burung yg belum di proses mcm ginie. Biar sendiri yg pi rebus pe semua. Beli by kilo mcm tu lah. Baru pure bird's nest gitu...hehe





Psttt...gara gara nak jimat. 30ml makan sebelah siang (selalunya Zie makan time awal pagi sejam sebelum breakfast) an another mre 30ml... makan sebelah malam (sebelum tido). Hihi. Sedap manis manis je rasa bird's nest ni.

....selain kulit cantik, ada 1001 khasiat bird's nest ni taw. Dapat prevent or rawat byk penyakit. Sila cari cik google utk tahu selanjutnya ea. Hihi





Mencuba Ratna Soap




Sejak duak menjak ni, since kerja Zie semakin hari semakin kuat stress. Byk kooo jadi jerawat tumbuh kat muka Zie ni haaa. Tak suka. So husband belikan Zie Ratna Soap for Acne & Oily skin. So far dah 2 minggu dah Zie pakai benda alah ni.

....berkesan kooo. Jerawat cepat mengecut. Hihi. 




Ginie rupa soap bar dia. Zie potong kecik²... org kedekut memang mcm ni taw. Selagi dpt jimat² selagi itulah berjimat²... haha :P Letak dalam peti ais lepas pakai... kekonon so that tak cepat cair dek kesembaban. Husband nyer petua...hahaha

...layankan aje. Share dgn husband sabun ni :P


Mula Mengamal Bird Nest



Ehemmm ehemmm... fefeeling kulit akan jadi cantik nah bila makan benda alah nih. Hahahahaha. Hari tu beli apa entah, dapat a box of eZen Premium Bird Nest nih. Ingat nak jual kat org, tapi idak laku ler plak. Tu yg decided makan sendiri je.

... ni kalau beli sendiri, 100x pkir nak beli ke tak. Mahai gilos...sekotak hanya ada 4 botol je RM250 kalau tak silap. Since dapat free je...ok lah. try je lah. Mana taw kot kot sekotak jek...kulit terus jadi mulus gitu...haha.



If kulit mulus, mmg idak ler koo nak continue ambil bird nest ni. Akan gantikan dgn supplement Blackmores Buffered C . Nak jadi kulit semulus Aja... hehe. Pssttt...nak jimat, sebotol zie makan half sehari. Jimat² maa...haha



LATEST UPDATE!!! Tentang K-Colly Original dan Tiruan



Kesinambungan dari entry --> Perbezaan Antara K-Colly Tiruan dan Original (klik utk baca entry), Mula² masa beli... semua pengesahan keaslian melalui visual, cahaya dan sentuhan... semua lepas. Original. Bila 2, 3 hari dah beli baru teringat nak scan QR code tu.

...sekali tgk, terkejut Zie bila result scan tu tertera TIRUAN! Apa lagi... Zie pi complain ler kat laman web rasmi K-Colly utk cawangan di Malaysia. 

::
::
::
::
::


So dorg mintak Zie hantar gambar K-Colly Zie dulu. So bagi arr.




Syukur alhamdulillah... memang original K-Colly yg Zie beli tu. Fuhhh... lega. Rupanya kalau org scan melebihi 5x... terus tertera result Tiruan ek. Haishhh... kalau gitu susah ler seller nanti wahai K-Colly oi.Sebab... ambil mcm kes zie ni.

...produk tu original mungkin sebelum ni, ramai customer yg pi scan tapi tak beli. Tu yg result bila zie try scan jadi tiruan plak. Tu zie memang dah beli. Mcm mana sekiranya Zie scan dulu... then baru beli??? Haaa haaa.. tak ke free of charge je seller tu zie chop penpu sebab jual brg tiruan.

Betul tak uols? Bermaksud K-Colly harus improve pengesahan part QR code dia. Takut nanti mengelirukan customer.





So menjawap kpd pertanyaan sis Eyka Fieka ni, jawapan dia... original kooo K-Colly awak. Hehe. So uols² yg plan nak beli K-Colly supplement, if terkena macam kes zie ni. Jgn terlampau cepat chop seller or kedai tu penipu ek. 

...dapatkan pengesahan dari pihak K-Colly dulu. Baru ngiyau kata korg ditipu. hehe. Itu pun sekiranya K-Colly uols lepas ujian pengesahan  visual, cahaya dan sentuhan dulu. Hihi. Good luck uols! 




Perbezaan Antara K-Colly Tiruan dan Original



Ni menjawap kepada soalan rakan blogger senegeri, Nadia Rajami (klik utk tgk blog dia), tentang ke K-Colly yg original dan yg tiruan. Ni zie kongsikan entry dari other blogger yg zie jumpa di google search. Credit to Nurdyaz Collection (klik utk view)

::
::
::
::
::

1)   K-colly skrg adalah penutup bewarna PINK peach(dulu putih). selain itu scoop juga berwarna pink peach


2) Dibawah botol ORIGINAL terdapat expired date dan LOGO K-colly. Jangan beli jika ianya TIADA LOGO K-colly dibawah botol.

3) K-Colly tudung yang warna putih (yg lama) juga masih original tetapi sila berhati-hati jika tiada expired date bawah botol. JANGAN beli yang TIADA expired date di bawah botol.



4) Untuk memastikan anda membeli K-colly original pastikan BAR CODE pada botol di depan. K-Colly yg lama mempunyai QR Code dan LOGO K-colly (yang ditanda bulat merah). Kini k-colly yg terbaru mempunyai stiker silver yg berwarna apabila dibawah lampu dan mempunyai bentuk 'LOVE'











Scan QR Code, dan jika keluar seperti dalam gambar, bermakna produk itu adalah tiruan.


Jadi, pastikan k-colly yang ORIGINAL ada tertulis seperti dibawah dengan serial no yang diberi.

::
::
::
::



ATAU






Sudah Mula Ber-KColly



Eheemmm ehemmmm.... sudah menjadi lumrah manusia. Dah putih, hendak lagi putih. Aku ler tu... hahahahaha. Gara-gara terpengaruh dgn Nur Fathia ler nih... haishhh! Pssttt.... org lain lama dah berKColly. Zie baru nak mula. Haha.

...bukannya apa, dulu benda alah ni masa still hot, bukan main lagi mahal weh. Sampai nak cecah RM200. Tak kuasa Zie nak try. Zie memang Zie...sentiasa akan tunggu harga sesuatu barang turun, baru beli. Hehe.

Yg ni Zie beli RM99.  harga promosi... Hehe. Apa yg penting, ORIGINAL ye. Ini pun bukan Zie yg beli. Husband yg belanja :P Tengok lah camne lepas makan sebotol dua lepas ni nnti. Kalau nampak kesan. 


...baru Zie sanggup continue amalkan. Byk yg komen positif lepas amalkan ni. Mudahan terbukti keberkesanannya. Jd jadi putih macam Adira AF sudah....Hehe. Zie nk putih ada seri (kira pinkish gitu), bukan putih ala pucat mayat :D


Tgk lah camne. Nanti Zie review result selepas habiskan sebotol nanti ye ^_^




Produk Kecantikkan Baru Saya.. Hiiihii




Morning uols! Hari nie zie emarld green..hehe. Tapi dlm gambar appeared macam warna biru je kan kan. Biasalah uols...camera lighting. Huhu. Apa-apa pun...pagi ini cuana sgt panas. Good good...dapat pakaian yang di sidai kering...hehe.

...By the way, Zie nak share produk kecantikkan terbaru zie selain Olay Total Effect. kan previously hanya guna yg itu je...kikiki. After zie apply Olay Total Effect...zie akan sapu this product ^_-

::
::
::
::
::







BB Pinkish Royal Gel with Collagen :) Fungsi dia utk membuatkan wajah kelihatan gebu secara semulajadi. Boleh di pakai as concealer juga ye uols. Actually if uols lepas cuci muka terus pakai ini pun boleh. memang the way it is.

...cuma zie je, still tak nak tinggalkan Olay Total Effect. Haha. Lepas satu lapisan ini...zie akan sapu yg ini plak...hiksss

::
::
::
::
::




BB Royal Moisturizer with Collagen. Hehe. Yang ini uols hanya perlu calit sikittttttt je. Cam uols dap dap je ke seluruh muka dulu, lepas tu baru sapu serata²nya. Lepas tu baru zie akan guna loose powder (nude color) utk penghabisan..

...kiranya 4 product ler di muka ini. Hahahaha. Perempuan kooo uols :P Pape pun, zie ada jual product ni juga ye. Thats why zie pun turut jadi consumer. Zie sgt puas hati dgn hasil pemakaian product BB pinkish ni taw...ai loveee it so much

klik link di bawah utk info produk:-












Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
JENDELA BERLIAN STORE
-- Click SINI utk view website :)
Pelbagai jenis product kecantikkan
dan kesihatan di jual di sini :)

:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::

Slimming & Reshaping Bodysuit Untuk Diri Yang "Gems" ...haha






Hehehe...tadi pagi purchase Slimming and reshaping bodysuit ini di milkadeal.com :) Actually ini adalah kali ke-2 zie beli slimming bodysuit dari milkadeal web. Previously tak boleh pakai koooo. Terlampau besar utk zie...sesuai utk yg size L - XXL agaknya.

...this one plak...hopefully ngam dgn zie lah. Kalau tidak jugak...zie akan resell it balik di online store zie :) But then...hopefully it fit me lah. Tak suka dgn lemak sana sini ni haa...huhu











Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog WAWA
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








Zie MadinCopyright©

Hope Eye Mask Ini Dpt Hilangkan 'KePANDAan' Mata Zie :)



Disebabkan mata Zie ni SUPER PANDA. Dan Zie tak nak nanti org tersalah ingat zie ni panda betina...sooo harus kooo zie beli products utk hilangkan/kurangkan my dark circle ^_-






Sampai sudah barang yg di beli. Oh ye, Zie beli secara online je...hehe.





Haaaa, ini lah dia benda alah yg zie beli. Eye Masks utk mata pandakuuuu...huhu :D






Zie beli di kedai pengiklan zie iaitu kedai Alinac Shoppe ^_^ Siapa yg ada masalah mata panda cam zie...meh ramai-ramai kita borong Eye Mask ni ek :)












Blog Pilihan Entry Ini
:::::::::::::::::::
Aisumi Blog
-- Click SINI to view
her blog :)

:: (nak being featured in this
section? Jadilah salah seorg
drdp pengiklan zie :) Click
-- Here! utk lihat pakej ::





Redbloodsnow Copyright©