PruBSN Impian Untuk Mikayla

\

Alhamdulillah.... siap sudah medical card untuk si anak dara kite ♥  Lama dah siap, insurans egen Mikayla still takde free time nak pass and explain dgn lebih details tentang policy dia. Tak kesah gak bila dia akan bagi sebab Razin (insurans egen) ni jenis yang sangat bertanggungjawap.

If ada apa² hal, dia akan cepat response dan guide you through. Penghujung bulan September baru dia ada masa free sikit untuk hantar ke rumah. Lega dah Zie semua anak² Zie dah sediakan insurans takaful. Bila dorang dah besar nanti, senang...just sambung je bayar setiap bulan. Harap dorang akan displin bayar dan tak stopkan pembayaran lah. 


...berikat perut emak dorg ni sediakan benda alah ni semua untuk kesenangan dorang in case sakit or terkena kemalangan (kusss semangat.... mintak jauh lah). Untuk Mikayla ni, plan takaful dia lain dari abang² dia. Tak sama plan sebab plan yang lama dah takde lagi dah. Huhu.

PruBSN Impian plan terbaru. Monthly ada besar sikit ler dari abang² dia, RM200 per month. Pejam mata je lah. Kira beza RM40 - RM50 je dari abang² dia.  



Polisi insurans dorang. Zie kan ada OCD sikit. Wajib koooo melabel² bagai clear file tu. Clear file tu memang dah ada time Razin bagi. Dia tak main koooo pass² gitu² je polisi insurans. Masukkan dalam clear file, haaaa baru nampak kemas & professional. Good job buat dia **thumbs up**

By the way, Takaful Mikail : RM150 per month. Takaful Irfan : RM160 per month. So all together insurans anak² RM510. Daripada RM510 tu Zie buat bershopping beli benda alah tak berfaedah... lebih baik buat Zie bayarkan takaful anak² siap ada saving lagi untuk masa depan dorang. 3in1 package gitu (Insurans + Medical Card + Saving).. berbaloi emaknya ni berkorban dari shopping untuk self rewards...hahaha.

Harap in future nanti takde isu berbangkit tanya kenapa plan Mikayla lain dari dorang hanya kerana dia  gegurl. Oh no no no...sama sekali takde isu pilih kasih ye. Plan Takaful Mikail & Irfan, takde lagi sudah. Ganti ke PruBSN Impian. 

Abang² dia under plan PruBSN SmartLink





Benefit PruBSN Impian lagi banyak dari PruBSN SmartLink. Dari segi Saving dia, lagi WOW! So kaya lerrrr Mikayla nanti once dia reach 25 tahun. Hahaha. Untuk dia sambung belajar. Monthly savings anak², bapak dorang yang contribute dan simpan di Tabung Haji. Why Tabung Haji? Bukan SSPN? Ambil berkat menyimpan di Tabung Haji....

Dapat gak daftar haji dorang awal², haa gittew. Apa² pun, higly recommended Razin as Insurance Agent uols. Sangat bertanggungjawap, tidak memaksa kita dan banyak menang awards. Dibawah contact dia ye ^_^



Facebook : Razin Prudential 
Handphone : 013 - 569 3991
(klik link untuk view FB & Whatsapp)




No comments: