Showing posts with label Nur Mikayla. Show all posts
Showing posts with label Nur Mikayla. Show all posts

Happy 3rd Birthday Mikayla

 


My little princess is turning 3 years old pada tarikh 19 Mar 2022...hihi. Throw back post ni ye, uols 😜 Trying my best to write a memory of them untuk hari tua Zie nanti. Dapat Zie baca balit bila dah retire nanti... haaaa gittew.

Since sekarang kita di zaman covid, still Zie belum lagi berani nak buat majlis birthday untuk anak². Dahlah dorang belum lagi dapat vaksin (hanya Mikail je...1st dose baru. In next entry Zie story). So weols hanya sambung weols 5 beranak je. 




Mikayla's 3rd Birthday Cake dari Secret Recipe 💖 Boston Chocolate Cake, beli yang size kecik ni je. More than cukup untuk weols berlima. Zie tak berapa sangat dgn kek² bagai ni. Manis. Zie diet gula...katanya 😅





Yummy! kata Mikayla... hihi. enjoy dia makan kek dia. Dia sendiri tau yang request nak pakai dress frozen tu. Agaknya rasa diri tu tuan puteri ler tu...hehe.




Zie masak sikit je. Spaghetti Bolognese + Fried Chicken. Tue je... 😛



Her 3rd birthday gift. Zie dan husband kongsi belikan dia this mini home playground. Sengaja beli warna biru dinasour so that abang² dia dapat tumpang sekaki main 😅




Seee...kan dah kata 😂 Papan gelongsor tu je yang weols benarkan Mikail main. Yang buaian tu....big NO NO! Patah nanti. Next, Birthday Mikail plak in Aug. Same birthday month dengan Zie. Husband Zie plan nak belikan dia basikal lipat since basikal dia yang sedia ada dah kecik.

...Zie actually plan nak belikan dia Garmin Forerunner jam. Tapi bapak dia tak bagi sebab baru je belikan dia jam Fitbit last year. Jangan membazirkannya. Jangan asal Mikail request, bagi. Asal request, bagi. Nanti takut terbiasa. 

Ye la ye la....basikal lipat lah. Bapak dia tu bukannya apa, dapat di sekali gak kayuh basikal tu. Bukan tak tahu. hahahaha


Pertama Kali Anak Kena Chicken Pox




Throw back entry ye uols. Tak menang tangan nak update blog. Huhu. Pada 31 Oktober yang lepas, sebelum pukul 8am...terima Whatsapp dari penyelia Taski Mikayla. Bagitahu yang Mikayla kena chicken pox dan sarankan Zie untuk bawa dia pergi jumpa doktor untuk disahkan. Gambar di atas adalah gambar dari Mak Rina dia. 

Rupanya kena chicken pox si anak dara Zie tu rupanya. Zie perasan... kenapa kat bontot dia ada biji²...ingatkan nappy rash. Then perasan gak kat mulut atas bibir dia ada cam pox satu. Tapi masa tu mati² koooo Zie ingatkan Mikayla kena gigitan semut.

Then belah belakang plak, ingatkan dia kena gatal². Kan Mikayla ni eczema. Memang bodoh² betul Zie time tu. Diri sendiri belum lagi pernah kena Chicken Pox. Tu pasal ler mengong semacam je.






Once terima Whatsapp message gitu dari pihak Taski dia, terus Zie apply leave and pecut ke Taski dia. Traffic jammed ni kan... memang taw. Tahu kita ni berebut nak sampai, time tueeee jugak dia nak jammed bagi. Nyampah nah. Wrong turn! 

...Sepatutnya guna back road instead of main road ni. 





Terus bawa dia ke Clinic Lee. Nasib Mikayla pesakit pertama kat klinik tu, so tak perlu ler tunggu lama sangat. Kesian anak mak ni, baru je hari tu sembuh dari demam panas.... dah kena satu lagi penyakit.




Yup... sah sudah dia kena Chicken Pox. Huhu. Di sebabkan Zie takde bawa buku klinik dia, so Zie mintak doktor tulis surat untuk confirmed kat dia kena Chicken Pox memandangkan dia belum lagi kena vaksin. Untuk rujukan pihak KKIA in her next appointment nanti.




Tu...ketara nah chicken pox dia kat atas mulut dia tu kan in where emak dia ni fikir kena gigit semut time merangkak. Alahaiii... huhu. Seumur hidup tak pernah tengok chicken pox live.... gitu ler jawap nya. Hahaha. Tengok dalam gmbar je dulu²...





Alololo....kesian sayang emak. Memandangkan time tu bapak dia still OPS, 2 November baru bapak dia habis OPS...menjawap lerrr Zie ambil leave selama 2 hari. Untuk 31 Oct & 1 Nov... huhu. Terus habis cuti tahunan emak. Doktor bagi Mikayla cuti rehat seminggu...

...means seminggu dia tak dibenarkan turun ke Taski. Maksud, seminggu ler bapak dia Zie paksa ambil cuti. Nasib dapat gak bapak dia cuti. Kalau tak menjawap ler Zie cuti tanpa gaji selama semingu.... 




Almost 2 weeks kena chicken pox.... akhirnya pagi ni dia kembali turun ke sekolah. Bebas chicken pox dah sayang emak ni. Nasib tak ketara sangat bekas chicken pox kat muka dia tu. Tapi kalau kat bahagian belakang and bontot dia...aduhaiiii, bertompok² hitam je bekas pox tu. Jahat betul... huhu

...takpe, lama² nanti pudar ler bekas pox jahat tu. Asalkan dia kembali sihat, syukur nah dah Zie. Semoga lepas ni dia sentiasa sihat hendaknya. Dan dilindungi Allah swt daripada sebarang penyakit berjangkit.... InshaAllah.


PruBSN Impian Untuk Mikayla

\

Alhamdulillah.... siap sudah medical card untuk si anak dara kite ♥  Lama dah siap, insurans egen Mikayla still takde free time nak pass and explain dgn lebih details tentang policy dia. Tak kesah gak bila dia akan bagi sebab Razin (insurans egen) ni jenis yang sangat bertanggungjawap.

If ada apa² hal, dia akan cepat response dan guide you through. Penghujung bulan September baru dia ada masa free sikit untuk hantar ke rumah. Lega dah Zie semua anak² Zie dah sediakan insurans takaful. Bila dorang dah besar nanti, senang...just sambung je bayar setiap bulan. Harap dorang akan displin bayar dan tak stopkan pembayaran lah. 


...berikat perut emak dorg ni sediakan benda alah ni semua untuk kesenangan dorang in case sakit or terkena kemalangan (kusss semangat.... mintak jauh lah). Untuk Mikayla ni, plan takaful dia lain dari abang² dia. Tak sama plan sebab plan yang lama dah takde lagi dah. Huhu.

PruBSN Impian plan terbaru. Monthly ada besar sikit ler dari abang² dia, RM200 per month. Pejam mata je lah. Kira beza RM40 - RM50 je dari abang² dia.  



Polisi insurans dorang. Zie kan ada OCD sikit. Wajib koooo melabel² bagai clear file tu. Clear file tu memang dah ada time Razin bagi. Dia tak main koooo pass² gitu² je polisi insurans. Masukkan dalam clear file, haaaa baru nampak kemas & professional. Good job buat dia **thumbs up**

By the way, Takaful Mikail : RM150 per month. Takaful Irfan : RM160 per month. So all together insurans anak² RM510. Daripada RM510 tu Zie buat bershopping beli benda alah tak berfaedah... lebih baik buat Zie bayarkan takaful anak² siap ada saving lagi untuk masa depan dorang. 3in1 package gitu (Insurans + Medical Card + Saving).. berbaloi emaknya ni berkorban dari shopping untuk self rewards...hahaha.

Harap in future nanti takde isu berbangkit tanya kenapa plan Mikayla lain dari dorang hanya kerana dia  gegurl. Oh no no no...sama sekali takde isu pilih kasih ye. Plan Takaful Mikail & Irfan, takde lagi sudah. Ganti ke PruBSN Impian. 

Abang² dia under plan PruBSN SmartLink





Benefit PruBSN Impian lagi banyak dari PruBSN SmartLink. Dari segi Saving dia, lagi WOW! So kaya lerrrr Mikayla nanti once dia reach 25 tahun. Hahaha. Untuk dia sambung belajar. Monthly savings anak², bapak dorang yang contribute dan simpan di Tabung Haji. Why Tabung Haji? Bukan SSPN? Ambil berkat menyimpan di Tabung Haji....

Dapat gak daftar haji dorang awal², haa gittew. Apa² pun, higly recommended Razin as Insurance Agent uols. Sangat bertanggungjawap, tidak memaksa kita dan banyak menang awards. Dibawah contact dia ye ^_^



Facebook : Razin Prudential 
Handphone : 013 - 569 3991
(klik link untuk view FB & Whatsapp)




Hari Khamis Adalah Hari.... Mcd Happy Meal!




Hari Khamis minggu lepas, bermula nya new toys untuk Mcd Happy Meal. Kali ni koleksi Transformers & Little Pony. Gigih gak Zie lepas ambik Mikail balik sekolah, ambil Mikayla dari nursery.... terus pecut ke Mcd. Sekali sampai... ya ampunnnnnnn, panjang barisan di drive through.... huhu.

...adat bila koleksi dia HOT! hehe. Since dah gtaw Mikail...redha je menunggu dengan penuh kesabaran.



Sampai tenganga Mikayla tidur dalam berbaris ni. Hujan lebat kat luar. Mana taknya heaven baby pipi pau ni tidur. Letih bebenor dia nunggu emak dia ambil dia dari nursery. Huhu. Traffic jammed. Nasib sampai nursery dia sebelum pukul 6:30pm. Kalau 1 minit lewat, kena byr denda iols. Hihi

Actually untuk bulan ni, Zie & husband bayar extra RM100. Contract sampai pukul 6:30pm. Sebab nursery dia tutup pukul 5:30pm, kan masa tu Zie baru je balik kerja. Selalunya husband yang ambil Mikayla. Zie just ambil Mikail je. Tapi bulan ni, kan husband OPS selama sebulan... so Mikail & Mikayla dua² Zie yg ambil.

...tu yang have to bayar extra RM100. Bermaksud yuran nursery Mikayla utk bulan ni RM435... huhu (biasanya RM335 je). Guys out there, are ready to get married? Hihi...make sure financial cukup taw before tied-the-knot. Zaman sekarang ni semua perlukan duit... 




Berbalik ke kisah Mcd, haaaa... ni dia Koleksi toys Happy Meal untuk bulan Oktober ni. Comel! A must have ni. Esok lagi ler Zie "menderma" dengan Mcd. Haaa...jangan kecam dok kata support yahudi yahudi ye. Kau nak boikot, boikot kau seorang ye, Takyah condemn orang lain yang tak boikot.

At least Zie tak munafik.




Utk minggu pertama, Bumblebee ♥ Zie beli 1 set je Happy Meal. Nanti dorang kongsi main. Tak kuasa Zie nk beli 2 set untuk benda yang sama. Lainlah if berlainan, kan. Nak belikan Little Pony, Mikayla still belum tahu erti permainan lagi. So why bother? ..hehe

....pepandai ler Mikail & Irfan kongsi². Dari kecik ni lah kita didik dorang berkongsi barang. InshaAllah bila besar nanti, hubungan adik beradik dorang akan erat dan tak kedekut or berkira dengan adik beradik sendiri. InshaAllah... kita as parents akan cuba sebaik mungkin untuk mendidik. Andai kata bila dorang dah besar nanti, tak seperti yang kitorang inikan....redha dan syukur. Kita hanya merancang, Allah swt yang tentukan.

Always remember... perangcangan Allah swt lah sebaik-baiknya perangcangan. Always bersangka baik. InshaAllah.


P/S:
Ni koleksi Happy Meal last week
This week collection, balik kerja 
nanti Zie pergi menderma di Mcd
...hehe.



Demam Panas Yang Pertama Mikayla


Actually, Hari Jumaat sebelah malamnya... Zie perasan badan Mikayla cam panas² gitu. Bila check suhu, normal. So Zie assumed body heat dia tu gara² haba panas rumah. Hari Sabtu & Siang ahad pun sama.... normal je suhu dia. Until lah pagi Isnin, tertiba terasa badan dia panas giler.

...bila check suhu, 38.2! Tinggi dah demam dia. Mendadak plak tu naik. So terus weols bawa dia ke Klinik.




Kali ni weols tak nak dah bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic tu. Sebab charge bayaran dia semakin hari cam tak masuk akal plak. Sometimes almost RM200. Mahal lagi dari charge Dr Lim di KPJ. Huhu. So decide nak tukar doktor. So weols try bawa dia ke another child specialist physician, Dr. Lee.

Alhamdulillah, murah charge dia. Hanya RM40 jer. Ramai yg recommended Zie Dr Lee ni. Baru tergerak hati register anak² under his care bila demam/sakit.





Since dia baru je umur 6 bulan lebih, Dr Lee tak berani nak bagi dia banyak ubat. Just ubat demam & antibiotics je. Actually Mikayla ada batuk berkahak, blocked nose & fever. 3 serangkai penyakit. Huhu. Untuk blocked nose dia, Dr Lee suruh Zie continue bagi dia iLiadin Nasal Drops

Bagi Zie lah, iLiadin Nasal Drops ni hanya helps buka blockage je untuk bagi dia senang bernafas. Tapi utk cure flu tu, cam takde kesan je. Huhu. So Zie continue monitor demam dia. Demam dia mula² on and off sampailah masuk hari Selasa (8.10.19) which is semalam. Start suhu dia tak surut²....





Cam semakin teruk dia. Tapi syukur fever dia belum lagi cecah 39 or 40 celcius. Syukurrrr. Kalau tak...dah admitted dah Mikayla. Panas dia main dalam 37 ke 38 celcius gitu. Selalunya, bila Zie dah bagi ubat, dalam 4jam macam tu.... baru start lagi panas dia andaikata demam belum kebah. 

...tapi kali ni, pelik Zie tgk demam Mikayla ni. Belum sampai 2jam... panas dia dah naik. Bila suhu badan dia sikit lagi nak reach 39 celcius. Terus Zie bagi ubat Panadol yang jenis insert ke bontot tu. Sepatutnya around 6jam ke 8 jam expected demam dia akan datang balik.

Tapi tak kooo...kali ni belum sampai 3 jam lepas insert, datang balik panas dia. Terus mati kutu Zie. Buntu sangat². Cam hilang akal pun ada gak. Ubat "Bom" tu kot...takkan tak kuat lagi. Nak bagi syrup, tak berani sebab belum masa. Takut Mikayla nanti overdose. So resultnya...gara² Zie terlampau risau... menangis tua Zie.

Dahlah husband not in town. Takde orang dengan Zie untuk berganti ambik cuti untuk jaga Mikayla. Nak di hantar ke nursery, time dia tengah high fever ginie....tak sampai hati Zie nak bagi orang lain jaga dia. Bukan tak yakin or tak trust babysitters dia kat nursery tu. Cuma...Zie nak Zie sendiri yg jaga... she needs me.

Lagipun tak elok hantar anak kita yg still sakit ke nursery. Nanti jangkit anak orang. Jangan pentingkan diri je....fikirkan tentang anak orang yg sihat tu




Uols tengok keadaan dia tahankan sakit dia. Sedih Zie. Mana taknya Zie nangis tengok anak gitu. Kalau boleh Zie ambik demam dia tu, Zie sanggup ambil. Ganti tempat dia. Tak sanggup Zie tengok dia lemah gitu. Berterusan gitu sampai malam. Pelbagai dah cara Zie untuk kurangkan panas dia. still tak kebah². Sampailah emak Zie try rukyah kan dia...

Sebab mak tengok cam lain macam je demam Mikayla ni. Dia takut "campur" dengan "benda lain". So mak rukyah. To my suprise... Alhamdulillah. Baru dropping koooo suhu panas dia. Tak menaik lagi. This morning bangun tido... di paras normal dah suhu dia sampai sekarang. Mak kata, dia "terkena" benda masa weols dalam perjalanan balik rumah. Terus Zie teringat... Masa Zie ambil dia balik hari Jumaat tu... lewat sangat dah masa tu gara² kereta Zie buat hal plak. Battery bodo...geram aku. Haha. Later story tentang tu. Menyakitkan hati nah time tu taw.

Disebabkan kereta rosak, sebab tu lah Zie jadi lewat fetch dia dengan abang dia balik sekolah. Time Zie sampai nursery, dah almost senja dah. Tak lama lagi masuk maghrib. Disebabkan nak beli bateri kereta baru... so Zie direct je terus since jarak nursery Mikayla dengan bengkel tak berapa jauh. Hendak di jadikan cerita, time Zie lalu masuk simpang utk ke bengkel, persimpangan tu memang orang kata ada keras sikit. Time tu...Mikayla terus meraung nangis... Zie ingatkan dia nak susu. Terus Zie suruh abang Mikail dia ambilkan susu dalam bag nursery dia. Biasanya babysitter akan sediakan. 

So sambil driving, sambil Zie susukan dia. Senyap plak dia. Tu Zie fikir dia haus nak susu. Pastu merengek² dia...Zie ingatkan dia nak tidur. Biasanya gitu Mikayla bila nak tidur. Merengek sampailah sampai rumah... Rupanya time tu ler dia "terkena" benda tu. Bayangkan... time dah maghrib, still lagi on road... bawa baby lagi tu. Unlucky...so terkena ler. Jahat betul benda alah tu, sanggup dia kacau baby. Hmmm. Inilah bad side bila jadi 2in1 parent. Kaulah emak, kaulah bapak. Takde sesiapa untuk kita bahagikan tugas as parent. What to do... dah pun nama kau bersuamikan polis PGA. Telan jer walaupun pahit.

Nasib nenek dia sendiri tahu rukyah sikit². Kalau tak.... lesson learned. Lenkali if ada apa² hal, Zie akan sentiasa hantar anak² balik rumah dulu sebelum Zie settlekan urusan dunia, Huhu.




This morning, syukur...demam dia tak datang lagi sejak selepas di rukyah oleh nenek dia. Kira baru dalam process sembuh dari demam lah Mikayla ni. Mula² Zie plan nak ambil cuti lagi. Malam tadi dah awal² dah whatsapp manager inform Zie ambik cuti lagi utk jaga Mikayla. Syukur bangun tadi pagi...her temperature di paras normal. So Zie tak jadi ler ambil cuti. Since dapat di hantar ke nursery. Nanti mintak tolong Mak Rina dia monitor ubat dia.

Lepas susukan dia, Zie terus bagi dia ubat² dia...tadi Zie follow up dengan Mak Rina dia, Mak Rina dia kata dia okay, still normal suhu tak panas. Tengah bermain dengan kawan², So Zie suruh dia bagi ubat pada pukul 11am nanti. Kira continue on medication untuk hari ni & esok. So that demam panas yang jahat tu tak datang lagi. 

Baru lega jiwa Zie dia dah free dari demam panas. Takde lagi dah nangis sampai bengkak mata iols...huhu. Zie ni memang cenggeng sikit. Nak nak lagi if anak demam. Ever koooo aku nangis depan Pead dorang, Dr Lim (pead di KPJ Kuching Specialist Hospital) padahal anak just demam panas je pun. Haha. Time tu Irfan tu haaa...demam panas sampai menggigil².

Time dorang nak masukkan "ubat bom" ke dalam bontot Irfan, tengok irfan meraung nangis tak nak... haaaa apa lagi aku, berciciran air mata nangis sampai meleleh hingus. Sampai tergagap² serak² suara bercakap dengan doktor. hahaha. Over nah bila di ingat balik taw. Bukan dibuat² ar. Perasaan sedih tu meruntun jiwa...huhu



Kaki Gemuk² Bulat² .... GERAM!


Alahaiiii...comel je kaki awak koooo baby emakkkkk ♥ Si Mikayla ni kan, asal dia duduk bersandarkan dada kita je... sure dia akan duduk kaki dia gitu². Haha. Bersilang kau! Gerammmm tengok. Dahlah kaki kementot nah....eeeee, gigit gak kang kaki tu nanti




Semakin besar semakin comel dia di mata Zie...hihi, emak mana tak puji anak sendiri koooo. Tak sabar Zie nak tunggu dia umur 2-3 tahun. Kira dah pandai bawa diri sendiri. Cam nak picittttt je dia so that dia cepat besar. Hahaha. Tapi itu lah, once dah besar nanti...kita akan rindu moment dia still baby....alahaiii, manusia.

Tapi sejujurnya, part dorg berjaga malam... bossy tahap dewa etc... part tu Zie sumpah tak rindu! Tersiksa weh. hahahaha. Rindu part dorang comel² je...eh! Boleh ke gitu? Hahahaha


Demam Lagi Mikayla





Kecundang jugak akhirnya Mikayla gara² jerubu ni. Mula² kena flu dia. Pastu terus kena demam dia. Syukur hanya demam biasa je dia. Bukan demam panas. Semalam on sick leave dia. Tak pergi sekolah dia. Mak dia ni haa...jaga dia sepanjang hari. Apa yang Zie noticed, sejak dua menjak ni... semakin manja bossy² dia...

...tak nak dengan bapak dia. Nak melekatttt je dengan Zie. Penyudahnya...Zie yang keletihan tak cukup rehat. Adat beranak kecik, kan. Masa rehat dan tidur yang cukup terpaksa engkau korbankan demi membesarkan anak² mu.... kasih sayang seorang ibu ♥

Before this, senang je nak tidurkan dia. Dia hisap² jari je...dah tidur. Tapi sekarang.... alahaiiiii. Mengamok nangis sepuas²nya dia dulu, pastu baru hendak dia tidur. Anak oh Anak! huhu





Hari ni ke sekolah dia. Memandangkan demam dia dah kebah dah. Hanya tinggal flu sikit je lagi dia. Since bapak dia pun keletihan Zie tengok, Zie hantar je lah dia ke nursery. By right kalau ikut plan, nak bagi dia rehat sehari je lagi kat rumah.

...tapi kesian plak kat bapak dia. Perlukan rehat gak since dia night shift. Lagi pun dia dah okay...so tak perlu risau. Cuma Zie bekalkan aje ubat paracetamol dia in case demam dia datang balit. Semoga temporary je dia being bossy. 

Harap² bukan start being bossy lah. Kalau tak....pengsan Zie. Dahlah sepjg bulan Oktober nanti, bapak dia outstation. Huhu. Bertabahlah duhai Hazizah...




Demam Terkejut Kot Mikayla




Hari Sabtu lepas, elok je dia. Takde sebarang tanda² nak demam ke apa. Sampai ler ada satu kes ni...alahaiii, Irfan Irfan... Hmmmm. Kisah dia begini, sebelah malam hari Sabtu tu, bapak dia tengah susukan dia. Kebetulan time tu, Irfan tengah main kereta hotwheels dia depan Mikayla & bapak dia. 

....elok je si cina Zie tu main taw. Dia tengah sibuk susun kereta, bus dia masuk parking (hehe). Camne entah, bas tu...dia susun tepi tilam, asyik terjatuh je. Bila asyik² terjatuh, marah ler si Irfan tu. Terus di ambiknya bas hotwheels tu... dicampak dia ke depan.

So...tak sengaja terkena lerrr kat kening adik dia. Dahlah bas tu material dia jenis besi tau...ko ghase? huhu. So menjerit terus lah adik dia nangis. Biru kening kawan...huhu. Nak marah sangat² kat Irfan...dia bukannya sengaja pun. Plus kita yang cuai. Sepatutnya jangan suruh dia main depan adik dia, kan. 


Kena ler dia pukul sikit untuk bagi pengajaran kat Irfan supaya next time jangan main campak² barang mainan lagi. Menangis ler Irfan pujuk bapak dia cium²...tahu dia, dia buat salah. Bila adik dia dah okay, dia datang kat adik dia and usap kepala adik dia then cium...awwwww, sejuk mata memandang weh ♥

Ye...anak² Zie penuh dengan drama TV..hahaha.



Selepas dari kejadian tu, keesokkan hari (pagi Ahad)....Zie dah start perasan, kepala Mikayla cam panas sikit. Zie ingat gara² suhu rumah. Coz cuaca sejak dua menjak ni...alahai, panas berbahang! Check suhu, still di paras normal. So chill ~

...Sampailah sebelah malamnya, Chu, Minie & Tara datang ke rumah. Bagi hadiah birthday buat Mikail. Time tu baru lah perasan panas nah badan dia. Chu yang perasan terus dia gtaw Zie. Check suhu, dah 37.6...alahai. Terus bagi dia paracetamol dia sendiri.

Start lah monitor ubat dia. 




On Off demam dia pada hari Isnin. So menjawap ler Zie hari Selasa tu ambil emergency leave. Jaga Mikail sendiri kat rumah. Tak turun ke nursery ler Mikayla jawapnya. Belah pagi, Zie on leave. Bila bapak dia dah balik kerja...then baru Zie turun kerja. Bapak dia balik pukul 1pm...

Menjawap ler Zie lewat 30 minit masuk office. Huhu. Tapi awal² dah informed Miss Lu yang Zie akan masuk lewat sebab tunggu husband dah balik kerja baru dapat turun kerja. Alhamdullah. Sekarang dah kebah dah demam dia. Tapi still on medicine lah....

Tak bossy kooo dia. Merengek sekejap je, pastu tidur dia. Syukur nah dapat baby cam Mikail ni. Cukuplah abang Irfan dia je yang bossy kan...hehe. Speedy recovery sayang emak!



Raya Aidil Adha 2019





Pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas, seawal 10am weols sekeluarga ke Kampung Segedup (kampung husband... still lagi di dalam Kuching..hehe). Untuk menunaikan ibadah qurban. Raya tahun ni weols takde share bahagian. Hanya abg ipar, kakak ipar, adik ipar (ganti nama arwah emak mertua) dan biras Zie je yang shared bahagian. Selebih bahagia...completed by pakcik makcik ipar duai...

Lama tak selfie dengan anak² bujang iols ni. si Irfan tu memang payah nak di ajak bergambar...haishhh.




Si bungsu emak dok diam diam be a good girl dalam babyseat tu ye. Malas mak hendak memangku dia. Selamat lagi dia kat dalam tu. Tidur pun tak terganggu if compare kalau emak pangku. Emak nak duduk bersenang lenang kat belakang dengan abang²...hehe.




2 ekor lembu qurban yang besar dan gagah ♥ Zie plak...semua orang pandang depan, tengah acara qurban. Zie plak pandang belakang. Huhu. Takut tak sampai hati. Kang tak pepasal daging dia haram Zie makan, kang. Huhu.

Ke syurga tempat kalian, duhai lembu². 




Budak² lagi berani dari Zie! Alahai....






Dia nak jugak! Haha. Letih Zie nak pantau dia ni. Terpaksa Mikayla Zie suruh ipar duai, pakcik makcik tolong gendong bergilir². Sebab husband tolong orang sembelih lembu². So jadi 2in1 parent time keramaian dengan ada anak yang super aktif....amatlah mencabar

...dahlah cuaca super panas. Terus ler bangun "singa" sedang tido gara² irfan. He released the beast in me...huhu. Nasib tak kena tangan. Haha.




Mikayla dengan Nek Su dia ♥ 




Tak kelihatan suami ku di situ. Solute dia sebab berani :P



Cari mana my husband! Clue : Topi Askar...hahaha.  Sesi melapah daging lembu untuk diagih² kepada yang memerlukan.




Adik ipar, makcik² dan kazen² jadi tukang timbang dan bungkus. Zie jadi tukang tengok je and tukang jaga rumah. Hihi. Adat ada anak kecik kooo uols. Pengecualian...lalala. Tu pun Zie tak tahan sebab Irfan ni, pantang kau leka 1 saat....dia dah kat luar rumah main di parking kereta. Alahai....dahlah dia tu kecik. Hendaknya orang nak undur kereta...allahuuuu,

...menyirap nah darah Zie dengan Irfan ni. Kena lagi Mikail langsungggggg tak tolong emak. Sudahnya, sebelum Zie meletup kat dorang dua tu...ada baiknya Zie balik je bawak dorang. Pepandai ler husband balik nanti. Hahaha. Zie balik dulu...husband stay. Still tolong mana² yang patut.

Sampai rumah, migraine iols. Nasib dorang 3 tu pengsan lepas tu...dapat gak Zie rehat dan tidur sekejap. Semoga ibadah qurban dorang semua di terima Allah swt....inshaAllah. XOXO


Hilang Demam, Kena Blocked Nose Dia :(





Kesian anak dara Zie ni... baru je baik dari demam (klik SINI untuk baca blog entry), berganti dengan selsema plak dia. Blocked nose plak tu. Rasa kau jugak ler bila kena blocked nose. Susah weh nak bernafas especially time nak tido. Allahhuuuu.... 

Tidur dia terganggu, tidur Zie pun terganggu. Dahlah bapak dia still not in town.... gagah je Zie jaga anak² sakit. Huhu. Dah brapa kali Zie bawa dia jumpa paed dia, Dr Bibiana (B.Teo Child Specialist Clinic). Still Dr Bibiana tak nak bagi ubat flu. Huhu

Ye la...ubat²an untuk bayi memang limiteddddd sangat². Paham.



Air Garam. Untuk drops 2 titis disetiap nostril's Mikayla

Autumnz Nasal Aspirator

Dr Bibiana just bagi dia air garam ni jer untuk cuci dalam hidung dia so that hingus dia tu mencair, jadi senang bila nak sedut guna nasal aspirator. Zie beli Autumnz Nasal Aspirator. Senang sikit nak sedut.... instead of yang jenis sedut main picit² tu.

Helping dia sekejap je....Pastu, blocked lagi. Takkan setiap minit zie nak buat gitu....sakit kang hidup dia nanti.








Memandangkan macam takde perubahan je masalah blocked nose dia. Zie whatsapp ler pharmacist Zie (tauke pharmacy tempat Zie ambil stocks Eskinol toner yang Zie jual). Kot kot dia nak bagi ubat flu,..hehe. Seperti dijangka, tanda nak gak dia weh. Tapi dia syorkan this Iliadin Nasal Drops for Infants ni.

...Alhamdulillah, baru dapat dia tido 2-3jam sepanjang malam. If bangun pun just nak nyusu je. Before this, Allahhuuuu.... menyusu pun susah dia sebab takde nafas. Tidur plak ternganga je dia sebab automatik dia bernafas guna mulut. Kesian.



Bagus Iliadin Nasal Drops for Infants tu. Memang berkesan untuk blocked nose. Tp tu lah...flu dia tu stillll lagi belum sembuh sepenuhnya... risau dibuatnya taw. Ni since bapak dia dah balik dari OPS, nak bawa bapak dia bawa Mikayla jumpa pead dia lagi. Just to let her paed tahu yang masalah blocked nose dia still lagi belum sembuh²...

so that dapat di check dengan lebih terperinci lagi. Get well soon, sayang emak ♥